Laman Webantu   KM2A1: 4420 File Size: 9.2 Kb *



TAG SP 104: B2 Syarikat Teksi Petronas
By Harun Rashid

9/5/2001 5:43 pm Wed

TAG 104 B2/B3

[Dua gambar di dalam rencana ini sudahpun menjawab beberapa teka-teki kemanakah perginya teksi Petronas yang cuba dimegahkan selama ini. Perhatikan warna catnya masih belum luntur lagi tetapi enjin di dalamnya sudah musnah sama sekali kerana dipacu oleh gas ali sedangkan itu tidak mengikut spesifikasi. Selama ini semua penumpang teksi ini rupanya telah menjadi BAHAN UJI tanpa mereka ketahui. Nasib baik tidak ada yang mati akibat kedunguan pihak pengurusan dan teknikal Petronas yang hanya tahu membeli tetapi tidak rajin menguji dan mengkaji - sedangkan disitulah sebenarnya terletak KUNCI kejayaan satu-satu industri otomotif dunia. Kunci ini juga tidak akan diberi oleh syarikat seperti Mitsubishi kepada kita dalam pembuatan enjin Proton walaupun kita mungkin membeli alat untuk membuatnya - tetapi kita tidak diberi kepakaran untuk menciptanya kerana itu rahsia yang akan memakan tuannya. Jepun tidak sebodoh itu mahu mengajar segala-galanya kepada kita kerana industri kereta adalah ekspot penting mereka.

Tidak banyak syarikat kereta mampu hidup lama walaupun ia dulunya hebat dan dieskpot keserata dunia. Dan tidak ada syarikat minyak dunia yang menjadi pembuat kereta kerana ia amat kompleks dan lebih tinggi risikonya. Malangnya Mahathir yang asyik berwawasan itu tidak nampak itu semua. Industri otomotif amat bergantung kepada otak manusia dan komputer - bukannya kilang sahaja. Mereka cuma menyerahkan minyak sahaja untuk diuji oleh mereka yang pakar mengujinya sahaja seperti pasukan litar lumba - sebab itulah industri ini mampu hidup sampai hari ini. Jurutera lumba adalah antara jurutera terhebat di dunia kerana mereka telah menguji semua dengan ekstrimnya - termasuk teksi Petronas dengan sedikit lainnya. Mengapa tidak kepada mereka kita bertanya dulunya?
- Editor
]


Terjemahan: SPAR-05-002-2


http://home.yqi.com/harunrashid1/65PetronasCab.html


Syarikat Teksi Petronas - Bahagian 2

(The Petronas Taxi Company)

Oleh: Harun Rashid


April 24, 2001


Beberapa tahun yang lalu Petronas membuat keputusan untuk memasukki bisnes teksi. Sejumlah 1,000 buah teksi yang direka khas telah dibeli daripada syarikat Renault daripada Peranchis. Setiap teksi buatan Renault itu dilengkapi dengan enjin yang boleh digerakkan secara eksklusif oleh kuasa gas asli. Kenderaan itupun dihantar dengan kapal dan direncanakan untuk mula menyelinap setiap pelosok jalan bandaraya Kuala Lumpur. Inilah teksi jenis 'multi-purpose-van (MPV)' yang mempunyai ciri-ciri serbaguna yang dikira memberi keselesaan kepada lima orang penumpang dan bagasi untuk mundar-mundir ke lapangan terbang KLIA.

Akan tetapi teksi-van yang menarik dengan warna merah-putih (warna parti politik lanun dan penyangak - penterjemah) itu dirundung kesulitan untuk menerokai SETIAP jalanraya di ibukota, kerana itu terpaksa di bawa untuk direhatkan, dua tahun kemudiannya, di aras kedua-bawahnya di bahagian letak kereta di menara kembar KLCC. Memang tidak sukar menempatkan van tersebut di situ kerana masih banyak lagi ruang meletakkan kereta disebabkan kekurangan penggunanya. Lagipun menara kembar itu adalah lambang tarikan pelancong, tempat sesuai sebagai latar belakang babak perfileman, yang merupakan punca bahaya kepada penerbangan udara, halaman luas untuk rakyat berdemo menyanggah kejijikan kerajaan dan sekarang dijadikan tempat istirahat teksi yang tidak boleh digunakan.

Sekitar 200 unit van-teksi itu telah dikeluarkan di bawah label Enviro. Sekitar 100 unit menjadi sumber bahan gantian di bahagian penyeliaan. Terdapat beberapa masalah penyeliaan yang memaksa Petronas menyediakan kemudahan membaikinya di Shah Alam.

Salah satu sebab kenapa kos memperbaiki kereta menjadi mahal ialah disebabkan Syarikat Renault telah pada tahap awal lagi tidak mengikuti spesifikasi penyediaan kereta. Semua enjin dalam 1,000 teksi yang dimport itu tidak boleh menggunakan gas asli sebagai bahan bakarnya. Inilah yang dikatakan 'binawe' punya kerja!!!!! - penterjemah).

Inilah penyebabnya kenapa terlalu banyak enjin yang rosak kerana injap yang mudah terbakar. Masalah ini telah diperakukan oleh seorang jurutera Renault yang secara kebetulan datang dengan pasukan 'Renault Formula One'. Sebelum munculnya jurutera ini, tidak ada seorangpun manusia di Kuala Lumpur yang sedar akan perihal yang menyebabkan kepincangan enjin semua kereta (teksi-van) baru itu. Namun, jurutera Renault itu turut bekerjasama memengapkan perkara ini tanpa mahu menggembar-gemburkannya untuk pengetahuan mereka yang membeli teksi itu.

Kalau anda diberitahu wujudnya satu ribu teksi yang tersimpan selama lebih dua tahun di aras bawah di tempat meletak kereta di KLCC, tentu sekali anda akan menganggap berita itu dengan penuh keraguan, lebih lagi kalau anda pernah meletakkan kereta anda di bangunan yang sama. Kereta teksi yang mesra alam itu memang mudah kelihatan walaupun diletakkan di bahagian bawah dan kawasannya sengaja dikepung dengan tali panjang menandakan ianya satu kawasan larangan. Gambar-gambar di bawah ini menunjukkan betapa kereta-kereta itu disusun di tempat simpanannya untuk menampung habuk di tempat letak kereta KLCC di aras 'basement'.




Menyedari kemungkinan bertambahnya tukang sibuk yang mahu jaga tepi kain orang lain, kebanyakan kenderaan MPV itu telah mula dialihkan ke Shah Alam, dan didedahkan kepada pancaran mentari (sun-bathing kata orang putih - penterjemah). Semua kenderaan itu disusun dengan rapi dan terselindung di sebalik satu pagar yang tinggi, menunggukan nasib yang mungkin lebih baik lagi, selepas bermandikan cahaya mentari. Sesiapa yang turut mahu jadi Pak Sibuk perlu membawa bersamanya satu tangga untuk memanjat tembok.


....bersambung....




Rencana Asal:


The Petronas Taxi Company - Part 2

by Harun Rashid

Apr 24, 2001

Several years ago Petronas decided to enter the taxicab business. A fleet of 1,000 specially designed taxi cabs were purchased from Renault of France. They were to be equipped with engines designed to burn exclusively natural gas. The vehicles were duly shipped to Kuala Lumpur, where they were licenced to prowl the city streets. They are large multi-purpose vans (MPV), capable of carrying five adults and luggage to the new KLIA airport.

But the attractive red and white vans have had difficulty finding room on the streets, and therefore are to be found parked, two and a half years later, in the lower level of the KLCC twin towers parking garage. There is adequate parking because the building lacks tenants. The twin towers today stand as a tourist attraction, a movie set, an air navigational hazard, a venue for public protest of government folly, a swimming pool for toddlers, and now a taxi parking garage.

Over 200 of the new cabs have been put into service under the Enviro label. Another 100 serve as a source of spare parts in the maintenance yard. There have been serious maintenance problems, and Petronas has facilities to perform repair and upkeep located in Shah Alam. Part of the reason for the big repair costs is found in the fact Renault failed to follow the specifications. The engines in the 1,000 cabs are not designed to burn natural gas.

This helps to explain the excessive number of engine failures due to burned valves. This problem was verified by a visiting Renault engineer who came to Kuala Lumpur with the Renault Formula One team. No one in Kuala Lumpur seems aware of this unfortunate fact, and the Renault engineer has not felt it necessary to put the buyers wise.

If someone told you that a thousand new taxicabs were parked for over two years in the lower level parking garage of the KLCC, you would rightly be sceptical, especially if you had recently parked there. The environmentally friendly cabs are visible to the public, though they have been placed on the lower deck and access is roped off. These pictures show the taxicabs gathering dust in the KLCC basement parking lot.





In anticipation of increasing public curiosity, most of the MPV's have been shuttled out to Shah Alam, where they stand in the hot sun, carefully concealed behind a high fence, awaiting better fortunes. If you want to see them, bring a small ladder.


....to be continued....