Laman Webantu   KM2A1: 4474 File Size: 3.1 Kb *



SOH35 : KENAPA DIBIARKAN PENDAKWA BERENANG PERGI BEGITU SAHAJA?
By La Domeng3

16/5/2001 2:33 am Wed

SOH35 : KDPBPBS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua para pejuang keadilan dan para reformis yang tidak pernah kenal apa itu penat dan lelah.

Hampir sepurnama saya tidak menulis diKM2. Sedikit sibuk menguruskan masalah perniagaan dan peribadi tetapi perkembangan politik semasa dan tulisan rakan-rakan penulis siber yang lain sentiasa dibaca bila terluang masa seketika. Macam-macam nama mereka guna tapi bila kita baca, gaya bahasanya seperti kita tahu siapa penulisnya.

Alhamdulillah rakan-rakan saya yang sejak dulu bergiat menulis di laman web ini masih meneruskan perjuangan mereka tanpa mengenal putus asa. Syabas saudaraku semua. Hanya itu yang dapat saya nyatakan. Hanya Allah yang akan membalas segala usaha dan pengorbanan kalian.

Dalam pada itu ramai juga yang menghantar e-mail kepada saya. Terimakasih kepada semua dan maafkan saya kerana tidak dapat membalasnya dalam waktu terdekat ini kerana kesuntukkan masa.

Ada beberapa perkara berkaitan politik dan ekonomi negara yang menarik perhatian saya dalam waktu terdekat ini. Walaupun telah diulas oleh ramai penulis siber berkali-kali, namun masih terdapat beberapa persoalan yang masih menghantui fikiran ini. Moga-moga dengan menulis ini dapatlah kebuntuan fikiran itu diselesaikan nanti.

Pertama sekali tentang DSAI. Aku terkejut juga bila lima pertuduhan terhadapnya digugurkan semuanya. Buang kes. DSAI dilepaskan tetapi masih meneruskan hukuman penjara 15 tahun kerana pertuduhan sebelum ini. Kalau mengikut fikiran saya yang cetek inilah, kalau lima pertuduhan ini boleh digugurkan dengan mudah, apa hal pula dengan pihak pendakwa sebelum ini menyediakan pertuduhan secara sia-sia dan membuang masa sahaja? Apakah mereka (para pendakwa) ini dilepaskan begitu sahaja setelah menimbulkan pelbagai masalah dan angkara?

Kedua, apa perlunya Azmin dihukum 18 bulan sedangkan sebelum ini dia telah dibebaskan? Apakah tindakan ini akan melemahkan Keadilan dan menguatkan UMNO/BN? Apakah kerana Mahathir sudah tidak berdaya?

Ketiga mengenai Tahanan ISA, kenapa ditahan 10 orang sahaja kenapa tidak ditangkap semuanya? Bukankah kalau ditangkap semua Keadilan akan lumpuh terus semuanya? Kalau sudah lumpuh semuanya bukankah senang Mahathir & Co menjalankan agenda rahsianya? Kenapa tak tangkap sekali orang PAS? Kenapa tidak tangkap orang PRM? Kenapa tidak tangkap orang DAP? Kenapa tidak tangkap sekali orang UMNO yang bernama Daim, Mahathir, Khalil Yaakub, Dollah Badawi, Norian Mai dan lain-lain?

Sebenarnya saya amat keliru dengan apa yang sedang berlaku. Apakah Mahathir masih punya waktu?


LA DOMENG - Sedang menanti maklumat dari Johor - desas-desus menyatakan MB Johor sedang melindungi penyelewengan seorang ADUN yang dikawasannya terletak PTP dan 2nd Link.