Laman Webantu   KM2A1: 4471 File Size: 13.9 Kb *



TJ SP MGG: Kes Anwar Mencetuskan Satu Perbicaraan Terhadap Kerajaan
By M.G.G. Pillai

15/5/2001 9:40 pm Tue

MGG 1121

[Dengan tidak menyambung perbicaraan Anwar, kerajaan seperti sudah serik untuk berperang kerana sokongan kepada kerajaan menjadi semakin berkurang. Kes Anwar menyebabkan rakyat menjadi semakin faham dan ternyata kerajaanlah yang sebenarnya sedang dibicarakan. Terbukti kini Mahathir ingin mengaibkan Anwar seteruk-teruknya tetapi menafikan pula Anwar mempertahankannya. Ini adalah satu jenayah pembunuhan karekter dan tektik seorang yang amat dayus sebenarnya.

Tuduhan itu sendiri adalah satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan kerana ia satu fitnah yang pernah disebut lebih dahsyat dari peperangan oleh 'diktator baik' itu juga. Sebab itulah Islam meletak beban dan ancaman denda berat kepada si pendakwa dan bukan kepada si tertuduh. Jadi mengapa Mahathir yang mengaku Malaysia negara Islam tidak membiarkan fitnah itu disanggah melalui perbicaraan?. Malah Ariffin Jaka masih belum memberi hukuman bertulis terhadap Anwar kerana bimbang rayuan nanti akan mendedahkan banyak tembelang yang akan semakin mengaibkan lagi kerajaan. Keadaan sakit Anwar kini pun sudah membuat kerajaan lebam - dan in tidak akan padam dalam hati orang melayu yang memang kuat memendam. Ia akan memberontak bila cukup semua ramuan dan itu sudah mula kelihatan - termasuk di dalam Umno sendiri walaupun ia penuh dengan binatang. Jika binatang pun terangsang - manusia tentunya terlebih lagi geram. - Editor]


Terjemahan SPAR-01-010



Kes Anwar Mencetuskan Satu Perbicaraan Terhadap Kerajaan

(The Anwar Trial That Was Not Puts The Government On Trial)

Kerajaan Malaysia tidak dapat lari daripada deraan semangat Dato' Seri Anwar Ibrahim yang menghantuinya. Ia bermula sejak beliau dipecat daripada parti sehingga dihukum oleh mahkamah kerana tuduhan palsu menyebabkan sokongan orang Melayu berubah jauh daripadanya. Setiap tekanan yang dihalakan sepatutnya mampu menghumbannya daripada halaman politik. Sebaliknya, ia terus bangkit dan mampu menyanggah para bajingan yang mahu mengnyahkannya sedangkan ia dikawal ketat di di Penjara Sungai Buluh. Dia baru sahaja dibawa balik ke penjara itu setelah berada di hospital selama enam bulan untuk menerima rawatannya. Setiap kali dirancang pelbagai deraaan terhadapnya, ditumpaskannya untuk menghitamkan usaha itu, lantas mengaibkan kembali musuh ketatnya seorang perdana menteri dan juga kerajaannya. Selama tiga tahun sejak diaibkan dan terpenjara sejak September 1998 itu, dia telah menggunakan setiap peluang yang ada dan ketika tercetusnya kontroversi tentang pemilihan negara tempat pembedahan penyakit belakangnya itu, dia mampu menjadikannya isu antarabangsa. Inilah yang menjerat kerajaan dalam satu keadaan yang memalukannya dalam dan di luar negara. Lebih-lebih lagi apabila kerajaan sengaja menangani perkara itu dengan sikap yang tidak mesra.

Apabila kerajaan bertindak mahu menyambung pertuduhan mahkamah terhadap empat lagi tuduhan salah laku (yang tidak pun berlaku - penterjemah) dan satu tuduhan korupsi, terbayanglah satu konfrontasi yang mungkin menjelma lagi. Di waktu yang sama penyakit belakangnya tidak juga reda dan dia telah menolak pembedahan yang dizinkan oleh kerajaan di negara ini, lehernya sudah pun menggunakan satu alat pengekang yang jelas nampak, dan perjalanannya mesti dibantu oleh kereta tolak. Kerajaan tidak merelakan rakyat marhaen melihat keadaan Anwar seperti itu, dan bertindak membacakan pertuduhan dan melupuskannya di sebuah mahkamah khas di kawasan Penjara itu. Tidak ada sebarang penjelasan kenapa beliau dihantar pulang ke penjara secara tergesa-gesa sedangkan prosiding mahkamah semakin tiba dan kenapa semua pertuduhan yang berbaki itu digugurkan pula. Namun, kalaulah prosiding dimulakan, kerajaan akan terkena aib lagi. Alasan sebenarnya dia tidak boleh ditontonkan dalam keadaan kesihatannya yang sedia ada.

Menteri Kehakiman Rais Yatim, berkata bahawa penarikan pertuduhan itu adalah satu kebaikan. Jikalau demikian, kenapakah Jabatan Peguam Negara mengusahakan prosiding itu pada mulanya? Kalau perbicaraan itu tidak perlu disambung semula, kenapa pula ia diura-urakan? Apabila Augustine Paul dilantik sebagai hakim untuk mengadili kes itu, sekaligus ia menghancurkan segala anggapan bahawa perbicaraan itu akan dilangsungkan dengan adilnya. Dengan pupusnya pertuduhan itu ia menyerlahkan kebenaran Dato' Sri Anwar Ibrahim, yang kini bertegas dia dinafikan hak untuk membersihkan namanya. Abdullah Badawi telah menyebut bahawa adalah baik apabila pertuduhan itu ditarik balik dan Rais Yatim pula berkata hukuman 15 tahun yang ada sudah pun berpada dan tambahan hukuman lagi tidak akan membawa sebarang makna. Sebenarnya kerajaan sedar betapa kuatnya sanggahan yang semakin berapi di akar umbi. Hakikatnya, kerajaan tidak lagi berupaya memperbodoh diri sendiri untuk ketiga kali. Hakim Arrifin Jaka yang telah mengadili perbicaraan kedua dulu masih lagi belum mengemukakan hukuman bertulis beliau ketika menjatuhkan hukuman sembilan tahun terhadap Anwar. Dato' Seri Anwar tidak boleh merayu terhadap hukuman itu. Tidak ada sesiapa di pihak kerajaan yang menganggapnya sebagai satu kesalahan terhadap keadilan. Namun, rakyat marhaen sedar bahawa itulah yang sebenarnya.

Yang lebih penting lagi, kumpulan Anwaristas telah meluaskan pengetahuan sejagat terhadap kemelut Anwar itu. Dia dilihat kini sebagai seorang yang senagaja dimangsakan untuk dimusnahkan dalam satu konfrontasi politik. Pelajar-pelajar Malaysia di negara ini dan di luar negara mempercayai hakikat ini dan sedar akan penipuan pihak kerajaan. Ketika para duta dan suruhanjaya Malaysia bersidang di Kuala Lumpur minggu yang lalu untuk menyegarkan ingatan terhadap kemajuan negara, mereka memberikan kepentingan kepada carra-cara menangani masalah baru ini yang menyagat martabat negara di peringkat antarabangsa. Setakat ini, sokongan terkuat untuk Anwar wujud di Amerika Syarikat di mana satu kumpulan penyokongnya terus bergiat cergas menyemarakkan sokongan mereka. Persatuan Eropah turut serta apabila tercetus berita perbalahan mengenai penggunaan khidmat seorang pakar-bedah Belanda yang berpangkalan di Munich. Apabila Anwar kini memakai pengekang leher dan bergerak dengan kereta sorong membuatkan kerajaan mengambil sikap untuk terus berbohong. Namun, apa juga yang diberitahu oleh kerajaan mengenai keadaan kesihatannya itu, rakyat marhaen tahu bahawa penjelasan kerajaan itu adalah berita palsu.

Sepatutya semua pertuduhan yang berbaki itu sudah lama ditarik dulu, tanpa membawanya ke mahkamah untuk mendengarkannya. Tindakan kerajaan itu, kini dilihat sebagai satu usaha menafikan hak beliau mempertahankan dirinya. Jadi, kenapakah Jabatan Peguam Negara memulakan kes itu pada awalannya? Apakah ia tidak sedar akan bahana politik terhadap tindakan seperti ini? Apakah benar anggapannya bahawa semua tuduhan serius yang ditangani dengan teruk sekali sudah pun diselesaikan, makanya yang berbaki dianggap remeh sahaja? Kenapakah yang berbaki itu mahu dibangkitkan semula ketika persidangan tahunan UMNO hampir bermula? Kebijaksanaan Anwar yang disokong oleh pasukan penyokongnya yang setia dan semakin bertambah setiap hari, merasakan tidak ada apa yang merunsingkan mereka sambil terus menghenyak UMNO dan melanyak presidennya yang merupakan musuh ketat beliau sehinggalah tercapai usaha untuk memusnahkan mereka. Tidak ada sebarang pertanda bahawa kebalikan proses itu sedang berlaku. Memang kerajaan tidak ada banyak pilihan lagi. Kalau kerajaan mahu terus bernafas lega, Dato' Seri Anwar mesti diberikan kebebasannya dan selepas itu barulah kerajaan boleh berkira bagaimana boleh memperbaiki martabatnya semula.

MGG Pillai
Pillai@mgg.pc.my

Terjemahan SPAR-01-010

Selasa 14.5.2001.




Rencana Asal:


The Anwar Trial That Was Not Puts The Government On Trial

The Malaysian government cannot get the jailed former deputy prime minister, Dato' Seri Anwar Ibrahim, out of its hair -- from how it sacked him from the party to how it convicted him for s###my and corruption, the Malay ground angry at how how it did it. Every impediment he faces should have put him to political pasture. Instead, he returns, re-energised, to challenge his political tormentors. From his high security prison cell in Sungei Buloh, to which he is returned after six months in hospital, he turns every petty act against him into a black mark against his political nemesis, the Prime Minister, Dato' Seri Mahathir Mohamed, and his administration. In the three years since his dismissal and detention in September 1998, he took advantage of every government misstep to his advantage, and, amidst the controversy of where he would be operated upon for his back problem, internationalised it. This puts the government into a straitjacked both at home and abroad. Especially when it deals with it contentiously.

So, when the government, inexplicably, decided to go ahead with the remaining four charges of s###my and one of corrupt practice, another confrontation loomed. By then, his back pain had worsened, he refused to have the surgery the government would allow him to, his neck in a brace, and he in a wheelchair. The government cannot allow him in public in that condition, so the charges were read to him, and dismissed, in a makeshift court outside Sungei Buloh prison. It was held there because, so the official spin went, to not put Dato' Seri Anwar in more pain than necessary. It did not explain why then he was moved to Sungei Buloh in a hurry when the court trial was a few days ahead or why the charges were withdrawn. But if it had, the government would have lost more ground. The simple truth of the matter is he could not be seen in public in the condition he is in now.

The de facto law minister, Dato' Rais Yatim, says it is all for the good that the charges are withdrawn. If it was, why did the Attorney-General's Chambers proceed with the charges in the first place. It need not have. Why? When Mr Justice Augustine Paul, the judge in his first trial, was made the presiding judge, it destroyed any pretense of fair mindedness in the public eye. Now that the charges are withdrawn, Dato' Seri Anwar takes the high moral ground yet again to insist he cannot now rebut the charges against him. When the deputy prime minsiter, Dato' Abdullah Ahmad Badawi, said why it was good the charges were dropped, and Dato' Rais that fifteen years in prison was enough and more time would be counterproductive, it reflects the pressures the government faces from the ground. The long and short of it is the government cannot allow him to make a fool of itself, as it undoubtedly would, the third time around. Mr Justice Ariffin Jaka, who presided over the second trial, has yet to deliver his grounds of judgement when he sentenced him to nine years in jail for s###my; without that Dato' Seri Anwar cannot appeal against sentence and conviction. No one in governments this amounts to a miscarriage of justice, but the Malay ground increasingly believes so.

More important, the Anwaristas has brought the Anwar imbroglio to international attention. He is seen as a man deliberately wronged and destroyed in a political confrontation. Malaysian students at home and abroad believe so and disbelieve official explanations. When Malaysian ambassadors and high commissioners met here last week for a refresher on Malaysian policies, the focus was how to contain this new problem in Malaysia's international reputation and relations. Up to now, the strongest international sympathy for Dato' Seri Anwar came from the United States, where a devoted band of supporters have kept the Anwar affair alive. The European Union joins it, in the wake of the disastrous public confrontation between the government and Dato' Seri Anwar over if a Dutch surgeon in Munich he wanted would be allowed to. That he is now on a wheelchair and neck brace, makes it necessary he is never seen in public. If he is not, the government have to keep assuring the Malaysian public he is well. And this it cannot since whatever it says would be disbelieved.

The remaining charges against him should have beenn dropped without bringing it to court, and a bigger mistake to have withdrawn it once it was. It is now seen as denying Dato' Seri Anwar to rebut the charges against him. So, whey did the Attorney-General's Chambers proceed with the charges in the first place? Did it not know the political consequences of whatever it did? It is fair to assume that the strongest charges, so badly mishandled, have all been disposed, those that remain are peripheral. So, why was it proceeded with? And before the UMNO General Assembly. Dato' Seri Anwar's genius and his devoted bank of Anwaristas, rising by the day, have nothing to lose, and continue to punish UMNO and its president, his nemesis, determinedly go ahead with their political destruction. Nothing so far suggests that the reverse is true. There is little option now for the government, if it wants to survive, to release Dato' Seri Anwar and rebuild its lost reputation if it can.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my