Laman Webantu   KM2A1: 4430 File Size: 12.1 Kb *



TAG SP 108: Reformasi Sistem, Hentikan Diskriminasi
By P. Ramasamy

10/5/2001 9:56 pm Thu

TAG 108

[Masalah pendidikan yang berbaur perkauman sebenarnya telah lama kerana ia telah dipolitikkan untuk menjaga masa depan Umno. Malah ia semakin bermasalah lagi kerana menteri pelajarannya asyik bertukar kerana tidak mengikut citarasa diktator yang melantiknya. Inilah satu-satunya kementerian yang seolah-olah menjadi paspot tradisi untuk menjawat jawatan tertinggi dalam negara sehingga ramai yang tertipu bahawa itu bukan jaminan sebenar-benarnya tetapi lebih kepada untuk menduga menterinya.

Apa yang menarik menteri pendidikkan baru(a) ini telah menyusahkan ramai orang termasuk rakan BN juga. Dengan tercetusnya krisis ini beliau nampaknya akan semakin teruji lagi sedangkan isu SRJKC dulu masih belum selesai. Lain kali jangan tunjuk pandai jika masih di tahap kaldai. Selagi politik mengawal pendidikkan masalah tidak akan selesai kerana rakyat sudahpun cukup pandai. - Editor]


Terjemahan: SPAR-04-005


Reformasi Sistem, Hentikan Diskriminasi

Oleh P. Ramasamy

Kuala Lumpur - Politik yang berdasarkan kaum di Malaysia telah menyebabkan keadaan yang haru-biru di dalam sistem pendidikan pada amnya dan universiti-universiti khususnya. Sebagai contoh, pengambilan masuk pelajar-pelajar universiti dan pelantikan pensyarah-pensyarah, ketua-ketua pentadbiran dan lain-lain tertakluk kepada polisi-polisi dan garis panduan- garis panduan yang memberikan kelebihan kepada orang-orang Melayu dan mengenepikan bukan Melayu.

Malah, selama beberapa tahun, universiti-universiti di dalam negara ini, terutamanya institusi pengajian tinggi Awam, seolah-olah berfungsi hanya sebagai tempelan kepada kerajaan. Akhir-akhir ini telah bising diperkatakan di Malaysia tentang hakikat bahawa golongan bukan Melayu yang memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia - yang setaraf dengan O-level - telah dinafikan kemasukan mereka ke universiti-universiti.

Terdapat beberapa kes di mana pelajar-pelajar yang mendapat semua A di dalam mata-mata pelajaran yang diambil telah ditolak kemasukannya tanpa sebarang alasan. Walau bagaimanapun, secara umumnya adalah dipercayai bahawa pelaksanaan sistem kuota di universiti-universiti telah menghalang pihak yang berkuasa dari memberi pertimbangan kepada pelajar-pelajar bukan Melayu, terutamanya mereka dari aliran sains.

Yang menghairankan adalah apabila terdapat satu atau dua universiti yang telah membenarkan pengambilan pelajar-pelajar bukan Melayu yang tidakpun memperolehi keputusan yang mengkagumkan seperti yang lainnya. Mengapa pelajar-pelajar ini diterima masuk adalah tidak jelas. Sesetengah pakar pendidikan berpendapat bahawa pelajar-pelajar bukan Melayu yang kurang berkelayakan diterima dengan tujuan untuk mengurangkan persaingan yang sengit dengan pelajar-pelajar Melayu.

Biarpun kerajaan mengambil berat akan penolakan masuk pelajar-pelajar bukan Melayu dengan kejayaan yang baik itu, adalah tidak diketahui bagaimana ia akan memulihkan keadaan tanpa menjejaskan sistem kuota kaum yang telah berjalan sekian lama di universiti-universiti. Pendidikan adalah satu bidang yang agak sensitif buat kerajaan Barisan Nasional yang memerintah sekarang ini. Terlalu banyak penekanan terhadap pengambilan masuk pelajar-pelajar Melayu akan menyinggung masyarakat Cina dan India. Dan kelompok masyarakat inilah yang bertanggungjawab memberi kuasa pemerintahan kepada kerajaan yang ada sekarang melalui undi mereka di dalam pilihan raya umum yang lepas.

Walaupun pengambilan masuk pelajar-pelajar universiti berdasarkan satu pecahan di mana bangsa Melayu dibenarkan sehingga merangkumi 55% dari kumpulan itu, pengagihan sebenar pelajar-pelajar telah menjadi satu perkara yang amat dititik-beratkan oleh para ibu bapa pelajar-pelajar bukan Melayu. Pecahan tertentu ini tidak menerangkan bagaimana pelajar Melayu dan bukan Melayu akan diagihkan ke dalam pelbagai jabatan dan fakulti-fakulti.

Melalui sistem kuota dalaman universiti-universiti, terdapat kecenderungan untuk menghadkan bilangan pelajar-pelajar bukan Melayu di dalam jabatan-jabatan yang strategik seperti perubatan, pergigian, undang-undang, perniagaan dan sains komputer. Seperti biasa, ramai pelajar-pelajar bukan Melayu yang tidak diterima mengikut bidang yang dipohon dan akhirnya mereka hanya menjalani pengajian di dalam bidang-bidang kemanusiaan dan sains sosial.

Kementerian Pendidikan perlu bersikap terbuka dan tampil memberikan penjelasan berkaitan dengan perkara ini kepada umum. Ia tidak sepatutnya terus mengamalkan sikap berat sebelah di dalam pengambilan pelajar-pelajar, berdasarkan kepada beberapa kriteria yang telah ketinggalan zaman yang telah dihasilkan sewaktu zaman yang hangat dengan politik perkauman pada tahun 1960an dan awal 1970an.

Pelajar-pelajar yang baik, tanpa mengira kaum, perlu diberi tempat di universiti-universiti awam kerana tidak semuanya mempunyai kemampuan dari segi kewangan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Sistem Apartheid mesti dihentikan supaya generasi muda di negara ini dapat mengambil bahagian di dalam sistem yang lebih besar dan, dengan itu, menyumbang ke arah kesejahteraan negara.

Seperkara lagi yang membimbangkan berkenaan dengan universiti-universiti awam di negara ini adalah kaedah yang digunakan di dalam pelantikan pensyarah-pensyarah. Dengan penggunaan polisi langkah-mengiyakan yang tidak kena pada tempatnya itu, pihak universiti lebih mengutamakan pengambilan pensyarah-pensyarah Melayu. Bahkan terdapat banyak jabatan-jabatan yang tidak langsung mempunyai pensyarah-pensyarah bukan Melayu, apatah lagi yang dilantik ke bidang pentadbiran.

Selama beberapa tahun, dengan diskriminasi yang terang-terangan terhadap pensyarah-pensyarah bukan Melayu, universiti-universiti dipenuhi kebanyakannya dengan kakitangan-kakitangan berbangsa Melayu. Di dalam hal ini, tidak banyak bezanya di antara universiti-universiti dengan jabatan-jabatan kerajaan di negara ini.

Ada kebaikan di dalam polisi langkah-mengiyakan yang diambil oleh kerajaan pada awal tahun 1970an. Namun prinsip ini sepatutnya tidak menjadi satu langkah yang menafikan peluang-peluang kepada kumpulan-kumpulan kaum yang lain. Cara pembahagian wakil-wakil kaum bukan Melayu di dalam kerajaan telah banyak dipersoalkan dan ini telah membawa kepada masalah yang timbul sekarang.

Hanya sekarang baru kita saksikan parti-parti politik seperti MCA, Gerakan, MIC dan lain-lainnya secara tiba-tiba mengambil berat akan masalah yang telah berlarutan selama beberapa dekad, disebabkan oleh sikap mereka yang mendiamkan diri sekian lama dan dasar politik 'angguk' mereka.


Terjemahan SPAR-04-005




Rencana Asal:

Reform system, end discrimination

by P. Ramasamy


KUALA LUMPUR - The institutional nature of ethnic politics in Malaysia has wrought havoc on the education system in general and universities in particular.

For instance, the intake of university students and the appointment of lecturers, administrative heads and others have been subjected to policies and guidelines that give predominance to Malays and exclude non-Malays.

In fact, over the years, universities in the country, especially the public ones, have functioned as though they were mere appendages of the government.

Lately, there has been much hue and cry in Malaysia over the fact that non-Malays who obtained excellent passes at the Sijil Pelajaran Malaysia examinations - the equivalent of O levels - were denied entry into universities.

There were cases of students obtaining all As in their subjects but were denied entry for unknown reasons.

Anyway, it is believed generally that the operation of a quota system in universities has prevented the authorities from giving consideration to non-Malay students, especially in the science stream.

The irony is that one or two universities actually allowed the intake of non-Malay students who did not obtain impressive results like the others.

But why these students were taken in is unclear. Some educational experts think that less qualified non-Malay students were accepted so as to reduce stiff competition with the Malays.

While the government is concerned about the rejection of non-Malay students with excellent qualifications, it is not known how it is going to rectify the situation without upsetting the prevailing ethnic quota system in
universities.

Education is one area that the present Barisan Nasional government is quite sensitive about. Too much emphasis on the Malay intake might upset the Chinese and Indian communities. And these are the communities that were mainly responsible for voting the present government to power in the last general elections.

Although the present intake of university students is based on a ratio that allows Malays to make up 55 per cent of the group, the actual distribution of students seems to be the main concern of non-Malay parents.

This particular ratio does not tell how Malays and non-Malays will be distributed in the various departments and faculties.

Given the universities' internal quota system, there has been a tendency to restrict the number of non-Malay students in strategic departments such as medicine, dentistry, law, business and computer science.

Invariably, many non-Malay students are not accepted into the disciplines they applied for and they end up doing humanities and social sciences.

The Ministry of Education needs to come out in the open and explain matters to the public. It cannot go on practising double standards in the intake of students, based on some outmoded criteria that were hatched in the heat of racial politics in the 1960s and early 1970s.

Good students, regardless of their racial origin, must be given places in public universities simply because not all of them have the financial wherewithal to study abroad.

The system of apartheid must be stopped so that the younger generation in the country can develop a stake in the larger system and, thereby, contribute to the well-being of the country.

The other worrisome aspect of public universities in the country is the nature of the appointment of lecturers.

Given the misplaced application of the affirmative-action policy, universities tend to employ only Malay lecturers.

In fact, there are many departments that do not even have non-Malay lecturers, let alone those with administrative appointments.

Over the years, given the overt discrimination against non-Malays, universities have become staffed predominantly by Malays. In this respect, there is not much difference between universities and government departments in the country.

There is merit in the affirmative-action principle adopted by the government in the early 1970s.

But this principle should not become a means of denying opportunities to other ethnic groups.

It was largely the unquestioning nature of the non-Malay representatives in the government that contributed to the present state of affairs.

Only now are we witnessing political parties such as the Malaysian Chinese Association, Gerakan, the Malaysian Indian Congress and others suddenly awakening to a problem that has been there for a few decades, caused unwittingly by their long years of silence and 'yes-man' politics.


(The writer is a political scientist at Universiti Kebangsaan Malaysia. He contributed this article to The Straits Times.)