Laman Webantu   KM2A1: 4445 File Size: 13.2 Kb *



TJ SP MGG: Episod Country Heights: Keributan Yang Berterusan
By M.G.G. Pillai

12/5/2001 4:55 pm Sat

MGG 1091

[Lee Kim Yew nampaknya tersasul keliru antara cukai tanah (kerajaan) dan cukai taksiran (majlis perbandaran). Campur tangan Kaveas yang baru dilantik menteri itu lagi meributkan keadaan. Sudahlah Mahathir baru sahaja kepeningan dengan isu kuota angkara menteri pelajaran - beliau dihempap lagi dengan karenah timb. menteri perumahan dan kerajaan tempatan baru(a) ini. Lain kali pilihlah menteri berdasarkan kebolehan semulajadi - bukannya untuk kepentingan politik sendiri.

Sepatutnya Kaveas campur tangan dalam masalah pembeli-pemaju yang masih tidak berkesudahan itu. Majlis Perbandaran adalah entiti tersendiri yang berkuasa mengikut perlembagaan dan kementerian tidak boleh campurtangan dalam soal penguatkuasaan kerana ia jelas termaktub dalam perlembagaan. Lainlah kalau ia menyimpang. Kenyataan Kaveas jelas cuba mengganggu proses perundangan - dia sepatutnya dikenakan tindakkan kerana itu terpapar jelas tanpa bayang-bayang.
- Editor
]


Terjemahan: SPAR01-08


Episod Country Heights: Keributan Yang Berterusan

(The Country Heights Raid: The Kerfuffle Continues)

Syarikat Country Heights* Berhad, yang tersenarai di BSKL, berhutang dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) RM9 juta yang merupakan pembayaran taksiran yang tertunggak. Sebagai sebuah syarikat pemaju, Pengarah Urusan, Tan Sri Lee Kim Yew ternyata keliru dengan perbezaan antara cukai tanah dengan cukai taksiran. Timbalan menteri kerajaan tempatan dan perumahan, M.Kayveas menunjukkan marahnya apabila MPSJ bertindak menyita premis Country Heights kerana hutang tertunggak itu. Dia marah kerana MPSJ tidak meminta bantuan kementeriannya untuk menyelesaikan perkara itu. Tan Sri Lee tidak menafikan adanya tuntutan itu yang dibayarnya setakat RM3.8 juta. Soalnya sekarang syarikatnya masih lagi tertunggak RM9 juta. Kenyataannya telah terlebih membayar RM3.6 juta terhadap cukai tanah tidak seharusnya menjadi satu peringatan kepada MPSJ. Cukai tanah ialah kepada kerajaan negeri sedangkan cukai taksiran ialah kepada majlis perbandaran.

Kalau diikutkan tanggapan Kayveas, Lee Kim Yew sepatutnya tidak boleh diganggu, kerana 'dia telah banyak menyumbang terhadap pembangunan negara dengan menukar wajah sebuah lombong tinggal menjadi satu projek kebanggaan negara.' Peguam mantan KPN Rahim Nor pun pernah berkata: beliau telah banyak berkorban kepada keselamatan negara, sehinggakan kalau dia melanyak seorang mantan timbalan perdana menteri yang digari tangannya dan ditutup matanya, dia seharusnya dimaafkan. Mahkamah tidak bersetuju. Saya pun tidak bersetuju dengan pendapat Kayveas itu.

Dia telah berkata, secara mengingkari peraturan perlembagaan, MPSJ sepatutnya telah meminta jasabaik kementeriannya untuk campurtangan. Kenapa pula? Adalah menjadi pengetahuan ramai betapa kementerian beliau itu sedia membantu para pemaju yang mempunyai masalah dengan para pembeli rumah. Kisah betapa kementeriannya bergelumang dengan kemelut IWK tidak perlu diulang-tayang lagi. Kisah kegagalan kementeriannya menyelesaikan masalah rumah murah tidak perlu juga kita ulangkan. Kalau kita mahu mengungkit sebarang contoh bagaimana kementerian pernah berbakti kepada para pembeli, semua fail mengenainya tenggelam dalam timbunan fail-fail yang membusut tingginya. Sebenarnya, bukanlah satu amalan biasa untuk kementeriannya memberikan bantuan kepada para pembeli terhadap para pemaju perumahan yang pelahap sifatnya. Ataupun mengkritik majlis perbandaran yang tidak meminta bantuan kementeriannya. Saya ingin bertanya, pernahkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, yang merupakan satu lagi majlis perbandaran, meminta bantuan kementerian beliau dalam perkara yang serupa? MPSJ tidak perlu bantuan itu, malahan tidak sepatutnya mendapatkannya. Perkara ini amat jelas mengikut perincian perlembagaan. Mampukah Kayveas bertegas seperti itu kalau Selangor diperintah oleh kerajaan parti pembangkang? Bolehkah dia bersedia dengan bantuannya kalaulah masalah yang dihadapi oleh Lee Kim Yew itu terjadi di Kuala Terengganu ataupun Kota Bahru?

Sepatutnya kita melupakan sahaja apa yang keluar daripada mulut timbalan menteri ini. Seharusnya dia dimaafkan kerana tidak tahu apa yang dicakapkannya. Ataupun apa yang dilakukannya. Sumbangan beliau kepada integrasi nasional dan perpaduan negara adalah setakat memakai Baju Melayu dengan bersongkok ketika merasmikan mesyuarat tahunan bahagian UMNO. Keceluparannya dalam kenyataan akhbar yang dimestikan memberikan ruangan yang jelas kepada kata-katanya itu memberikan gambaran betapa pincangnya masyarakat Malaysia masakini. Dia beranggapan, penonjolan adalah lebih penting daripada kenyataan. Kain sepanjang lima ela yang dibikinnya menjadi sepasang baju difikirkannya memadai dijadikan lambang integrasi nasional dan perpaduan negara. Kalau begitu, kain sepanjang enam ela sesuai juga untuk dijadikan kain (kapan). Inilah yang banyak diperlukan nanti seandainya rancangan politik yang bercanggah dengan amanah rakyat itu menjadi satu amalan nasional.


Apakah mesyuarat bahagian UMNO Seputeh menjadi satu kepentingan dan kebanggaan negara kerana seorang timbalan menteri kaum India yang berpakaian Baju Melayu, datang merasmikannya? Yang anihnya, kenapa dia tidak berpakaian Baju Melayu ketika merasmikan mesyuarat PPP? Kenapakah dia tidak menegaskan ahli yang lain berpakaian serupa itu, dan nyatakan pula segala rencananya mengenai unsur-unsur perpaduan negara dan integrasi nasional? Selagi dia tidak mampu berkata benar, dia seharusnya dianggap sebagai seorang ahli politik yang ketandusan modal.

Saya bukannya memperlekehkan pakaian Baju Melayu dan songkok. Ini merupakan pakaian orang Melayu. Masanya akan tiba apabila Baju Melayu akan menjadi pakaian rasmi negara, tetapi evolusinya mestilah mencontohi cara 'cheongsam' yang memberi laluan kepada pemakaian 'baju kurung' oleh masyarakat Cina. Perkara ini tidak boleh dipaksa-paksa. Negara kita mempunyai pelbagai kaum di mana setiap kaum dan agama mempunyai ruang yang sama. Besar kemungkinannya, di satu masa hadapan yang terdekat, pakaian Baju Melayu akan menjadi pakaian rasmi negara tanpa paksaan tetapi kerana pilihan.

Sekarang bukanlah masanya. Kepelbagaian bangsa dan agama yang membuatkan Malaysia seperti yang wujud kini. Tetapi, pemimpin Cina dan India dalam kerajaan seolah-olah mempunyai kecenderungan untuk melupakan kepelbagaian ini dan sengaja meminggirkan diri daripada pendapat umum untuk mengukuhkan pembangunan masyarkat bangsa-setakat memperkayakan diri sendiri sahaja. Kita nampak betapa keghairahan Kayveas itu adalah untuk mendapatkan markah, kerana Lee Kim Yew adalah kroni Perdana Menteri. Pengerusi Country Height adalah adik ipar kepada Perdana Menteri. Bukankah pelik apabila UMNO ataupun MCA sengaja bersikap membisu seribu bahasa dalam kemelut Country Heights terhadap MPSJ? Sepatutnya Kayveas tidak melangkahkan kakinya ke kancah yang tidak berani dicuba oleh orang politik yang lain. Dia cuba menegakkan benang basah. Kalau ada sesiapa yang merasa tersentuh hati, orang itu ialah Perdana Menteri. Setakat ini dia tidak pun berkata apa-apa. Tentu sekali tidak selepas segala keributan yang membabitkan seorang pesakit yang menjadi banduan di Sungai Buluh.

MGG Pillai
Jumaat 11 Mei, 2001


Terjemahan SPAR 01-008




Rencana Asal:


The Country Heights Raid: The Kerfuffle Continues

The Country Heights Berhad, a listed company, owes the Subang Jaya Municipal Council (MPSJ) RM9 million in assessment arrears. As a housing developer, its managing director, Tan Sri Lee Kim Yew, seems confused about the difference between quit rent and assessment. The deputy minister for local government and housing, Dato' M. Kayveas, when he berates the MPSJ when it moved to seal Country Heights premises for non-payment. It should have asked his ministry to sort it out, he thunders. Tan Sri Lee does not deny the claim, only that he had paid RM3.8 million. That may be, but his compay still owes RM9 million. That he overpaid RM3.6 million in quit rent for the properties is no concern of the MPSJ. Quit rent is collected for the state, assessment for the municipality.

Neither is that, in Dato' Kayveas' belief, Tan Sri Lee should not have been touched because he "has contributed immensely towards development by turning a former tin mine into something the country can be proud of". The jailed former Inspector-General of Police, Tan Sri Rahim Noor's lawyer said so, too: he contributed immensely to the security of the country so that even if he beat up a handcuffed and blindfolded former deputy prime minister, Dato' Seri Anwar Ibrahim, he should be excused. The court disagreed. As I of Dato' Kayveas' view.

He says, in defiance of constitutional propriety, the council should have asked his ministry to intercede. Why? It is open knowledge his ministry would aid developers in any confrontation with house buyers. The way his ministry messed up the IWK fiasco needs no repetition. How it did not resolve the matter of low cost houses bears no repetition. If you must seek the good the ministry has done for housebuyers, it would be buried amongst the files which shortchanges them. It is not, in practice, the ministry's role to protect the house buyer from rapacious housing developers. Or criticise municipal councils for not asking for its help. Would, may I ask, the Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, another municipal council, ask his ministry for help in matters like these? The MPSJ need not, indeed should not. And it is so defined constitutionally. Would Dato' Kayveas have so insisted if Selangor was administered by an opposition party? Would he have been as forthcoming (?) if Tan Sri Lee's investments for which he did not pay his assessment rates were in Kuala Trengganu or Kota Baru?

One should normally ignore what this deputy minister says. He should be forgiven for he doth not know what he sayeth. Or does. His contribution to national integration and national unity is to wear Baju Melay and songkok when he opens UMNO divisional meetings. His trite response, which he elaborated in a press release, and woe betide the media which does not give it the gravitas it does not have, underscores much that is wrong in Malaysian society. He believes form is more important than substance. Five yards of cloth ensures national integration and unity. Six is needed for a shroud. Which we would all need sooner than later if such c##k-eyed politically expedient plans become national practice.

Did the UMNO Siputeh division meeting attain a gravitas because the Indian deputy minister came dressed in Baju Melayu? Curiously, why does he not come in Baju Melayu when he opens PPP meetings, and insist that every one should be. And state his plans for national integration and national unity, which no doubt would be news to his members. Until he puts his money where his mouth is, he should be dismissed as the political crank he is.

I caste no aspersions to wearing Baju Melayu or the songkok. It is the dress of the Malay. In time, the Baju Melayu could well be the national dress of the Malaysian but it must evolve as the cheongsam made way for the baju kurung amongst the Chinese. It cannot be forced. This is a multiracial country in which all races and religions have a place. It is possible, at some future stage in the future, it could become the national dress that all would wear not under compulsion but by choice.

Not now. This diversity of races and religions is what makes Malaysia what it is. But Chinese and Indian leaders in the government have a special penchant to ignore the diversity and fall in line with the majority -- to ensure not their community's, but their own, development. So, Dato' Kayveas pitches in to earn brownie points because Tan Sri Lee is a crony of the Prime Minister. The Country Height's managing director is Dato' Seri Mahathir's brother-in-law. Is it not curious that neither UMNO nor MCA rose to support Tan Sri Lee against the MPSJ? Dato' Kayveas should not tread where other politicians fear to tread. He rises to defend the indefensible. If any one should be offended, it is the Prime Minister. And he has said nothing so far. He cannot. Not after that kerfuffle over an infirm prisoner in Sungei Buloh.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my