Laman Webantu   KM2A1: 4426 File Size: 10.7 Kb *



TAG SP 106: B3 Syarikat Teksi Petronas
By Harun Rashid

10/5/2001 5:30 pm Thu

TAG 106


[Perkhidmatan teksi KLIA yang tidak memuaskan menyebabkan sistem monopoli bertukar menjadi sistem semi monopoli yang melibatkan dua kategori teksi yang berlogo dan satu kategori yang tidak memerlukan apa-apa logo. Sudah tentu yang tidak berlogo itu lebih murah jika anda seorang pakar tawar-menawar yang tahu kepala-ekor cerita. Lagipun alat penjejak satelit pada teksi yang berlogo itu cuma hiasan tipuan sahaja untuk mengizinkan tambangnya mencekik penumpang dan pemandu teksinya yang menyewa. Dan alat ini juga menjadi modal untuk mendapat tender sedangkan ia tidak berfungsi sebenarnya - jika tidak akan adalah satu skrin di dalam kereta memaparkan semua perjalanan kita.

Satu ketika dulu pemandu teksi KLIA memprotes pengurusan dengan tidak hadir atau sengaja tidak membayar saman - malangnya mereka mungkin tidak tahu ia mahal kerana sogokkan sebenarnya. Kini pemandu itu sudah bertukar memandu kereta yang tidak berlogo pula kerana sudah cukup arif segalanya. Lama-kelamaan mungkin lebih ramai yang akan menyertai mereka kerana berpadan penat dengan pendapatan yang diterima. Usah dibimbang dengan pihak berkuasa kerana pemandulah yang lebih berkuasa sebenarnya. Lagipun, Petronas sendiri sudah terlalu banyak kerja menguruskan teksi yang sudah tidak mahu bekerja....
- Editor
]


Terjemahan: SPAR-05-002-3


http://home.yqi.com/harunrashid1/65PetronasCab.html


Syarikat Teksi Petronas - Bahagian 3

(The Petronas Taxi Company)

Oleh: Harun Rashid

April 24, 2001

Ada tiga jenis kereta yang menanti penumpang di perhentian teksi di KLIA. Jenis pertama berwarna putih, kebanyakannya ada mempunyai satu penudung plastik berbentuk tudung saji di bumbungnya. Tudung saji plastik ini direka untuk menyorokkan satu alat sistem satelit canggih-manggih (STS-Satellite Tracking Sistem-penterjemah) yang dihubungkan dengan komputer untuk memberikan maklumat tercanggih akan kedudukan kenderaan yang memasang alatnya. Kontrak membekalkan sistem itu telah dianugerahkan kepada seorang kroni berasaskan kepintarannya dalam bidang juru-jualan. Memang alat itu sungguh 'hi-tech', sehinggakan tidak ada negara lain yang telah memasangnya. Pemasangan alat ini merupakan satu kebanggaan dalam dasar Malaysia Boleh Apa Saja.

Memanglah sistem itu bersifat indah khabar dari rupa. Oleh kerana dasar 'Malaysia Boleh' makanya sistem itu dibeli, kerana 'Malaysia Boleh Ditipu Selalu'. Keseluruhan alat itu tidak boleh berfungsi untuk menepati pembeliannya. Kerana itu segala gembar-gembur mengenai alat 'hi-tech' yang paling canggih di seluruh dunia itu terpaksa ditarik balik untuk diperam selamanya, secara senyap-senyap sahaja. Seorang penyamun yang bijakSINI mendapat kontrak itu, tetapi barangannya yang direkomen itu tidak dicuba lebih awal dulu akan kegunaannya, sehinggakan wang yang berjuta terhambur begitu sahaja.

Satu ketika dulu syarikat teksi limosin itu telah diberikan monopoli menyediakan perkhidmatan teksi. Tetapi kegagalan memberikan khidmat yang cemerlang telah menyebabkan syarikat itu kehilangan hak monopolinya. Begitulah juga dengan enjin kereta Renault dulu. Sepatutnya ada pakar yang memeriksa dulu dan memperakukan bahawa apa yang dibekalkan oleh jurujual itu adalah bertepatan dengan janji-janjinya.

Di banyak negara lain, apabila perkara semacam ini berlaku ia mewajibkan penyiasatan rapi untuk mencari sebab-musabab kenapa perkara semacam itu boleh berlaku. Masa depan orang yang bertanggungjawab membuat keputusan bebal semacam itupun dipersoalkan. Mungkin ada yang terpaksa menerima padahnya. Tetapi, tindakan pengurusan seperti itu tidak diamalkan di Malaysia. Di Malaysia, tidak ada seorangpun yang pernah dicela kerana kesilapan semacam itu. Masalah yang dicetuskannya sengaja dipengap sebagai satu kisah yang merugikan sahaja untuk ditanggungi bebanan hutangnya oleh pembayar cukai, yang merupakan rakyat marhaen yang semakin papa kedana.

Oleh kerana para pegawai sedar mereka tidak akan diapa-apakan seandainya silap, perlakonan mereka merupakan sesuatu yang boleh diperlekehkan. Itu jugalah sebabnya sifat-sifat keunggulan dalam urusan niaga dan pengurusan atasan tidak dapat bertapak dengan kukuh. Kegagalan mereka hanya diselubungi oleh lebih banyak kereta canggih-manggih seperti Mercedes Benz, lebih banyak mahligai di bukit tinggi-tinggi, dan lebih banyak saham dalam akaun peribadi. Dompet wang yang besar-besar yang dipegang oleh manusia berkepala besar adalah lambang keegoaan para peniaga Malaysia terutama sekali mereka yang hanya bergantung kepada naungan patriak, sogokan wang lendir dan naungan politik lidah menjelir.

Dua gambar di bawah ini menunjukkan dua jenis teksi bandaraya; setiap satu jenis menunggu di perhentiannya, menunggukan panggilan untuk mengisi kekosongan disebabkan khidmat limosin yang pincang. Di gambar pertama ialah sedan empat-pintu; kebanyakannya telah dilengkapi penjana gas asli dalam skim pemasangan berpakej.



Dalam gambar kedua menunjukkan teksi jenis MPV kepunyaan Petronas:



Para pemandu menunggu giliran masing-masing dengan penuh kesabaran, sambil menyumpah seranah secara terpendam segala ulat yang pintar mengelat dengan menggunakan kereta peribadi. Kereta sapu ini kerap berlegar-legar secara senyap untuk berhenti di ruang 'ketibaan' di mana penumpang yang keletihan daripada perjalanan jauh mudah dilencongkan untuk menaikki kereta mereka yang tidakpun mempunyai sebarang tauliah untuk menjadi kereta penumpang yang berlesen. Para penumpang itu tidak tahu membezakan antara kereta sewa yang sah dan yang haram kerana kebanyakan kereta sewa yang sah beratur di bahagian luar sambil kepanasan.

Pengerusi Petronas memang sentiasa sibuk berada di meja besarnya di puncak menara kembar yang separuh kosong itu. Sambil sibuk bekerja tentu dia sibuk juga memerhatikan jerubu di sekelilingnya. Nun, jauh di bahagian bawah, arah matahari terbenam, ada tujuh ratus (700) kenderaan baru yang sudah dibayar cukai jalannya, premium insurannya, tetapi tersusun dan tersadai di satu kawasan lapang yang mudah dipanah hujan dan mentari Shah Alam. Semua kenderaan itu terselindung di sebalik pagar yang tinggi; membisu dan menunggu kalau-kalau nasib berubah untuk dibawa pergi.

....TAMAT....





Rencana Asal:


The Petronas Taxi Company - Part 3 (Final)

by Harun Rashid

Apr 24, 2001

There are three types of cabs in waiting corrals at KLIA. First are the white limousines, many with their space age bubble yet atop. This strange plastic dome was designed to conceal an advanced satellite position system, computer-linked to give accurate information of the vehicles whereabouts. The contract for the system was given to a favored friend on the basis of super salesmanship. It was indeed high tech. No other country uses it. It was destined to be another first for The Malaysian Book of Failed and False First Feats.

The system was highly ballyhooed. The system was bought. But it never worked. There was interference with the airport radar, and thus the high tech idea was quietly shelved. A smart idea got the contract, but it was not tested for feasibility, and the money was wasted. Many of the empty plastic domes still remain atop the limousines, a reminder that the race for development requires engineering study and testing for feasibility. There must be market research to determine demand.

Though a monoply was given to the limousine company, the failure to provide the promised level of service has required that the monoply be canceled. As in the case of the Renault engines, someone must verify that the salesman can and has delivered the promised goods.

In countries where there is an appreciation of these requirements, failure is followed by a finding of fault. The future of responsible decision makers becomes cloudy, and there may be a rain of heads. Not in Malaysia. In Malaysia no one is ever held accountable, and the problems are quietly written off as an unfortunate loss for the poor taxpayers, who are daily getting poorer.

Because executives know they will not be held accountable for mistakes, performance is far over par for the course. Thus the important traits associated with superior business acumen fails to develop. Failures are followed only by more Mercedes Benz cars, more mansions on the hill, and more shares in the account. Fat in the wallet and fat in the head mark the Malaysian businessman, especially those totally dependent on patriarchy, payoffs and political patronage.

These two pictures show the two types of city cabs, each in its assigned waiting corral, on queue to fill the void caused by poor limousine service. In the first picture are the standard four-door sedans, many with the natural gas conversion package installed.



In a second corral are the new Petronas MPV cabs.



The drivers wait their turn patiently, quietly cursing the touts who skirt the queue in private cars, cruising smoothly to the arrival dock, where tired arriving passengers are easily diverted into their un-painted, un-metered, un-licenced, un-regulated private vehicles. The passengers have no way of knowing there are lots of legal cabs waiting out in the sun.

The chairman of Petronas is at his air conditioned desk high atop the empty twin towers, gazing out into the haze. Far below, to the southwest, 700 new MPV's, road taxes paid afresh, stand silently saddled under the hot Shah Alam sun, sidling behind high fences, awaiting a courtesy call to conquest.

....Concluded....

Link Reference : Harun Rashid Worldview: The Petronas Taxi Company