Laman Webantu   KM2A1: 4467 File Size: 21.5 Kb *



TAG SP 117: Meneliti Corak Penghakiman Nathan
By Kim Quek

15/5/2001 11:49 am Tue

TAG 117

[Walaupun Nathan menolak perbicaraan kerana alasan seperti khabar angin - ada sesuatu yang terserlah di sini. Eusoff Chin sendiri tidak menafikan gambar itu - kerana dia memberi alasan terserempak secara kebetulan - sekaligus ini menunjukkan ia bukan palsu dan bukan khabar angin. Ini juga membayangkan Eusoff yang lebih tinggi pangkatnya menerima kehadiran bukti bergambar itu mengapa Nathan tidak menerimanya pula?

Dengan kerajaan tidak berani untuk membicarakan perihal percutian intim itu nampak jelas ia bimbang termalu jika semua rahsia terbongkar.
- Editor
]

Terjemahan: SPAR-09-007


Menjenguk Corak Penghakiman Nathan

(Close Look At Nathan's Judgement)

Oleh: Kim Quek

Hakim R.K. Nathan telah membenarkan satu injunksi dikeluarkan bagi menghalang Majlis Peguam daripada mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa, berdasarkan bantahan awal dari dirinya sendiri, tanpa menunggu pihak yang menuduh sendiri membuat permohonan.

Adapun alasan ke atas tindakan yang diambilnya itu adalah Majlis Peguam tidak mendapatkan pengesahan dari Menteri Rais Yatim terhadap pertuduhan yang dibuat ke atas Ketua Hakim Negara Eusoff. Merujuk kepada bahagian kesimpulan penghakiman Nathan :

'Pada fikiran saya, tidak ada sebarang sebab untuk mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa terhadap pertuduhan yang dikenakan kepada seseorang yang tidakpun ditanya bagi mengesahkan kebenarannya. Maka tidak perlu untuk saya meminta pihak yang menuduh membuat sebarang permohonan untuk itu. Dengan satu isu awalan yang paling asas ini, saya tidak berpuas hati dengan tertuduh yang pertama. Oleh itu saya memberikan pihak yang menuduh satu perintah injunksi terhadap yang tertuduh dari meneruskan rancangan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasanya yang telahpun ditetapkan pada 23/6/2000.'

Oleh kerana Nathan telah menggunakan pertuduhan yang dibuat oleh Rais Yatim ke atas Eusoff sebagai isu utama di dalam penghakimannya, mari kita lihat apakah pertuduhan yang telah dibuat oleh Rais Yatim itu :

Merujuk kepada gambar-gambar yang menunjukkan Eusoff dan Lingam bersama-sama berada di New Zealand, Rais telah membuat kritikan di dalam satu temuramah radio pada 29 Mei bahawa perlakuan Eusoff itu adalah tidak wajar. (Gambar: Malaysiakini)

Sebagai menjawab kritikan Rais itu, di dalam satu sidang akhbar pada 6 Jun, Eusoff telah menolak pendapat bahawa perbuatannya bergambar bersama Lingam itu sebagai tidak wajar. (Holiday with lawyer a 'coincidence'). Beliau memberi penjelasan bahawa beliau sebenarnya telah terserempak secara tidak sengaja dengan Lingam di New Zealand, semasa dalam perjalanan untuk ke zoo, dan sebagai menghargai Lingam beliau telah bersetuju untuk bergambar bersama- samanya.

Kemudian segala butir yang sangat jelas tentang kegiatan keluarga-keluarga Eusoff dan Lingam yang mengembara dan bercuti bersama-sama ke New Zealand muncul di dalam Internet dan akhbar. Butir-butir itu termasuklah jadual perjalanan, nama anak-anak yang bercuti bersama-sama, tiket kapal terbang pergi-balik, aktiviti-aktiviti di pelbagai destinasi perlancongan dan lain-lain lagi. Semua ini mula-mula sekali muncul di pelbagai laman web pada 9 Jun, dan kemudian di Jurnal Asian Wall Street dan Malaysiakini.com pada 14 Jun. Malaysiakini mendapatkan sumber maklumatnya dari hasil siasatan penyiasat persendirian dari U.K., Bowman, yang diupah oleh syarikat insurans dan firma perundangan untuk mendedahkan penyelewengan dan perkara- perkara yang tidak sepatutnya berlaku di dalam badan kehakiman Malaysia yang berkaitan dengan satu kes perbicaraan mahkamah.

Pendedahan yang terperinci ini telah secara langsung membuktikan perkara yang bertentangan dengan apa yang disebut oleh Eusoff sebagai satu pertemuan yang tidak disengajakan di antara beliau dengan Lingam, dan ini mengesahkan bahawa Ketua Hakim Negara itu telah berbohong secara terbuka kepada negara semata-mata untuk menyembunyikan perlakuan tidak wajar yang telah dilakukan oleh dirinya sendiri. Lebih teruk lagi, ia boleh membawa kepada timbulnya lebih banyak keraguan tentang kemungkinan terdapat kesalahan-kesalahan yang lebih besar , memandangkan seseorang yang berstatus tinggi seperti Ketua Hakim Negara tidak mungkin terpaksa berbohong sedemikian rupa kepada negara, kecuali ianya bertujuan untuk menyembunyikan perbuatan-perbuatan salah yang lebih serius dari hanya aktiviti sosial yang tidak wajar.

Pengerusi DAP dan lain-lain pemimpin pembangkang telah berulangkali menggesa Eusoff supaya menyuarakan pendiriannya terhadap pendedahan-pendedahan terbaru yang memeranjatkan ini, yang secara jelas amat bertentangan dengan kenyataan media yang dibuat oleh Eusoff pada 6 Jun. Eusoff tidak pun menyahut gesaan-gesaan itu, bahkan tidak langsung membuat sebarang kenyataan untuk memperjelaskan kedudukannya.

Setelah melihat kepada tuduhan yang dibuat oleh Rais Yatim dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya, mari kita lihat pula bagaimana Nathan menguruskan isu ini.

Nathan mengatakan bahawa berbagai-bagai laporan akhbar yang dikemukakan oleh Majlis Peguam sebagai bahan bukti adalah 'tidak boleh diterima' kerana semua itu tergolong sebagai bukti 'khabar angin'. Mendengarkan itu, peguambela Ariff Yusof menyebut bahawa bukti khabar angin di dalam satu affidavit seperti ini telah diterima di bawah Perintah 41, peraturan 5(2) dari Peraturan-Peraturan Mahkamah Tinggi 1980 dengan merujuk kepada kes Wee Choo Keong melawan MBF Holdings Bhd & Rayuan Anor & Anor (1995) sebagai penguatkuasaan kepada peraturan tersebut.

Namun, Nathan telah menegaskan bahawa di dalam perbicaraan kes di Mahkamah Agong seperti yang disebutkan di atas, Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Chong Siew Fai, walaupun telah bersetuju bahawa bukti khabar angin di bawah Perintah 41, peraturan 5(2) dari Peraturan-Peraturan Mahkamah Agong itu adalah diterima, telah membenarkannya dengan mengatakan 'Mahkamah perlu memastikan bahawa tiada ketidak-adilan berlaku dengan penerimaannya.' Nathan memberitahu di dalam penghakimannya 'Saya dengan hati yang terbuka menerima pandangan ini. Adalah satu ketidakadilan yang nyata buat Datuk Dr. Rais Yatim, Ketua Hakim dan yang lain-lainnya yang dilaporkan telah mengeluarkan kenyataan seperti yang dikemukakan oleh pihak tertuduh, seandainya mereka menafikan pernah melakukan perbuatan sedemikian.'

Pertama sekali, adalah salah bagi Nathan untuk mengguna-pakai apa yang dikatakan oleh Hakim Chong tentang penerimaan bukti khabar angin di dalam kes perbicaraan ini, kerana kedua-dua kes perbicaraan itu adalah berbeza sama sekali. Perbicaraan kes yang dihakimi oleh Chong di Mahkamah Agong adalah mengenai pengesahan bersalah pihak tertuduh, sedangkan kes yang diadili oleh Nathan sekarang adalah untuk memutuskan sama ada Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Peguam itu boleh dihalang atau tidak. Maka, kayu pengukur yang digunakan oleh Chong adalah untuk memastikan penerimaan sesuatu bukti, sama ada khabar angin atau sebaliknya, tidak boleh diguna-pakai secara keseluruhannya oleh Nathan untuk kes perbicaraannya. Nathan hanya boleh berbuat demikian sekiranya mahkamahnya itu adalah untuk mendengar dakwaan ke atas Eusoff. Oleh itu adalah salah bagi Nathan untuk mengatakan bahawa laporan-laporan akhbar tersebut tidak boleh diterima.

Perkara yang kedua, mengapa pula Nathan boleh mengatakan di dalam kenyataannya bahawa 'Adalah satu ketidak-adilan yang nyata buat Rais, Eusoff dan lain-lain itu sekiranya mereka menafikan pernah membuat kenyataan seperti yang dikemukakan oleh Majlis Peguam?' Seandainya Rais dan Eusoff menafikan yang mereka pernah mengeluarkan kenyataan-kenyataan tersebut kepada pihak akhbar, apakah yang dimaksudkan dengannya? Bolehkah mahkamah memastikan bahawa Rais dan Eusoff telah bercakap benar, iaitu mereka benar dan pihak akhbar yang bersalah? Jika tidak, mengapa Nathan boleh menyebut 'ketidakadilan yang nyata' akan berlaku ke atas mereka? Dan seandainya Rais dan Eusoff tidak menafikan laporan-laporan akhbar itu, yang besar kemungkinan akan berlaku demikian (mereka tentu akan menafikannya sedari dulu lagi jika mereka tidak pernah mengeluarkan kenyataan-kenyatan itu), maka apa akan terjadi kepada penghakiman Nathan?

Soalan-soalan yang dikeluarkan sepatutnya hanya memperlihatkan keperluan untuk memulakan pertanyaan- pertanyaan yang sewajarnya, bukan untuk terus menghentikannya. Seperti yang diketahui, nama baik Eusoff sudah pun teruk tercemar, apatah lagi jika beliau hanya mendiamkan diri. Jika beliau tidak bersalah, soalsiasat akan membersihkan namanya kembali, bukan untuk mengalahkan beliau dengan teruk. Dengan menyebut 'Ketidakadilan yang nyata,' Nathan dengan jelas sekali telah membuat satu kesimpulan bahawa Majlis Peguam sedang mengambil langkah untuk mengenakan Eusoff. Hakikatnya adalah Majlis Peguam hanya memanggil satu mesyuarat untuk membincangkan sama ada satu tribunal diperlukan atau tidak.

Sikap Nathan yang terlalu bergantung kepada ketiadaan pengesahan dari Rais sebagai asas kepada penghakimannya, dan kegagalannya untuk memberikan perhatian kepada keadaan-keadaan yang berkaitan dengan isu Eusoff dan kepada matlamat Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Peguam itu, telah menjadikan penghakimannya itu seperti yang berasaskan teknikal semata-mata, dan menimbulkan persoalan terhadap tujuan ia berbuat demikian. Malahan asas teknikal itu juga adalah salah.

Adakah boleh diterima tindakan Nathan yang membuang keseluruhan kes pihak tertuduh hanya kerana Majlis Peguam tidak mendapatkan pengesahan dari Rais? Adakah perkara itu begitu penting sekali? Bagaimana dengan laporan-laporan yang banyak dikeluarkan oleh Rais kepada pihak akhbar, terutama kenyataan yang dikeluarkan selepas jawapanbalas Eusoff pada 6 Jun, semasa Eusoff menafikan tuduhan dan memperkecil-kecilkan Rais sebagai tindakan balas? Tidak pernah sekali pun Rais menyentuh tentang laporan-laporan akhbar mahupun internet yang tidak tepat. Bahkan Eusof juga tidak pernah membetulkan mana-mana laporan yang telah dikeluarkan oleh pihak akhbar.

Kenyataan-kenyataan yang penting adalah kritikan Rais terhadap Eusoff di Australia pada 29hb.Mei dan jawapan tajam dari Eusoff pada 6 Jun. Jika terdapat bahan-bahan yang tidak tepat di dalam laporan-laporan akhbar mengenai kritikan Rais pada 29 Mei, maka jawapan balas dari Eusoff pada 6 Jun itu telah tersalah tuju. Dan itu sudah tentu akan mencetuskan penjelasan segera dari Rais, memandangkan pertelagahan mereka berdua hanyalah disebabkan salah-faham yang timbul dari laporan-laporan akhbar yang salah. Dan seterusnya Eusoff juga sudah tentu akan mengeluarkan kenyataan balas sebagai menjernihkan kembali kedudukannya sebelum itu. Namun tidak satupun dari yang disebutkan ini telah berlaku.

Satu perkara yang penting telah dikenalpasti iaitu Eusoff telah mengakui bahawa gambar-gambar yang diambil itu adalah benar. Apa yang dipertikaikan olehnya adalah tentang keadaan pertemuannya dengan Lingam. Isu yang sangat penting untuk diberi perhatian adalah : Adakah Eusoff sememangnya bercuti bersama-sama Lingam di New Zealand atau pertemuan itu hanya satu kebetulan? Bukti-bukti yang didedahkan di akhbar-akhbar lebih menunjukkan perkara yang pertama itu.

Apakah Nathan telah memikirkan segala kemungkinan ini?

Keadaan-keadaan yang berkaitan dengan kes ini tidak dapat lari dari membayangkan bahawa wujudnya satu skandal yang membabitkan Ketua Hakim yang memerlukan soalsiasat yang sewajarnya, sama ada dengan atau tanpa pengesahan Rais tentang laporan-laporan akhbar itu. Nathan telah melakukan kesilapan dengan menolak terus kes pihak tertuduh berdasarkan hanya kepada ketiadaan pengesahan dari Rais, terutamanya apabila isu pokok perbicaraan bukanlah berkenaan kesalahan Eusoff, tetapi berkenaan Permohonan untuk menghalang Majlis Peguam dari mengadakan satu mesyuarat. Hanya dalam keadaan-keadaan yang serius, bukan seperti aspek teknikal itu, akan membolehkan Mahkamah untuk menghalang Majlis Peguam dari mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasanya.





Rencana Asal:

http://www.geocities.com/seachange_2000/ Archive/kq_nathan.htm

CLOSE LOOK AT NATHAN'S JUDGMENT

23.06.2000

Judge R.K.Nathan granted an injunction to prevent the Bar from holding an EGM, based on his own preliminary objection, and without allowing the Plaintiff to present his Application.

The ground of Nathan's Judgment is that the Bar had not obtained verification from Minister Rais Yatim on his allegation on Chief Justice Eusoff. Quoting the concluding part of Nathin's Judgment:

"To my mind there is no basis to call for an Extraordinary General Meeting on allegations attributed to someone who has not even been asked to verify its truth. There is no need for me to ask the Plaintiff to even go into the merits of his application. On this one basic preliminary issue alone the 1st defendant has been unable to satisfy me. I therefore grant the plaintiff an order injuncting the 1st defendant from convening the Extraordinary General Meeting fixed for 23.6.2000."

Since Nathan has made Yatim's allegation on Eusoff as the central issue of his Judgment, let us look at what Yatim's allegation is.

Referring to the photographs showing the Eusoffs and the Lingams together in New Zealand, Rais commented in a radio interview on 29th May that Eusoff's behaviour was improper.

In reply to Rais's criticism, Eusoff denied in a press conference on 6th June that his being photographed with Lingam was improper. He explained that he had merely "bumped" accidentally into Lingam in N.Z. on his way to the zoo, and obliged the latter by having photographs taken of them together.

Then explicit details of the families of Eusoff and Lingam journeying and holidaying together to N.Z. surfaced in the Internet and the press. These details include itenarary, names of accompanying children, air ticket counterfoils, activities at various tourist destinations etc. They first appeared on various websites on 9th June, and later at the Asian Wall Street Journal and Malaysiakini.com on 14th June. The latter attributed its source of information from U.K. private eye Bowman Investigations, which was commissioned by insurance companies and a law firm to uncover corruption and improprieties by Malaysian judiciary in connection with a litigation.

These detailed revelations directly contradicted Eusoff's claims of an accidental meeting with Lingam, and if these are proven, would confirm the Chief Justice of having publicly lied to the Nation to cover up an improper conduct by himself. Worse, it would also arouse suspicion of larger offences of a criminal nature being committed, on the premise that a person of such a high status as the chief justice of a country would not have gone to the extreme of publicly lying to the nation, unless it is intended to hide wrong-doings of a more serious nature than just improper socializing.

DAP Chairman and other Opposition leaders have repeatedly called on Eusoff to state his stand on these stunning new revelations, which had directly contradicted Eusoff's press statement on 6th June. Eusoff has not replied to these calls, neither has he made any statement to clarify his position.

Having looked at Yatim's allegation and the circumstances surrounding it, we return to see how Nathan dealt with this issue.

Nathan said various press reports submitted by the Bar as evidence were "inadmissible", as they constituted "hearsay" evidence.

To which, defence lawyer Ariff Yussof contended that hearsay evidence in an affidavit of this nature was admissible under Order 41, rule 5(2) of the Rules of the High Court 1980, citing the case of Wee Choo Keong v MBF Holdings Bhd & Anor & Anor Appeal (1995) as the authority for saying so.

However, Nathan pointed out that in the Supreme Court hearing cited above, Chong Siew Fai, CJ of Sabah and Sarawak, though agreeing hearsay evidence under Order 41, rule 5(2) of the RHC was admissible, qualified it by saying "the Court should ensure that no injustice results from its admission." Nathan said in his Judgment "I whole-heartedly accept this view. Great injustice would befall Datuk Dr. Rais Yatim, the Chief Justice and all others reportedly having made statements whose quotations have been exhibited by the defendant, if they deny having made such."

In the first place, it was wrong for Nathan to adopt Justice Chong's said qualification on admission of hearsay evidence to this hearing, because the two hearings are totally different in nature. The Supreme Court hearing by Chong was concerning the ascertainment of guilt of the defendant, whereas the present Nathan hearing is to decide whether to stop a pending EGM of the Bar. Hence, the yardstick used by Chong to determine admissibility of evidence, be it hearsay or otherwise, cannot be adopted wholesale by Nathan to his Court. Nathan can only do so if the present Court is to hear charges on Eusoff. It is therefore wrong for Nathan to rule that press reports were inadmissible.

In the second place, how could Nathan justify his statement that "great injustice would befall Rais, Eusoff etc if they denied having made such statements as exhibited by the Bar?" Supposing Rais and Eusoff deny they have made those statements reported in the press, what does that mean? Can the Court be certain that Rais and Eusof are telling the truth, that they are right and the newspapers are wrong? If not, then how can Nathan claim that "great injustice" would have befallen them? And supposing Rais and Eusoff do not deny these press reports, which in all probability is the case (they would have denied long ago if they did not make those statements), then where does that leave Nathan's Judgment?

The foregoing series of questions only demonstrate the necessity to start a proper enquiry, not to silence one. As it is, Eusoff's reputation is already badly damaged, more so when he keeps his silence. If he is innocent, an enquiry will exonerate him, not crucify him. In crying "great injustice," Nathan was obviously jumping to conclusion that the Bar was out to do Eusoff in. The fact is the Bar was merely calling for a meeting to discuss whether a tribunal was necessary.

Nathan's total reliance on the lack of verification from Rais as the basis of his Judgment, and his total failure to pay attention to the circumstances surrounding the Eusoff issue and to the objective of the Bar EGM, turned his Judgment into one built completely on technicality, and invite query as to his motive for doing so. And even that technicality is faulted.

Was Nathan justified in throwing out the entire defence merely because the Bar had not obtained verification from Rais? Was that point so crucial? What about the many statements made by Rais to the press, particularly those after Eusoff's retorts on 6th June, during which Eusoff denied the allegation and ridiculed Rais in retaliation? Never for once did Rais point out any inaccuracy in any of the reports circulated in the press and the Internet. Neither has Eusoff made any correction to any of the press reports.

The crucial statements are Rais criticism of Eusoff in Australia on 29th May and Eusoff's retorts on 6th June. If there had been material inaccuracy in press reports of Rais' criticism on 29th May, then it followed that Eusoff's retorts on the 6th June would have been misfired. And that would have triggered an instant clarification from Rais, as the quarrel between the two was just due to misunderstanding arising from wrong press reports. And Eusoff would also have followed with another statement to tone down his previous position. None of this happened.

An important point to note was Eusoff had admitted the photographs were genuine. His dispute was on the circumstances of his meeting with Lingam. The vital issue to consider then was: Did the Eusoffs and the Lingams holiday together in N.Z. or just met by chance? Evidences circulated in the press point to the former.

Had Nathan directed his mind on any of these deliberations?

The full circumstances of the case were such that they pointed irresistibly to the existence of a scandal involving the Chief Justice that warranted a proper enquiry, with or without Rais verifying on the press reports. Nathan was wrong to outright reject the defence based solely on the point of non-verification by Rais, particularly when the issue of the hearing was not on Eusoff's guilt, but on an Application to stop the Bar from holding a meeting. Only in grave circumstances, not on such technicality, should the Court stop the Bar from holding its EGM.

Kim Quek