Laman Webantu   KM2A1: 4432 File Size: 25.5 Kb *



TAG SP 109: Majlis Untuk Augustine
By Brando Pereiro

10/5/2001 10:52 pm Thu

TAG 109

[Sila maklum rencana ini adalah sketsa sahaja.... kerana di negara Malaysia kebebasan bersuara memang ada tetapi tidak ada kebebasan selepas bersuara. Seperti biasa sebarang masalah atau kekurangan sambutan dan sokongan terhadap kerajaan BN akan dipalitkan puncanya kepada musuh kerajaan BN sahaja... - Editor]


Terjemahan SPAR-08-001


Majlis Untuk Augustine

Laporan: Brando Pereiro, Kuala Lumpur.

Majlis yang dianjurkan itu memang sungguh berwarna-warni. Dihadiri oleh tetamu yang ternama dan termasuklah semua nama besar dalam masyarakat guaman. Hakim Mahkamah Tinggi Augustine Paul memang diraikan untuk menerima satu anugerah khas Perdana Menteri yang bernama 'Anugerah Penghakiman Gemilang" Di samping itu dia akan menerima satu lagi anugerah yang khas diberi nama 'Judge Obedience de Puppeto" (ini adalah rangkuman dua bahasa Italiano-Feranco, kalau diterjemahkan dalam Bahasa Melayu bolehlah disebut: Hakim Badut Yang Paling Pengikut). Anugerah tambahan itu merupakan yang julung-julung kali dihadiahkan kepada mana-mana hakim di negara ini. Pihak Polis Diraja Malaysia pula akan tumpang sekaki untuk memberikan hadiah khas juga kepadanya. Anugerah itu diberi nama "Medal Gullibo In Supido" (dalam BM bolehlah disebut juga sebagai 'Medal Pelahap yang Bengong') Pemberian PDRM ini adalah kerana mengenang jasa beliau yang bersedia memberikan kerjasama dan kesabaran terhadap anggota PDRM. Apabila melihatkan banyaknya kurniaan yang diberikan kepada hakim ini, Jabatan Ketua Peguam Negara pula yang bernama "Justice Prejudice La Extraordinaire" (dalam BM bolehlah disebut Hakim Prejudis Luar Biasa). Hadiah itu adalah sebagai cenderahati kepada kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi di sepanjang sesi mahkamah itu.

Tetamu Kehormat majlis itu ialah Dr. Mahathir Oleh kerana menjangkakan penyertaan ramai tetamu pada malam itu, penganjur majlis telah mengatur agar pengurusan Putra World Trade Centre menyediakan tempat duduk untuk empat ribu orang tetamu jemputan. Hampir semua manusia yang merupakan warga penghakiman dan guaman termasuklah, peguam, pendakwa, hakim, perangka undang-undang, pegawai polis dan juga keseluruhan anggota kabinet telah dijemput untuk meraikan majlis itu. Ruang dewan memang disolek dengan hiasan belon yang bergantungan dan alat-alat kerlipan untuk memberikan suasana yang meriah pada majlis itu. Krew TV dan radio serta wartawan memang sedia menantikan majlis itu bermula untuk merakamkan suasana yang sungguh meriah itu.

Tetapi, semakin hampir waktu majlis itu sepatutnya dimulakan, ada sesuatu yang semacam tidak kena pada malam itu. Barisan tempat duduk di hadapan memang dikhaskan kepada rakan-rakan setugas Paul. Malangnya,{Hakim RK Nathan}, {Sri Gopal Ram}, Lamin Yunus, Abdul Wahab Patial dan seorang hakim Mahkamah Tinggi yang baru {Mokhtar Abdullah} yang menghadirkan diri. Ketua Hakim Negara yang baru bersara {Tun Eusoff Chin} ada turut serta, tetapi mana menghilangnya Ketua Hakim Negara yang baru Dzaiddin? Kenapakah dia begitu berani menghilangkan dirinya? {Ariffin Jaka} kelihatan duduk bersendirian, memandang lantai dan mempamerkan wajah yang pucat langsai, seolah-olah hadiah itu semua sepatutnya dialah yang menerimanya. Dia muncul itu pun kerana dijanjikan satu hadiah saguhati.

PDRM telah diwakili oleh KPN Norian Mai dan bekas KPN Rahim Noor, dan merekapun kelihatan bingong duduk di antara kerusi yang banyak kosong. Di kalangan menteri, yang datang cuma Menteri Kehakiman, Rais Yatim bersama yang menteri yang taat setia, Ling Liong Sik dan yang berlagak sendirian Samy Velu. Barisan yang dikhaskan untuk warga guaman mempunyai seorang peguam sahaja, Rajasegaran; yang menjadi terkenal kerana tindakan guamannya terhadap Majlis Peguam. Ada juga beberapa orang isteri yang turut serta menemani suami mereka. Namun, pada keseluruhannya galeri orang kenamaan memang kelihatan kosong dan suram tanpa ramai para jemputannya.

Di bahagian tempat duduk jemputan orang awam, keadaan nampak lebih ceria lagi. Satu kumpulan pelajar daripada {Augustine Paul School of Puppet Judges} - (kalau dalam BM bolehlah disebutkan sebagai Akademi Hakim Badut Augustine Paul) - memenuhkan satu ruang tempat duduk di situ. {Sekolah Tukang Ampu Rafidah Aziz @ Rafidah Aziz School of Ball Carriers} turut diwakili oleh sepuluh orang pelajar walaupun pengetua sekolah sedang berada di seberang laut. Azizan Abu Bakar kelihatan asyik mendengarkan celotehan Ummi Hafilda, mungkin mahu mengingati setiap nasihat daripada perempauan yang semakin montel itu walaupun pakaian barunya tidak mampu menyorokkan lemak yang semakin bertapuk dalam badannya.

Mahathir memang dijangka muncul bila-bila masa sahaja seperti yang dibayangkan oleh penganjur yang kelihatan gelisah tidak keruan. Mereka sibuk bercakap di telefon menghubungi sesiapa sahaja yang termampu dan memujuk sesiapa saja yang menerima panggilan mereka itu . "Mana dia Pemuda UMNO?, Mana dia Pemuda MCA?, Mana dia Wanita UMNO?", Apa halnya dengan Puteri UMNO?, Cepaaaat! bawa Siti Norhaliza ke sini! Apakah awak tidak bayar petugas kilang dan anak-anak sekolah untuk hadir?, Cepat, bawa sesiapa saja ke sini, Tolonglah! Lim Kit Siang pun awak pujuklah!!! Tolonglah!.. ayooooohhh!!!!" Demikianlah paniknya dan terdesaknya panggilan telefon yang mereka buat untuk mencari sesiapa sahaja agar datang meraikan majlis itu. Suara terdesak itu semakin kedengaran di sebalik segala bisik-bisik yang menyelubungi seluruh ruang dewan itu.

Sudah terlambat semua itu. Tiba-tiba daun pintu besar terbuka membolehkan Perdana Menteri menunjukkan muka. Dia diikuti oleh rombongannya yang diiringi oleh kebisingan hingar-bingar yang ketara bunyinya. Apakah bunyi bising itu datang daripada mulut-mulut manusia yang akan memenuhi ruang dewan itu? Tetapi, kenapakah mereka menjeritkan "reformasi!" DAN "Undur Mahathir!!" Pintu besar itu ditutup rapat dan diselak kuncinya.

Sebaik saja semua jemputan yang hadir duduk, juruacara telah menyambut kedatangan mereka sambil meminta maaf kerana suasana dewan yang lengang. Beliau memberikan alasan ramai tetamu jemputan sengaja takut untuk hadir pada majlis itu kerana takutkan kumpulan reformasi yang tunjuk perasaan yang mungkin bersenjatakan mortar, bom molotov, dan pelancar roket. Ada juga jemputan yang ketawa kecil tertahan-tahan, kerana merasa sedikit kelucuan. Namun, juruacara terus menampilkan wajah yang serius sahaja sambil mempersilakan tetamu kehormat menyampaikan ucapannya.

Dr. Mahathir yang kelihatan berang bercampur keletihan itu mengangkat mukanya untuk melihat keadaan ruang duduk yang hampir lengang. Dia memulakan ucapan dengan menuduh dengan garangnya semua parti pembangkang kerana menyebabkan kedatangan jemputan yang memeranjatkannya. "Pihak pembangkang mesti sudah mengugut dan menyogok orang ramai agar tidak datang menghadiri majlis ini," demikian celuparnya kata-kata yang meletup dari mulutnya. Kemudian dia memuji Augustine Paul kerana wataknya sebagai seorang hakim yang patut dicontohi. "Inilah dia seorang {hakim contoh}.. dia menjalankan tugasanya dengan memberikan tumpuan kepada kepentingan kerajaan - kalau ada pun dia berbuat kesilapan, itu adalah kadangkala disebabkan penghakimannya yang tidak masuk akal.. tetapi ini adalah kerana sifatnya yang memang luarbiasa kerana mahu mengampu., satu hari nanti semua hakim negara ini akan mempunyai sifat seperti ini. Sekali sekala orang yang hadir itu bertepuk juga seolah-olah menyetujuinya, sambil Ling Liong Sik kerap berdiri untuk menunjukkan sokongan yang tidak berbelah-bagi.

Kemudian, tibalah masanya Augustine Paul berucap. Ketika dia melangkahkan kaki ke tempat berucap, pembesar suara memainkan lagu berjodol "Tie Me Kangaroo Down, Sport" (Ini lagi orang Australia ketika bermain ragbi- penterjemah) sebagai iringan langkah kakinya. Apabila muzik berhenti, Augustine Paul telah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada "hamba sahaya ini". Dia berkata: "Warga penghakiman seharusnya menaruh sepenuh kepercayaan kepada kebijaksanaan Eksekutif Negara. Sesiapa yang didakwa kerana aktiviti anti-kerajaan MESTI dihukum. Perdana Menteri sebagai Ketua Eksekutif mempunyai hak yang tidak boleh dipertikaikan untuk menangkap sesiapa tanpa perbicaraan. Adalah mencemarkan ikrar penghakiman untuk menyanggah hak itu.. Suhakam harus tutup mulut. Dr. Mahathir adalah pemberian Tuhan kepada negara ini." Begitulah Augustine meleret-leret dalam ucapannya. Para jemputan semakin malu mendengarkan ucapannya itu. Dia mengakhiri ucapannya dengan satu ikrar yang diucapkan dengan penuh bersemangat: "Janganlah tanya apa yang anda boleh sumbangkan kepada rakyat jelata, tanya apa yang anda boleh sumbangkan kepada Eksekutif Negara!" diapun melangkahkan kaki untuk mendapatkan kerusinya, dengan iringan muzik yang sama ketika dia mahu berucap itu.

Majlis telah diserikan oleh satu pertunjukan permainan patung. Pertunjukan itu melibatkan satu patung yang memakai cemara-hakim dan pakaian gebar seorang hakim yang sedang terkinja-kinja menarikan irama yang diminati oleh tuannya. Kemudian pelajar-pelajar daripada 'Augustine Paul School of Puppet Judges' melakonkan semula babak-babak tertentu dalam kes penghakiman ke atas Anwar Jeritan "Tidak Relevan" telah menyelubungi suasana dewan. Beberapa babak lakonan telah ditontonkan bagaimana Hakim Paul berjuang mati-matian mempertahankan ketegasannya menentang segala kebenaran dan kenyataan yang dikemukakan di hadapannya, semata-mata kerana dia mahu membuat keputusan yang telah dirancangnya. Pertunjukan hiburan itu diakhiri dengan satu deklamasi solo di mana penghukuman yang mengampu dan bersifat pro-kerajaan telah dirakamkan oleh Paul, ketika mendengar kes beberapa tahanan ISA yang membabitkan isu 'habeas corpus'. Deklamasi itu telah dipersembahkan laksana satu lakonan opera Shakespeare.

Selepas itu tibalah upacara menyerahkan anugerah. Sambil tepukan dan pujian yang sederhana, setiap anugerah itu didedahkan sebelum diserahkan kepada Augustine Paul. Anugerah istimewa daripada Perdana Menteri itu merupakan dua ekor kangaroo yang dibuat dengan gangsa, yang menyokong sebuah mahkota yang berwarna keemasan. Pada mahkota itu ada perkataan 'PM' terukir menonjol dengan ketaranya. Anugerah sebagai 'Hakim Badut Yang Setia' pula merupakan patung yang dibuat daripada kayu dan berbentuk lembaga yang ada tali terikat pada beberapa tali. Patung kayu itu memakai pakaian seorang hakim yang memegang satu martul (penukul) di tangannya. Tali yang diperbuat daripada perak itu boleh menggerakkan kepala dan lutut patung itu dan membolehkannya tertunduk-tunduk dan melutut mengikut orang yang menggerakkan tali yang tergantung. Ada satu punat tersorok yang boleh ditekan-tekan. Punat ini apabila ditekan membolehkan patung itu mengeluarkan suara "tidak relevan" dengan garangnya dan martul itu pun akan menghentak satu kepala yang tiba-tiba tersembul keluar untuk menadah penangannya.

Medal polis untuk anugerah "Pelahap Yang Bongok" itu merupakan satu pingat perak yang terukir perkataan 'Goofy' (nama seekor anjing bodoh dalam Siri Disney). Di bahagian sebelah yang lagi satu terukir pula kata-kata: "Kepada Polis Kita Berikan Kepercayaan. Darinya Kita Terima Segala Alasan." Hadiah untuk "Hakim Prejudis Luar Biasa" itu pula dibuat dengan rupa 'Dewi Keadilan' yang memegang satu neraca yang senget di tangan kirinya, sambil tangan kanannya di letakkan kepada bibirnya seolah-olah memberikan isyarat shhhhh. Tanpa sebarang lilitan penutup matanya, Dewi Keadilan itu memakai satu penampal yang menempek satu matanya sebagai simbol bagaimana keadilan sengaja diabaikan seolah-olah satu perkara yang tidak boleh dilihat. Satu kain selempang yang bertulis "TIDAK RELEVAN" melengkapi pakaiannya.

Augustine Paul nampak begitu ceria Setiap kali dia menyambut hadiah dan anugerah daripada Mahathir. Apatah lagi dengan adanya sinaran cahaya dan kilauan pantulan lampu jurufoto dan televisyen yang merakamkan upacara itu. Dia begitu terharu dengan segala pemberian itu sehinggakan terbawa-bawa dengan kelakuan membongkok-bongkok, tertunduk-tunduk dan lutut-melutut dan diperhatikan oleh Mahathir dengan perasaan bangga dan ceria sambil semua gelagat mereka itu dirakamkan oleh kamera untuk sejarah negara. Orang ramai membuat komen selepas itu betapa upacara itu adalah satu lambang bagaimana warga kehakiman negara sudah bertukar peranan menjadi khadam dan hamba sahaya kepada ketua negara yang berlagak laksana maharajah.

Kemudian, tibalah giliran Ariffin Jaka menerima hadiah saguhatinya. Mahathir telah berucap sedikit dengan memberikan sindiran tajam betapa Ariffin "sepatutnya melindungi ketua negara daripada diaibkan, namun beliau telah memberikan satu {penghukuman yang tepat} akhirnya." Hadiah Ariffin itu berbentuk ukiran tiga ekor beruk; satu ekor menutup matanya dengan tangan, satu ekor menutup mulutnya dengan tangan dan yang seekor lagi itu melekapkan telinga dengan tangannya. Ukiran itu dibuat dengan plastik murahan dan disapu cat berwarna perak. Ia merupakan satu kiasan untuk mengingatkan seseorang manusia kepada hubungannya dengan penghakiman dan ketua negaranya.

Apabila upacara itu selesai, para wartawan telah mengerumuni Augustine Paul untuk bertemuramah.

"Tuan, apakah anda percaya dengan pengadilan yang tuan laksanakan?"

"Nanti dulu. apakah saya percaya adanya udara yang saya sedut ini?"

"Tuan Hakim, apa pandangan kawan-kawan sekerja anda sekarang?"

"Mereka boleh pergi jahanam. Saya sudah ada ramai kawan-kawan baru dan berkuasa di jawatan yang tinggi-tinggi."

"Sebagai seorang Katholik, apa pandangan anda terhadap Tuhan dan kedudukan anda di hari di dunia yang lagi satu.?"

"Ha! Aku akan bohongi iblis dan aku akan taubat sebelum mati."

"Macam mana anda boleh tidur pada malam hari?"

"Orang mengira kambing biri-biri, saya kira wang ringgit.."

Pintu besar pun dibuka dan Augustine Paul telah diiringi untuk menunjukkan muka pada pancaran suria. Kemunculannya itu disambut dengan laungan reformasi pada mulanya yang bertukar bunyi kepada "hakim pariah, hakim pariah." Pelbagai jenis lambang sumpah seranah dibaling ke arahnya termasuklah kasut, selipar, tin minuman dan juga telur tembelang. Dia telah dibantu memasuki sebuah kereta untuk menyelamatkan dirinya.


Terjemahan SPAR-08-001




Rencana Asal:


http://www.geocities.com/seachange_2000/ augustine_event.htm



An Augustine Event

SEACHANGE NEWS - 05 May 2001

Reported by Brando Pereiro in Kuala Lumpur.

A Pro-Establishment Judge Decorated in a Bizarre Event that Blurred the Line Between Accolade and Mockery

It was to be a gala occasion, a grand event attended by dignitaries and luminaries of the legal fraternity. High Court judge Augustine Paul was to be feted and awarded the prestigious "Prime Minister Award for Judicial Excellence". In addition to this distinction, he will be the first recipient of the newly created "Judge Obedienco de Puppeto " award for outstanding service to the government. And as if this is not enough, the Royal Malaysian Police will be presenting him with an impressive sounding "Medal Gullibo in Stupido" for the unusual tolerance he has shown towards the police force. Not to be outdone, the Attorney-General Office hastily cobbled together an award it called "Justice Prejudis La Extraordinaire" in recognition of Paul's unwavering loyalty to the cause of the prosecution.

The guest of honour was none other than Dr. Mahathir himself. Expecting a huge crowd, the largest hall in the famous Putra World Trade Centre with a seating capacity of four thousand was pressed into service. Practically everybody of any note in the judiciary and law enforcement fraternity including lawyers, prosecutors, judges, lawmakers and police officers were invited as were the entire Cabinet. Balloons and tinsel decked the hall giving it a festive atmosphere. Television crew and journalists stood by to record this august event.

As the time drew closer to the official opening, something was not quite right. The huge hall was not filling up as expected. There was Paul's peers seated in the front row, but disappointingly only Judge RK Nathan, Sri Gopal Ram, Lamin Yunus, Abdul Wahab Patail and the newly elevated Mohtar Abdullah had shown up. Retired Chief Justice Tun Eusoff Chin was among them, but where was the new Chief Justice Dzaiddin? He could be so disrespectful to stay away could he? Ariffin Jaka was sitting by himself, his eyes downcast and sullen looking as if the honour should have been his. He had only shown up because he was promised a consolation prize.

The police force was represented by IGP Norian Mai and ex-IGP Rahim Noor and they seem lonely sitting among the empty seats. As for government ministers, only Law Minister Rais Yatim, the ever-obedient Ling Liong Sik and the dogmatically loyal Samy Vellu were holding the fort. The space reserved for lawyers had one lone attendant, a bewildered looking Rajasegaran who had gained famed by his lawsuits against the Bar Council sitting uncomfortably by himself. A few wives were with their husbands but on the whole the VIP gallery looked sparse and forlorn.

The public seats were looking better. A team of students from the Augustine Paul School of Puppet Judges filled a sizeable pocket. The Rafidah Aziz School of Ball Carriers sent a delegation of ten students but their headmistress was away on a foreign trip. Azizan Abu Bakar was spotted listening intently to Ummi Hafilda, probably devouring words of advice from the plump woman whose lavish clothes could not hide her new fat. Among them a group of drivers of the dignitaries sat impassively.

Mahathir was due anytime soon and the organisers were getting frantic. They picked up the phone and screamed at whoever was unfortunate enough to be at the other end of the line. "Where's Umno Youth? Where's MCA Youth? Where's Wanita Umno? What about Puteri Umno? Get Siti Norhaliza here prompto! Didn't you pay for school children and factory workers to come? Get ANYBODY here, please! Even Lim Kit Siang!!?aaiiyohhh?" And the torrent of frenzied yelling and pleading rose audibly above the muted whispers in the carnivorous hall.

But it was too late. The great doors opened and in swept the prime minister's entourage, bringing with it the din and commotion of noisy crowd outside. Was this the crowd which would fill up the hall and save the day? But they were yelling "reformasi!" and "Mahathir resign". The doors were hastily closed and bolted.

When the dignitaries were seated the master of ceremony welcomed all those present and apologized for the poor turnout. He postulated that many guests were afraid to attend this event due to fear of the reformasi demonstrators who may be armed with mortars, molokov c##ktails and rocket launchers. At this a titter went through the audience who no doubt found this amusing. However the speaker put on a brave face and called for the guest of honour to give his speech.

Dr. Mahathir looking grim faced and tired stared down the vast hall past the sparse pockets of people to the endless tiers of empty seats beyond. He began his speech by blaming the opposition parties harshly for the poor turnout. "The opposition must be threatening and bribing people not to attend this event", he thundered. Then he went on to praise Augustine Paul for being a good judge with who should be emulated. "Here is an exemplary judge?he dispenses justice with the interests of the government in mind?if at all he has any fault, it is that sometimes his judgements are not too logical?but this is due to his extraordinary desire to please?someday all judges will be made this way". As he droned on, the audience clapped politely at key points with Ling Liong Sik standing at times to show his enthusiasm.

Then it was time for Augustine Paul to give his speech. The loudspeakers blared the tune from Tie Me Kangaroo Down, Sport as he made his way to the rostrum. When the music faded he thanked Mahathir profusely for his high praise for "this unworthy pimp". He said, "The judiciary must have complete and total trust in the wisdom of the Executive. Anybody charged with anti-government activities MUST be convicted. The Executive has the unquestionable right to detain people without trial. It is sacrilegious to question this right?Suhakam should shut-up?Dr. Mahathir is God's gift to the nation" On and on he his fawning speech went as an embarrassed silence filled the hall. He concluded by declaring emphatically, "Ask not what you can do for the public, ask what you can do for the Executive!" As he made his way back to his seat strains of Tie Me Kangaroo Down, Sport floated through the hall again.

The monotony of speeches was broken by some light entertainment in the form of a puppet show. This featured a puppet wearing a judicial wig and judicial robes dancing and jerking to his master's tune. Then students from the Augustine Paul School of Puppet Judges presented a skit depicting highlights from the Anwar corruption trial to show the fine points of Judge Paul's handling of this troublesome case. Cries of "irrelevant!" punctuated the air. The point was driven home again and again of how judge Paul bravely and single-handedly fought tooth and nail against the avalanche of truth and facts to bring the trial to the desired conclusion. The entertainment ended with a solo recital in which the fawning pro-government judgment of Paul during the hearing of the ISA detainees' writ of habeas corpus was recited like a Shakespearean play.

Then it was time to present the awards. Amid polite clapping and light cheering, each award was unveiled and presented to a beaming Paul. The PM's Award for Judicial Excellence featured two bronze kangaroos supporting a gold painted crown on which the words PM were boldly emblazoned. The award for Judge Obedienco de Puppeto came with a stick-like figure in judicial robes holding a gavel which could cleverly bow its head and bend its knees controlled by silver strings. When a hidden button was pressed, it could even intone the words "irrelevant" sternly and the gavel would pound on a head which popped up. The police's Medal Gillibo in Stupido was a large silver medal on which was inscribed the head of Goofy, the Disney stupid dog. On its reverse side the words "In Police We Trust. All Reasons Accepted" were engraved. The Justice Prejudis La Extraordinaire was an object of clever symbolism with Lady justice holding a slanted scale in her left hand and the forefinger of her right hand held to her lips in a ssshhhh gesture. Instead of a blindfold, she wears an eyepatch over one eye to denote how justice can be selectively blind or seeing. A sash with the words "IRRELEVANT" completed her attire.

So Augustine Paul was the picture of rapture as he came up to receive award after award from Mahathir with the flash of photographers and television cameras recording his most dazzling moment. So overcome was he with emotion that he did an impromptu jig with lots of bowing, scraping, groveling and knee-bending as Mahathir watched in amusement and television cameras recorded his ridiculous gyrations for posterity. People were to comment later that it was a fair representation of how the Judiciary has become a servile clown of the Executive.

Then it was time for Ariffin Jaka to receive his consolation prize. Mahathir had a few choice words for him, calling him "a twit who should have protected the Executive from embarrassment and exposure even though he gave the right judgement in the end". His award was a sculpture of three monkeys, one with its hands covering its eyes, another with its hands over its mouth and the third with its hands pressed against its ears. Made of cheap plastic and painted silver, it was a fitting reminder to the man on the relationship between the judiciary and the Executive.

When the event ended journalist crowed around Augustine Paul to interview him Among the exchange were:

"Sir, do you believe in the justice you dispense?"

"Look at me mister, do I believe in breathing air?"

"Judge, how do your peers and your friends view you now?"

"They can go to hell. I now have many new and powerful friends in high places".

"As a Catholic, what about your relationship with God and your position in the afterlife?"

"Ha! I will cheat the Devil. I will repent just before I die".

"How can you sleep at night?"

"People count sheep, I count money"

Then the doors were opened and Augustine Paul was escorted out into the bright sunshine. As he appeared into public view, the cries of reformasi turned to shouts of "pariah judge, pariah judge". A variety of impromptu missiles were thrown his way including shoes, slippers, drink cans and even rotten eggs. He was hastily bundled into his car and driven away before things got uglier.