Laman Webantu   KM2A1: 4466 File Size: 11.6 Kb *



TAG SP 116: Terajang Keluar Itu Eusoff Chin
By Kim Quek

15/5/2001 9:45 am Tue

TAG 116

[Eusoff Chin yang berusia 66 tahun itu sudah pun bersara tetapi gambarnya bagai satu keluarga bersama VK Lingam tidak akan padam sampai bila-bila. Bagi pakar saikologi foto itu menggambarkan satu hubungan yang sungguh erat sekali sehingga terdiam Eusoff beberapa hari bila Rais membising perihal gambar yang diambil pada tahun 1994 itu di New Zealand. Akhirnya Eusoff mengatakan beliau 'terserempak' secara kebetulan sahaja dengan Lingam tetapi lapuran Bowman mendedahkan mereka terbang bersama dengan Singapore Airlines dari Singapura ke Auckland pada 22/12/1994. Eusoff menaiki MAS untuk menemui Lingam di Singapura. Sampai hari ini beliau gagal membersihkan namanya dengan mencabar lapuran Bowman itu.
- Editor
]


Terjemahan: SPAR-09-005


Kempen Seluruh Negara Menggesa Tindakan Ke atas Eusoff Chin


Hadiahkan tendangan maut buat Eusoff Chin

(Give Eusoff Chin A Flying Kick Out)

Oleh: Kim Quek

12.06.2000

Semua rakyat Malaysia yang cintakan keadilan sudah tentu menghargai tindakan tegas dan tepat oleh Majlis Peguam terhadap skandal salah laku Ketua Hakim Negara. Pengerusi Majlis Peguam telah mengumumkan bahawa satu pertemuan yang ditetapkan pada 23 Jun akan diadakan bagi membincangkan:-

a) Penubuhan satu Tribunal atau Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perlakuan Ketua Hakim Negara Eusoff Chin, dan

b) Penggantungan Eusoff sementara menunggu hasil siasatan.

Skandal salah laku Eusoff secara tiba-tiba memuncak apabila wartawan MGG Pillai mendedahkan beberapa hari lalu tentang butir-butir yang membabitkan salah laku Eusoff itu di mana beliau telah menaiki sebuah kapal terbang bersama-sama Lingam untuk ke New Zealand dan juga semasa di New Zealand, yakni berlawanan sama sekali dengan cerita Eusoff bahawa 'mereka telah bertembung secara kebetulan'. Sungguh pun pada 10 Jun Pengerusi DAP Lim Kit Siang telah menggesa Eusoff untuk meletakkan jawatan atau membuktikan bahawa dakwaan tersebut tidak benar, beliau langsung tidak memberikan maklum balas terhadap perkara itu sehingga ke hari ini.

Kegagalan Eusoff untuk segera memberikan maklum balas pada saat-saat yang kritikal seperti ini membayangkan sesuatu yang serius dan tidak sihat - Ketua Hakim Negara mungkin telah terang-terangan berbohong kepada negara! Jika benar, penyiasatan kes Eusoff perlu pergi lebih jauh lagi dari hanya 'bersosial secara tidak wajar' kepada aspek-aspek lain yang bersifat jenayah. Supaya dapat diterima akal, sila jelaskan kepada kita bahawa Ketua Hakim Negara ini sepatutnya tidak boleh sekali-kali terdesak sehingga sanggup melakukan pembohongan kepada negara, jika kesalahan itu hanyalah 'hubungan sosial yang tidak wajar' - pasti ada banyak lagi yang dipertaruhkan.

Perkembangan terakhir yang menggesa supaya Badan Pencegah Rasuah menyiasat kemungkinan berlaku satu persetujuan yang tersembunyi dan rasuah terhadap bukan sahaja di antara Eusoff dan Lingam, tetapi juga pelanggan Lingam, Vincent Tan (pengawalnya didapati mengembara bersama-sama Eusoff dan Lingam di New Zealand, menurut MGG Pillai). Latar belakang kepada siasatan ini adalah kes saman malu bernilai jutaan dollar di mana Vincent telah dianugerahkan sejumlah wang yang besar iaitu RM10 juta, di dalam satu kes rayuan yang telah dijalankan di Mahkamah Persekutuan dan dipengerusikan oleh Eusoff.

Maklum balas (atau lebih tepat lagi, ketiadaan maklum balas) dari BPR terhadap skandal ini tidak langsung memberangsangkan, kerana sehingga kini tiada sebarang kenyataan umum yang dikeluarkan, sekalipun pada 6 Jun menurut Eusoff BPR dan Peguam Negara telah menyiasat dan mendapatinya tidak bersalah. Kini apabila skandal tersebut telah berkembang dengan cepatnya sehingga menjadi satu krisis yang menggemparkan, menarik perhatian negara dan antarabangsa, maka BPR dan Peguam Negara tidak akan mampu bersarang di tempat persembunyian mereka. Rakyat mesti mendesak mereka agar berpegang teguh kepada ikrar sumpah jawatan mereka dan mengumumkan pendirian secara terbuka kepada rakyat pada saat ini juga.

Di pihak yang satu lagi, Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal undang-undang Rais Yatim seolah-olah cuba mengelakkan diri secara tergopoh-gopoh. Menurut Sin Chew Jit Poh bertarikh 11 Jun, Rais telah menggesa supaya 'pertikaian terbuka' di antara dirinya dengan pihak kehakiman, tentunya Eusoff, dihentikan dan menyerahkan kepada masyarakat untuk menjadi hakim. Beliau berharap badan kehakiman akan mengambil kira perasaan rakyat dan membaiki imej dan ketelusannya. Kata beliau 'Marilah kita semua memberikan perhatian kepada tugas-tugas kita sendiri. Usahlah hiraukan apa yang telah diperkatakan sebelum itu'.

Nada berdamai Rais itu mungkin boleh diterima sekiranya kontroversi yang berlaku adalah mengenai perdebatan terhadap perkara-perkara biasa di antara dirinya dan Eusoff, tetapi sama sekali tidak boleh diterima apabila seorang Ketua Hakim Negara didapati terbabit dengan bukti-bukti yang telah menimbulkan krisis kepercayaan terhadap badan kehakiman negara ini. Pendirian yang diambil oleh Rais itu menunjukkan bahawa pihak Kabinet cuba mengelak dari tanggungjawabnya untuk menegakkan kewibawaan sistem kehakiman. Lebih teruk lagi, ia seolah-olah bersubahat untuk menutupi kemerosotan di dalam badan kehakiman.

Sistem kehakiman kita telah banyak kali dicedera dan dicacatkan oleh badan Eksekutif pada masa-masa lampau sehinggakan ramai rakyat Malaysia yang seolah-olah terpaku apabila berhadapan dengan satu lagi perbuatan yang melampaui batasan. Namun saya merayu kepada semua yang mencintai negara ini untuk bangun berbuat sesuatu. Marilah kita sama-sama bersatu untuk menghalang kemusnahan pengawal terakhir kepada jaminan hak-hak kita - badan kehakiman. Marilah kita mengambil peluang yang sepenuhnya dari penggunaan teknologi maklumat yang amat berfaedah ini dengan menyedarkan mereka yang berkuasa itu akan kemahuan rakyat. Biar rakyat negara ini membanjiri Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin lain serta pihak akhbar dengan emel-emel, faks-faks dan surat-surat menyatakan kesungguhan kita untuk melihat keadilan dilaksanakan dengan berkesan pada kali ini, sebagai tanda bermulanya proses memulihkan kembali sistem kehakiman kita yang telah rosak. Dan biarlah parti-parti politik dan badan-badan NGO menerajui jalan dengan mengadakan aktiviti-aktiviti bagi menyemarakkan kempen ini.

-Kim Quek-





Rencana Asal:

http://www.geocities.com/seachange_2000/ Archive/kq_justice2.htm


NATIONWIDE CAMPAIGN TO ACT ON EUSOFF CHIN


Give Eusoff Chin A Flying Kick Out

12.06.2000

All justice loving Malaysians must have applauded the swift and correct action taken by the Bar Council on the raging Chief Justice misconduct scandal. The Chairman of the Bar Council has just announced that the Council will meet on 23rd June to move for a) the setting up of a Tribunal or Royal Commission of Inquiry to investigate the conduct of Chief Justice Eusoff Chin, and b) the suspension of Eusoff pending the investigations.

The Eusoff misconduct scandal suddenly plunged to crisis level when journalist M.G.G.Pillai revealed several days ago incriminating details relating to the flights taken together by Eusoff and lawyer Lingam to and within New Zealand, directly contradicting Eusoff's 'pumping into each other' story. In spite of DAP Chairman Lim Kit Siang's call on 10th June to Eusoff to 'rebut or quit', the latter has not responded to date.

Eusoff's failure to give a prompt response at this critical instant has serious and sinister overtone - the Chief Justice may be caught lying to the Nation red-handed! If so, the probe into Eusoff will have to go beyond a simple 'improper socialising' to other aspects of a criminal nature. For common sense tells us that the Chief Justice of a country cannot reasonably be expected to commit the desperate act of lying to the nation, if the offence is merely 'an improper social contact' - there must be a lot more at stake.

This latest development calls for the Anti-Corruption Agency (ACA) to move in swiftly to probe into possible collusion and corruption evolving around not only Eusoff and Lingam, but also Limgam's client Vincent Tan (the latter's body guard was found to be travelling with the Eusoffs and Lingams in New Zealand, according Pillai). The backdrop to this investigation is a multi-million dollar defamation suit in which Vincent was awarded an unprecedented massive sum of RM 10 million, the Appeal of which was upheld in the Federal Court chaired by Eusoff.

ACA's response (or rather non-response) to this scandal has not been encouraging, as it has not to date given a public statement, in spite of Eusoff's claim on 6th June that ACA as well as the Attorney General (AG) had investigated and cleared him of improprieties. Now that this scandal has rapidly developed into a full-blown crisis, riveting national and international attention, ACA and Attorney General can ill afford to continue nestling in their hideouts. The public must demand that they honour their oath of office and openly state their position to the Nation this time.

On another front, Minister in charge of law Rais Yatim seems to be beating a fast retreat. According to Sin Chew Jit Poh dated 1lth June, Rais called for a cessation of 'open dispute' between himself and the judiciary, particularly Eusoff, and asked society to be the judge. He hoped the judiciary would consider the people's feelings and improve on its image and transparency. He said 'Let us all concentrate on our own works. What has been said, let it be'.

That conciliatory tone by Rais might have been acceptable if the controversy is over an argument on routine matters between himself and Eusoff, but it is certainly not okay when the Chief Justice is entangled with unfolding incriminating evidence that is fast developing into a full scale national crisis of confidence in the judiciary. The stance taken by Rais can only be taken as the Cabinet shirking its responsibility in upholding the integrity of our judicial system. Worse, it smells of complicity to cover up the decadence in the judiciary.

Our judicial system has been mauled and mutilated by the Executive so many times in the past dozen years that many Malaysians must be numb to another transgression. But I appeal to all who love this Country to draw a line this time. Let us stand united to oppose the further destruction of the last guardian of our individual rights - the judiciary. Let us take full advantage of of the marvels of this IT age to make our will known to those in power. Let the citizens of this Country flood the Prime Minister and other leaders and the press with emails and fax and letters to express our determination to see that justice be executed expeditiously this time, as a forerunner to the process of reversing the rotting of our judicial system. And let political parties and NGOs lead the way by organising activities to charge up the campaign.


Kim Quek