Laman Webantu   KM2A1: 4461 File Size: 23.8 Kb *



TAG SP 114: Sekolah Latihan Hakim-hakim Boneka Augustine Paul
By Tsu Nam

15/5/2001 12:09 am Tue

[Satu lagi satira atau sketsa hakim Augustine Paul yang suka memberi keputusan 'tidak relevan' bila sahaja hujah atau keterangan yang memenangkan pihak si tertuduh dikemukakan. Sebaliknya pemindaan pertuduhan oleh pendakawa dibenarkan setiap kali dipatahkan oleh hujah peguambela. Bagi Paul, tilam yang bisu lebih relevan dari pita yang bunyinya jelas tanpa sebarang adunan tipu. Walaupun kerajaan menang di atas kertas dalam kes ini, ia sebenarnya telah tewas kerana semua pertuduhan tambahan telah pun digugurkan oleh hakim yang sama baru-baru ini secara tergantung tanpa sebarang alasan yang berunsur keadilan sedangkan itulah yang terpapar pada logo barisan nasional setiap kali musim mengundi datang.

Sebagai hakim Paul seharusnya memberi alasan yang boleh diterima mengapa semua pertuduhan itu digugurkan kerana mahkamah adalah tempat mencari jawapan - bukannya untuk memaparkan tuduhan. Paparan tuduhan itu sendiri sudah merupakan satu jenayah yang tidak boleh diMAAFKAN!! Ia seharusnya mendapat pembelaan - bukannya digugurkan begitu sahaja kerana nama manusia yang teraniaya itu perlu dibersihkan mengikut proses yang penuh keadilan - bukannya penutupan kerana bimbang cacat-cela pendakwaan.

Penghakiman Paul ini bermakna afidavit Dr Munawar, Sukma dan Mior mungkin tidak akan tersiar. Mahkamah perlu mencabar semua afidavit ini - tetapi terdapat kebimbangan kerajaan BN akan menggeletar. Ini mungkin sebab sebenar semua pendakwaan tambahan digugurkan kerana ia akan menyebabkan kerajaan semakin tumbang.
- Editor
]


Terjemahan: SPAR-09-003



Sekolah Latihan Hakim-hakim Boneka Augustine Paul

(The Augustine Paul School of Puppet Judges)

Oleh: Tsu Nam

Sekolah Latihan Hakim-hakim Boneka Augustine Paul akan menerima kunjungan dari seorang pelawat yang penting pagi itu. Seseorang yang bernama Datuk Korupsi telah menghubungi pihak sekolah untuk mendapatkan tempat bagi anak lelakinya belajar di sekolah tersebut. Oleh kerana Datuk Korupsi merupakan seorang yang sedang meningkat namanya di dalam Kabinet Malaysia dan hebat diperkatakan sebagai bakal Perdana Menteri, beliau telah disambut dengan begitu mesra oleh pengetua sekolah sendiri.

Sambil duduk di kerusi di dalam pejabat Augustine yang serba mewah itu, Datuk Korupsi terperasan akan kertas dinding yang bercorak kanggaru emas dan hijau serta model bersaiz kanggaru hidup di penjuru bilik. Ada dua gambar yang menonjol di dinding : Satu gambar DYMM Agong sedang menganugerahkan gelaran Tan Sri kepada Augustine sebagai mengenang jasanya kepada negara kerana berjaya mensabitkan kesalahan rasuah terhadap Anwar Ibrahim di dalam satu perbicaraan yang berat sebelah dan memalukan; satu lagi ialah gambar Mahathir sedang mengucapkan tahniah kepada hakim tersebut selepas perbicaraan kes yang sama. Ruang di belakang kerusi pengetua dicat dengan lambang sekolah, terdiri dari BONEKA yang tersengih memegang dacing yang berat sebelah akibat diduduki oleh seekor kanggaru dan perkataan 'KEADILAN TIDAK RELEVAN'. Datuk Korrupsi bertanyakan penerangan tentang frasa tersebut.

'Ah, Datuk,' jawab Augustine Paul dengan suara yang berniat memikat setelah mengeringkan tekaknya. ' Motto sekolah kita menjelaskan fakta bahawa KEADILAN sendiri, sebagaimana yang diamalkan oleh Barat, tidak relevan untuk orang-orang Asia seperti kita. Kita orang-orang Asia tahu nilai sebenar KEADILAN bukan untuk menghukum pesalah, tetapi sebagai alat untuk menghukum mereka yang menetang kerajaan dan parti pemerintah.'

Bersemangat dengan tanda-tanda persetujuan di muka pelawat itu, Augustine Paul menyambung, 'Kita tidak boleh benarkan pencetus masalah sebagai contoh, menggunakan undang-undang untuk menghancurkan nilai-nilai Asia dan cara hidup kita. Sebaliknya, kita menggunakan sistem keadilan untuk menghancurkan mereka!'

'Tepat sekali,' Datuk Korrupsi memerhati sambil mengangguk,

'Ini adalah langkah yang bijak. Tanpa ragu lagi rasuah ialah nilai-nilai Asia kita yang amat mulia. Kita memerlukan hakim-hakim yang bersesuaian untuk melindungi amalan rasuah ini.'

'Sudah tentu. Adalah lebih baik juga jika hakim-hakim adalah sebahagian dari KELUARGA,' kata pengetua, sekaligus merujuk kepada hakikat bahawa Datuk tersebut memang seorang yang amat korup, dan lebih dari itu, ada kemungkinan akan menjadi bertambah korup lagi apabila bintangnya semakin bersinar di Malaysia.

'Apakah jenis korikulum yang ada di sekolah anda ini?'

'Ah, Datuk. Kami menjalankan program intensif untuk menghasilkan hakim yang benar-benar korup, berat sebelah dan rosak akhlak buat negara dengan kursus yang memakan masa dua tahun sahaja. Di tahun pertama pengajian, pelajar-pelajar akan belajar asas-asas pengendalian mahkamah kanggaru termasuk meminda undang-undang, bahan bukti untuk keuntungan, bagaimana membuat penghakiman yang berat sebelah, bagaimana untuk tunduk kepada kuasa pemerintah, bagaimana beraksi sebagai boneka, bagaimana melindungi ketidakadilan dengan menggunakan bahasa perundangan, yang penting sekali bagaimana menggunakan perkataan 'tidak relevan.' Tetapi di tahun kedua barulah mereka belajar perkara yang lebih halus.'

Berhenti seketika sambil membetulkan pin tali lehernya yang berbentuk kanggaru, Augustine Paul menyambung: 'Ianya termasuk bagaimana untuk mengubah suasana perbicaraan dari peguambela-peguambela walaupun mereka mempunyai kes yang kukuh, bagaimana mengugut peguambela seandainya mereka begitu cemerlang, bagaimana mengkritik pemerhati luar dan media luar negara, bagaimana mensabitkan kesalahan ke atas tertuduh walaupun tiada bukti untuk menyokong tuduhan, dan bagaimana untuk menggunakan undang-undang menghina mahkamah ke atas sesiapa sahaja yang berani mengkritik sistem kehakiman.'

'Sungguh mengkagumkan,' kata Datuk Korrupsi. 'Bolehkah kita memulakan lawatan di sekolah ini sekarang'?

'Sudah tentu Datuk. Tidak sabar rasanya untuk membawa Datuk melihat segala kemudahan moden yang disediakan di sekolah ini.' Dengan meninggalkan pejabat pengetua, kedua-duanya pun berjalan keluar. Apabila mereka melintasi kawasan sekolah. pelawat itu dapat melihat sesi Senaman Fizikal yang sedang berlangsung di tengah-tengah padang. Sekumpulan pelajar sedang membongkok seperti seekor kanggaru dan melompat-lompat dengan bertenaga sekali. Pengetua sekolah menjelaskan bahawa dengan berbuat seperti itu, para pelajar akan dapat mengembangkan satu pemikiran yang selaras dengan pengendalian sesebuah mahkamah kanggaru. Di sebuah padang yang lain, satu kumpulan lagi kelihatan sedang mempraktikkan pergerakan badan yang melentuk-liuk dan Augustine sekali lagi menjelaskan bahawa tujuan pergerakan itu adalah bagi menghasilkan pemikiran yang sesuai untuk memutarbelitkan undang-undang mengikut citarasa sendiri.

Di dalam sebuah taman kecil, pegetua sekolah dengan bangganya menunjukkan sebuah ukiran patung Mahathir yang sekolah hormati sebagai Pengasas Kehakiman Moden Malaysia, alat yang menggerunkan digunakan untuk menyekat tekanan dari dunia luar terhadap kekejian dan tingkah laku yang memalukan dari hakim-hakimnya.

Kemudian mereka menuju ke perpustakaan sekolah. Kelihatan begitu luas dan sarat dengan bahan-bahan bacaan, dengan pelajar-pelajarnya membongkok dengan senyapnya mengadap buku-buku dan kertas-kertas. Di atas dinding pula tergantung keratan-keratan akhbar lama yang melaporkan kes-kes perbicaraan yang sangat memalukan di Malaysia termasuk kes-kes yang melibatkan Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Sukma, Munawar, Nalla, Murray Hiebert dan Marina Yusof. Semua ini sebagai galakan kepada para pelajar untuk menjadi hakim penyeleweng yang cemerlang apabila tiba masanya. Antara yang paling menonjol adalah laporan-laporan mengenai kes perbicaraan Anwar Ibrahim yang dihakimi oleh Augustine Paul, yang tidak dapat disangkal lagi sebagai satu contoh kes yang paling aneh dalam sejarah Malaysia yang menyerlahkan kepincangan sistem kehakiman itu.

Seterusnya mereka melawat makmal audio. Di sini para pelajar boleh mendengar pita rakaman berkenaan dengan perjalananan kes-kes lama di mahkamah kanggaru. Pengetua sekolah menjemput pelawat itu memakai alat pendengar bagi mengikuti sebahagian dari kes perbicaraan Anwar Ibrahim pada tahun 1998 :

PEGUAMBELA : 'Tuan Yang Mulia, kami ingin mengemukakan bukti mengenai konspirasi politik peringkat tertinggi terhadap pelanggan kami, Datuk Seri Anwar Ibrahim.'

HAKIM : 'Itu tidak dibenarkan! Konspirasi politik tidak relevan dalam kes ini!'

PEGUAMBELA : 'Tuan Yang Mulia, kami boleh menyediakan 10 orang saksi untuk membuktikan bahawa konspirasi politik itu benar-benar wujud.'

HAKIM : 'Sepuluh orang saksi kamu itu juga tidak relevan!'

PEGUAMBELA : 'Tetapi tuan masih belum mendengar bukti keterangan mereka lagi.'

HAKIM : 'Kalau begitu mengapa pula? Bukti keterangan mereka juga tidak relevan!'

PEGUAMBELA : 'Kami mempunyai pita rakaman perbualan di antara dua watak utama yang jelas menunjukkan wujudnya konpirasi politik itu.'

HAKIM : 'Pita rakaman kamu itu juga tidak relevan!'

PEGUAMBELA : 'Kami juga mempunyai bukti tentang konspirasi polis terhadap pelanggan kami.'

HAKIM : ' Konspirasi polis itu tidak relevan dengan kes ini!'

PEGUAMBELA : 'Kami juga mempunyai bukti bahawa Peguam Negara telah mengada-adakan pertuduhan terhadap pelanggan kami.'

HAKIM : ' Jika kamu berani mengemukakan bukti tersebut, saya akan mendakwa kamu kerana menghina mahkamah!'

PENDAKWA : 'Tuan Yang Mulia, kami ingin mengemukakan kepada mahkamah ini sebuah tilam yang bertanda di mana di atas tilam inilah tertuduh telah melakukan perbuatan liwat dan zina yang amat memalukan.'

HAKIM : 'Ini sangat relevan. Sila bawa masuk tilam tersebut.'

Di akhir rakaman tersebut, Datuk Korupsi telah tertawa terbahak-bahak kegembiraan dan meminta satu salinan pita rakaman tersebut. Augustine Paul berjanji akan mengirimkannya satu salinan kes perbicaraan yang lengkap dan membawanya melawat ke bahagian lain pula.

Mereka memasuki sebuah dewan syarahan yang di dalamnya satu sesi pelajaran sedang berlangsung. Walau bagaimanapun, sesi pelajaran itu merupakan sesuatu yang tidak pernah disaksikan oleh Datuk Korupsi sebelum ini di mana semua mata pelajar tertumpu kepada seorang pensyarah yang sedang duduk di atas kerusi tanpa berkata apa-apa selain dari menyentak-nyentak tangan, kaki dan lehernya ke banyak arah. Dalam kebingungan, pelawat itupun berpaling kepada pengetua sekolah yang kemudiannya menjelaskan bahawa :

'Ini mungkin kelihatan aneh, tetapi pensyarah itu sedang menunjukkan cara bagaimana untuk menjadi seorang hakim boneka yang baik. Anda boleh lihat bagaimana kaki dan tangannya dengan cepat bertindakbalas terhadap arahan tersembunyi yang disampaikan kepadanya oleh tuan hakim boneka. Ini adalah satu tafsiran fizikal tentang apa yang sebenarnya berlaku di dalam otak dan dari itu menjadi satu kaedah pengajaran yang sangat bernilai.' Mereka terus menyaksikan bagaiman pensyarah itu bangun dari kerusinya dan tunduk sehingga hilang dari pandangan, membengkok, membongkok dan mengensot tanpa menghiraukan sesiapa. Augustine Paul berkata, ' Ini adalah untuk mengajar pelajar-pelajar tentang kelakuan yang perlu ditunjukkan oleh mereka dengan kehadiran tuan boneka, perdana menteri sendiri.'

Setelah berpuas hati, Datuk Korrupsi dibawa ke bahagian lain sekolah itu di mana perbicaraan olok-olok sedang berlangsung di dalam sebuah kelas yang menyerupai kamar sebuah mahkamah.

PENDAKWA : 'Tuan yang Mulia, tertuduh didakwa dengan tuduhan meliwat pemandunya pada 29hb. Februari, 1995 di Villa Sivoli.'

PEGUAMBELA : 'Tuan yang Mulia, tahun 1995 bukankah tahun lompat, oleh itu perbuatan tersebut tidak mungkin berlaku pada tarikh tersebut.'

PENDAKWA : 'Tuan yang Mulia, saya ingin membuat pindaan terhadap tarikh pertuduhan kepada satu hari di dalam bulan Januari 1994 di Villa Sivoli.'

PEGUAMBELA : 'Tuan yang Mulia, kami boleh buktikan bahawa Villa Sivoli belum lagi wujud dalam bulan Januari 1994. Ia hanya siap dibina dalam bulan Disember tahun itu.'

PENDAKWA : Tuan yang Mulia, kami ingin meminda tarikh pertuduhan itu kepada satu hari di antara bulan Disember 1994 dan Mac 1995.'

HAKIM : 'Pindaan diterima.'

PEGUAMBELA : Tuan yang Mulia, kami mempunyai pasport tertuduh yang membuktikan bahawa beliau berada di luar negara sepanjang tempoh bulan Disember 1994 sehingga Mac 1995.'

PENDAKWA : 'Tuan yang Mulia, kami memohon untuk meminda tarikh pertuduhan sekali lagi kepada 'satu hari di dalam hidup tertuduh' di Villa Sivoli.'

HAKIM : ' Pindaan diterima.'

Ternyata perbicaraan olok-olok itu telah berjaya menarik hati Datuk Korupsi yang memuji kebijaksanaan yang dipamerkan oleh hakim olok-olok itu. Pada penghujung lawatan itu, pelawat yang kekaguman itu mengisytiharkan bahawa beliau bukan sahaja akan menghantar kedua-dua anak lelakinya ke sekolah tersebut, tetapi juga akan menggalakkan semua orang yang mempunyai hubungan dengannya untuk mengambil langkah yang sama. Augustine Paul mengingatkan beliau bahawa prospek masa depan peningkatan kerjaya buat hakim-hakim boneka amat cerah, di mana tuan hakim boneka tidak akan ragu-ragu untuk menganugerahkan kekayaan dan gelaran-gelaran kehormat kepada mereka yang menunjukkan prestasi yang baik. Pelawat itupun beredar selepas menerima cenderahati yang berupa kanggaru 24-karat emas berukuran 6 inci tinggi.





Rencana Asal:

http://www.geocities.com/seachange_2000/school_puppets.htm


The Augustine Paul School of PUPPET JUDGES

The Augustine Paul School of Puppet Judges had an important visitor that morning. A certain Datuk Korrupsi had called to check out the School as a possible place of study for his sons. As Datuk Korrupsi was a rising star in the Malaysian Cabinet and was tipped to be a future Prime Minister, he was warmly received by the school's principal himself.

Sitting in a plush armchair in Augustine Paul's luxurious office, Datuk Korrupsi noted the gold and green kangaroo wallpaper and a life-size model of a kangaroo in the corner. There were two prominent pictures against the wall: one of the King conferring on Augustine Paul the Tan Sri title for his services to the nation in convicting Anwar Ibrahim of corruption in a shamelessly biased trial; the other of Mahathir congratulating the judge after this same trial. The space directly behind the principal's chair was painted with the School's crest, consisting of a grinning puppet holding a lopsided balance (dacing) weighed down on one side by a kangaroo, and the words: 'Justice is Irrelevant.' Datuk Korrupsi asked for an explanation of this phrase.

'Ah, Datuk,' replied Augustine Paul in an ingratiating voice after clearing his throat, 'Our school's motto reflect the fact that justice for its own sake, as practised by Westerners, is irrelevant to us Asians. We Asians know that the real value of justice is not to punish the wrong-doer, but as a tool to punish those who oppose the government and the ruling party.

Encouraged by the look of agreement on his visitor's face, Augustine Paul continued, 'We cannot allow whistle-blowers for instance, to use Justice to destroy our Asian values and way of life. Instead, we use the justice system to destroy them!'

'Indeed,' observed Datuk Korrupsi with a nod, 'this is most wise. Corruption is undoubtedly one of our most sacred Asian values. We need judges of the right sort to protect this.'

'Certainly. It would also help if the judges are part of one's own family,' said the principal, making sly reference to the fact that the Datuk was enormously corrupt and, moreover, was likely to become even more so as his star ascended the Malaysian sky.

'What sort of curriculum do you have here?'

'Ah, Datuk. We have an intensive program here to turn out the most corrupt, biased and depraved judges for the nation with only two years' study. In their first year, the students learn the basics of running a kangaroo court including how to twist the law of evidence to their own advantage, how to make biased rulings, how to kowtow to the powers that be, how to act like a puppet, how to cover up injustice using legal language and, most importantly, how to use the word 'irrelevant.' But it is in their second year that they learn the finer points.'

Pausing to adjust his kangaroo tie-pin, Augustine Paul continued: 'These include how to cut the ground away from defence lawyers even when they have the strongest case, how to threaten defence lawyers if they are doing too well, how to criticise foreign observers and the foreign news media, how to convict an innocent person even when there is no evidence to support the charge, and how to use the law of contempt on anyone who dares criticise the justice system.'

'Most impressive,' said Datuk Korrupsi. 'Shall we now tour the School?'

'Certainly Datuk. I can't wait to show you our modern facilities.'

Leaving the principal's office, the two proceeded outside. As they crossed the school's compound, the visitor noticed a Physical Exercises session in progress on a stretch of field. A group of students had adopted the posture of kangaroos and were hopping up and down vigorously. The principal explained that by doing so, they were more likely to develop the right sort of mentality to run a kangaroo court. In another field, a group appeared to be practising bodily contortions and Augustine Paul again explained how this was meant to develop a mindset conducive to bending and twisting the law to one's own agenda.

In a small garden, the principal proudly showed off a statue of Mahathir whom the School revered as the founder of the modern judiciary in Malaysia, a fearsome tool of oppression notorious the world over for the depravity and moral flexibility of its judges.

They made their way to the school Library. It looked spacious and well-stocked, with a number of students bent silently over books and papers. Against the walls were pasted blow-ups of past newspaper reports of Malaysia's most notorious miscarriages of justice, including those of Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Sukma, Munawar, Nalla, Murray Hiebert and Marina Yusoff. These were so as to inspire the students to excel as corrupt judges when their turn came. The most prominent displays were naturally reports of Augustine Paul presiding over the trial of Anwar Ibrahim, undisputably the most grotesque instance of judicial perversion in the history of Malaysia.

They next visited the Audio Lab. Here, students could listen to tape recordings of past kangaroo court proceedings. The principal invited his visitor to put on a set of ear phones to listen to a snippet of the 1998 Anwar Ibrahim trial:

Defence Lawyer: 'Your Honour, we wish to present evidence of a high level political conspiracy against out client, Datuk Seri Anwar Ibrahim.'

Judge: 'You will not! I rule a political conspiracy irrelevant to this case!'

Defence Lawyer: 'Your Honour, we can call on ten witnesses to prove that a political conspiracy exists.'

Judge: 'I rule your ten witnesses irrelevant!'

Defence Lawyer: 'But you haven't even heard their testimony yet.'

Judge: 'So what? I rule their testimony irrelevant!'

Defence Lawyer: 'We have a tape recording of a conversation between two key figures that clearly points to a political conspiracy.'

Judge: 'I rule your tape recording irrelevant!'

Defence Lawyer: 'We also have evidence of a police conspiracy against our client.'

Judge: 'I rule a police conspiracy irrelevant to this case!'

Defence Lawyer: 'We also have evidence that the attorney general conspired to fabricate charges against our client.'

Judge: 'If you dare present the evidence, I shall charge you with contempt of court!'

Prosecutor: 'Your Honour, we wish to present to this court a soiled mattress on which the accused committed shameful acts of s###my and adultery.'

Judge: 'This is highly relevant. Please bring the mattress in.'

At the end of the recording, Datuk Korrupsi laughed in evident enjoyment and requested a copy of the tape. Augustine Paul promised to send him a copy of the entire trial proceedings and conducted him to the next part of the tour.

They entered a lecture theatre where a lesson was in progress. However, it was like no lesson that the Datuk had ever seen for all eyes were concentrated on the figure of the lecturer who sat on a chair in front saying absolutely nothing but jerking his arms, legs and neck all about. Puzzled, the visitor turned to the principal who explained:

'This may seem strange, but the lecturer is demonstrating how to be a good puppet judge. You can see how his limbs respond immediately to the silent commands that are sent to him by the puppet master. This is the physical interpretation of what actually happens mentally and hence is a valuable teaching aid.'

They watched as the lecturer then got off his chair and kowtowed deeply to an invisible figure, bending and bowing and scraping like nobody's business. Said Augustine Paul, 'This is to teach the students how they should behave when in the presence of the puppet master, the prime minister himself.'

Satisfied, Datuk Korrupsi was then led to another part of the School where a mock trial was in progress in a classroom fitted out like a court.

Prosecutor: 'Your Honour, the accused is charged with s###mizing his driver on February 29 1995 in the Sivoli Villa.'

Defence Lawyer: 'Your Honour, 1995 was not a leap year, hence the said act could not have happened on that date.'

Prosecutor: 'Your Honour, I would like to amend the date of the charge to a day in January 1994 in the Sivoli Villa.'

Judge: 'Amendment granted.'

Defence Lawyer: 'Your Honour, we can prove that the Sivoli Villa did not exist in January 1994. It was only completed in December of that year.'

Prosecutor: 'Your Honour, we would like to amend the date of the charge to one day between December 1994 and March 1995.

Judge: 'Amendment granted.'

Defence Lawyer: 'Your Honour, we have the accused's passport to prove that he was overseas during that whole period December 1994 to March 1995.'

Prosecutor: 'Your Honour, we would like to amend the date of the charge again to 'one day in the life of the accused' in the Sivoli Villa.'

Judge: 'Amendment granted.'

The mock trial apparently pleased Datuk Korrupsi who commented on the brilliance displayed by the mock judge. At the end of the tour, the impressed visitor declared that not only would he send both his sons to the School, but that he would also encourage all his relations to do likewise. Augustine Paul reminded him that the prospect of advancement for puppet judges was great, with riches and titles from the puppet master for good performance. The visitor departed after being presented with the gift of a six-inch high, 24-carat gold kangaroo.


Tsu Nam, 27 February 2000