Laman Webantu   KM2A1: 4444 File Size: 18.9 Kb *



TJ SP MGG: Anwar Dan Masyarakat Madani
By M.G.G. Pillai

12/5/2001 4:30 pm Sat

MGG 1081

[Jika Umno ikhlas untuk membaiki dirinya ia tidak akan membuang Anwar sejak dulu lagi. Kehadiran Anwar, antara lain, untuk membaiki Umno. Beliau tidak memilih PAS mungkin kerana Umno lebih memerlukan dirinya untuk mereformasikan Umno sebagaimana yang dijanjikan oleh Mahathir. Dengan itu, Umno yang bersih itu nanti dan PAS akan boleh bersatu - sekaligus menjawab isu 'perpaduan melayu' seandainya itu yang ingin dituju.

Dengan tersisihnya Anwar, tembelang Umno terbongkar dan rakyat semakin sedar. Orang melayu mula memberontak dan kaum lain juga turut sama - dan mereka seiring bersama tanpa ikatan parti sebagaimana yang terserlah dalam kes SRJKC, Kg Medan dan mungkin MTUC. Faktor Anwar telah merangsang dan mengikat mereka dalam parti reformasi yang tidak perlu didaftarkan untuk dikenali - tetapi ia tetap hidup sampai hari ini. Anwar telah menyatukan rakyat negara ini walaupun dia tersiksa dan mungkin lumpuh dianiayai. Beliau telah membentuk satu masyarakat madani yang telah mula sedar kini.
- Editor
]


Terjemahan: SPAR01-07


(Artikel asal ada dalam HARAKAH terkini)


Anwar Dan Masyarakat Madani

(Anwar and Civil Society)

Lagi galak kerajaan Malaysia menggunakan kekerasan mengazabkan mantan perdana menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim, lagi kerap pula ia dihenyak musibah. Perdana Menteri Dr. Mahathir telah menyalahgunakan kuasa untuk memutarbelitkan kebenaran dan mengusahakan Anwar terus tertekan kerana menganggapnya sebagai berbahaya kepada nasib dirinya dan juga UMNO. Sejak Anwar disingkirkan daripada UMNO dan juga kerajaan pada September 1998, satu episod konfrontasi terus berpanjangan di mana Anwar terus berada di tempat yang membolehkannya semakin bertenaga sedangkan Mahathir terus tersedu dan semakin tidak bermaya.

Sebab-sebab perkara ini berpanjangan bukan kerana masalah perundangan ataupun perubatan tetapi ia adalah masalah politik. Warisan politik Dr. Mahathir sedang disagat tanpa terubat seandainya dia tidak bertindak ganas terhadap seorang wirawan yang dijadikannya banduan. Selama 20 tahun sebagai perdana menteri, tak kiralah apa juga kebaikan yang telah dilaksanakannya hingga kini, akan dikenang berdasarkan caranya menjadikan negara ini tunggang-balik tanpa keruan, dan menjadikan masyarakat Melayu yang berbudi bahasa dan tinggi sopan santunnya menjadi musuh politik yang bagak yang sanggup membekukan pemerintahannya menjadi sebuah kerajaan yang tidak releven berstatus haprak.

Kecenderungan Mahathir memuaskan nafsunya memusnahkan Anwar, menjadikan tindakan gilanya sebagai satu tindakan peribadi yang bersifat berdendam. Perbuatan biadap ini amat bertentangan dengan budaya orang Melayu dan menggugat martabat UMNO yang sejak lima dekad yang lalu mengharumkan maruah dan martabat Melayu betukar rupa menjadi satu parti yang tidak bermaruah dan berguna lagi. Selagi masalah Anwar itu tidak diselesaikan, selagi itulah berterusannya status kejijikan parti dan selagi itu pula berkecamuknya konfrontasi dalam parti.

Kerajaan tidak pun menceritakan perkara sebenarnya. Cuma mengulang-ulang apa yang diberitahu oleh UMNO mengenainya. Dr. Mahathir bertegas bahawa pentadbirannya adalah satu kesinambungan ketetapan UMNO, di mana hanya dia yang menentukan percaturan politiknya. Ketika taufan desas-desus melanda negara mengatakan bahawa KPN Rahim Nor telah melanyak Anwar yang baru sahaja ditangkap dan tangannya digari di bahagian belakangnya, berita angin itu dinafikan dengan kerasnya. Dr. Mahathir dan ketua pergerakan wanita UMNO, Rafidah Aziz telah bersekongkol menyatakan bahawa lebam di mata Anwar adalah kesan kerja-kerja yang dibuatnya sendiri. Ternyata, kenyataan mereka itu adalah satu pembohongan dan Rahim Nor pun kini dipenjarakan. Mahathir mahupun Rafidah masih belum memohon maaf kerana penipuan biadab mereka itu sehingga kini.

Setiap awan mendung ada garisan kilauannya. Mereka yang mengenali Anwar ketika berkuasa dulu sedar betapa beliau tidak banyak berbeza dengan ahli politik UMNO yang biasa. Akan tetapi, Anwar mempunyai wawasan, betapapun terdapat kecacatannya, betapapun tahap ketemadunan satu masyarakat yang dikatakan madani sifatnya, yang makna sebenarnya sudah lama pupus daripada kamus UMNO dan perbendaharaan katanya. Ia sudah menjadi satu sumber kata-manis sahaja, yang bermadu di hujung bibir. Itulah yang cuba diterapkan dalam UMNO sehingga gagal dan beliau sendiri yang tersingkir. Seperti yang kita sedar kini, penentangan terhadap usaha penerapan itu adalah terlalu membarah kuasanya sehinggakan melampaui jangkaan sesiapa. Cara kerajaan menangani masalah ini memberikan kita gambaran betapa kuatnya kuasa penentangan itu sebenarnya.

Walaupun terpenjara, wawasan Anwar itu menjadi satu harapan yang pada asalnya bersifat kecil-kecilan, kini membesar menjadi satu kenyataan. Inilah padahnya apabila UMNO dan BN sengaja memperlekehkan rakyat marhaen. Setelah memenangi pilihanraya, demokrasi dipengapnya, dan hak rakyat untuk bersuara ditekannya pula. Gelagat ini memang boleh laku selagi negara gila sakan dengan kekayaan dan pasaran saham mencanak dipacu syaitan. Apabila ekonomi merudum, segala kepincangan system pemerintahan yang jijik itu pun jatuh terdedah berdentum-dentum. Keadaan menjadi teruk lagi apabila masyarakat Melayu merasa diaibkan setelah melihatkan budaya bangsa sengaja diperlekehkan. Terpaksalah kerajaan dan juga UMNO merasakan bahananya dan mencari jalan meredakan keadaan.


Kuasa kerajaan dan monopoli UMNO berkecai sudah. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, SUHAKAM, telah bertindak bebas, menyuarakan pandangan berbeza yang tegas. Dalam kes penahanan di bawah ISA, Suhakam telah bertegas laksana parti pembangkang di zaman dulu-dulu, mahukan kerajaan membenarkan para tahanan di mahkamah terbuka dan mengizinkan mereka berjumpa ahli keluarga. Seorang hakim mahkamah tinggi telah memberi arahan agar dua tahanan disebut dalam petisen 'habeas corpus' dikemukakan di mahkamah, menjadikan arahan itu yang pertama kali dibuat dalam sejarah.

Yang menyebabkan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dipertikaikan ialah cara Rahim Nor melanyak Anwar sehinggakan lebam matanya (dan membiarkan beliau terbaring tanpa rawatan selama lebih empat hari- penterjemah). Timbalan perdana menteri yang merangkap menteri dalam negeri menyedari perkara ini. Ketika merujuk kepada penangkapan ISA yang terbaru, dia cepat sekali berkata bahawa 'satu mata lebam sudah memadai' dan berkata bahawa dia 'tidak mahu melihat ada mata lebam lagi'. Pada lazimnya, ahli keluarga dibenarkan menziarahi para tahanan dalam jangkamasa 60 hari mereka ditahan untuk disoal siasat. Salah seorang yang ditahan itu adalah anak saudara YDP Agong (kerana ibu saudara YDPA itu adalah ninda kepada yang ditahan itu). Mungkin kerana wujudnya pertalian itu yang memaksa kerajaan berlembut dengan penglaksanaan ISA itu. Namun, perundangan itu sudah tidak ditakuti lagi seperti empat tahun yang lalu.


Suhakam telah diwujudkan untuk melenturkan kritikan luar terhadap penderitaan yang diazabkan kepada Anwar. Kalau tidak kerana Suhakam Rahim Nor tidak akan mengaku bahawa dialah musibat yang melebamkan mata Anwar ketika tangannya bergari dan matanya dipekapkan. Peraturan polis menegah siasatan dilakukan kepada banduan sambil tangan mereka bergari dan mata ditutup. Rahim berjaya menerima hukuman ringan penjara untuk dua bulan sahaja. Bahawasanya dia telah dihukum dan dipenjarakan adalah satu perkara penting. Pada masa hadapan, kalau ada juga kisah polis menghenyak para tahanan yang dikemukakan kepada mahkamah, sudah tentu kisah itu tidak akan dipandang remeh lagi. Rakyat marhaen yang sudah lama memendam geram tidak akan membiarkan perkara ini lagi. Masalah penyakit Anwar telah memaksa menteri kesihatan Chua Jui Meng memberikan penjelasannya (yang penuh penipuan - penterjemah) untuk menjawab soalan yang dikemukakan di Parlimen, selama 30 minit. Berlakunya peristiwa itu menggambarkan kemunculan satu masyarakat yang semakin sedar hak demokrasinya yang menyebabkan wakil rakyat mula sedar akan amanah rakyat kepada mereka.

Baru-baru ini Parlimen telah memeranjatkan ramai pegawai kerajaan apabila membincangkan masalah Kuala Lumpr yang kebanjiran, seperti yang diketengahkan oleh pihak pembangkang. Dulu, Parlimen enggan membincangkan kisah pergaduhan di Kampung Medan, dan pelbagai masalah semasa yang dikemukakan. Kalaulah perkara itu ditolak juga kritikan rakyat marhaen pasti membara semula. Parlimen terpaksa menyedari peranannya yang bukan lagi seperti tukang cop sahaja. Isu semasa perlu dibincangkan seperti yang sepatutnya dan tidak lagi menyorok sebalik majoriti besar yang ada di tangan kerajaan.

Perubahan yang muncul berlaku secara perlahan. Inilah yang menyebabkan kemunculannya itu sukar untuk ditangani. Akhbar-akhbar utama sudah terpaksa mengubah inti beritanya. Walaupun bersikap sebagai tukang penyebar propaganda kerajaan, terutama sekali dalam kemelut konfrontasi Mahathir-Anwar, terdapat perubahan dalam pemberitaannnya.

Mereka tidak ada pilihan lagi kerana rakyat marhaen enggan membeli. Kini, mereka menerbitkan cerita politik yang seandainya diterbitkan tiga tahun yang lalu pasti mampu menendang ketua pengarang keluar di pintu. Mereka sedar sekarang betapa nasib mereka untuk bernafas lega bukan terletak kepada kerajaan. Rakyat marhaen yang menentukannya.

Pendidikan melegakan pemikiran. Itulah teras perjuangan UMNO pada 1946 ketika ia dilancarkan. Tetapi UMNO pada 2001 tidak pula menganggapnya sebagai satu warisan. Perjanjian antara UMNO dengan MCA dan MIC tidak akan bertahan seandainya tidak disuburi dan dibenarkan berkekalan. Rusuhan kaum 1969 dulu telah membuatkan kerajaan cenderong memberikan keutamaan kepada dominasi orang Melayu. Kaedah ini boleh berfungsi selagi kaum lain tidak mempertikaikannya dan orang Melayu menerima naungan politik UMNO.

Apabila orang Melayu memberontak, dan kaum Cina dan India yang berdiam diri selama ini ikut serta; sama ada secara fizikal dan juga secara semangatnya dulu seperti yang sedang berlaku, kerajaan pun menjadi gelabah seolah-olah dikejar hantu. Bukan calang-calang sebab musababnya kenapa UMNO amat gentar dengan Parti Keadilan. Sifat kelahiran Keadilan yang kepelbagaian kaumnya itu yang menjadi satu factor yang membuatkannya lebih relevan lagi daripada Parti Negara ciptaan Dato Onn Jaafar selepas beliau berundur daripada UMNO. Dato' Sri Onn Jaaffar telah menubuhkan Parti Negara sebaik sahaja cadangannya agar UMNO menerima keahlian bukan Melayu ditolak menyebabkan beliau menarik diri daripada parti. Bagaimana pun kita menganalisa semua ini, politik Malaysia banyak berkisar kepada konfrontasi antara perdana menteri dengan seorang banduan. Inilah yang akan berakhir dengan kebaikan untuk semua rakyat Malaysia.

MGG Pillai
pillai@mgg.pc.my



Terjemahan: SPAR01-07





Rencana Asal:

Column

Harakah

15-31 May 01


Anwar And Civil Society


M.G.G. Pillai


The more the Malaysian government reins in the forces of the jailed former deputy prime minister, Dato' Seri Anwar Ibrahim, the more it shoots itself in the foot. The Prime Minister, Dato' Seri Mahathir Mohamed, would not allow justice and law and order keep Anwar in a straitjacket, tinkering with the truth and meddling to ensure he is punished not for what he is convicted for but for his potential threat to him and UMNO. So, from the day Anwar was sacked from UMNO and the government in September 1998, it became a confrontation between the two, one in which Anwar emerges stronger by the day and Mahathir weaker.

The reasons why is neither legal nor medical but political. Dr Mahathir's political legacy is sullied beyond repair if he does not put the prisoner in his place. His 20-years as prime minister, for all the good it has done, would be remembered for how he turned Malaysian society upside down, and made the quiescent Malay an intractible political foe and who froze his government into irrelevance.

Dr Mahathir's personal interest to see his former protege destroyed makes what happens to Anwar personal and vindictive. It goes against the Malay grain and it threatens to make UMNO, a honourable party which for five decades gave the Malay his pride and place, irrelevant and impotent. The more the Anwar problem is unresolved, the more the irrelevance and impotence, the more the confrontation in the political divide.

The government does not tell what happened; it only echoes what UMNO has to say. Dr Mahathir insists his administration echo UMNO's views, one in which he can only run for his political life. When rumours surfaced that the former Inspector-General of Police, Tan Sri Abdul Rahim Noor, had beaten up the handcuffed and blindfolded just arrested Anwar, it was vigorously denied. Dr Mahathir and the UMNO Wanita leader, Datin Rafidah Aziz, said Anwar had beat himself up. Since then they were proved wrong, Rahim is in jail. Neither Dr Mahathir nor Rafidah apologised.

But the dark clouds hide a silver lining. Those who knew Anwar in office found him no different from the run-of-the-mill UMNO politician. But he had a vision, however flawed, of a civic and civil society, whose meaning had disappeared from the UMNO dictionary. It was more than lip service. But he could not forge it within UMNO. The opposition to it, as we now find out, was more virulent than it was thought to be. How the government conducts itself in this affair gives you a hint of what could have been.

But Anwar in prison spewed a movement which turns his hopes, willy nilly, into reality. UMNO and the National Front government took the people for granted. Once elected, it denied the people its democratic, civic and civil voice. That worked so long as the country did well economically, the stock exchange rose sharply, but when hard times hit, the inadequacies of the system shone through. Worse, when when the politically dominant Malay is angry that Malay cultural norms are defied, the government and UMNO inevitably is forced on the defensive.

The government's and UMNO's monopoly on power is broken. The National Human Rights Commission, Suhakam, strikes a more independent stance, challenging the official view, and, in the light of the recent ISA detentions, demanding, in the manner of opposition parties in times past, that they be brought to court and to see their families. A high court judge orders that two detainees in whose name habeas corpus petitions are filed be brought to court, the first time in memory one has so ordered.

What brought the Internal Security Act into disrepute is the black eye Tan Sri Rahim inflicted upon Anwar. The deputy prime minister and home minister, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, realised this that he said publicly after the recent ISA arrests that "one black eye is enough" and did not want to see "two or three more". Unusually, families are allowed to see the detained within the initial 60 days of interrogation. That one of those detained is a nephew of the Yang Dipertuan Agung (whose aunt is his grandmother) could have forced that, but the ISA is not as feared as it was four years ago.

Suhakam was set up to mollify foreign criticism in the wake of the Anwar imbroglio. It was Suhakam that got Tan Sri Rahim to admit he beat up a handcuffed and blindfolded Anwar. Police regulations forbid investigation of prisoners and detainees when handcuffed or blindfolded. He got away lightly with a two-month sentence. But that he was convicted and jailed makes the point. Future cases of political brutality when it comes to court would not be leniently treated. The invogorated Malaysian would not allow it. The Anwar medical problem forced the health minister, Dato' Chua Jui Meng, to give a full account in Parliament and answer questions for 30 minutes. That he had to shows the re-emergence of a democratic society in which elected officials are kept on their toes.

Parliament, to the shock of many government members, discussed the recent Kuala Lumpur flash floods, as the Opposition demanded. It would not discuss the South Petaling Jaya racial clashes, and other current issues of the day. It it had been disallowed, the public protests would have accelerated. Parliament is forced to look upon its role as more than a rubber stamp, to have issues of the day discussed as it is meant to and not hide behind the government's huge electoral majority.

Changes come but slowly. When it does, it cannot be reined in. Even the mainstream newspapers are forced to improve its coverage. While they remain the government's mouthpiece, especially in the Mahathir-Anwar confrontation, they have improved beyond imagination. They had no choice: the public refused to buy them otherwise. They carry political stories which three years would have earned the editors the sack. They realise that their survival no longer depends not on government's, but the people's, support.

Education frees the mind. UMNO's raison d'etre in 1946, at its founding is not UMNO's in 2001. The compact which UMNO had with MCA and MIC before independence cannot be sustained if it is not nurtured and kept alive. The riots of May 1969 changed the government's orientation to decidedly one of Malay dominance. That works so long as the other races do not question it, and the Malays accept UMNO's hegemony.

When the Malay rebels, and the quiescent Chinese and Indian joins hands with him, in fact or in spirit, as now, the government totters. It is not without reason it is the National Justice Party or Keadilan that UMNO is frightened of. Keadilan's multiracial stance has more relevance in Malaysian politics today than had Dato' Sir Onn Jaffar's Independence of Malaya Party, which he formed after UMNO refused to open its doors to non-Malays. However you look at it, Malaysian politics is reduced to its basic confrontation between Prime Minister and Prisoner. For the better of all Malaysians.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my