Laman Webantu KM2A1: 4454 File Size: 17.2 Kb * |
TJ SP MGG: Mengikuti Jejak Langkah Dodo By M.G.G. Pillai 14/5/2001 12:09 am Mon |
MGG 1111 [Kemelut yang melanda Malaysia masa kini adalah kerana sikap
kerajaan sendiri yang tidak sedia berunding secara berhemah sebelum
dan sesudah sesuatu isu. Kerapkali sesuatu itu berakhir dengan janji yang
selalunya tidak pula ditepati. Dulu bolehlah kerajaan berlagak
kerana rakyat masih mendiamkan diri, tetapi sekarang sudah tidak
boleh lagi. Kita sedang menyaksikan kebangkitan rakyat akar-umbi
tanpa mengira parti yang telah menjadi mangsa perencanaan BN selama
ini. Tanpa perundingan, kemarahan akan terperam untuk meledak jika
cukup ramuannya satu masa nanti. Apa yang menakutkan kerajaan terlalu
lembab bertindak dalam menyelesaikan isu Kg Medan dan kuota IPT.
Keadaan hidup yang semakin tertekan kini mungkin akan menyebabkan bom
kemarahan ini meledak satu ketika nanti malangnya BN masih enggan belajar
dari peristiwa-peristiwa ini. Malaysiakini (Executive Consultaion - In the Dodo's footsteps)
[Istilah-kata: Dodo ialah seekor burung purba yang sudah pun pupus. Satu
ketika dulu ia membiak di Mauritius, kerana itu ia menjadi lambang
kemegahan negara itu. Daripada cerita perangai burung itu dan
gambar-gambar yang menghiasai setem Mauritius, burung dodo ini sontot
macam Ajis Sudin, dagunya ada sejemput bulu laksana dagu seorang tua
di Sarawak, kepalanya mudah bergerak-gerak seolah-olah memakai cemara,
jalannya mengengkang sekali sekala laksana seorang ketua wanita parti
Melayu purba dan mudah tercungap apabila bercakap kerana menahan
kencing yang mudah keluar laksana perangai apanama seorang diktator
tua -penterjemah]. Pelajar-pelajar Cina dan India telah dinafikan hak belajar di
universiti walaupun meraih kecermelangan peperiksaan yang membuat orang
lain membuka mata. Perdana menteri berkata semua peluang belajar
yang mengikuti kuota pelajar Bumiputra yang tidak diisi akan diberikan
kepada pelajar golongan ini. Tetapi, menteri pendidikan berkata perkara
ini tidak boleh dilaksanakan, dan bertindak tegas mengatakan perkara ini
sudah pun dianggap selesai. UMNO campurtangan dengan menuntut semua bumiputra, walaupun tidak
berkelayakan mesti diberikan keutamaan daripada pelajar bukan bumiputra
yang lebih baik kelulusannya itu. Keahlian Putri UMNO pada mulanya ditetapkan kepada mereka yang belum
berusia 35 tahun. Tetapi ketua yang diminati oleh UMNO sudah pun
berusia 38 tahun. Peraturan yang mula-mula itu terpaksa dipinda walaupun
pengumuman sudah pun disiarkan.
UMNO bertegas membanteras politik wang. Mereka didapati bersalah
memenangi jawatan dalam parti dengan pengaruh wang terpaksa ditendang.
Menteri Besar Kedah, berkata seorang exco negeri yang didapati bersalah
memancing undi dengan wang dan digantung selama enam tahun boleh kekal
memegang jawatannya kerana khidmatnya dianggap penting dan amat diperlukan.
Senarai itu berterusan lagi. Dalam setiap suasana, kerja-kerja
agak-mengagak memang mengelirukan dan mencelarukan keadaan. Tidak
kiralah apa perkaranya. Sudah menjadi satu amalan, perkara semacam ini
tidak dirujukkan dulu kepada orang yang berkepentingan sebelum sesuatu
keputusan itu diumumkan. Kerajaan bertegas oleh kerana ia menguasai empat-per-lima kerusi Dewan
Parlimen, ialah yang arif mengenai kemahuan rakyat. Sesiapa yang
mempertikaikannya adalah dianggap anti-nasional ataupun lebih dahsyat
dari itu. Tetapi, keengganan untuk berunding adalah satu masalah besar negara
masakini. Undang-undang, peraturan, dasar-dasar sengaja dirodokkan ke
tekak rakyat marhaen yang semakin ragu sedangkan kebanyakan peraturan
itu mudah diterima-pakai seandainya rakyat dirundingkan dulu.
Malahan di Parlimen, perundingan merupakan satu bahan sejarah sahaja.
Perdana Menteri enggan berunding dengan ketua pihak pembangkang akan
perundangan yang baru. Rang undang-undang yang penting sengaja disogokkan
pada ahli dewan parlimen secara tergesa-gesa selalunya, berdasarkan
kepentingan meluluskannya, tanpa memberikan ruang untuk berbincang dan
merundingkannya. Kami adalah kerajaan yang mempunyai majoriti, kami akan laksanakan apa
yang kami ingini. Tetapi, dalam bahasa parlimen yang mudah inilah
caranya sesuatu perkara itu diselaraskan.
Gelagat kerajaan seperti ini dalam mengendalikan tugas dengan penuh
keangkuhan itu, pasti melebarkan lagi jurang perbezaan antara
pemerentah dengan yang diperentahnya. Kemarahan yang muncul sebagai
bahana gelagat keangkuhan ini akan terus membuak walaupun ia sengaja
diperamkan. Tetapi, bukan begini caranya ia wujud ketika politik bermula dulu. Apabila
Parti Perikatan menang pilihanraya 1955 dengan 51 kerusi daripada 52
yang ditandingkan, perdana menteri dan presiden UMNO Tunku Abdul
Rahman Putra Al-haj telah mematuhi satu prinsip politik yang
tidak berubah: Dia telah berunding dulu setiap keputusan yang
besar-besar dan menundanya kalau terdapat sebarang keraguan
mengenainya. Dia amat patuh dengan sikapnya itu tanpa berubah perangai
mengenainya. Presiden MCA dan MIC ketika itu beranggapan bahawa inilah yang
memberikan kuasa mereka terhadap pengikut parti. Inilah satu kesilapan
yang mereka warisi hingga hari ini betapa mereka tidak boleh menjadi
presiden parti mereka kalau tidak kerana presiden UMNO, sedangkan
kesetiaan itu sepatutnya diberikan kepada akar umbi parti.
Tetapi, ini bermakna untuk terus mengekalkan kuasa, mereka terpaksa
rapat dengan perdana menteri dan mampu berseloka dengannya untuk
menghiburkan hati. Tugasan lain boleh dinyahkan pergi.
Rusuhan Perkauman Rusuhan kaum Mei 1969, telah mengejutkan presiden MCA, Tan Siew Sin
sehingga mengugut menarik partinya keluar daripada kerajaan. Abdul
Razak Husein yang mengambil alih tugas Tunku telah bertindak tegas
dengan kuasa yang ada, untuk memperkokohkan kerajaan menjadi lembaga
yang dinaungi UMNO dengan menentukan semua kementerian yang membuat
dasar dinafikan kepada menteri bukan Melayu.
Sehingga 1970, kewangan dan perdagangan dan perindustrian adalah
pegangan MCA. Setakat itulah sahaja jadinya.
Namun demikian, pentadbiran Abdul Razak, mampu melaksanakan pelbagai
perubahan kepada perlembagaan dan arena politik setelah berunding dengan
rakan komponennya, yang ketika itu sudah pun berubah menjadi Front
Nasional yang dianggotai lebih 10 rakan politik. Tetapi, rakan bukan
Melayu mereka tidak pun berlagak angkuh dan cenderung untuk bersuara
lantang. Hussein Onn, yang menggantikan Abdul Razak cuba mengubahsuai status qua
bermuzakarah itu, dengan memberi ruang agar isu yang membabitkan bukan
Melayu dikemukakan kepada kabinet oleh wakil tertentu mereka.
Dr. Mahathir Mohamad perdana menteri keempat, tidak mengizinkan
pendapat yang berbeza, sambil memecat menteri kabinet yang mempertikaikan
arahannya, dan tidak pun bersedia berunding dengan kabinetnya setiap
kali keputusan yang besar-besar dibuatnya.
Gelagat ini menurun ke bawah dan menteri kabinet kerap terkejut apabila
Mahathir membuat pengumuman mengenai keputusan kabinet sebelum perkara itu
dibincangkan. Tidak ada sesiapa yang mencabarnya dan perkara itu
berterusan tanpa ada sekatannya. Apabila kelakuan itu tidak lagi dapat
bertahan, seperti sekarang, ia sudah pun sampai tahap melampau yang tidak
boleh dibendung lagi. Sudah menjadi kebiasaan untuk menteri kabinet
mengumumkan polisi negara dan keputusannya. Hanya sekarang ini mereka
dicabar dengan lebih lantang lagi berbanding masa yang silam.
Apabila perundingan amat diperlukan untuk mewujudkan satu masyarakat
Malaysia yang harmoni, perkara itu tidak dapat diusahakan. Pupuslah kini
segala suasana di mana perkara yang sensitif boleh dibincangkan di bilik
tertutup tanpa retorik yang menjela, kerana suasana itu sudah menjadi
bahan sejarah sahaja. Apabila pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cina, Suqui, dituduh secara terbuka
kerana rayuannya yang dikemukakan secara tertutup kepada satu
jawatankuasa yang dilantik oleh kerajaan keaadaan harmoni itu menggelegak
semula. Ia menjadi isu politik yang memisahkan orang Melayu dengan orang
Cina yang mempunyai pendapat berbeza. Begitulah keadaannya dalam setiap hal. Apabila rakyat marhaen mula
berhimpun di jalanan, kemarahan yang membuak itu terus meledak. Apa
yang terjadi di Petaling Jaya Selatan adalah salah satu contoh perkara
ini. Rusuhan itu dapat diredakan dengan cepat. Tetapi, apabila terdapat
lebih 60 perkampungan ala Kampung Medan di Lembah Kelang, suasana
semacam itu tidak akan mudah dibendung. Apatah lagi kalau rusuhan
semacam itu mudah meledak apabila dipacu oleh kepentingan poltik dan
sasaran urusniaga. Tidak ada sesuatu yang terbayang yang menjanjikan akan berlakunya
perubahan. Kalau ada pun, keresahan rakyat marhaen ini disambut oleh
kerajaan dengan tindakan yang ganas. Penangkapan di bawah ISA adalah salah
satu contoh keganasannya. Yang membuatkan perkara buruk lagi ialah
martabat kerajaan yang didominasi oleh orang Melayu sudah pun tercabar
kini. Bagaimana pun kita menilainya, terutama sekali selepas negara dilanda
rusuhan kaum 1969 dulu; UMNO telah merajai pemerintahan dengan naungan
orang Melayu bertatahkan segelintir sokongan bukan-Melayu. Terdapat dunia
orang Cina dan dunia orang India, yang dapat dimanjakan selagi
mereka menerima kepimpinan politik Melayu dan selagi sanggup berkelakuan
laksana tetamu. Tetapi, orang Cina dan orang India sudah pun lama menetap sehingga
berakar umbi. Inilah yang membuatkan orang Melayu menjadi gelabah, tidak
senang hati. Kalaulah semua ini dilaksanakan selepas bermuzakarah dan
berbincang, ia tidak akan menjadi perkara gembar-gembur seperti yang
terwujud kini. -MGG Pillai- Rencana Asal: http://202.56.157.37/Column/2001/05/2001051101.php3
CHIAROSCURO 1:18pm, Fri: Chinese and Indian students are denied places
in universities even with entrance qualifications others
would drool over. The prime minister says unfilled
bumiputra quota seats would be given them; no, says the
education minister, and insists the matter closed.
Umno gets into the controversy to demand that bumiputras,
however poor their grade, must be given preference over
non-bumiputras with grades others drool over.
Puteri Umno members should be no older than 35. But the
leader Umno had in mind, was 38. The rules had to be
altered after it was announced. Umno would root out money politics. Those found guilty of
winning Umno positions with money are automatically
forgiven. The Kedah mentri besar says an executive councillor found
guilty of seducing votes with money and barred for six
years can remain in office since he is a valuable man whose
continued help he needs. The list goes on. In every instance, second guessing
confused and complicated the issue. It did not matter what.
It has become the practice not to consult with those who
ought to be consulted before important decisions are
taken. Anti-national The government insists that since it represents four-fifths
of Malaysia's parliamentary constituencies, it knows what
the public wants. Any who questioned it, is anti-national
and worse. But this refusal to consult, is what is wrong in Malaysian
society today. Laws, regulations, policies are rammed down
the throats of an increasingly sceptical Malaysia, laws
which would have been readily accepted if the people had
been consulted. Even in Parliament, this consultation is a thing of the
past. The prime minister would not consult with the leader
of the opposition over future legislation. Important
legislation is sprung upon the House and rushed through,
often, on certificates of urgency, with little time for
discussion or consultation. We are the government, we have the majority, we can do what
we like - put, of course, in genteel parliamentary language
- is how this is justified. When this is how the government conducts its affairs,
especially when it is arrogant to boot, the chasm between
the rulers and the ruled widens, the consequent anger it
builds up against those in whose name these laws are forced
upon their throats is masked because it is hidden.
But it did not start out thus. When the Alliance was
returned in 51 of 52 constituencies in the 1955 Legislative
Council elections, the chief minister and Umno president,
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, adhered to one unalterable
principle: He consulted them on every major decision and
deferred it if either or both had qualms about it. And he
adhered to this scrupulously. The MCA and MIC presidents then assumed this gave them
power over their flock, misunderstanding to this day that
they cannot be party presidents, owing their positions to
the Umno president and not their rank and file.
But it also meant that to remain in power they had to keep
the Umno president in good humour. And gave up the ghost.
Racial riots The May 1969 racial riots shocked the MCA president, Tan
Siew Sin, to take the party out of the government. Abdul
Razak Hussein, who succeeded the Tunku, firmed Umno?s
control in its wake, turned the Malaysian government into a
Malay-dominated one, with all policy-making ministries
denied to the non-Malays. Until 1970, finance and commerce, and industry were MCA
appointees. No more after that. Abdul Razak's administration nevertheless managed its
dramatic constitutional and political changes only after
consulting its coalition partners, which in the meanwhile
had become the National Front and with more than 10
coalition partners. But the non-Malay partners had no clout
nor the inclination to make themselves heard.
Hussein Onn, who succeeded Abdul Razak, tried to return the
consultations to status quo ante, making sure that
non-Malay issues were brought in the cabinet by their
representatives. Dr Mahathir Mohamad, the fourth prime minister, would not
allow an apposite view, removing cabinet ministers who
questioned his dictates, and made no pretense of even
consulting his cabinet when major decisions are made.
This seeped down, and cabinet ministers often are shocked
when Mahathir announces cabinet decisions before they are
discussed. But no one challenges it, and it continues
unabated. When it can no longer do that, as now, it is too
late. It has become the norm. Cabinet ministers announce policies
and decisions. Only now they are challenged more vocally
than in the past. So when consultations are needed most for a harmonious
Malaysian society, it is absent. What should have been
discussed behind closed doors, sans the rhetoric and the
public confrontation, is a thing of the past.
Anger explodes When the Chinese non-governmental organisation (NGO),
Suqiu, was accused in public for a view it had expressed in
private to a government-appointed committee, the fat was on
the fire. It became a political issue in which the Malay
and Chinese communities took opposite views.
And so in every case. When communities take to the streets,
the pent-up anger explodes with it. What happened at
Petaling Jaya Selatan is but one example.
It was quickly nipped in the bud, but when the Klang Valley
has some 60 cancerous Kampung Medans on its underbelly, it
is not one that would disappear, especially when they are
constricted at the behest of political and commercial
exploitation. Nothing on the horizon suggests a change is on the way. If
anything, these public questions steel the government into
undemocratic ways. The recent Internal Security Act (ISA)
arrests are but one sign. What makes it worse is that the
Malay-dominant government is questioned.
However you look at it, Umno has looked upon Malaysia,
especially after the 1969 race riots, as a Malay government
with a smattering of non-Malay support. There was the
Chinese world and the Indian world, who would be tolerated
so long as they accepted Malay hegemony and behaved as
guests. But the Chinese and Indians have established native roots.
And the Malay world scrambles to react. If it had done all
this after due consultations and discussions, it would not
be in the boat it is in. -M.G.G. Pillai-
|