Laman Webantu   KM2A1: 4416 File Size: 9.6 Kb *



TAG SP 103: B2 Keemasan Masa Yang Hilang
By Ram

9/5/2001 9:28 am Wed

TAG 103

[Dalam Bahagian Satu Siri ini Renong menggunakan UEM sebagai orang tengah untuk melepaskan dirinya dari kemuflisan dan hutang. Bahagian Kedua ini pula menyerlahkan Time Engineering (juga milik Halim Saad) menggunakan IPO dan underwriters sebagai samaran untuk diselamatkan oleh dana awam dan kerajaan. Akibatnya time dotCom mendapat wang mudah dan bebas dari hutang tetapi rugi dan tanggungannya sudah berpindah tangan kepada dana milik rakyat dan kerajaan.

Hari ini saham time dotCom masih berada di bawah paras tawaran asal dan telah menyebabkan kerugian ratusan juta di atas kertas sahaja. Ramai analis sudah meramalkan saham time dotCom terlalu mahal dan tidak padan serta tidak berguna malangnya KWAP dan KWSP mahu berlagak pandai dari semua. Sekarang tahulah kita mereka hanya pandai memiskinkan lagi kita sebenarnya.

Skandal time dotCom ini adalah salah satu isu besar dalam piket MTUC yang gagal diselesaikan oleh Menteri Buruh dan Sumber Manusia, Fong Chan Onn walaupun telah duduk berbincang dengan MTUC. Yang peliknya editor akhbar perdana menyelar MTUC sedangkan MTUC sudah pun cuba berunding lembut dari hati ke hati. Rakyat harus menyertai piket ini jika tidak tabung KWSP akan dikorek dan diperjudi lagi. Itu hak kita yang telah dinodai demi sang kroni. Jika piket ini berjaya ia mungkin akan merangsang banyak lagi protes yang serupa sehingga kecut menterinya. Pengumuman piket sahaja sudah membuat dia cabut lari dan kini sudah menghilang di Amerika.
- Editor
]


Terjemahan: SPAR-07-001-2


Keemasan Masa Yang Hilang (Bahagian 2):


Pembabitan Agensi Kerajaan

Kerja-kerja putar-belit UEM-Renong itu telah mencemarkan nama baik pasaran Malaysia dan memburukkan pentadbiran masyarakat korporatnya. (walaupun mereka bukan sahaja kumpulan yang bertanggungjawab memperlekehkan imej Malaysia dalam kerja-kerja bajingan itu.) Inilah kumpulan syarikat yang mahu menyenaraikan syarikat telekom miliknya, Time dotCom, dengan tujuan mengaut RM1.9 bilion daripada pasaran.

Apakah mungkin satu kumpulan syarikat yang menyalah-gunakan pelbagai anak-syarikatnya dan menyebabkan tercemarnya perjalanan pasaran berulang-kali, mampu mengharapkan sokongan pasaran untuk menyumbang kepada tambahan modal syarikat? Bolehkah seseorang yang kerap menendang pinggul sekutunya berpaling kepadanya lagi untuk mendapatkan bantuan kewangan?

Perkara seperti ini memang tidak boleh berlaku di kebanyakan pasaran. Kumpulan penjamin ataupun 'underwriters' (yakni bank dagangan dan syarikat broker saham yang menjamin penyenaraian) tentu sekali menjadi tertekan kerana kerunsingan memikirkan harga saham yang akan merudum di pasaran sedangkan mereka tidak pula mahu menyimpan saham-saham yang tidak laku. Tetapi, perkara begini memang terjadi di Malaysia.

Apabila saham-saham itu ditawarkan kepada awam, saham Time dotcom menjadi saham yang tidak berapa diingini. Harga rasmi tawaran memberikan premium sekitar 25%. Tetapi apabila diambil kira jumlah dana yang pada tahap mulanya digemblengkan untuk urusan niaga itu, harga nilai sumbangan runcit dan oleh pelaburan lain hanya mencecah setengah harga rasmi yang ditentukan. Seperti yang dijangkakan, harga saham Time dotcom jatuh merudum sebanyak 35% dalam jangka masa satu minggu selepas hari penyenaraian.

Ketika itu barulah diumumkan bahawa semua penjamin rasmi itu hanya mempertontonkan diri mereka sebagai satu pertunjukan sahaja. Hampir semua mereka itu mampu melepaskan tanggungan memegang saham mereka yang tidak terjual tanpa kerugian apa-apa. Daripada keseluruhan harga saham bernilai RM1.9 bilion yang mahu disauk oleh Time dotcom pada hari penyenaraian itu, RM400 juta merupakan sumbangan para pelabur, sedangkan para penjamin masih memegang saham bernilai RM1.5 bilion.

Tetapi mereka berjaya melibatkan tiga agensi kerajaan: KWAP (Kumpulan Wang Amanah Pencen), Danaharta dan KWSP, untuk mengambil-alih saham bernilai RM1.5 bilion itu. Kerugian sebanyak 35% daripada harga pasaran saham itu telah diserap oleh agensi kerajaan. Tentu sekali kerugian itu tidak membebankan para penjamin itu tadi, kerana mereka memang tidak berminat menggelumangkan diri dalam putar-belit penjualan saham itu.

Mengelirukan Pasaran

Kerugian sekitar RM500 juta yang ditanggung oleh agensi kerajaan hasil urusniaga ini, adalah terlalu jelas, walaupun ia merupakan satu kerugian yang amat besar kepada rakyat marhaen. RM500 juta merupakan kurang 1% daripada jumlah kutipan hasil kerajaan setahun dan bersamaan dengan RM25 per (setiap) individu rakyat Malaysia. Secara jangka panjang, kos kerugian seperti ini walaupun tidak berapa ketara kerana tidak mudah dikesan, mempalitkan kesan buruknya terhadap negara, akhirnya. Inilah bahananya apabila digalakkan segala kelentongan sebagai usaha memutar-belitkan pasaran dengan tujuan mendapatkan kewangan untuk syarikat korporat Malaysia.

Pasaran saham sepatutnya merupakan satu kaedah untuk syarikat besar-besar mendapatkan modal kewangan yang diperlukannya dan satu wacana di mana para pelabur dapat menggunakan wang tabungannya. Ia bertujuan mengagihkan modal pada kadar yang baik kepada pihak yang berkelayakan. Time Engineering yang mempunyai bebanan hutang sebanyak RM5 bilion sudah dihantui risiko kemuflisan seandainya ia tidak berjaya mendapatkan kewangan ketika penyenaraian Time dotcom.


....bersambung....





Rencana Asal:

Highlights from Aliran Monthly
http://www.malaysia.net/aliran/

It is the public that bears the cost of privatisation gone wrong in Malaysia

by Ram

Part 2

Government Agencies Step In

The shenanigans of Renong-UEM have given the Malaysian market a bad name for corporate governance (though certainly they were not the only groups responsible for sullying Malaysia?s image). It is this group, which wanted to list its telecom company, Time dotCom, to raise RM1.9 billion from the market.

Can a group that had used and abused its various listed entities and caused great damage to the market repeatedly, expect to get the support from the market for fresh capital? Can a person kick an associate repeatedly in the groin and still go back to that associate and ask for financing?

In most markets, that cannot happen. The underwriters - i.e. the merchant banks and stockbroking companies that guarantee the listing - would be too worried that the shares would go down in the market and they would not want to be holding the shares not taken up by the public. Yet in Malaysia, it happened.

When offered to the public, Time dotCom shares were heavily undersubscribed. The official subscription rate was 25%. But if one takes out the funds that were brought into the deal at an early stage, then the subscription by retail and other investors was only about half the official rate. The shares of Time dotCom, as expected, fell 35% within a week of listing.

Then it was announced that in fact the official underwriters were only there for show. Almost all of them were able to exit out of the shares that were not subscribed for, at no loss. Of the RM1.9 billion that Time dotCom raised in its listing, RM400m was derived from investors; the underwriters were holding RM1.5 billion of these shares.

But they had managed to get three government agencies, KWAP (the Government employees pension fund), Danaharta and EPF, to take up this RM1.5 billion. The 35% loss on the market value of Time dotCom was incurred by the government agencies. Certainly not by the underwriters, or they would not have touched the deal with a barge pole.

Perverting the Market

The RM500m or so loss that the government agencies are incurring from this deal is the obvious but not the most significant part of the loss for the public. RM500m is less than 1% of total government revenues per year and equivalent to only about RM25 per individual Malaysian. But the longer term cost of letting this deal happen, although harder to see, is where the insidious but real harm to the nation comes. And that works through the perversion of a key means of raising financing for Malaysian corporates.

The stock market is supposed to be a means for corporates to raise required capital and for investors to utilize their savings. It is meant to allocate capital at the right price to the right parties. Time Engineering with RM5 billion of debt was at very high risk of insolvency if it could not raise the funds from listing Time dotCom.

When the stock market becomes an instrument to bail out groups that would otherwise sink, investors become wary of the market. If it no longer plays the function of capital allocation but becomes a bailout mechanism, where value is destroyed not created, no serious investor would want to participate in the market. The present volumes on the KLSE, with very little trading by local funds, but almost no interest by retail investors (individuals) or international investors, is a sign of what happens to a market that has been perverted.


....to be continued....