Laman Webantu   KM2A1: 4438 File Size: 15.7 Kb *



TJ SP MGG: Country Heights Dijadikan Pekasam
By M.G.G. Pillai

11/5/2001 6:46 pm Fri

MGG 1071

[The Mines Golf Resort and Exhibition Centre - hampir disita premisnya minggu ini kerana tidak membayar cukai taksiran kepada MPSJ sebanyak RM9 juta. Ia dimilikki oleh Country Heights yang dipegang oleh Lee Kim Yew.

Mahathir sudah tidak mampu membela semua kroninya kerana dirinya sendiri pun sudah penuh dengan masalah yang memeningkan kepala. Apatah lagi untuk masuk campur dalam kes yang mungkin akan menjerut dirinya. Keadaan politik masakini menyebabkan Mahathir terpaksa mengurangkan liabiliti. Oleh itu semua kroni perlu mempelajari sesuatu dari kes Lee Kim Yew ini. Mereka terpaksa bergelut sendiri jika tersilap langkah kerana Mahathir tidak mampu teraib di saat ini. Dia masih demam sejak Fauzi mengirim sindiran tajam serta MTUC yang nyaris-nyaris turun padang. Tambah lagi Malaysia kini adalah bursa yang paling teruk prestasinya di Asia sekarang ini.

Mahathir sedang mengurangkan liabilitinya kerana kemarahan rakyat dan ahli Umno sendiri sudah menjadi-jadi sehingga BBM sendiri tiba-tiba menyerangnya bila peluang luas terbuka. Malah si diam dulu pun terkata juga apa yang terpendam dulunya. Tradisi tidak mengkritik pemimpin secara terbuka sudahpun dilanggar kerana sudah tidak tahan sakit yang terasa. Lagipun Mahathir sendiri yang telah mengajarnya di mana beliau mengaibkan Anwar secara terbuka walaupun berdasarkan bukti seorang yang mudah lupa.
- Editor
]


Terjemahan: SPAR-01-006


Country Heights Dijadikan Pekasam

(Country Heights In A Pickle)


Pada 9 Mei, 2001, penguatkuasa Majlis Munisipal Subang Jaya, telah menizarahi pejabat Country Heights Holding Berhad, (sebuah syarikat tersenari di Bursa Saham KL) untuk menyita pejabat itu dan mengambil asset yang boleh dirampas. Nampaknya ini satu lagi kisah para kroni yang dirundung malang laksana jatuhnya sembilan pin dalam mainan boling. Dalam satu sidang akhbar, Tan Sri Lee Kim Yew menyatakan betapa terkejutnya beliau dengan kejadian itu. Dia tidak pula mahu menyebutnya bahawa ipar perdana menteri ialah pengerusi kepada lembaga pengarah syarikatnya itu.

Tan Sri Lee memang rapat dengan perdana menteri. Beliau memang tidak pun bersikap merendahkan dirinya dalam perkara ini. Oleh kerana semua Tan Sri memang diberikan satu macam penghormatan, tindakan menyita itu tidak pula dilaksanakan secara fizikalnya. (Cukup setakat olok-olok sahaja - penterjemah). Tindakan Majlis Subang Jaya itu berpunca daripada satu perkara kecil melibatkan kadar taksiran cukai yang bernilai RM9 juta yang dipertikaikan. Perkara itu tertunda bukan disebabkan oleh satu panggilan telefon, seperti yang sepatutnya berlaku di masa dulu-dulu, dan para pegawai pula meletakkan notisnya, tetapi kerana ada pembayaran sebahagian jumlah yang dituntut itu bernilai RM851,000.

Yang mengejutkan Tan Sri Lee ialah terjadinya perkara itu terhadapnya. Dia telah berjaya melepaskan dirinya daripada rimba dunia korporat, melalui ihsan dan jasabaik Dr. Mahathir. Dari situlah dia naik mencanak meniti tangga impian yang tidak pernah dibayangkannya dulu dengan iringan nafiri Darulboleh. Tetapi, dia juga tidak terbayangkan betapa dia juga boleh dihanyutkan dengan cara yang menghantui para kroni sebelumnya. Setiap seorang peniaga Cina yang dididik dan ditimang oleh Perdana Menteri sejak dua puluh-tahun yang lalu naik tersadai untuk akhirnya lesap di skrin radarnya. Kita memang kenal siapa mereka dengan kekerapan muka mereka muncul di akhbar-akbar bersamanya.

Semua mereka itu adalah lambang naik turunya konsep Malaysia Boleh: Tan Sri Eric Chia, Tan Sri Vincent Tan, Tan Sri Datuk Paduka (Dr) Ting Phek Kiing, Tan Sri Francis Yeoh, Tan Sri Lee Kim Yew - setiap seorang manusia ini menganggap bahawa mereka mempunyai hubungan yang istimewa dengan perdana menteri dan merasa kecil hati kalau ada usaha perdana menteri mencari orang lain pula. Apa yang terjadi semalam kepada Tan Sri Lee sebenarnya tidak ada bezanya dengan apa yang terjadi kepada orang-orang yang mendahuluinya. Begitu juga dengan syarikat mereka, tanpa naungan politik sudah tentu akan diruntun oleh bebanan hutang yang menggunung tingginya.

Tetapi, tentu ada lagi kisah lain disebalik dongeng hikayat turun-naik ini. Kalau pun perdana menteri telah diberitahu dulu, ataupun Tan Sri Lee telah menelefonnya, perdana menteri tidak akan mampu menyekat perkara itu daripada berlaku seperti itu. Perdana menteri tidak mahu campurtangan sebaik sahaja sesuatu tindakan sudah dilaksanakan. Begitu juga, satu andaian boleh dirumuskan apabila sesaorang kroni menghadapi kesulitan ia mungkin merupakan satu petanda ada sesuatu yang tidak kena dalam persahabatan mereka. Lagipun dia sudah pun mengaku betapa menteri kabinet dan pegawai tinggi kerajaan kerap tidak mengambil peduli arahan-arahan yang diberi. Mungkin juga tindakan Majlis Subang Jaya itu adalah satu tindakan operasi yang tidak direstu. Sebaliknya, adalah tidak mungkin perkara semacam itu boleh berlaku.

Yang masih samar sekarang apakah Tan Sri sudah terkeluar daripada senarai keistimewaan dan sengaja dibiarkan menjadi ratahan segala serigala yang kelaparan? Memang dia sudah lama tidak kelihatan terutama sekali selepas pesawat khas peribadinya Boeing 737, yang pernah dipinjam oleh Perdana Menteri beberapa kali untuk terbang keluar negeri, terpaksa dipulangkan kembali kerana Tan Sri Lee gagal melunaskan sewaan pajakannya. Kalau dibandingkan keangkuhannya satu ketika dulu dengan kemunculannya semula kali ini, memang tidak menyerlahkan banyak perbezaannya. Itu pun kalau diambilkira keangkuhan dan gelagat orang yang mendahuluinya. Dua orang telah bertindak mengemukakan tindakan mahkamah yang tinggi harganya sehinggakan kini mereka melutut menanggung bahananya.

Kini, campurtangan politik sudah menunjukkan taringnya. Orang Melayu marhaen sudah mula menunjukkan keresahan mereka. Perdana Menteri cuba bertahan dengan bantuan lidah dan gigi palsunya. Untuk bertindak seperti itu, perdana menteri mesti menunjukkan barang bukti dalam bentuk manusia yang terpaksa dijadikan mangsa. Contohnya yang pertama ialah pertelingkahannya dengan menteri kewangan. Contoh kedua ialah tindakan anaknya yang keluar daripada mainan besar dunia koperat seperti yang digembar-gemburkannya. Perdana menteri mahu terus berjuang peperangannya sendiri dan tidak lagi mampu mempunyai bebanan yang sarat-sarat yang akan melecehkannya.

Tindakan terhadap Tan Sri Lee, betapa pun tepatnya tindakan itu, adalah satu sindiran tajam daripada golongan elit Melayu terhadap ketua feudal yang terlalu rakus nafsunya. Bukannya mudah sesaorang itu memperlekehkan seorang ahli taman larangan istana maharajah dan mengenakan denda seperti yang dilaksanakan oleh Majlis Munisipal Subang Jaya. Sebaliknya pula, apakah tindakan itu satu lagi langkah silat dalam lawan-sampai-mati antara perdana menteri dengan Rasputinnya, Tun Daim? Jawapannya ialah Ya bercampur Tidak.

Sudah menjadi satu hukum ganas dalam perhukuman masyarakat rimba, politik dan juga urusniaga, sesiapa yang tidak lut sifatnya, harus menyorokkan kepala ke dalam debu ketika bahagian atas kepalanya itu sedang dilutu oleh tembakan peluru. Apabila sesaorang itu mudah memijak kaki orang lain tanpa mahu meminta maaf kepadanya, tindakan kurang ajar itu memang tidak mudah dilupakan. Kesakitan yang dirasa tidak akan mudah dilupa dan apabila perkara itu diceritakan kepada rakan sekaum dan sebangsa sudah tentu balasannya muncul berganda-ganda.

Kebongkakan Tan Sri Lee di zaman kegemilangannya dulu memang sukar untuk luput dari ingatan. Bukan dia sahaja yang berperangai begitu. Dia tidak mudah menjawab kembali pesanan panggilan sesiapa. Dia kerap berusaha menonjolkan dirinya dalam pelbagai alat cetak untuk berlagak sebagai seorang tokoh yang sudah mempunyai segala-galanya. Sekali lagi dia belragak seperti yang pernah dilakonkan oleh orang-orang yang sebelumnya. Tetapi sesaorang yang dijemput untuk duduk tertenggek di pucuk kayu licin, orang itu sudah tentu tidak mempunyai sebarang pengalaman berperang dalam dunia korporat yang terjadi dalam usaha memanjat kayu licin itu. Kini dia terhumban di bahagian bawah, di pangkal kayu licin itu. Inilah yang terjadi kepada Tan Sri Lee. Tentu sekali dia akan terkebil-kebil sedangkan jejari yang mengeluarkan surat perintah mahkamah (writ) itu dulu, akan tetap dengan tugasan seterusnya.

-MGG Pillai-




Rencana Asal:

Country Heights In A Pickle

When the Subang Jaya Muncipal Council went yesterday (09 May 01) to Country Heights Holdings Berhad, a listed company, to seal its premises and confiscate what could be moved, it is yet another indication of cronies falling like nine pins. Tan Sri Lee Kim Yew, in a press conference, is horrified at what happened. He did not mention it, but the Prime Minister's brother-in-law, General Tan Sri "Freddie" Hashim Ali, is on its board as chairman.

Tan Sri Lee is close to the Prime Minister, and made no bones about it. Tan Sris still have some clout, so the sealing and confiscation did not take place. It was over a small matter of a disputed RM9 million in assessment areas. It was stayed not be a telephone call, as it would have been in times past, and the officials put on notice, but a part payment of RM851,000.

What would have shocked Tan Sri Lee is it happened to him. He pushed his way through the corporate jungle, when in Dr Mahathir's good books, and rose to heights undreamt of as a Bolehland business man. But he did not realise he would go the way of past cronies: every one of the Chinese business men Dr Mahathir nurtured in the past twenty years have disappeared from his radar screen. You know who they are by the frequency by which they appear with him in the newspapers.

They echo the rise and fall of Malaysia Boleh: Tan Sri Eric Chia, Tan Sri Vincent Tan, Tank Sri Dato' Paduka (Dr) Ting Pek Khiing. Tan Sri Francis Yeoh, Tan Sri Lee Kim Yew ... Every one presumed a special relationship and felt slighted when the Prime Minister chose someone else. What happened yesterday to Tan Sri Lee is no different to what happened to his predecessors. And their companies, without prime ministerial patronage, are bogged down in debt.

But there is more to this tale of rise and fall. If the Prime Minister had been consulted, or Tan Sri Lee had phoned him, he is in no position to prevent it. Once action is taken, he would not intervene. By the same taken it is fair to assume that if a favoured crony is in trouble, it is a sign of a failing relationship. He admits cabinet ministers and civil servants often ignore his instructions. It is possible this could have been a rogue operation. But then it may not.

What is not clear is if Tan Sri Lee is out of favour and was fed to the wolves. He has been out of the picture awhile, especially after his specially-opulent Boeing-737, which the Prime Minister used on several of his trips overseas, had to be returned when he could not service the lease. The contrast between his arrogance then and his contrite appearance is again not unusual, if you look at how his predecessors behaved. Two went into high profile law suits which sank them even further.

For now politics intrudes. The Malay ground rebels. The Prime Minister holds his ground, fights back tooth-and-nail. But to do so, he must produce bodies. His clash with his finance minister, Tun Daim Zainuddin, is one; his son's corporate seppukku another; he must fight his own battles and he cannot with indefensible baggage.

This action against Tan Sri Lee, however correct it is, is nevertheless a metaphorical challenge from the Malay elite against its feudal leader. One does not go against the Prime Minister's favourite business man with impunity as the Subang Jaya Muncipal Council did. On the other hand, is this yet another leaf in the fight-unto-death between the Prime Minister and his Rasputin, Tun Daim? Yes and No.

The brutal law of the jungle, in politics and business, requires all who are vulnerable to keep their heads beneath the line of fire. This is easier said than done. When one steps on toes and refuses to apologise, the hurt is remembered. When it is collectively on a community or the country, it would be repaid a million fold.

Tan Sri Lee's arrogance in his heyday is one to be savoured. He is not the only one. He would not return calls. He would not answer intrusive questions. He would ceaselessly find himself in what passes off as Malaysia's business and economic magazines, as if it is a sign of arrival. Again, he behaves as his predecessors did. But when you set atop a greasy pole by being lifted there, you are unused to the corporate battles on the way to the greasy pole. He is thrown into the deep end, as Tan Sri Lee Kim Yew now is. The moving finger having writ, moves on ...


-MGG Pillai-
pillai@mgg.pc.my





Rujukkan Tambahan:


http://straitstimes.asia1.com.sg/asia/story/0,1870,43032,00.html?


Mines Resort almost shut by council over taxes

KL's top tourist destination is forced to settle its taxes as 30 municipal officers arrive to seal the premises

KUALA LUMPUR - Selangor's top tourist destination - The Mines Golf Resort and Exhibition Centre - almost had its premises sealed this week for non-payment of RM9 million (S$4.3 million) in taxes.

The move was averted only after it forked out RM851,000 as part-payment, The Sun reported.

The resort, which also includes the Mines Water Front Business Centre, is a leading venue for international meetings and favoured by visiting foreign dignitaries.

It is owned and run by Country Heights Holdings.

On Wednesday, the Subang Jaya Municipal Council sent 30 enforcement officers to Country Heights to seal its premises and confiscate movable property.

MPSJ public relations officer Shira Haniza Yaakop said several warnings had been sent to the company, which had defaulted on its payments since 1998.

The team stopped at the business park, said to owe more than RM900,000.

Before they could proceed to the Mines Golf Resort, Country Heights sought a settlement.

Later, managing director and majority shareholder Lee Kim Yew criticised MPSJ at a press conference.

He said the company regretted that the council had 'deemed fit to use such coercive measures'.

'To date, we have made payments totalling RM3.8 million to the council. Furthermore, we never said we would not pay.

'The fact that the company had made an over-payment of RM3.6 million in quit rent should be taken into account,' he said.

While MPSJ had a right to recover outstanding dues, it could not simply 'march in to seal the place with the press in tow', he said.

He pointed out that the company had taken care of many of the services that MPSJ was responsible for.

'How can the council demand that we pay up the assessment rates when they failed to discharge the duties appropriately?

'Can we see some services before we pay up?' he asked.