Laman Webantu   KM2A1: 4425 File Size: 11.1 Kb *



TAG SP 105: B3 Keemasan Masa Yang Hilang
By Ram

10/5/2001 4:32 am Thu

TAG 105

[Projek penswastaan telah menghadiahkan banyak durian runtuh buat kroni tanpa perlu jauh berlari tapi malangnya ia gagal menyumbang apa-apa yang memanfaatkan negara melainkan kerugian, hutang dan keaiban sahaja. Padahal mereka membolot perniagaan yang mereka ceburi dan mendapat pinjaman dengan mudah dari beberapa institusi. Yang peliknya mereka tidakpun dihukum apa-apa tetapi digemukkan lagi dengan projek lumayan tanpa henti. Kerajaan sepatutnya membiarkan sahaja mereka mampus kerana ada lebih ramai lagi usahawan yang jauh lebih baik dari mereka di negara ini yang mampu mengharumkan nama negara (dan nama Umno juga jika itu yang dipinta). Membela mahluk perosak akan merosakkan imej Umno juga malangnya Mahathir sengaja membiarkan mereka bermaharaja lela kerana dia pun tumpang sekaki juga dengan harapan tiada sesiapa tahu akan rahsianya.

Tetapi Tuhan Maha Kaya - apa yang ingin ditutup itu terbuka juga. Krisis ekonomi telah menelanjangkan kesemuanya dan internet pula menyebarkannya keseluruh dunia dengan sekelip mata cuma dan dari sebuah komputer sahaja. Semua itu akan terpendam untuk meledak di satu hari bila cukup ramuannya dan bertemu ruasnya. Dan tempoh itu sudah tidak lama kerana pemimpin Umno juga ada membacanya dan sudah mula bosan dengan Mahathir sehingga terkata apa yang tidak terkata sebelumnya. Semoga kesedaran itu tiba sebelum bom ekonomi menghancurkan semua kerana kita sudah kesuntukkan masa. - Editor]


Terjemahan: SPAR-07-001-3


Keemasan Masa Yang Hilang (Bahagian 3 - Akhir):


Polar Menyongsang Yang Semakin Ketara

Sesuatu pasaran saham mungkin menganggap sepi satu peristiwa yang dianggap luar biasa. Tetapi, dengan munculnya beberapa kumpulan syarikat yang semakin tidak mampu bernafas lega dalam kegiatan niaganya, sambil mengharapkan belas kasihan peruntukan dana awam untuk terus wujud menimbulkan keresahan rakyat marhaen.

Tindakan Menteri Kewangan membeli balik 30% saham MAS daripada Naluri, syarikat induk Tan Seri Tajuddin Ramli, adalah satu lagi contohnya. RM1.8 bilion dana rakyat marhaen dihamburkan kepada Naluri (dan bukannya MAS) sebuah syarikat yang dibebani hutang bertapuk sebanyak RM1 bilion yang tidak pun mampu membayar tanggungan faedah hutang itu.

Sekarang kerajaan membeli balik Sistem LRT daripada Renong dan syarikat yang lain dengan harga RM 6 bilion.

Ekran telah dibayar RM900 juta sebagai pampasan kepada projek Bakun (ampangan) walaupun Ekran gagal melancarkan kerja-kerja yang dikontrakkan itu, dan projek itu akan dipulihkan semula.

Petronas telah mengambil-alih Proton daripada DRB-Hicom dengan harga melebihi RM1 bilion kerana hutang bertapuk DRB-Hicom yang tidak mampu dilunaskannya.

Sebelum itu, syarikat perkapalan negara, MISC telah membeli asset syarikat perkapalan Konsortium Perkapalan dengan harga RM1 bilion kerana Konsortium pun dibebani hutang melebihi RM1.2 bilion yang turut diserap oleh MISC.

Bank Bumiputra telah menanggung hutang bertapuk sehingga menghakiskan sama sekali modal (dana kerajaan) sekitar RM2 bilion yang terpaksa disuntik semula kepada Kumpulan Commerce Asset, sedangkan kerajaan menyerap jaminan hutang bertapuk itu.

Satu billion di sini, satu billion di sana, akhirnya semua itu adalah wang sebenarnya yang memberikan gambaran satu polar yang menyongsang harapan rakyat Malaysia.

Kalaulah manusia yang bergelar usahawan itu nampak dan sedar bahawa projek mereka itu semakin kecundang dan berjaya pula memujuk kerajaan mengambil alih urusan niaga itu daripada tanggungan mereka, sudah tentu ia menjanjikan lebih banyak lagi pembaziran di masa hadapan. Setiap usahawan yang diberikan satu projek besar sepatutnya mampu meraih keuntungan yang berpadan yang menjadi haknya. Tetapi kalau dia kerugian, dijualnya kembali syarikat itu kepada kerajaan yang menggunakan dana rakyat marhaen untuk membelinya semula. Malaysia sudah tentu memegang rekod dunia kerana menswastakan keuntungan dan memilik-negarakan kerugian. Yang menjadi pemenang adalah segelintir usahawan yang disebut berjaya itu dan yang menjadi kecundang adalah rakyat jelata.

Rakyat marhaen menjadi mangsa kerana menanggung kerugian yang berlaku. Hasil cukai kerajaan perlu dinaikkan untuk menyerap keperluan dana membeli balik projek yang kantul itu. Rakyat marhaen terpaksa membayar kos yang tinggi kerana khidmat yang dulunya didapati percuma melalui pembayaran cukai. Jeritan rakyat jelata akan menjadi lebih meninggi tidak lama lagi, apabila PLUS (anak syarikat UEM) memberi ingatan kepada pengguna lebuhraya Utara Selatan, bahawa mengikut perjanjian konsesi mereka kadar tol akan dinaikkan lagi sebanyak 30% bermula Januari hadapan.

Kos Jangka Panjang Yang Menakutkan

Secara jangka panjang negara akan menanggung beban kos yang sungguh tinggi. Hutang kerajaan akan terus naik dan memerlukan sumbangan rakyat marhaen untuk melunaskannya. Syarikat yang baik-baik tidak lagi mampu mendapatkan modal daripada pasaran yang tidak lagi diberikan penghormatan secara serius. Kerajaan pun tidak akan berupaya mendapatkan pinjaman daripada pasaran global dengan mudahnya.

Kalau kumpulan syarikat yang haprak masih terus disangga, sumber yang sepatutnya disalurkan kepada menyokong dan membelai kumpulan baru dan yang dinamik boleh menjadi terpesong. Ekonomi negara akan didominasi oleh syarikat dinosaur yang tidak pandai bersaing di pasaran antarabangsa. Inilah yang memungkinkan negara menjadi terus terpinggir daripada arus perjalanan pasaran global kerana kepentingan diberikan untuk melindungi syarikat anak-anak emas dan anak-didik yang mahu terus bernafas.

Kesan pengurusan yang songsang dan pembaziran sumber yang penting semakin menyerlah mengikut peredaran masa laksana faedah secara kompaunding (compounding interests). Sebuah negara yang membazirkan harta kekayaannya adalah laksana sebuah keluarga yang membazirkan harta kekayaan sewenangnya. Orang-orang yang dulunya menjadi kaya-raya akhirnya menjadi papa kedana. Adalah amat sukar membayangkan betapa Burma selepas Perang Dunia Kedua dulu, merupakan salah sebuah negara terkaya yang mempunyai pendapatan per kapita yang paling tinggi di kalangan negara Asia Tenggara. Adalah menakutkan apa jadinya kepada Malaysia 20 ataupun 30 tahun daripada sekarang, seandainya dasar yang ada terus dilaksanakan dengan cara menggila.


-Ram (Aliran)-




Rencana Asal:

Highlights from Aliran Monthly
http://www.malaysia.net/aliran/

It is the public that bears the cost of privatisation gone wrong in Malaysia

by Ram

Part 3 (Final)

A Disturbing Pattern is Taking Shape

The market may shrug off an exceptional case. But the pattern of seeing groups that would not stay afloat on their own, surviving through public funds channelled their way is most disturbing.

The Ministry of Finance's decision to buy back 30% of MAS from Naluri, the holding company of Tan Sri Tajudin Ramli, is another example: RM1.8 billion of public funds went to Naluri (not MAS), a company that otherwise had RM1 billion of debt that it could not service the interest on.

The government is buying back the LRT systems for RM6 billion, from Renong and others.

Ekran was paid RM900 million as compensation for the Bakun dam project although Ekran could not get the project off the ground - and that project is now being revived.

Petronas acquired Proton from DRB-Hicom for over RM1 billion as the latter also has multi-billion ringgit loans that it cannot service.

Earlier, the national shipping company, MISC, bought shipping assets from Konsortium Pekapalan for RM1 billion, as Konsortium was also burdened by excessive debt of RM1.2 billion which was also assumed by MISC.

Bank Bumiputra which raked losses that wiped out its capital (government funds) of nearly RM2 billion was injected into the Commerce Asset group with the government underwriting the bad loans.

A billion here, a billion there - it soon adds up to real money and a disturbing trend for all Malaysians.

If the so-called entrepreneurs see that when their projects go bad they can get the government to take these off their hands, it will most certainly guarantee greater waste in the future. Any entrepreneur who can get a large project should do so: if he makes a good profit, it is his; if he makes a loss, he sells it back to the government to recover his cost with public funds. Malaysia must be holding the world record for privatizing profits and socializing losses. The winner would be the (few) successful entrepreneurs; the losers are the public.

It is the public that bears the costs of privatization going wrong. Not just in higher government revenues that will be necessary to foot the bill of buying back these projects. But also in higher costs they have to pay for the services previously they used to get for free via paying taxes. The outcry from the public will get louder in a few months, when PLUS (a UEM subsidiary) reminds road users that by their concession agreement, toll rates on the North-South highway are to be increased by 30% effective next January.

The Long-term Cost is Frightening

The cost to the nation, in the long-run, will be heavy. The government?s debt will rise and eventually the public will have to pay up. Good companies will not be able to raise capital in a market that is no longer taken seriously. The government itself may not be able to raise financing as easily in international markets.

If badly managed groups continue to be propped up, resources that should go towards nurturing new and dynamic groups get diverted. The economy will be dominated by dinosaurs that cannot compete internationally, which will require the country to become increasingly insulated from the world economy and globalization - so that favoured ones continue to be protected.

The effects of bad management and wasteful use of resources magnify over time, like compounded interest. For a country to use its resources wastefully is like for a company or a family to squander its wealth. People who used to be prosperous become paupers. It is hard to imagine that just after the Second World War, Burma had one of the highest per capita incomes among South East Asian nations. It is frightening to consider how Malaysia will rank 20 or 30 years from today, if present policies run their course.

-Ram (Aliran)-