Laman Webantu   KM2A1: 4476 File Size: 8.8 Kb *



TAG SP 119: Murray Hiebert: Menghina Mahkamah Yang Hina [SEA]
By Suan

16/5/2001 4:50 pm Wed

TAG 119

[Murray Herbert, seorang wartawan FEER, menjadi mangsa kerana menulis rencana pada 23 hb Jan 1997, bertajuk "See You in Court" mengenai seorang ibu kepada pelajar berusia 17 tahun yang menyaman sekolah International School of Kuala Lumpur kerana menggugurkan anaknya dari pasukan bahas dengan menuntut gantirugi yang menggila tingginya - RM 6 juta banyaknya. Beliau mengatakan anaknya telah dipinggir secara tidak adil. Pendedahan oleh Herbert menyakitkan sedangkan ia satu rencana biasa yang lembut sahaja melapurkan apa yang berlaku sebenarnya. Herbert di dapati bersalah kerana 'sengaja menulis untuk mengelirukan orang awam dan menekan mahkamah'. Walaupun begitu kisah benar tetap beredar siapakah keluarga Govin yang sebenar. Tingginya saman itu dan hukuman yang mengejutkan buat Herbert menggambarkan ada sesuatu yang tidak kena pada institusi mahkamah negara.
- Editor
]



Terjemahan : SPAR 09


http://www.geocities.com/seachange_2000/hiebert.htm


Murray Hiebert: Menghina Mahkamah Yang Hina

(In Contempt of a Contemptible Court)

Oleh : Suan

Semua orang tertanya-tanya. Mengapa Murray Hiebert dipenjarakan? Rencana yang ditulisnya tentang kewajaran satu kes perbicaraan yang melibatkan sebuah pasukan bahas sekolah itu adalah sangat ringan dan adalah sesuatu yang mengejutkan apabila mahkamah memutuskannya sebagai sesuatu yang menghina dan layak dikenakan hukuman penjara. Hakim Denis Ong menyebut bahawa Hiebert telah MEROSAK DAN MENGHANCURKAN KEWIBAWAAN MAHKAMAH dan segala-galanya melalui tulisannya itu dan seterusnya telah menyebabkan ramai yang kehairanan apabila kes tersebut diselesaikan dengan begitu cepat sekali.

Sebagai sebuah mahkamah yang menjunjung demokrasi, sepatutnya ia dapat menerima penelitian dan kritikan yang munasabah. Di Malaysia sendiri, hukuman-hukuman mahkamah telah dikritik dan ditegur sebelum ini dan oleh itu adalah sesuatu yang memeranjatkan apabila satu kenyataan yang ringan boleh menimbulkan kemarahan kepada mahkamah dan menyebabkan seseorang itu disumbat ke dalam penjara. Maka soalan yang memeningkan sekali lagi adalah mengapa Hiebert menerima hukuman yang begitu keras bagi satu kesalahan yang bukan pun menjadi isu? Ada yang mengatakan mungkin langkah itu sebagai satu isyarat kepada para wartawan agar akur dan menurut sahaja rentak mereka, tetapi adalah tidak munasabah untuk menggunakan isu sekecil rencana mengenai pasukan bahas sekolah itu bagi mencapai tujuan tersebut.

Alasan yang sebenar di sebalik pemenjaraan Hiebert adalah lebih mencurigakan dan membimbangkan dari apa yang difikirkan oleh akhbar-akhbar negara Barat. Ia menyerlahkan penyelewengan yang amat ketara dan barah berbahaya yang telah merebak ke dalam badan kehakiman bagi melumpuhkan penghakiman dan keputusan-keputusan mahkamah yang dibuat. Sekaligus ia menunjukkan bahawa Hiebert telah terpenjara angkara penyelewengan yang sangat ketara oleh Ketua Hakim, Eusoff Chin.

Sebenarnya ini yang telah berlaku. Datin Chandra Ram, seorang ibu yang menyaman pihak sekolah kerana menggugurkan anak lelakinya dari pasukan bahas sekolah telah naik marah dengan rencana Hiebert di dalam FEER. Rencana tersebut bukannya memalukan mahkamah, tetapi dengan mengupas fakta-fakta yang terdapat di dalam kesnya, telah membuatkan beliau kelihatan seperti seorang wanita pendendam yang menjengkelkan. Sudah tentu memang begitulah sifat dirinya yang sebenar. Menyedari bahaya yang akan menyusul, beliau telah merayu kepada mahkamah untuk mensabitkan Hiebert dengan dakwaan menghina mahkamah. Suaminya, Sri Gopal Ram, adalah hakim mahkamah rayuan yang rapat dengan Ketua Hakim, Eusoff Chin, manusia paling tidak jujur yang pasti disenangi oleh iblis. Apabila Eusoff Chin mahukan hukuman mahkamah yang tertentu, tiada seorang hakim pun yang berani menyanggahnya kecuali sanggup menghadapi risiko ditukarkan ke daerah pekan yang terpencil sambil memikirkan kerjaya yang tidak berkembang. Tahap penyelewengan Eusoff Chin begitu dahsyat sekali sehinggakan beliau sanggup mengendalikan satu skim pembelian yang berpengaruh melalui firma perundangan isterinya di mana orang ramai boleh membeli corak penghakiman yang 'diingini'.

Maka bola pun sedia untuk digolekkan. Apabila ia berhenti bergolek, ianya berakhir di mahkamah yang pasti menjanjikan kemenangan. Tiada hakim, sama ada yang menjalankan penghakiman atau mengadili rayuan, berani untuk membuang kes tersebut. Hiebert telah terpenjara kerana seorang wanita pendendam dan badan kehakiman yang menyeleweng yang tidak lagi boleh diharapkan untuk memberikan keadilan yang sewajarnya.

Inilah yang telah berlaku kepada badan kehakiman Malaysia. Bagaimana badan kehakiman sebegini boleh melindungi dan menjaga institusi demokrasi yang kita sanjungi jika ia tidak dapat menolak kerosakan yang disebabkan oleh seorang manusia? Sudah tentu Mahathir mahu mengekalkan dan memelihara penyeleweng-penyeleweng kerana mereka amat berguna kepadanya. Bagi menghadapi sumber jahat dan hitam ini tidak banyak yang boleh dilakukan oleh rakyat Malaysia melainkan dengan menggunakan hak mengundi kita dengan sebijak-bijaknya.





Rencana Asal:



In Contempt of a Contemptible Court

It's the question on everybody's mind. Why was Murray Hiebert jailed? The article he wrote on the merits of a court case involving a school debating team was so mild that it was astonishing that the court took it as contempt worthy of a custody sentence. In the words of appeal judge Denis Ong, Hiebert had DAMAGED AND RUINED THE COURT'S INTEGRITY and all for Hiebert writing that people were surprised why the case was settled so fast.

A court in a civilised democracy must be subject to scrutiny and reasonable criticism. Even in Malaysia, judgements have been commented and criticized before so it is still surprising that a mild statement of fact should have gotten the court in such outrage and caused it to send a person to jail. So the puzzling question again is why was Hiebert singled out for this rough treatment over a non-issue? Some may say that it is to send a signal to other journalists to toe the line, but you do not make an example out of a mild little article about a school debating team.

The real reason why Hiebert was jailed is far more sinister and ominous than what the Western press thinks. It shows up the deep corruption and the malignant cancer that has spread into the judiciary to paralyze its judgement and decision making. Because Hiebert was jailed due to the utmost corruption of the Chief Justice, Eusoff Chin.

It happened like this. Datin Chandra Ram, the mother who sued the school for dropping her son from the school debating team was incensed by the Hiebert article in FEER. The article did not defame the court, but by factually discussing aspects of her case, it made her look like a petty vindictive woman. Of course that's what she is. But seeing red, she petitioned the court to cite Hiebert for contempt. Her husband, Sri Gopal Ram is an appeals court judge who is friendly with the Chief Justice, Eusoff Chin, a man so corrupted that no devil could ever ask for more. When Eusoff Chin wants a certain judgement, no judge dare oppose him unless he wants to be transferred out to a remote town to ruminate on his stagnant career. So corrupted is Eusoff Chin that he even runs an influence buying scheme through a law firm run by his wife where people can buy the "correct" judgement.

So the ball was set in motion. When it stopped rolling it would end up in the court of world opinion. No judge whether in judgement or in appeal dare throw out the case. Hiebert was jailed because of one vindictive woman and a corrupted judiciary which can no longer be relied on to give fair judgement.

So this is what our Malaysian judiciary has come to. How can this judiciary protect and safeguard our cherished institutions of democracy if it cannot resist the depredation of one man? Of course Mahathir had to defend the court's judgement. Eusoff Chin's power comes directly from him. Mahathir cherish and nurtures corrupted men because they serve him well. Against this source of evil and darkness there is not much that ordinary Malaysians can do except to use our votes wisely.

-Suan-