Laman Webantu   KM2A1: 4446 File Size: 15.2 Kb *



TAG SP 112: B2 Kemuflisan Tenaga Nasional Berhad
By Harun Rashid

12/5/2001 7:30 pm Sat

TAG 112

[Untuk melaksanakan Bakun kerajaan memerlukan wang. Kerajaan tidak mengumumkan bagaimana ia mahu mencari wang untuk menghidupkan Bakun satu ketika dulu. Kenyataan Mahathir kini membayangkan TNB menjadi instrumen penting dalam projek ini. Tetapi TNB sendiri tidak mempunyai dana berbilion itu melainkan dengan merencana pengeluaran bon. (TNB sendiri masih berhutang RM40 blion). Ini diharap akan menjanakan bukan eletrik tetapi wang untuk kempen pilihanraya nanti.

Apa yang menakutkan ialah pulangan untuk projek Bakun ini mungkin amat lambat seandainya ada. Kalau hendak diharap kepada pengguna domestik ia tidak berbaloi. Jika industri pula - banyak faktor lain perlu diambil kira. Eletrik sahaja tidak memadai kerana logistik juga penting. Masalahnya sistem pengangkutan darat dan laut Sarawak masih teruk dan memerlukan belanja yang berbilion juga. Lagipun banyak penduduk Semenanjung enggan berhijrah ke Sarawak walaupun gajinya lumayan ditawarkan Mereka mempunyai keluarga di sini yang tidak ingin dipisahkan demi mengejar kekayaan.

TNB amat bergantung kepada tarif eletrik untuk hidup. Dan hanya itu sahaja yang dapat dimainkan jika kesesakkan wang. Jika bon matang atau tertunai dahulu sebelum sempat di isi wang, TNB akan menggelepar mengerang kesakitan. Tarif eletrik tidak boleh dinaikkan sesuka hati kerana rakyat yang sakit nanti akan menghumban kerajaan BN dengan senang. Dengan memetik suis Bakun, TNB mungkin mampus muflis terkena kejutan eletrik yang menakutkan.
- Editor
]


Terjemahan: SPAR-05-002-1



http://home.yqi.com/harunrashid1/66Tenaga.html


Kemuflisan Tenaga Nasional Berhad - Bahagian Dua (Akhir)

(The Bankruptcy of Tenaga Nasional)

Oleh: Harun Rashid.


Jawatan Perdana Menteri adalah sinonim dengan UMNO yang sinonim pula dengan perbendaharaan negara. Oleh kerana perbendaharaan negara menguasai TNB, adalah mudah kita membuat rumusan bahawa Perdana Menteri sebenarnya merupakan Pengerusi 'de facto' kepada TNB. Sebagai seorang ahli politik, perdana menteri mahu menang pilihanraya Sarawak.

Untuk melaksanakan rencana itu, perdana menteri beranggapan Sarawak mestilah diberikan wang yang dihulurkan melalui satu bentuk pelaburan dalam pembikinan Ampangan Bakun. Wang yang diperlukan untuk membiayai kempen politik masih belum ada lagi. Soalnya sekarang, bagaimana mahu mencarinya?

Jawapan kepada soalan itu berkisar kepada Tenaga, dan helahnya nanti ialah wang itu diperlukan untuk pembikinan Ampangan Bakun. Tenaga ataupun TNB akan digunakan sebagai satu kereta perisai untuk membiayai kempen politik Sarawak. Untuk melaksanakan rencana gergasi itu TNB perlu mencari dana yang diperlukan. Untuk mendapatkan wang tunai, TNB perlu menjual bon-bon yang bernilai sekurang-kurangnya RM10 bilion ringgit. Oleh kerana Bakun tidakpun mempunyai nilai sebanyak itu sebagai sumber pendapatannya, tapak pendapatan yang ada di Semenanjung Tanah Melayu perlu turut digunakan sebagai cagarannya.


Dengan merencana begitu besarnya bebanan hutang, yang tidak pun layak dimasukkan dalam buku perakaunan sebagai bahan offset, disebabkan sifat sebuah ampangan yang tidak berfungsi itu adalah sama tarafnya dengan hutang yang tidak berbayar, TNB secara teknikalnya akan menjadi satu entity yang muflis, papa-kedana, bankrap dan apa juga perkataan yang sama erti dengannya. Bahawasanya Bakun boleh menjana kuasa letrik dan bukannya pendapatan bukannya menjadi isunya di sini. Ini adalah isu politik dan bukannya urus niaga lagi.

Dengan 'membiayai' Ampangan Bakun itu, hutang TNB akan mencanak hampir RM40 bilion banyaknya, dengan hanya segelintir bahan untuk dijadikan alat ofset. Seterusnya nanti segala kos pembiayaan Bakun yang belum pun mempunyai sebarang sumber pendapatan, akan menjadi satu biawak hidup yang akan terus dipikul sehingga menjejaskan kelakonan (performances) TNB. Saham-saham TNB, disebabkan kebajingan musibat yang memegang jawatan perdana menteri sedang diulit lumpur-lumpur 'coppererdam' Bakun. Inilah yang disedari oleh warga pasaran saham menyebabkan berlakunya keretakan kepada harga saham TNB.


Bebanan hutang yang bertambah ini akan memeritkan bebanan bayaran faedah tahunan yang akan menjangkau sebanyak RM3 bilion. Ini belum lagi mengambil kira hutang pokok itu lagi apabila tiba masanya nanti. Pendapatan TNB yang ada tidak mampu menyempurnakan bebanan hutang yang ada walaupun pendapatannya itu dinaikkan secara berpada. Keuntungan yang dilaporkan oleh TNB pada akhir Ogos 2000 ialah RM1.5bilion. Andaian betapa hutang yang lebih disebabkan Bakun itu akan mencetuskan satu jangkaan untuk menyelesaikannnya lebih awal lagi, memerlukan satu kepintaran yang bukan calang-calang kebijaksanaanya.

TNB tidak akan mampu keluar daripada pengalaman ini dengan nafas yang lega. Walaupun beberapa kerugian dapat diperbaikki secara yang diluar dugaan, dan satu tahap keuntungan dapat dijangkakan. Kemungkinan naiknya harga bahan bakar dan gas akan menyumbang lagi kepada masalah ini, dan berkemungkinan dinaikkan kadar tarif yang sedia ada dan menaikkan juga kemarahan para pengguna.

Pengerusi baru TNB Jamaluddin Jarjis yang memang popular kerana kerja-kerja yang pelik-pelik telah terburu-buru cuba membetulkan keadaan yang merunsingkan; hasil keceluparan perdana menteri yang mencetuskan isu ini. Beliau berkata bahawa kenyataan perdana menteri mengenai pembabitan TNB dalam Bakun memerlukan satu tafsiran yang jelas. Sebenarnya bukan sahaja Tenaga yang sedang dihenyak masalah. Adalah penting membaca lapuran RAM (Rating Agency Malaysia) terbitan 16 November, 2000 dengan jelasnya. Lapuran itu melapurkan kerugian yang besar yang ditanggung oleh TNB dalam pelaburannya di Pakistan.

Perdana menteri sudah semakin berusia dan usianya itu semacam satu keemasan yang mengeras bersama jawatannya. Dia sudah bernekad bahawa pilihanraya yang akan datang ini mesti dimenanginya, walaupun ini bererti dia mesti memenjarakan semua ahli parti pembangkang. Untuk mencapai ketakburan itu dia telah merencana pembinaan lima lagi penjara baru dan mula melancarkan proses pengambilan tenaga polis dan angkatan tentera yang baru.

Semua ini dikira penting kerana perdana menteri mempunyai anggapan bagaimana memberikan peluang kepada rakyat marhaen untuk membuat pilihan seperti yang baru-baru ini ditunjukkannya dalam isu system kemasukan pelajar universiti berasaskan kuota perkauman. Baru-baru ini satu kumpulan mewakili rakyat marhaen telah berkumpul di sebuah bangunan kerajaan untuk menyerahkan memorandum kepada menteri kerajaan berkaitan hal yang membabitkan rakyat marhaen. Bayangkan apabila rakyat marhaen tidak dibenarkan menjejakkan kaki mereka memasuki bangunan yang dibina dengan hasil peluh rakyat biasa.

Perdana menteri menganggap setiap kali rakyat berhimpun ia merupakan satu ancaman kepadanya. Lantas dia mengistiharkan himpunan rakyat marhaen seperti itu adalah haram, sambil meraba-raba mencari barang bukti kalau ada roket dan bom, sambil membuat andaian himpunan itu bakal mencetuskan usaha berbisa untuk menggulingkannya daripada persada kuasa. Dia beranggapan bahawa penyertaan rakyat dalam proses membuat sesuatu keputusan kerajaan itu sebagai satu sanggahan kepada kepimpinannya. Dia telah merancang agar satu kumpulan polis rahsia yang berlagak sebagai pemberita merakamkan setiap himpunan untuk simpanan. Semua nama direkodkan, semua tangkapan dirancangkan. Inilah dia demokrasi Malaysia mengikut acuan perdana menteri yang sebenarnya seorang diktator yang berfikiran dia tidak akan mati-mati.

Rakyat Malaysia, apatah lagi orang dunia sejagat tidak lagi mempunyai sekelumit keyakinan terhadap Mahathir. Tetapi dia berbelanja besar untuk membayar gaji satu kumpulan wartawan yang mempunyai tugas khas menyolek setiap lembaran akhbar dengan segala bentuk propaganda yang mampu diusahakan oleh persuratkahabaran yang sudah jatuh hina bertaraf khadam dan hamba abdi.

Berbalik kita kepada kisah kemuflisan tadi. Kita boleh membayangkan satu peristiwa di hari muka, ketika satu lembaga manusia yang telah dikeraskan menjadi mummia seakan-akan seorang perdana menteri di Putrajaya yang dipamirkan mengeras duduknya di sebuah kerusi perdana menteri yang tersimpan dalam sebuah peti kaca. Setiap ulangtahunnya, barisan pengunjung dan pemujanya akan beratur berbaris sambil melekapkan telapak tangan di dinding kaca dan merenung ke arah lembaga yang amat boros di masa hidupnya. Inilah manusia berhati syaitan yang pernah membina bangunan yang tinggi-tinggi untuk mencakar langit sehingga tidak tercakarnya lagi dan memberi ruang kepada kemunculan lalang yang tinggi-tinggi; sehinggakan monyet, ungka dan beruk bergayutan dan bermain sesuka hati.



....Tamat....

-Harun Rashid-

Khamis 10 Mei, 2001.




Rencana Asal:


The Bankruptcy Of Tenaga National Bhd - Part 2 (Final)

by Harun Rashid

May 10, 2001

The prime minister is Umno, and Umno is the public purse, and the public purse controls Tenaga, and thus it may truly be said that the prime minister is the de facto chairman of Tenaga National. As a politician the prime minister wants to win the state elections in Sarawak.

To do that, he feels Sarawak must have the benefits of money spread about as investment in the financially defunct Bakun Dam. The money for the campaign fund is missing. The question is, where to find it?

The answer is Tenaga, and the subterfuge is that the money is to pay for the Bakun Dam. Tenaga is being used as a vehicle to fund the Sarawak campaign. In order for Tenaga to do that, it must find the cash. In order to raise the cash, Tenaga must sell at least RM10 billion more bonds. Because Bakun will not amount to much as a source of income, the existing income base on the peninsula must be used to repay the bonds.

By assuming this large obligation, which cannot be put on the books as an offsetting asset, since a non-performing dam is much like a non-performing loan, Tenaga will then become technically bankrupt, or very nearly so. That Bakun can generate electricity but not income is beside the point. This is politics, not business.

After financing the Bakun Dam, Tenaga will owe almost RM40 billion, with very few offsetting assets. The continuing expenses of Bakun, with no compensating income, will be a permanent, continuing drain on future performance. The shares of Tenaga, thanks to the political plotting of the prime minister, are now mired in the mud of the cofferdam. The market takes note, with consequent weakness in the share price.

The increased debt will call for an annual interest payment of over RM3 billion, without considering any retirement of principal. The present income of Tenaga cannot meet this level of interest, even if income increases substantially. Tenaga reported profits of RM1.5 billion for the year ended August, 2000. The assumption of more debt for the Bakun Dam thus puts Tenaga into a position from which expectation of early extrication requires extrasensory energy.

Tenaga cannot hope to survive this experience, even if recent profits, coming on the heels of a string of losses, improve beyond all expectation, and the new level of profitability is sustainable. The impending increase in the price of fuel gas adds to present problems, and perhaps necessitates an unpopular and inflationary rate increase.

Tenaga's new chairman, Dr Jamaludin Jarjis, with his keen politician's sense of the ridiculous, quickly rushed to repair the damage, stating that the prime minister's statement regarding Tenaga's participation in the Bakun Dam requires "interpreting." It is not convincing. Everyone knows who controls Tenaga, the electricity rate, the gas fuel costs, and everything else in Malaysia.

It is the prime minister. And the prime minister is a man of politics, not a skilled business executive with managerial acumen. It is not just Tenaga that is in trouble. It is instructive to read carefully the November 16, 2000 report by Ratings Agency Malaysia (RAM), the inhouse credit agency of Malaysia, regarding Tenaga's operational prospects. Another interesting press report of Oct 31, 2000, tells of the disaster (and huge losses) Tenaga faces in its Pakistan adventure.

The prime minister has aged in place, and now seems due to harden in his chair. He is resolute that the next election is to be his, even if he must jail all the members of the opposition. To this end he has ordered five new prisons and begun a recruitment drive to increase the police and military contingent.

These are necessary because the prime minister's idea of giving the people an opportunity to decide, as he recently invited them to do in the matter of racially based quotas for entry into Malaysia's public university system, entails delivery of memoranda to ministers via meetings on the doorstep of publicly owned buildings devoted to public business. Public entry is denied.

The prime minister, however, finds any such democratic assembly a threat. He promptly declares such meetings illegal, finding amid the assembled citizens evidence of rockets and bombs, seeing a riot-to-be or other violent attempt to topple him out of his chair. He finds public participation in decisions to be an affront to his leadership. He orders the secret police, disguised as newsmen, to take videos for later filing. Names are recorded. Arrests are planned. This is democracy in Malaysia, courtesy of the prime minister cum dictator.

The people of Malaysia, and more and more the world, do not have confidence or trust, and this in spite of the best efforts of his bought and paid for press gang, who daily pave the printed pages with the best public relations propaganda a servile press can deliver.

But the bankruptcy. That is all in the future, when the mummified figure of the prime minister is on display in Putrajaya, wired erect in his chair. Each birthday the line of worshippers will paddle past to print a palm on the glass and paste an eye on the wastrel of a man who broke the banks, who built the unfinished and abandoned buildings, where tall grass grows while monkeys play.

....concluded....

Link Reference : Harun Rashid Worldview: The Bankruptcy of Tenaga Nasional