Laman Webantu   KM2A1: 4453 File Size: 14.2 Kb *



TAG SP 112: Mokhtar Dugong : Pembantu Yang Menjijikkan [SEA]
By Suan

13/5/2001 11:22 am Sun

TAG 113

[Mohtar yang kadang-kadang dieja Mokhtar memang kaki putar sehingga ramai tertukar nama sebenarnya. Kita ubah sedikit dan kekalkan mana yang perlu untuk menggambarkan terputarnya alam akibat namanya itu.

Beliau pernah mengugut untuk mendakwa di bawah akta hasutan sesiapa yang mempertikaikan kewibawaan dirinya - termasuk Ezam.

Apa yang menarik beberapa tuduhan aib telah lenyap dari persada berita kini seperti Anwar membocor rahsia dan sogokkan RM 60 juta melalui Nalla. Dan makin menarik lagi semua pengakuan diperolehi melalui akta ISA sedangkan jenayah l*w*t itu tidaklah mengugat keselamatan negara.

Kehadiran Ghani Patail di Bukit Aman pada malam Anwar dibelasah tidak mungkin tidak diketahui oleh Mohtar kerana itu anak buah besar. Mohtar juga melantik Dr Abdul Rahman Yusof yang memberi keterangan tanpa memeriksa Anwar. Dan Mohtar yang sama tidak ambil perduli keterangan siasatan ASP Mat Zain Ibrahim dan afidavit Manjeet yang melibatkan Ghani dan DPP Azhar Mohamad. Mohtar tidak layak menjadi AG sejak dia bergambar dengan penuh senyuman dengan para banjingan. Jika Mahathir memang ikhlas ingin menghapuskan politik wang dia seharusnya menyiarkan gambar ini secara berleluasan - barulah rakyat boleh menilai apakah ada secebis ketulusan. - Editor]


Terjemahan : SPAR 09


Mohtar Dugong : Pembantu Yang Menjijikkan

(AG Mohtar - Revolting Sidekick)

Oleh : Suan

Seandainya ada tawaran hadiah utama untuk merangkul gelaran penyeleweng yang paling menonjol di Malaysia di samping mempunyai nilai-nilai Malaysia dan Asia, Peguam Negara Mokhtar pasti menang tanpa perlu bertanding.

Manusia jenis apakah yang sanggup membenarkan seorang ahli politik perogol bebas tanpa sebarang pertuduhan sedangkan pihak yang mendesak supaya keadilan diberikan kepada mangsa rogol di bawah umur itu pula yang didakwa? Sampah masyarakat jenis apakah yang melepaskan Menteri Besar Mat Taib dari tuduhan yang tidak bersungguh-sungguh iaitu gagal mengisytiharkan harta sedangkan begitu jelas kegiatan rasuah yang berlaku di hadapan matanya? Manusia tidak berakhlak yang manakah sanggup mendakwa seorang insan di bawah tuduhan yang membawa hukuman mati hanya kerana terlupa untuk memperbaharui lesen untuk 125 butir peluru dengan harapan agar insan itu akan bersetuju untuk membuat tuduhan palsu ke atas orang lain? Manusia pendendam jenis apakah yang tergamak mendakwa Sukma, Azmin dan Mior dengan pertuduhan berbohong kepada mahkamah apabila mereka enggan menurut kemahuannya? Bagaimanakah penglibatannya di dalam menyiksa mereka yang tidak bersalah itu semata-mata untuk mendapatkan pengakuan palsu? Mengapakah beliau begitu menghambakan diri kepada politik kotor daripada menegakkan kebenaran dan keadilan sehingga sanggup mendakwa Anwar dengan tuduhan l*w*t sedangkan semua orang tahu bahawa semua pertuduhan itu tidak berasas sama sekali? Dan betapa putar belitnya seorang Peguam Negara yang tetap mempertahankan penggunaan 'pengakuan' tersebut walaupun telah dinafikan sendiri oleh orang yang memberikan keterangan bahawa ia telah disiksa dan dipaksa untuk membuat pengakuan itu.

Penyelewengan Mokhtar sangat menyeluruh dan lengkap. Dialah orang suruhan dari kuasa jahat, dan penghuni tetap dari alam kejahatan. Ia telah menyelewengkan kebenaran, keadilan, kesaksamaan, nilai-nilai kekeluargaan dan segala-gala yang amat kita hargai. Ia telah menukarkan pembohongan dan penipuan kepada kebenaran ciptaannya dan menghancurkan kebenaran dan fakta-fakta sebenar sehingga semuanya tunduk ketakutan kepada keburukan dan penipuannya. Kehitaman hatinya menenggelamkan apa yang bersinar dan sempurna dan menonjolkan kejahatan dan penyelewengan di alam ini. Ia mengetuai sekumpulan orang-orang yang jiwanya telah hilang dan malang, yang telah hancur dan buta disebabkan perasaan tamak haloba terhadap kuasa dan wang. Ia telah memusing dan memutarbelitkan kebenaran sedemikian rupa sehingga menyebabkan sesetengah orang tidak tahu lagi untuk membezakan antara kebenaran dan pembohongan, antara cantik dan hodoh, antara yang baik dan sopan dengan apa yang disembunyikan dan lucah. Mokhtar adalah barah yang memakan jiwa rakyat Malaysia dan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara akan sentiasa diingati sebagai satu titik hitam yang tidak akan lupus walaupun setelah ia telah mati.

Dengan semua tindak-tanduknya yang memalukan itu, Mokhtar mungkin tidak peduli dengan apa yang difikirkan oleh orang lain atau ia percaya bahawa semua orang adalah bodoh dan boleh ditutupi mata mereka itu. Walau bagaimanapun si-angkuh ini telah cuba mengelakkan diri dari sebarang kritikan dengan mendakwa sesiapa sahaja yang mengkritik tindakan-tindakannya yang seringkali meragukan itu.

Di dalam tradisi Malaysia boleh ini, syaitan yang menjelma ini telah dihadiahkan dengan gelaran Tan Sri di atas pengabdian dirinya terhadap ketua-ketuanya yang merupakan poliTIKUS.

Apakah perkara yang paling mengaibkan peguam Negara? Di dalam perkhidmatan singkatnya di jabatan tersebut, Mokhtar telah melakukan banyak perbuatan-perbuatan tanpa sebarang alasan yang munasabah dan tidak boleh diterima akal dan menghina kepercayaan awam. Perlakuan manakah yang paling memalukan sekali adalah sukar untuk ditentukan dari banyak pilihan yang ada, tetapi mungkin apa yang disebut di bawah ini termasuk di dalam kategori tersebut :



  1. Pendakwaan Lim Guan Eng di atas kesalahan meluahkan rasa tidak puas hatinya secara terbuka tentang kegagalan Peguam Negara untuk mendakwa si-perogol Rahim Thamby Chik berkenaan perlakuan seksnya dengan seorang gadis di bawah umur.

  2. Kegagalan untuk mendakwa si-perogol Rahim Thamby Chik di atas perlakuan seksnya dengan seorang gadis di bawah umur.

  3. Kegagalan untuk mendakwa bekas Menteri Besar Selangor Mohamed Taib dengan pertuduhan yang secukupnya berkenaan dengan rasuah sedangkan kekayaannya yang berjuta dalam bentuk hartanah begitu jelas menyalahi undang-undang dan telahpun di dedahkan kepada umum di Mahkamah Australia setelah tertangkap dengan wang tunai bernilai RM4 juta. Sungguh memalukan apabila ia hanya didakwa dengan pertuduhan gagal mengisytiharkan harta dikenakan denda maksima RM2000 sebagai pencuci mata dan tidak mampu langsung untuk mensabitkan kesalahan.

  4. Mendakwa Datuk Nalla di bawah kesalahan yang membawa hukuman mati kerana memiliki 125 butir peluru yang lesennya terlupa untuk diperbaharui oleh Nalla dan cuba menggunakan perkara ini sebagai alat untuk mendapatkan pengakuan palsu Nalla terhadap Anwar.

  5. Mendakwa dan terus mensabitkan kesalahan di atas tuduhan l*w*t terhadap Sukma dan Munawar yang sebenarnya telah disiksa untuk memberikan pengakuan palsu.

  6. Mendakwa Anwar dengan tuduhan rasuah yang telah ditafsirkannya dengan begitu halus sekali di bawah Akta Pencegahan Rasuah bagi mendapatkan hukuman yang sangat berat dan mengada-adakan bahan bukti untuk menyokong pertuduhan itu. Seterusnya meminda dakwaan di tengah jalan apabila ia gagal untuk membuktikan tuduhan seksual.

  7. Kegagalan untuk mendakwa Azizan di atas kesalahan mel*w*t apabila ia dengan niat jahat mengaku membenarkan Anwar untuk mel*w*tnya.

  8. Cuba untuk melindungi bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor dengan mengelak untuk menamakannya sebagai salah seorang yang telah menyerang Anwar di penjara selepas memerap laporan siasatan selama 2 bulan.

  9. Mendakwa Sukma, Munawar dan Mior di atas kesalahan berbohong kepada mahkamah sedangkan mereka hanya menarik balik pengakuan palsu yang dibuat oleh mereka akibat disiksa.

  10. Berniat jahat dengan mendakwa Anwar di atas kesalahan mel*w*t di mana kes yang tidak berasas sama sekali dan tiada bukti serta pindaan tarikh kejadian sebanyak dua kali itu telah membuktikan bahawa tidak ragu-ragu lagi dakwaan tersebut hanyalah rekaan dan dibuat-buat.


Semua ini adalah sekelumit contoh-contoh yang dilihat dari kerjaya Mokhtar yang menjijikkan itu. Mungkin Mahathir begitu berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan oleh Mokhtar menyebabkan perkhidmatannya disambung sepenggal lagi. Semua ini adalah tindakan-tindakan yang amat memalukan dan dilakukan secara terang-terangan di mata umum, namun kita boleh katakan bahawa Peguam Negara Mokhtar ini memang seorang yang tidak tahu malu.

-Suan-




Rencana Asal:

http://www.geocities.com/seachange_2000/Sidekick.htm



Revolting Sidekick

If ever there is a grand prize for the most prominent corrupter of Asian and Malaysian values in this country, A-G Mokhtar would win hands down.

What kind of man would allow a politician-rapist to go uncharged while persecuting the one who demanded for justice for the underaged victim who was raped? What kind of scum would let ex-MB Mat Taib go free on a half-hearted charge of failing to declare assets when stark naked big-time corruption of the same person was staring him in the face? What degenerate would charge a man under mandatory death sentence for forgetting to renew 125 lousy bullets in the hope of using his life as a bargaining chip to falsely accuse another? What sort of poisoned vindictiveness made him charge Sukma, Azmin and Mior for perjury when they refused to dance to his tune? What is his involvement in the torture of innocents to extract false confessions? What slavish devotion to dirty politics instead of to truth and justice prompted him to charge Anwar for s###my when all and sundry know that the charges have no basis? And what twisted A-G would insist on using a ?confession? which has been repudiated by the man who testified that he was tortured and forced to make the confession?

The corruption of Mokhtar is thorough and complete. He is a lackey of the dark forces, a denizen of the Dark Domain. He corrupted truth, justice, fairness, family values and everything else that we hold dear. He turned lies and deceit into his own brand of truth and beat down truth and facts until they cower under his ugliness and lies. The darkness in his heart reaches out to swamp what is bright and wholesome and impose darkness and corruption upon the land. He leads a legion of lost and wretched souls, horribly mangled and blinded by their lust for power and money. He has twisted and perverted truth so much that some people do not know what is truth and what is lies anymore, what is beautiful from what is ugly, what is good and decent from what is hideous and obscene. Mokhtar is a cancer that eats at the Malaysian soul and his tenure as Attorney-General will linger darkly in the Malaysian psyche long after he is gone.

Through all his shameful acts, either Mokhtar does not care what the people thinks or he believes that everybody are fools whom he can pull the wool over their eyes. However this pompous one has tried to put himself above criticism by threatening to charge anybody who criticize his scandalous actions.

In true Bolehland tradition, this devil incarnate has been rewarded with a Tan Sri for his slavish devotion to his political masters.



What is the AG's greatest shame? In his short stint in office, Mokhtar has done many dastardly deeds which defy reason and logic and in great contempt of public respect. Just which is the most shameful act is not easy to pick out among the many candidates, but the following are worthy contenders



  1. Persecution of Lim Guan Eng for publicly expressing his dissatisfaction over the AG?s failure to charge rapist Rahim Thamby Chik for carnal knowledge with an underaged girl.

  2. Failure to charge rapist Rahim Thamby Chik for carnal knowledge with an underaged girl.

  3. Failure to charge ex-Selangor MB Muhamed Taib with substantial charges of corruption although his obvious illegal wealth of millions in properties had been publicly revealed in an Australian court after being caught red handed with RM4 million in cash. Shamefully only charged him with failure to declare assets with a RM2000 max. penalty as an eyewash and not even able to secure conviction.

  4. Charging Datuk Nalla under mandatory death sentence for possession of 125 lousy bullets for which he had forgotten to renew his license and trying to use it as a bargaining chip to extract false confession against Anwar from Nalla.

  5. Charging and securing conviction against Sukma and Munawar for s###my for which they had been tortured to falsely confess.

  6. Charging Anwar for the finest interpretation of corruption under a repealed Anti-Corruption Act to gain heavier penalty and fabricating evidence to support the charges. Amending the charges midway through the trial when he failed to prove the sexual allegations.

  7. Failure to charge Azizan for s###my when he had maliciously admitted to allowing Anwar to s###mize him.

  8. Trying to protect ex-IGP Rahim Noor by refusing to name him as the one who assaulted Anwar in prison after sitting on the investigation report for 2 months.

  9. Charging Sukma, Munawar and Mior for perjury when they had merely retracted the false confessions extracted from them by torture.

  10. Maliciously persecuting Anwar for s###my in a case that has no basis and substance and changing the date of the alleged crime twice thus proving beyond doubt that the charges were trumped up and fabricated.


These are but a small sampling in Mokhtar's offensive career. Small wonder that Mahathir was pleased enough with his performance to extend his service to another term. These are all shameful acts and committed under the glare of public scrutiny, but one may say that that AG Mokhtar has no sense of shame.

-Suan-