Laman Webantu   KM2A1: 4427 File Size: 27.2 Kb *



Surat Terbuka Kepada Ketua Hakim Negara
By CDB

10/5/2001 5:59 pm Thu

[Ketua Hakim Negara sepatutnya berbuat sesuatu berikutan polis menterbalikkan keputusan Hakim Hishamuddin dengan menggunakan mahkamah Persekutuan melalui Hakim Abdul Malek agar menangguhkan kehadiran dua tahanan ISA - Gobalakrishnan dan Abdul Ghani Haron. Khabar angin bertiup kencang salah seorang dari mereka sedang tercedera teruk dibelasah polis - iaitu Abdul Ghani Haron. Beliau (mungkin) dijangka akan dipaksa mengaku palsu menggunakan tektik militan untuk menyelamatkan air-muka polis.

Ketua Hakim Negara juga patut bertindak kerana dua kes yang serupa menghasilkan keputusan yang berbeda. Keputusan Hakim Augustime Paul menolak rayuan habeas corpus bercanggah dengan keputusan Hakim Hishamuddin. Seperti biasa kita meramalkan Ketua Hakim Negara tidak akan berbuat apa-apa walaupun institusi kehakiman sudah tercemar dengan teruknya lainlah kalau beliau mempunyai kekuatan prinsip yang tiada tandingnya. Dengan membisunya ketua hakim negara Mahathir akan dapat membaca bahawa dialah yang PALING BERKUASA atas segala-galanya dan boleh melakukan tindakkan yang seterusnya untuk mengaibkan SESIAPA sahaja yang tidak disangka berdasarkan lapuran akhbar sahaja jika perlu atau satu dua 'kaji-selidik' palsu polis bertopengnya. Ini bermakna bilangan yang akan ditangkap ISA sebenarnya mungkin mencecah angka 98 dan itu mungkin termasuk ahli Umno juga - termasuk Fauzi Rahman juga. Dengan ini dia akan menjamin takhtanya sehingga mati agaknya..... - Editor]


SURAT TERBUKA KEPADA KETUA HAKIM NEGARA


Yang Amat Arif,
Tan Seri Mohamed Dzaiddin Abdullah,
Ketua Hakim Negara,
Kamar Ketua Hakim Negara,
Bangunan Mahkamah,
Jalan Raja,
Kuala Lumpur.

YAA Tan Seri,

Terlebih dahulu ingin saya 'memperkenalkan' diri saya, iaitu seorang rakyat jembel yang tidak punya apa-apa kepentingan, kedudukan mahupun pangkat dan harta di dalam masyarakat. Meski pun saya bukanlah 'sesiapa' pun di dalam masyarakat kecuali hanyalah sebagai rakyat biasa yang tidak punya apa-apa, tetapi saya masih lagi memiliki hati dan keyakinan yang teguh mencintai keadilan dan kebenaran. Bagi saya, sebagai manusia yang bebas merdeka, yang tidak menjadi hamba abdi kepada sesama manusia, nikmat keadilan dan kebenaran yang Tuhan kurniakan tidak dapat disukat dengan harta benda dan wang ringgit. Melainkan mereka yang menjadi hamba abdi atau rela diperhambakan dirinya oleh sesama makhluk, maka baginya nikmat keadilan dan kebenaran tersebut boleh diukur atau dijual beli, samada dengan material wang ringgit mahupun dengan maruahnya sendiri. Orang yang memiliki jiwa yang besar, bukan sahaja akan menghargai nikmat tersebut, malah akan berbuat apa sahaja untuk mempertahankannya. Tetapi orang yang berjiwa kerdil dan hamba, digertak atau dijegilkan sedikit biji mata oleh seseorang yang lebih 'tuan' daripadanya pun akan menggeletar kepala lutut.

YAA Tan Seri,

Mesej saya dalam perenggan di atas penuh dengan maksud yang tersirat. Sebagai orang yang arif dan terpelajar, saya percaya Tan Seri begitu memahaminya. Seperti mana rakyat yang lain, perlantikan Tan Seri sebagai Ketua Hakim Negara (KHN) saya sambut dengan penuh debaran dan harapan yang menggunung tinggi di dada. Kerana apa Tan Seri? Ya, kerana seperti yang Tan Seri maklum, sistem perundangan dan kehakiman di negara kita yang dicintai ini sesungguhnya telah diperkotak-katikkan menjadi seperti barang mainan atau pun lakonan wayang sahaja oleh seorang manusia yang bernama Mahathir. Sebelum kehadiran Tan Seri sebagai KHN rakyat majoriti telah luput sama sekali kepercayaan terhadap integriti kehakiman dan perundangan negara. Keabdian dan kehambaan sikap dan sifat yang ada dalam diri KHN sebelum Tan Seri dan Peguam Negara yang digelar rakyat sebagai Dugong itu telah menjadikan martabat kehakiman dan undang-undang negara seperti berada di dalam jamban atau kolam najis sahaja. Ketundukan dua manusia yang memegang amanah besar itu kepada pihak eksekutif menjadikan maruah bidang kehakiman dan perundangan lebih teruk dari perempuan jalang yang mencari makan di lorong-lorong gelap. Apabila diri telah kotor dan cemar, maka kekotoran yang dibawa itu terus, bukan sahaja terpalit kepada bidang kehakiman dan undang-undang tersebut, malah membuatkan pandangan umum seperti mempercayai yang negara ini tidak ubahnya seperti negara republik pisang yang dipenuhi oleh monyet-monyet dan beruk sahaja.

YAA Tan Seri,

Tan Seri pun sudah maklum yang krisis keyakinan terhadap kewibawaan undang-undang dan kehakiman di negara ini sudah bermula semenjak 1988 lagi apabila KHN ketika itu, Tun Salleh Abas telah dipecat secara tidak beretika oleh Mahathir, ketua eksekutif yang paling cabul sekali lakunya. Semenjak krisis pemecatan Tun Salleh dan lima orang lagi hakim mahkamah agung itu, pandangan umum rakyat terhadap institusi ini begitu sinis sekali. Sungguhpun begitu, siapalah yang mampu untuk berbuat sesuatu bagi memperbaiki keadaan kerana 'orang tua' yang liat nyawanya itu masih terus berkuasa hingga kini. Dan semenjak itu jugalah saya melihat mereka yang menjadi hakim-hakim seolah-olah cuma membaca skrip yang tertulis sahaja di atas meja penghakimannya. Keputusan yang betul keluar dari mulut dan penghakiman para hakim hanyalah mungkin jika kes yang diadili tersebut hanya melibatkan orang-orang kecil dan bangsat yang hidup melarat di sudut-sudut masyarakat.

Namun jika ianya kes yang melibatkan golongan ningrat yang mempunyai seribu kepentingan dengan pemerintah, hakim-hakim nampaknya mengadili kes-kes mereka berdasarkan skrip yang telah tertulis di atas dahi masing-masing. Inikah sahaja keadilan yang dijunjung tinggi itu? Inikah sahaja keadilan yang diperi-peri oleh hakim-hakim itu? Dan jauh dari itu - adakah ini sahaja nilai keberanian yang ada di dalam hati dan jiwa para hakim yang kununnya memegang teguh prinsip keadilan dan kebenaran itu? Kenapa begitu kerdil dan miskinnya jiwa dan hati para hakim-hakim yang berkhidmat sekarang ini Tan Seri? Kenapa terlalu dhaifnya kekuatan untuk menjadi seorang pemberani bagi seseorang hakim sekarang ini Tan Seri? Kenapa terlalu bangsatnya jiwa hakim-hakim sekarang ini Tan Seri, daripada memiliki hati dan semangat pahlawan untuk berpegang kepada prinsip, 'daripada hidup bergelumang dosa dan kemunafikan, lebih baik mati bergalang tanah'? Apakah hakim-hakim kini terlebih ramai yang disuntik dengan hormon kebaculan dan kebetinaan sehingga mereka terlupa yang mereka asalnya jantan?

YAA Tan Seri,

Baru-baru ini, lebih kurang dua minggu yang lepas, saya telah 'menghentam' Ketua Polis Negara kita, Tan Seri Tuan Hj Norian Mai kerana tingkah lakunya yang buruk dan terlalu menampakkan jiwa abdi dalam diri dan uniformnya. Sifat kerelaan menjadi abdi dan diperlakukan seperti seorang abdi kini seolah-olah telah menjadi suatu budaya bagi setiap mereka yang memegang ketua utama sesuatu jawatan. Kalau dulu hanya mereka yang menjadi balaci-balaci politik sahaja yang menjadi si bebal dan si tolol kepada tuan-tuan politik mereka, tetapi kini bukan sahaja si bebal dan si tolol yang menjadi balaci politik sahaja yang kemaruk nak menjadi hamba kepada pemimpin politik, tetapi telah melibatkan Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Hakim Negara dan mungkin 'Negara' sendiripun terpaksa akur dan tunduk kepada pemimpin yang zalim dan bersikap kuku besi itu. Apa sudah jadi dengan mereka-mereka ini semua Tan Seri? Adakah sindrom penyakit AIDS atau 'Aku Ikut Dosa Sama atau Akibat Iblis Dan Syaitan' yang menjadi tuan-tuan politik yang berkuasa telah menyelinap ke dalam jiwa-jiwa para hakim menyebabkan mereka diserang sindrom lumpuh ketahanan jatidiri, lantas sudah tidak mampu dan punya kekuatan lagi untuk mempertahankan kebenaran dan keadilan, maka dengan itu merelakan sahaja integriti dan maruah institusi yang suatu waktu dulu begitu disanjung tinggi itu dilacurkan sebegitu rupa?


YAA Tan Seri,

Saya dan rakyat yang lain tidak tahu sampai bila krisis kepercayaan terhadap kredibiliti hakim-hakim dan mahkamah ini akan berterusan. Saya dan rakyat tidak tahu sampai bila hakim-hakim harus menjadi pak sanggup dan pak turut kepada pihak eksekutif dalam memenuhi kehendak hawa nafsu mereka walhal di dalam perlembagaan negera telah jelas mencatitkan konsep 'seperation of powers' antara ketiga-tiga cabang prinsip pengasingan kuasa itu. Saya dan rakyat tidak tahu sampai bila hakim-hakim akan terkekang dan terbungkam daripada menjunjung kembali prinsip keadilan selagi mereka masih bersedia untuk menjadi hamba dan selagi mereka masih meletakkan jiwa mereka sekerdil jasad mereka sendiri kepada pemimpin politik seumpama Mahathir itu. Tan Seri sendiri pun maklum bahawa selepas Tun Salleh Abas siapa lagi hakim yang berani menjadi jantan dalam membuat keputusan yang berdasarkan prinsip keadilan? Selepas Tun Salleh Abas, siapa hakim lagi yang berani untuk meletakkan kebenaran sebagai asas menjatuhkan hukuman apabila sesuatu kes itu tidak menyebelahi pemerintah? Selepas Tun Salleh Abas, siapa lagi hakim-hakim yang berani berkata 'NO' kepada kes-kes yang melibatkan kepentingan pemerintah? Apakah kesemua kes-kes tersebut sememangnya layak dimenangi oleh pemerintah semata-mata berdasarkan prinsip kebenaran dan keadilan yang hakiki?

Kalau begitu apalah malangnya nasib Anwar Ibrahim berjuang beratus-ratus hari di mahkamah semata-mata untuk membuktikan yang dia tak bersalah, walhal keputusan penghakiman sudah pun ditetapkan melalui skrip? Kalau begitu apalah sialnya nasib Lim Guan Eng kerana selepas merayu terus terkulai layu di kandang besi selama 18 bulan? Kalau begitu, apalah celakanya nasib si Azmin, meskipun telah dibebaskan oleh mahkamah sesyen tetapi disabitkan pula kesalahannya di mahkamah tinggi? Inikah 'keadilan' yang begitu luhur yang amat dibangga-banggakan oleh mereka yang bernama hakim? Banggakah Augustine Paul yang berwajah tikus itu selepas menjatuhkan hukuman 6 tahun penjara ke atas Anwar? Banggakah hakim yang menjatuhkan hukuman 18 bulan ke atas Guan Eng? Banggakah hakim Akhtar Tahir spesis seketurunan Mahathir itu apabila menjatuhkan hukuman 18 bulan ke atas Azmin? Jika inilah kebanggaan mereka, saya percaya institusi dan integriti kehakiman kita selayaknya dilabelkan sebagai mahkamah para beruk dan monyet sahaja. Apakah bukan suatu keanehan selepas tragedi yang menimpa Tun Salleh, tiada satu kes pun yang melibatkan pembangkang dimenangi oleh mereka?



YAA Tan Seri,

Saya ingin bertanya kepada Tan Seri, apakah selepas tragedi yang menimpa Tun Salleh Abas, hakim-hakim kini seperti sudah terkena badi? Seolah-olah hakim-hakim kini seperti robot dan dirobotkan? Seolah-olah hakim-hakim kini sudah kehilangan taring dan menjadi singa sarkas sahajakah? Sudah lupakah Tan Seri akan prinsip pengasingan kuasa yang diasaskan oleh Montesquieu yang menegaskan kepercayaan bahawa sebarang kuasa yang terpusat kepada seseorang individu akan mengancam kestabilan rakyat dan negara kerana penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang akan wujud dan individu tersebut akan cenderung untuk menjadi pelaksana undang-undang, menjadi hakim yang membuat pengadilan dan keputusan dan menjatuhkan apa-apa hukuman menurut kemahuannya? Dan sudah lupakah Tan Seri akan prinsip pengasingan kuasa yang menegaskan bahawa badan eksekutif fungsinya hanyalah menjalankan kuasa eksekutif dan tidak boleh membuat undang-undang dan penghakiman? Apakah semuanya ini hanya tinggal semangatnya di atas kertas yang bertulis sahaja? Kenapa hakim-hakim menjadi terlalu takut untuk 'menghalang' kemahuan pihak eksekutif dalam sesuatu penghakiman? Atau kerana hakim-hakim kini lebih sayangkan tembolok dan perut mereka sahaja daripada mempertahankan yang hak? Apakah kisah ngeri yang menimpa hakim Syed Ahmad Aidid beberapa tahun dahulu masih menghantui mereka sehingga kebenaran dan keadilan terpaksa dikorbankan?

YAA Tan Seri,

Perlantikan Tan Seri pada awal tahun ini oleh Majlis Raja-Raja telah disambut dengan penuh harapan oleh segenap lapisan rakyat. Harapan rakyat terhadap Tan Seri begitu tinggi untuk memulihkan semula wibawa institusi kehakiman. Wibawa yang telah musnah dan dileburkan oleh anjing-anjing hitam seperti Augustine Paul dan Ariffin Jaka. Wibawa yang telah dilacurkan oleh Eusoff Chin dan Hamid Omar. Wibawa yang telah diporakperandakan oleh pemimpin bernama Mahathir. Apakah Tan Seri mampu untuk memulihkan semula wibawa itu dalam keadaan rakan-rakan Tan Seri sebelum itu lemas dalam asakan dan tekanan untuk mempersetankan keadilan dan kebenaran? Apakah Tan Seri mampu untuk memulihkan semula wibawa yang telah dilacurkan oleh Eusof Chin dan Hamid Omar dahulu? Apakah Tan Seri mampu mengembalikan semula keunggulan sistem keadilan kita ke tahap sepertimana yang dijunjung tinggi oleh Tun Salleh Abas dahulu? Apakah Tan Seri memiliki tahap keberanian sehebat Tun Salleh Abas, yang rela mengorbankan dirinya demi prinsip yang dijunjung? Apakah Tan Seri memiliki jiwa seberani lima orang hakim mahkamah agung yang 'terkorban' bersama Tun Salleh Abas dahulu?

YAA Tan Seri,

Sebenarnya rakyat menanti dan memerhati dengan penuh teliti sikap dan tindakan Tan Seri sebagai bukti. Selagi ianya tidak pasti, rakyat akan menjadi resah di hati. Kewibawaan Tan Seri sebagai KHN tidak akan ada bezanya daripada mereka yang sebelum Tan Seri jika tiada sebarang keputusan yang berani dapat dibuat untuk memulihkan keadaan. Prestasi dan reputasi para hakim dan institusi mahkamah kini masih berada di tahap longkang. Bau busuk yang direnjiskan oleh Eusof Chin masih lagi menusuk ke lubang hidung rakyat dan rasa mual serta loya mereka kepada pihak mahkamah masih tidak jauh berbeda seperti sebelum ini. Apa perasaan Tan Seri kini atau Tan Seri sendiri sudah tidak banyak pilihan yang ada untuk merobah keadaan? Jika inilah keadaannya, saya percaya yang Tan Seri juga tidak mampu memiliki jiwa besar yang berani. Seberani seperti seorang anak jantan yang sanggup menongkah arus di tengah-tengah gelombang dan ancaman jerung yang ganas di lautan yang gelap gelita dari sinar keadilan.

YAA Tan Seri,

Di sana ada berjuta-juta mata yang sedang memerhati dengan penuh berhati-hati akan tindakan Tan Seri selanjutnya untuk mengembalikan semula kredibiliti hakim-hakim itu. Tindakan hakim Mohd Hishamuddin dalam keputusannya beberapa hari lepas mungkin serba sedikit dapat menyinarkan harapan yang kelam itu. Tetapi apabila pihak polis berjaya mendapatkan perintah penangguhan di mahkamah persekutuan, bukankah ianya turut mencabar maruah hakim dan mahkamah tinggi berkenaan? Bukankah itu menunjukkan hakim seperti dipersendakan? Bukankah itu seperti mahkamah tidak lagi dihormati dan dipatuhi? Bila ini terjadi, siapa sebenarnya yang patut dipersalahkan? Pihak polis kah yang tidak menghormati keputusan hakim itu atau sememangnya hakim-hakim kini sudah tidak lagi dihormati oleh sesiapa pun termasuk oleh polis sendiri? Apakah hakim-hakim kini sudah tidak mempunyai 'daulat' lagi akibat kebangsatan mereka menurut telunjuk para bajingan politik yang tidak siuman? Apakah kebebalan Augustine Paul dan Ariffin Jaka dahulu menjadi titik rintis yang orang tidak perlu lagi menghormati hakim-hakim? Inilah tugas berat yang patut Tan Seri menjawabnya!


YAA Tan Seri,

Nabi kita, Muhammad s.a.w. telah memberikan suatu amaran yang keras dalam suatu Hadithnya yang masyhur, 'Hakim itu ada tiga golongan. Satu sahaja yang akan masuk syurga, manakala dua golongan lagi akan terjun neraka. Yang akan masuk syurga ialah seorang hakim yang mengetahui kebenaran dan dia memberi keputusan berdasarkan kebenaran itu. Hakim yang akan masuk neraka ialah mereka yang tahu kebenaran tetapi berbuat zalim dalam keputusannya. Begitu juga hakim yang membuat keputusan dalam keadaan ia jahil, maka juga akan terjun neraka'

Saya ingin mengingatkan bahawa seseorang hakim hendaklah membuat keputusan dengan bijaksana, adil dan amanah dalam menjalankan tugas. Hakim juga hendaklah memberikan layanan yang sama kepada semua pihak ketika di dalam mahkamah. Apakah prinsip yang mulia begini diamalkan oleh hakim-hakim sekarang ini? Kenapa dan mengapa hakim-hakim begitu kerdil dan gersang jiwanya daripada merasa gerun dengan amaran Nabi s.a.w. itu? Apakah amaran Mahathir Mohamed lebih hebat dan agung dari amaran Nabi Muhammad? (s.a.w.) Apakah ancaman balasan neraka Nabi Muhammad (s.a.w.) terlebih ringan dari aancaman dan balasan ?neraka? Mahathir Mohamed?

Kadang saya merasa hairan dengan sikap sesetengah daripada kita ini. Mengaku beriman dengan Allah s.w.t , mengaku yakin dengan syurga dan neraka, mengaku percaya dengan hari kiamat, tetapi nampaknya dalam tindak tanduk semasa menjalankan 'amanah dan tanggungjawab' ke atas kepalanya itu lebih banyak bertuhankan Mahathir Mohamed daripada bernabikan Nabi Muhammad s.a.w. Ariffin Jaka misalnya, adalah suatu contoh yang malang dalam sistem kehakiman negara ini kerana ketakutannya terhadap Mahathir Mohamed membuatkan beliau marah dan benci apabila ada 'tertuduh' membacakan ayat-ayat suci al Quran dan hadith Nabi Muhammad [s.a.w.] di dalam mahkamah. Sampai begitu sekali Tan Seri? Sampai sebangsat itukah jiwa Ariffin Jaka yang kununnya sewaktu menjawat jawatan hakim dahulu bersumpah setia mahu menjunjung prinsip keadilan dan kebenaran?


YAA Tan Seri,

Saya percaya keadaan dan nasib malang sistem kehakiman negara kita tidak akan berkesudahan daripada dirundung sebegini selagi hakim-hakim masih memiliki jiwa bangsat yang begitu kerdil. Selagi hakim-hakim memiliki jiwa hamba yang rela diperhambakan. Selagi hakim-hakim memiliki sifat dan budaya yang membayangkan ketandusan ruh keberanian yang sepatutnya menjadi naluri mereka. Selagi hakim-hakim menjadi bacul dan pengecut daripada menzahirkan keberanian untuk mempertahankan prinsip keadilan. Selagi hakim-hakim lebih rela dicerca dan dipandang hina oleh rakyat daripada digertak dan dijerut leher mereka oleh tuan politik yang sedang berkuasa. Selagi hakim-hakim lebih sayangkan perut dan tembolok mereka melebihi kepentingan keadilan dan kebenaran. Selagi hakim-hakim mempersetankan keimanan dan ketakwaan mereka kepada Allah s.w.t. dan kepercayaan masing-masing (bagi yang bukan Islam). Maka selagi itulah walau siapa pun yang menjadi Ketua Hakim Negara, keadaan tetap tidak akan berubah atau kelihatan seperti mahu berubah. Adakah Tan Seri akan terasa pedas kalau cili yang dimakan itu ditelan tanpa dikunyah?

YAA Tan Seri,

Terlalu ramai rakyat yang meletakkan sejuta harapan terhadap Tan Seri untuk memperbetulkan semula kerosakan (bukannya kepincangan) yang telah berlaku di dalam sistem kehakiman kita. Kerosakan yang bukan sahaja perlu di ?overhaul? tetapi perlu digantikan seperti baru , dengan imej dan citra baru, dengan visi dan misi baru, dengan harap dan harapan baru. Itulah kehendak rakyat terbanyak. Betapa tinggi harapan yang menggunung, berat lagi bahu yang menanggung, namun jika Tan Seri tidak memiliki jiwa sebagai seorang pemberani, sebagai seorang yang berjuang dan berpegang dengan prinsip keadilan dan kebenaran, maka harapan akan tinggal harapan sahajalah. Masa yang akan berlalu akan meninggalkan Tan Seri dengan sejuta cemuhan dan hinaan daripada rakyat yang kecewa. Maka dengan sebab itulah Tan Seri perlu menoleh ke belakang dan lihatlah rakyat yang berdiri teguh untuk mendokong Tan Seri. Apakah Tan Seri terfikir yang dokongan sejuta rakyat akan terlebih rapuh dari sokongan seorang PM? Apakah Tan Seri terfikir apa yang terjadi kepada Tun Salleh Abas? Bukankah beliau dibuang oleh PM tetapi ditatang oleh rakyat, lalu mengangkatnya sebagai pemimpin mereka? Bukankah ini sesuatu yang agung dan mulia? Dan Tan Seri lihatlah pula orang yang didokong oleh PM tetapi cuma disanjung oleh taik-taik judi. Bukankah ini semua suatu iktibar yang patut direnungi bagi mereka yang ingin mendapat pengajaran?

YAA Tan Seri,

Dua belas hari sebelum persaraannya, hakim Dato' Sheikh Daud Hj Ismail telah meninggalkan wasiat yang begitu bermakna kepada Tan Seri. Antara lain beliau berkata;

'Di penghujung perkhidmatan saya dalam bidang kehakiman (12 hari lagi saya akan pencen) saya berdoa (bukan permohonan writ saman tetapi berdoa sesungguhnya) agar YAA Tan Seri dengan hidayah daripada Allah dan sokongan daripada semua pihak membawa kembali kemegahan sistem kehakiman sepertimana pada suatu waktu dahulu dan meletakkan kehakiman di tempatnya yang sebenar, iaitu dihormati dan dipandang tinggi oleh semua lapisan masyarakat termasuk pihak eksekutif. Kebebasan kehakiman mestilah tidak dikompromi. Setelah berkhidmat selama 37 tahun, saya merasakan yang saya layak untuk memberi sedikit nasihat kepada para hakim. Janganlah menjadi 'yes man'. Jadilah seorang 'hakim'. Berpeganglah kepada sumpah jawatan kamu untuk taat kepada negara Malaysia, bukan taat kepada mana-mana individu. Jika kamu mahukan rakyat hormati kamu, kamu terlebih dahulu mestilah hormati rakyat. Jika anda mahu dihormati, anda hendaklah menghormati'.

Demikianlah harapan dan nasihat yang mulia dari seorang yang telah melalui pahit getir sebagai seorang hakim. Namun malangnya di akhir perkhidmatannya, beliau melihat begitu hodoh sekali rupa sistem kehakiman yang telah dinodai oleh pihak eksekutif. Dan beliau telah melahirkan harapan yang tinggi agar Tan Seri dapat merobah keadaan sebelum ianya menjadi terlebih buruk dan hina. Hanya keberanian sahajalah yang dapat menjadikan seseorang itu pemberani. Hanya keberanian sahajalah yang dapat menjadikan seseorang itu sanggup menongkah arus dan melawan badai. Hanya keberanian sahajalah yang dapat menjadikan seseorang itu wira dan pejuang yang bakal meninggalkan nama yang harum di dalam masyarakatnya.

YAA Tan Seri,

Sebelum mengakhiri kalam, saya juga ingin melahirkan harapan sepertimana hakim Dato Sheikh Daud tadi. Dan saya percaya bukan saya mengharap ianya secara bersendirian kerana nun di sana jutaan rakyat yang memerlukan perlindungan nyata terlebih tinggi pengharapan mereka untuk melihat apa yang telah musnah dan roboh itu ditegakkan kembali. Hanyalah kecekalan, keberanian dan jiwa besar sebagai seorang pejuang sahaja yang dapat memungkinkan Tan Seri untuk pergi lebih jauh lagi meredah samudera yang luas yang dipenuhi oleh jerung ganas yang sedang menggila itu. Namun saya percaya, jika Tan Seri meletakkan Allah s.w.t. sebagai sebaik-baik pelindung, barang apa jua yang diredhaiNya hasil niat hati kita yang ikhlas, Insya Allah akan mendapat berkat dan kejayaan. Sesungguhnya dalam keadaan sekarang, rakyat seluruhnya berada di belakang Tan Seri. Jadilah seorang pemberani Tan Seri! Nyahkan kedurjanaan kuasa eksekutif dari berterusan mencabuli apa yang bukan haknya!

Salam Hormat dari,
Yang menyanjung tinggi keadilan dan kebenaran,

Cucu Datuk Bahaman
10 Mei 2001





Rencana Tambahan Editor:

http://news.catcha.com/my/content.phtml?1&010&& afpnews.cgi&cat=malaysia&story=010508091258.0pn2426r.txt

Malaysian judge lets police delay detainees' court appearance

KUALA LUMPUR, May 8 (AFP) - Malaysian police Tuesday obtained a last-minute stay against a judge's order that they bring to court two opposition activists who have been detained without charge for four weeks.

Last Friday Judge Mohamad Hishammuddin Mohamad Yunus ordered police to produce the pair in Shah Alam high court, west of Kuala Lumpur, on Tuesday morning.

Before that hearing began, lawyers for police chief Norian Mai went to federal court judge Abdul Malek Ahmad, who granted them a six-day interim stay against the order.

The full federal court, which is not sitting this week, will next Monday hear police objections to the lower court's order.

N. Gobalakrishan and Abdul Ghani Haroon, both officials of the opposition National Justice Party (Keadilan), were arrested on April 10th and 11th under the controversial Internal Security Act (ISA), which allows indefinite detention without trial.

They have been held in a secret location and denied visits from family or lawyers.

Judge Hishammuddin had ordered they be produced in court Tuesday while lawyers continue a habeas corpus application to secure their release.

Hishammuddin said "the right to be present is a constitutional right" and refused to grant lawyers for the police a stay against his order.

An opposition leader urged police to drop their objections to producing the pair in court.

Lim Kit Siang, chairman of the Democratic Action Party, said in a statement that this would dispel fears that police might be covering up abuse of the detainees.

Defence counsel Sivarasa Rasiah told reporters the habeas corpus hearing at Shah Alam would be adjourned until next week pending the federal court's decision.

"This is just an interim order which preserves the status quo. The real arguments will be on Monday as to the correctness or otherwise of (Hishammuddin's) order," he said.

The two are among 10 supporters of jailed ex-deputy premier Anwar Ibrahim who have been arrested under the widely-criticised ISA.

Last month another high court dismissed habeas corpus applications by five other detainees on the grounds that courts had no power to challenge arrests by police under the ISA.

Prime Minister Mahathir Mohamad and police chief Norian Mai have said Anwar's supporters planned to use explosives and weapons in street demonstrations to topple the government.

No evidence of this has so far been made public.

Anwar, who is serving 15 years in jail for abuse of power and s###my, has described his detained supporters as "victims of vindictiveness."

Rights group Aliran reiterated its call Tuesday for all detainees to be released and for the repeal of the ISA, which it described as a "despicable instrument of authoritarian rule."

It said it was "totally unreasonable and unacceptable" for police to bar the Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) from visiting the detainees, adding this raised fears about their safety.

"The longer it takes for an independent body to ascertain the truth... the stronger will be the public suspicion that the ISA detainees cannot be visited and cannot be produced in court because they have in fact been brutalised," it said in a statement.

Aliran urged Suhakam to reject "lame explanations" from the police and assert its legal rights to visit the detainees.

Police since last week allowed family visits to four ISA detainees, with a fifth to be permitted to see his family later Tuesday.