Laman Webantu   KM2A1: 4459 File Size: 7.0 Kb *



Konspirasi Mahathir dan Ketua Polis Negara
By ntisa

14/5/2001 11:04 pm Mon

[Mahathir sudah lama bimbang mengenai kebolehan pemimpin parti keADILan. Mereka lebih menyerlah dan lantang daripada kepimpinan parti lain. Tambah lagi mereka di pelopori oleh pemimpin yang muda-muda seperti Ezam, Tian Chua, Ghani Haron, Saifuddin dll. Ceramah dan strategi pemimpin keADILan ini lebih berkesan kerana ia mengenai sasaran. Mereka telah berjaya merangsang rakyat dan menimbulkan kesedaran yang berterusan. Program-program parti keADILan lebih menyengat dari program dari parti PAS misalnya. Dan keterampilan pemimpin pemuda keADILan yang pelbagai kaum itu melalui gandingan Ezam-Tian Chua-Gobalakrishan telah berjaya menarik sokongan semua lapisan rakyat.

Seperti yang diulas oleh penulis ini, semuanya bermula pada 10/4/2000. Mahathir menuduh Gelita 14 pada tahun itu mahu menimbulkan huru-hara dengan membawa senjata. Polis bagaimanapun gagal menemui apa-apa selain satu pistol mainan anak kecil sahaja dicelah ribuan manusia. Penangkapan di bawah akta ISA menunjukkan segala tuduhan Mahathir adalah omong kosong sahaja. Mahathir seharusnya ditangkap kerana mengada-ngadakan benda yang tidak ada yang boleh menggugat keselamatan negara. Malangnya polis hari ini seperti berusaha untuk mengiyakan apa yang dituduhnya sehingga musnah imej polis Malaysia di mata dunia kerana semuanya bermula dari Mahathir belaka - penyebar khabar angin dan fitnah nomor satu Malaysia.
- Editor
]


Petikan dari laman: http://nt_isa.tripod.com/ulas.htm



Konspirasi Mahathir dan Ketua Polis Negara

Semua ini bermula apabila Mahathir mengeluarkan kenyataan pada tanggal 10 April 2000, setahun yang lalu - Mahathir tanpa bukti, tanpa saksi, entah dari mana diketahuinya telah mengeluarkan kenyataan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia - kata Mahathir " saya dengar Keadilan hendak ada demontrasi pada 15 April ini dengan tujuan hendak memperingati sesuatu dan mereka sedia nak pukul Polis, nak bawa senjata...kayu dan Molotov c##ktail" Dari kenyataan inilah setahun yang lalu beberapa pemimpin Keadilan ditangkap termasuklah Ezam yang ditahan di Sungai Petani Kedah, Dibawa ke Kuala Lumpur dan disoal siasat, dituduh Ezam mengupah gangster cina untuk huru harakan Kuala Lumpur, namun bukti tiada, yang ada hanya tuduhan. Lalu Ezam dilepaskan dan hanya didakwa kerana ucapannya yang sedikitpun tidak menyentuh kononnya kita mahu bawa senjata dalam bentuk apa juga. Lalu pada 26 April tahun yang sama Ezam telah membuat satu laporan polis khas untuk mengadu yang Mahathir telah bertanggungjawab menimbulkan suasana panik dan tidak tenteram di dalam negara.

Tuduhan membabi buta Mahathir, setahun yang lalu tidak diam begitu sahaja, tiba tiba negara dikecuhkan oleh laporan kononnya Keadilan merancang demontrasi harian untuk gulingkan Mahathir, Utusan sekali lagi bersekongkol dengan Jabatan Perdana Menteri untuk merancang agar rakyat percaya bahawa memang Keadilan sedang berusaha untuk menimbulkan suasana panik di dalam negara. Natijahnya Ezam sekali lagi ditahan, diburu seperti penjenayah. Laporan yang dibuatnya setahun yang lalu tidak disiasat sebaliknya hanya kerana petikan berita dari seorang wartawan dan laporan Polis yang dibuat oleh seorang ahli Umno pada petangnya - maka Ezam cepat cepat ditahan. Sekali lagi Polis tercari cari bukti, ditahan Ezam seminggu, akhirnya didakwa atas tuduhan yang surak dibuktikan oleh pendakwaraya.

Pemuda Keadilan pada 5 Mac 2001 telah membuat satu kenyataan akhbar, di dalamnya diterangkan sebab sebab mengapa Pemuda Keadilan diancam dan dituduh dengan tuduhan merancang keganasan, Logik yang mudah adalah kerana selama ini yang mendedahkan segala salah guna kuasa dan wang rakyat, yang bertegas dan mahu beberapa tokoh disiasat, yang membuat siri siri penerangan mengenai salah guna kuasa dan wang rakyat adalah Pemuda Keadilan yang dipimpin oleh Ezam Muhamad Nor. Salah laku Mahathir dan beberapa lagi tokoh berterusan didedahkan- walau diancam dengan dakwaan demi dakwaan di Mahkamah terbuka, namun semangat dan keazaman sebahagian besar Pimpinan Pemuda Keadilan tidak luntur. Malah mereka perhebatkan lagi siri siri penerangan dan jelajah Malaysia. Ceramah Ceramah yang dihadiri Pemuda Keadilan didengar oleh ribuan rakyat. Lalu keadaan ini mencemaskan Mahathir, setelah mahkamah terbuka tidak dapat melunturkan tekad memperjuangankan hak rakyat oleh Pemuda Keadilan. Langkah terakhir mereka adalah menahan dibawah ISA. Satu undang undang yang membolehkan sesiapa yang ditahan di bawahnya tidak perlu dibicarakan di mahkamah terbuka.

Kerana takut nanti rakyat bangun menentang mereka andai dilakukan tangkapan sewenang wenangnya, dituduhlah Pemuda Keadilan sedang merancang menghuru harakan Negara - lihat kenyataan akhbar oleh KPN Norian Mai, jelas beliau selaku KPN telah berbohong kononnya tahanan tahanan ini sedang merancang untuk melakukan rusuhan ganas dan serangan bom petrol di Kuala Lumpur, tuduhan seberat itu, langsung tidak dilampirkan dengan sebarang bukti - hanya ucapan dari mulut sahaja.

Hasilnya sekarang ini - pada perkiraan Mahathir, tiada lagi yang berani mahu mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukannya bersama kroninya. Andai adapun tidaklah selantang yang ditunjukkan oleh barisan Pemuda keadilan, pada fikirannya begitulah, dan memang pun - kalau kita perhatikan ceramah dan siri penerangan mengembalikan hak hak rakyat tertangguh, beberapa lagi siri penerangan dibatalkan, lalu perhatian rakyat terhadap salahguna kuasanya teralih dengan sendirinya. Rakyat tidak berbincang lagi soal MAS, soal KWSP, LTH, Khazanah Malaysia, Tabung PBN dan seumpamanya.

Itu hanya perkiraan Mahathir - dia harus diingatkan sepotong ayat Al Quran, "mereka merancang, Allah juga merancang dan ingatlah Rancangan Allah yang beroleh kemenangan' Mahathir fikir dengan penjarakan pemimpin kita, dengan ISAkan Ketua Pemuda Keadilan dan beberapa exconya, dengan memburu beberapa lagi pemimpin kita - pendedahan dan penyelewengan beliau akan tertutup. Dia silap - bahkan semua yang telah berlaku membuatkan kita berazam dan bertekad andai Mahathir TERUS MENAHAN PEMIMPIN KITA, KITA AKAN BONGKAR BANYAK LAGI. Rakyat akan dimaklumkan dengan lebih kerap lagi. TUNGGULAH masa dan ketika terhampir ini. Kabinet Mahathir akan digegarkan dengan sesuatu yang 'luar biasa', rakyat akan ditunjukkan dengan 'bukti demi bukti' segala salah laku Mahathir. Malaysia akan terus 'dipanaskan' dengan isu ini. Dunia terus melihat bagaimana rakyat 'bencikan' mahathir dan mereka tidak takut diugut.

salam dari UK.