Laman Webantu   KM2A1: 4437 File Size: 18.7 Kb *



TAG SP 110: B1 Kemuflisan Tenaga Nasional Berhad
By Harun Rashid

11/5/2001 1:02 pm Fri

TAG 110

[Sejak Ahmad Tajuddin Ali digugurkan dari TNB, tidak ada berita gembira buat pelabur TNB. Sebaliknya hidup mereka asyik terteka-teka sepanjang masa sejak Tajuddin tiada. Dulu mereka meneka apakah kadar tarif akan dirombak semula berikutan naiknya kos bahan bakar janakuasa kini mereka terpaksa meneka lagi sejauh mana TNB mahu melibatkan diri di dalam projek Bakun yang amat menakutkan mereka. Kata-kata Mahathir tempoh hari amat memeranjatkan mereka sehingga pengurusan TNB terpaksa membetulkan suara Mahathir dalam malu-malu pengantin sahaja. Tetapi itu sudah terlewat dan saham TNB sudahpun menjadi mangsa.

Pelabur sudah tidak percaya kerana tentu ada muslihat Jamaluddin Jarjis dilantik menjadi ketuanya - kerana Umno mahukan dana dan nama TNB sebagai kenderaan untuk mencari wang agar Bakun hidup semula. Langkah ini amat merbahaya kerana TNB sendiri masih hidup berhutang RM40 bilion banyaknya sedangkan kebanyakkan asetnya merata-rata dan tidak boleh diguna semula melainkan oleh syarikat yang terlibat dalam bidang yang sama. Masalahnya tidak ada syarikat lain yang serupa dalam negara kita. Dengan kata lain, banyak asetnya tidak berguna atau laku buat sesiapa.

TNB mungkin akan muflis kerana ia amat bergantung kepada pengguna sahaja sebagai sumber wangnya dan ini tidak boleh dinaikkan seikut suka kerana banyak syarikat yang akan muflis juga kerananya (melalui tindakbalas berangkai ala domino). Pendeknya dengan menceburkan diri di dalam Bakun, TNB sebenarnya memetik suis untuk memadamkan riwayat hidup dirinya selama-lamanya.
- Editor
]


Terjemahan: SPAR-05-002-1



http://home.yqi.com/harunrashid1/66Tenaga.html


Kemuflisan Tenaga Nasional Berhad - Bahagian 1


(The Bankruptcy of Tenaga Nasional)

Oleh: Harun Rashid.

Setelah mengambilkira pelbagai situasi yang membabitkannya, apakah soalan bahawa Tenaga Nasional sedang dirundung masalah kemuflisan itu satu retorika semata-mata?

Selalunya kemuflisan ataupun bankrapsi adalah hasil daripada satu keputusan mahkamah, yang diekori satu ketetapan yang merupakan satu kenyataan untuk catatan rasmi juga. Permohonan bankrapsi (bankcruptcy) adalah satu tindakan di mana si pemiutang mendapatkan relief (kelegaan) daripada tuntutan pemberi kredit ataupun si piutang. Prosiding kebankrapan membuat penentuan penerima serahak, yang mengendalikan perjalanan sesuatu perusahaan (enterprise) di bawah lindungan mahkamah semasa segala urusan penggulungan dilaksanakan terhadap perusahaan tersebut

Dalam satu prosiding kebankrapan yang biasa, perangkaan membabitkan longgokan hutang si pemberi kredit tidak dinyatakan secara terperinci, kerana si piutang itu dimestikan menerima hanya sebahagian daripada bebanan hutang yang tertanggung itu dan bersetuju melupakan hutang yang secara fizikalnya masih berbaki. Tindakan melucutkan hak segala asset (aset) korporat syarikat yang terbabit itu dilaksanakan dan digunakan sebagai bayaran hutang yang tertanggung.

Prosiding kebankrapan, yang mungkin menjadi bahan kejutan kepada ramai orang, merupakan satu fenomena yang boleh dijangka akan terjadi apabila pihak pengurusan sesuatu korporat itu melaksanakan beberapa keputusan pengurusan yang menjurus ke arah fenomena itu. Pada lazimnya, kegagalan mengemudikan perjalanan perniagaan sesuatu korporat itu dengan baik yang menyebabkan berlakunya tindakan-tindakan untuk melancarkan prosiding kebankrapan tersebut.

Terdapat dua fasa yang mendahului sesuatu prosiding kebankrapan. Yang pertama, ia berpunca daripada kesilapan memilih dan melantik ketua ekskutif syarikat korporat yang terbabit. Yang kedua berkisar kepada suasana dan keadaan urusniaga yang dicetuskan oleh keputusan pihak pengurusan sehinggakan tanpa bersifat pilih kasih dan belas kasihan menghenyak korporat itu kepada satu situasi yang mencetuskan pengumuman kemuflisannya.

Apabila asset sesuatu urusan korporat tidak menjana perolehan pendapatan yang mencukupi untuk menyelesaikan tuntutan liability (tanggungan) semasa, ia pun mewujudkan satu keadaan berdefisit yang secara teknikalnya adalah satu keadaan yang ketaksolvenan. Kadangkala situasi semacam ini adalah hasil penurunan keuntungan yang sememangnya merupakan sebahagian putaran niaga yang normal. Kerana itu ia mudah dijangkakan dengan ketara dan peruntukan boleh dilaksanakan dalam bentuk simpanan penjimatan untuk menangani tempoh keperitan seperti itu tanpa membahayakan jangka hayat sesuatu perniagaan itu.

Dalam satu situasi menekan yang berpanjangan simpanan pun boleh terhakis, dan sebarang suntikan modal yang baru boleh diusahakan dengan cara menjual aset ataupun dengan menjual saham baru ataupun bon (surat janji). Bagi sebuah korporat yang membekalkan elektrik asetnya adalah termasuk beberapa setesen janakuasa, menara pencawang, transformer-transformer (penjana-haba) dan peralatan pendawaian yang menyambung semuanya itu. [transformer=alatubah - Editor]

Di samping itu semua terdapat juga tiang-tiang lampu yang perlu dibeli dan pencawang di banyak tempat, talian wayar penghubung daripada satu tempat ke tempat yang lain di sepanjang jalan. Jikalau bekalan bawah tanah diperlukan, kos pembekalan adalah tinggi. Kebanyakan aset dalam situasi begini merupakan aset yang tidak mudah dipasarkan secara bebas. Namun, pusat penjana memang boleh dipisah-pisahkan dan dijual untuk menjana dana, seperti yang pernah dilaksanakan oleh Tenaga untuk mendapatkan wang membayar faedah pinjamannya.

Ada satu alternatif menangani keperluan ini dengan cara menerbitkan saham yang baru ataupun bon, seperti yang kerap dilaksanakan oleh Tenaga, dan dengan cara itu ia melunturkan nilai saham yang sedia ada. Menerbitkan suratjanji hak (rights) ataupun waran (warrants) tidak dianggap sebagai aktiviti korporat yang bertanggungjawab dan popularity mendapatkan dana dengan cara ini di pasaran saham telah membayangi kemalapan pasaran saham itu sendiri sehinggakan ia tidak mempunyai pilihan selain merasakan satu penurunan popularitinya itu yang menghenyaknya secara berterusan.

Tenaga telah menjual banyak kemudahan menjana letrik, dipaksa pula menerima dana untuk membeli roti daripada pembuat yang membeli oven daripadanya. Ataupun bersedia menerima tawaran daripada sesiapa sahaja yang berminat mengeluarkan bekalan tenaga untuk berkongsi pakai grid negara. Dasar korporat ini memang dipandang dengan penuh keraguan di kalangan pemerhati industri bekalan janakuasa kerana inilah juga dasarnya yang telah dicuba oleh gergasi korporat janakuasa letrik di California yang tersungkur kemuflisan akhirnya.

Kemuflisan gergasi korporat di California itu telah menjadi bahan ejekan Perdana menteri Malaysia, yang memang sudah tua dan mudah terkencing dalam seluar kalau terlalu banyak ketawa. Tetapi, setelah diberitahu bahawa negara ini pun sudah lama meniru kaedah dan dasar barat yang sama itu, barulah dia menggelabah mengarahkan agar tidak dijual lagi stesen janakuasa. Dia memang mudah bertukar fikiran, membuat perubahan apabila memerlukannya dan kerap membuat kesilapan dalam melaksanakan perubahan itu. Sikap melompat terkinja-kinja daripada satu langkah yang lemah kepada langkah yang lebih lemah lagi mencetuskan ketakutan di kalangan pengurus dana luarnegara yang semakin gelabah untuk terus terapong dalam teluk pelaburan yang penuh buaya dan jerung.



Kini, dasar baru Tenaga itu telah ditukarkan semula, mengekalkan janakuasa yang ada dan membakar apa juga bahanbakar yang sediaada. Ini bermakna penggunaan disel, arangbatu, gasasli ataupun sebagai kajian, minyak sawit. Menggunakan minyak sawit sebagai bahanbakar memang merupakan satu permulaan. Ia adalah komoditi yang mudah digunakan oleh industri sabun, kosmetik dan mask-memasak.

Di Malaysia minyak sawit sedang berada dalam tahap yang berlebihan. Salah satu sebabnya kerana mainan kesukaan perdana menteri yang melibatkan kadar pertukaran matawang negara dengan dollar. Keadaan bekalan yang berlebihan ini membuatkan perdana menteri memberi arahan, agar minyak yang selama ini digunakan dalam kuali, kini digunakan pula untuk bahan bakar. Dia memang yakin dengan kebolehannya, sebagai seorang manusia yang banyak anggota yang banyak tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.

Di California terdapat banyak pembekal bahan tenaga yang mempunyai ampangannya sendiri. Ampangan ini terletak di satu wilayah padang pasir yang memerlukan taliair untuk pertanian. Orang-orang di sana telah bersatu mencari dana pada satu ketika dulu kerana mempunyai wawasan memasang ampangan di pergunungan Sierra Nevada yang menjadi sempadan memisahkan California Utara dengan bahagian selatannya. Taliair inilah yang menyalurkan bekalan air untuk peparitan pertanian di Lembah San Joachin. Ampangan yang dibina di sepanjang perairan itu telah membekalkan kuasa hairdo sebagai bonusnya.

Air dan tenaga elektrik adalah dua barangan yang mudah dipasarkan. Kedua-dua jenis bekalan ini tidak pun menjadi punca krisis negara. Malahan keupayaan janakuasa syarikat swasta telah menyumbang kepada kestabilan pengagihan bekalan letrik keseluruh negara menerusi grid nasional. Semua syarikat pembekal bebas ini menggunakan bon jangka panjang sebagai sumber modal kerja mereka dan semua suratjanji ini diberikan penakrifan yang tinggi. Tidak ada satu pun syarikat swasta ini yang dirundung masalah kemuflisan.

Berbeza pula keadaaannya dengan Tenaga Nasional yang menerima wang operasi bulanan daripada para pengguna. Barangannya ialah bekalan letrik yang dibeli oleh para pelanggan dengan kadar tertentu pada setiap kilowat per jam seperti yang dirakamkan oleh meter yang dipasang siap. Memang terdapat masalah biasa membabitkan yang culas membayar dan segelintir pengguna yang mencuri bekalan dengan mengubah suai bacaan meter yang diberi.

Pada masa yang baik-baik, kutipan bayaran bulanan mencukupi menanggung kos operasi dan memberi ruang membayar faedah pinjaman yang sedia ada setiap kali tiba masa pembayarannya. Kegagalan melunaskan bebanan hutang semasa akan membawa padah dikenakan tindakan prosiding kebankrapan yang memang sedia diaturkan. Dengan hal demikian si piutang mulalah mengawasi perjalanan operasi penghutang setiap kali berlakunya kelecehan pembayaran hutang ketika tiba masanya dan mengikut jumlah hutangnya.

Syarikat pembekal letrik memang selalunya mempunyai hutang yang besar kerana setiapkali dibina kompleks dan peralatan baru ia memerlukan wang yang banyak sebagai modalnya. Sebahagian besar pendapatan yang diterima disalurkan dulu untuk membayar faedah yang dikenakan oleh hutang yang besar itu.

Satu ketika dulu Tenaga (TNB) dikemudikan oleh seorang pengerusi yang berwibawa, Tan Sri Dr. Tajuddin Ali. Dia telah dialihkan tahun lalu untuk memberi laluan kepada seorang ahli parlimen sebagai penggantinya. Walaupun pengerusi pengganti ini mempunyai tauliah yang nampak berwibawa juga, rakyat marhaen tidak mempunyai keyakinan kenapakah seorang ahli politik dipilih sebagai calon difikirkan terbaik; untuk syarikat gergasi itu, untuk pemegang saham syarikat dan juga kepada penggunanya. Di Malaysia, politik bermakna UMNO dan UMNO adalah sinonim dengan korupsi, kolusi dan kroni yang berkonspirasi.


....bersambung....





Rencana Asal:


The Bankruptcy Of Tenaga National Bhd - Part 1

by Harun Rashid

May 10, 2001


Is Tenaga National, the nationwide electrical utility of Malaysia, now a bankrupt institution? In the light of recent events the question is not rhetorical.

Bankruptcy is normally the result of a court hearing, followed by a ruling in which the formal declaration is entered into the records. The application for bankruptcy is an action in which the debtor seeks relief from the claims of creditors. The bankruptcy proceeding assigns a receiver, who operates the enterprise under the court's protection while the affairs of the enterprise are wound down.

In the ordinary bankruptcy this proceeding never satisfies the debts of the creditors, who must settle for a fraction of their claims and write off the balance as a loss. Thus all assets of the corporation must be forfeit in partial payment of outstanding obligations.

Bankruptcy proceedings, while a surprise to many, may be anticipated by a chain of events that begin in the decisions of executives who manage the affairs of the enterprise. It is the failure of the executives to properly guide the fortunes of the business that leads inexorably to the bankruptcy proceeding.

There are, roughly speaking, two phases that precede the formal bankruptcy. The first involves the failure in selection of executive leadership, while the second is the actual business conditions that flow from these decisions and lead inexorably to the final and formal declaration.

When the assets of a corporation do not generate sufficient income to meet current liabilities a deficit conditon exists which is techanically a condition of insolvency. This sometimes results from temporary downward deflections in the normal business cycle, and as such are forseeable and provisions may be made in the form of prudent reserves to ride over these periods without jeopardy to the long range survival of the enterprise.

In a period of prolonged distress, reserves are exhausted, and new capital must be raised from the sale of assets or the issuance of new shares or bonds. For an electrical utility the assets include generating plants, distribution towers, transformers and wires to connect them all together.

In addition there are poles to buy and plant in place, supporting wires to each and every building along the road. Where underground utilities are required the expense can be much higher. Most of these assets are not particularly marketable. But the generating plants are separable, and may be sold off to generate cash, as Tenaga has done to raise money to make interest payments.

An alternative is to issue new shares or bonds, as Tenaga continues to do, though both methods represent dilution of the value of existing shares. [Issuing rights and warrants is not considered responsible corporate activity, and the popularity of this avenue of raising cash casts another deep shadow over the Malaysian stock market. It has nowhere to go but down ... and out].

Tenaga has sold many of its generating facilities, forced to take the cash and buy bread from the baker who bought its oven, or from anyone else interested in building new capacity in order to join the grid. This policy is viewed with scepticism from industry observers, noting that even California's regulated utility giants became bankrupt after a similar experiment.

The prime minister of Malaysia, an elderly man, found this misfortune so hilarious he all but moistened his trousers in glee. Later, somewhat sobered by a slow recall that he himself had parroted the Western policy, he promptly called a halt to further sales of generating plants. He is a flexible fellow, capable of reacting to events, though frequently faltering in judgement. This fondness for hopping feebly from frail foot to frailer foot is frightening for foreign fund managers fighting to stay afloat in the Malaysian crocodile pond.

So now Tenaga policy is reversed, retaining its remaining plants, and they are to burn whatever fuel is handy, which means diesel, coal, natural gas, or as an experiment, palm oil. Palm oil as a fuel oil is something of a novelty. It is a commodity commonly used in cosmetics, soap and cooking.

In Malysia it is in surplus, due in part to the prime minister's favorite toy, the ringgit peg to the US dollar. The surplus of palm oil has prompted the prime minister's decision to chop it from the wok to the fire. He is confident of his abilities, a man of many parts, most malfunctioning.

In California there are utility districts having their own dams. They are located in a desert region requiring irrigation for agriculture, and have with great foresight, raised money to build dams in the Sierra Nevada mountains to the East, which divide California north to south, in order to provide irrigation water to the San Joachin Valley. These dams were designed to provide hydroelectric power as a bonus.

Both the water and the electricity are marketable items. None of these utility districts are included in the present crisis. In fact, it is the generating capacity of the independent hydroelectric producers which contributes substantial stability to the statewide distribution grid. All have used long term bonds as a means of raising capital, and these instruments carry the highest of ratings. None are close to bankruptcy.

Contrast that with the case of Tenaga National, gets its monthly operating money from those who use its product. Its product is electricity, and its customers buy it at an agreed rate per kilowatt hour as recorded by meters placed on site. There are the normal problems of poor payers and others who cheat by shunting the meters.

In good times the monthly take covers operating expenses and allows for paying interest on the outstanding debt as it comes due. Failure to pay current liabilities is tantamount to a declaration that bankruptcy proceedings are being contemplated, thus creditors put the operation on a credit watch when there is a perceived delay in receiving payment for claims due and payable.

Utilities typically have large debt because the installation of new services requires large amounts of capital for infrastructure development. Much of the income of utilities is used to pay the interest on this large debt.

The capable chairman of Tenaga, Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali, was removed last year, replaced by a member of parliament. Though the necessary credentials were put forward, the public has no confidence that the choice of a politician was best for the company, the shareholders or the consumers. Politics means Umno in Malaysia, and Umno means corruption, kinship and crony conspiracy.


....to be continued....