Laman Webantu   KM2A1: 4478 File Size: 15.9 Kb *



TAG SP 120: Sekolah Latihan Membawa Bola Rafidah Aziz [SEA]
By Tsu Nam

16/5/2001 6:38 pm Wed

[Satu satira Rafidah Aziz yang sudah jarang kelihatan sejak akhir-akhir ini. Mungkinkah beliau akan mengikut jejak Daim kerana penggantinya lebih menonjol darinya dalam semua media kroni? Jawapannya terserlah pada wajahnya yang sudah tidak seceria dulu lagi kini.
- Editor
]


Terjemahan: SPAR-09-004


http://www.geocities.com/seachange_2000/school_balls.htm


Sekolah Latihan Membawa Bola Rafidah Aziz

(The Rafidah Aziz School of Ball-Carrying)

Oleh: Tsu Nam


Sekolah Latihan Membawa Bola Rafidah Aziz agak sibuk pagi itu, kerana ia adalah hari konsert tahunan. Para pelajar bekerja keras untuk acara penting ini kerana ramai ibu bapa dan dif kehormat akan hadir. Dewan sekolah dihiasi hebat dengan belon berbagai warna yang diikat. Ia juga menghiasi segenap jalan di sekolah tersebut. Untuk acara istimewa ini, kesemua pelajar memakai sepasang bola yang diikat mengelilingi leher atau pinggang mereka; semakin tinggi pengajiannya semakin besar pasangan bola tersebut.

Setiap VIP yang tiba akan disambut oleh Puan Pengetua Rafidah Aziz, dengan gantungan sepasang bola besar berwarna pelangi di lehernya menenggelami payudaranya. Dengan iringan dentuman muzik, setiap VIP kemudiannya diiringi berjalan atas hamparan permaidani merah oleh seorang pelajar yang membawa dulang perak yang mengandungi dua biji bola perak yang digilap berkilat. Sudah tentunya ini adalah secara simbolisnya menggambarkan yang BOLA milik VIP itulah yang sebenarnya dibawa.

Apabila semuanya telah mengambil tempat masing-masing di dalam dewan yang hebat itu, Puan Pengetuanya, dengan bola-bola yang bergoncang ke atas dan bawah ketika menaiki pentas, memulakan, dengan ucapan alu-aluan:

'VIP yang dimuliakan, khususnya, Datuk Seri Ling Liong Sik dan Datuk Samy Vellu, ibu bapa, tuan-tuan dan puan-puan, Saya dengan berbesar hati mengalu-alukan kedatangan Tuan-tuan semua ke Konsert tahunan Sekolah kita. Sekolah ini adalah yang terunik di dunia kerana, di sinilah kita menyerahkan kepada generasi muda, kemuliaan dan kesenian membodek. Bagi diri saya sendiri, sebelum bersara dari politik, telah diberi penghormatan membawa bola-bola yang sangat berat dari personaliti yang istimewa iaitu Perdana menteri Mahathir, Bapa Malaysia Moden yang amat kita kasihi.'

Di sini, Rafidah berhenti seketika untuk membiarkan fakta yang hebat itu tenggelam dengan sendirinya dan juga menantikan tepukan berhenti. Sudah tentu, seperti yang telah diketahui umum sebagai menteri kabinet, Rafidah telah dibenarkan menikmati hasil dari rasuah di bawah perlindungan Mahathir. Beliau meneruskan:

'Para ibu bapa, anda semua telah melakukan pilihan bijak dengan menghantar anak ke sekolah ini. Masa depan yang cemerlang menanti mereka, kerana pada hari ini, terdapat permintaan yang besar dan tidak putus-putus untuk pembawa-pembawa bola yang berkemahiran di negara kita. Anda boleh menjangkakan yang anak-anak anda akan mencapai kedudukan tertinggi dan menjadi sebutan akhirnya. Dan lagi, mereka akan menikmati PERLINDUNGAN dari pertuduhan walau apa saja mereka lakukan. Nantikanlah kebaikan RASUAH yang akan melimpah kepada anda.'

'Saya yakin anda semua tidak sabar-sabar menantikan konsert bermula, maka saya tidak akan membosankan anda dengan ucapan yang panjang. Tetapi sebelum itu saya hendak menganugerahkan Doktor Persuratan Kehormat dalam Pembawaan-Bola kepada dua orang VIP yang amat dihormati di sini, yang telah mencapai kemasyhuran seluruh negara sebagai Pembawa-Bola yang cemerlang. Tuan-tuan dan puan-puan, saya rasa tentu anda dapat menekanya, tidak lain dan tidak bukan Datuk Seri Ling Liong Sik dan Datuk Samy Vellu!'

Tepukan hangat bergemuruh apabila Datuk Ling dan Samy Vellu diiringi oleh para pelajar naik ke pentas untuk menerima sijil mereka. Sebagaimana Rafidah, mereka juga membawa bola Mahathir, biar pun berat, tidak pernah kepupusan penyokong-penyokong yang rela berbuat apa sahaja. Seperti Rafidah mereka juga dibenarkan berpesta dengan rasuah sebagai upah. Konsert pun sedia untuk dimulakan.

Persembahan pertama ialah nyanyian yang disampaikan oleh sekumpulan penuntut baru. Liriknya telah disediakan oleh pengetuanya sendiri :

Marilah, marilah semua,
Mari kita bawa bola perdana menteri, Anda boleh jilat dan menciumnya, Tetapi jangan sekali-kali biarkannya
terjatuh.

Dan tidak lama lagi, anda akan berjaya, Kerana tangan anda berada di atas bolanya.

Marilah, marilah semua,
Mari kita bawa bola perdana menteri.

Nada yang menarik dan lirik yang sungguh bermakna itu sangat memikat penonton yang menunjukkan penghargaan dengan menepuk tangan di akhir persembahan. Seterusnya, pertandingan membawa bola diumumkan. Lima peserta berdiri di dalam satu garisan di atas pentas, setiap seorang di belakang sebuah kotak yang penuh dengan bola plastik yang besar. Pemenang ditentukan berdasarkan siapa yang boleh mengimbangkan bola yang paling banyak di atas kepalanya. Para ibu bapa yang cukup memahami akan simbolis di sebalik pertandingan tersebut bersorak ke arah para peserta dengan penuh perasaan. Hadiah pertama seperti yang diramalkan adalah sepasang bola perak bersaiz buah kelapa, dengan murah hati disumbangkan oleh New Straits Times.

Selepas itu, para penonton telah menyaksikan persembahan jimnastik di mana para pelajar mengimbangkan bola di atas kepala mereka, menanduk-nanduk bola dan melakukan pusing lipat sambil terus mengimbangkan bola. Dewan menjadi riuh dengan sorakan, kerana sukar dipercayai bahawa banyak perkara boleh dilakukan dengan objek-objek yang berbentuk bulat itu.

Satu tarian yang amat bertenaga menyusul selepas itu, dipersembahkan oleh sekumpulan pelajar lelaki dan perempuan yang memakai rantaian bola di leher, pergelangan tangan, buku lali membawa bola di dalam tangan mereka. Irama yang dihasilkan dari bola-bola yang melantun-lantun itu bergabung dengan alunan bunyi muzik telah menghasilkan kesan yang hampir mengkhayalkan apabila para penari itu berpusing di atas pentas sambil merayakan keseronokan membawa bola itu.

Berikutnya adalah satu lakaran oleh beberapa pelajar tahun akhir yang bertajuk 'Seni Membawa Bola'. Salah seorang dari mereka memainkan peranan sebagai Perdana Menteri manakala yang lain-lainnya berhimpun di sekelilingnya sebagai tukang-tukang ampu. Perbualan yang digunakan sungguh tajam dan lucu :

PM : 'Hari ini sungguh baik sekali.'

Tukang-tukang ampu : 'Ya, hari ini sungguh baik, sungguh baik sekali. Tuan telah memilih hari yang amat baik sekali untuk berjalan-jalan. Tahniah, tuan! Tuan sangat bijaksana di dalam membuat pilihan.'

PM : 'Mari kita berehat di bawah teduhan pokok yang baik ini.'

Tukang-tukang ampu : 'Ya, pokok ini memang baik, sangat-sangat baik. Tuan telah memilih pokok yang amat baik sekali untuk berehat di bawahnya. Tahniah, tuan! Tuah tuan yang dapat menjumpai pokok yang sangat baik ini sangat dicemburui.'

PM : 'Hari ini sungguh teruk sekali.'

Tukang-tukang ampu : 'Ya, hari ini sungguh teruk, sungguh dahsyat dan teruk sekali. Jangan bimbang tuan, kita akan penggal kepala mereka yang dungu lagi tidak cekap di Biro Kaji cuaca itu.'

PM : 'Sungguh teruk pokok ini.'

Tukang-tukang ampu : 'Ya, pokok ini memang teruk, sungguh dahsyat dan teruk sekali. Jangan bimbang tuan, kita akan penggal kepala mereka yang tidak cekap, tukang-tukang kebun bodoh yang berani menanam pokok yang tidak berguna ini.'

Dan begitulah seterusnya. Lakaran tersebut begitu indah sehinggakan ramai ibu bapa yang mengalirkan air mata, sebahagian dari mereka menyerbu ke hadapan dan mengucapkan tahniah kepada anak-anak mereka yang menjadi tukang-tukang ampu itu sebaik sahaja lakonan mereka selesai dan tepukan yang bergemuruh diberikan sehingga menggoncang dewan.

Selepas beberapa acara lagi, konsert pun tiba di penghujungnya dan semua bersetuju bahawa ianya telah menjadi satu pengalaman yang sangat berharga. Puan pengetua Rafidah Aziz menutup acara tersebut selepas membacakan dengan suara yang kuat sekeping surat penghargaan dari Mahathir kepadanya yang memuji kemahirannya membawa bola itu. Beliau menulis :

'Selepas anda menamatkan perkhidmatan anda kepada saya, bola-bola saya pasti merasa satu kehilangan di atas sokongan anda kerana anda ternyata, seorang Permaisuri Pembawa Bola. Negara ini akan sentiasa terhutang budi kepada anda.'


Terjemahan SPAR-09-004




Rencana Asal:



The Rafidah Aziz School of Ball-Carrying

The Rafidah Aziz School of Ball-Carrying was in a tizzy that morning, it being the day of its Annual Concert. The students had worked extremely hard for this important occasion for which many parents and important guests were expected. The school hall was richly festooned with strings of multi-coloured balls and these also decorated the passageways of the school. For this special event, all the students wore a couple of balls stringed together around their necks or waist; the more advanced the student, the larger the pair of balls.

Upon arrival, each VIP was greeted by the Headmistress Rafidah Aziz, around whose neck dangled a pair of huge rainbow-coloured balls that entirely overwhelmed her breasts. Accompanied by a flattering burst of music, each VIP was then led down a red carpet by a student who carried in front of him or her, a silver platter containing twin silver balls, polished to a dazzle. This was of course, to show symbolically that the VIP's balls were being carried.

When all were seated in the great hall, the Headmistress, with her balls bobbing up and down as she strode up to the stage, first of all, launched into a welcome speech:

'Our honoured VIPs, in particular, Datuk Seri Ling Liong Sik and Datuk Samy Vellu, parents, ladies and gentlemen, I am delighted to welcome you all to our School's Annual Concert. The school is indeed unique in the world for here, we seek to pass on to the younger generation, the noble and refined art of ball-carrying. I myself, before my retirement from politics, was honoured to have carried the weighty balls of no less a personage than Prime Minister Mahathir, our beloved Father of Modern Malaysia.'

Here, Rafidah paused significantly to let the grand fact to sink in and for the ensuing applause to die down. Indeed, it was well-known that as a Cabinet Minister, Rafidah had been allowed to enjoy the fruits of corruption under Mahathir's wings. She continued: 'Parents, you have wisely chosen to send your sons and daughters to this school. A great future awaits them for there is today, an enormous and insatiable demand for skilled ball-carriers in our country. You can expect your children to attain high positions and become household names as a result. Also, they will enjoy protection from prosecution no matter what they do. Expect the benefits of corruption to trickle down to you.

'I'm sure you're all impatient for the Concert to begin, hence, I shall not bore you with a long speech. But I would like to first of all, confer honorary PhDs in Ball-Carrying to two of our most honoured VIPs here today, who have achieved national fame as Ball-Carriers Par Excellence. Ladies and gentlemen, I'm sure you can guess that they are none other than Datuk Seri Ling Liong Sik and Datuk Samy Vellu!'

There was warm applause as Datuk Ling and Samy Vellu were carried aloft by students up to the stage to receive their certificates. As with Rafidah Aziz, they too had carried the balls of Mahathir which, though exceeding heavy, had no lack of willing supporters. Like Rafidah, they too had been allowed to feast on the banquet of corruption for their labours. The Concert was then ready to begin.

The first item was a song presented by a group of junior students. The lyrics had been penned by none other than the Headmistress herself:

Come one, come all,
Come and carry the prime minister's balls. You can lick them, kiss them,
But you must not let them fall.
And soon, you will grow tall
Because you have your hands on his balls. Come one, come all,
Come and carry the prime minister's balls.

The catchy tune and meaningful lyrics were a hit with the audience who showed their appreciation by putting their hands together at the end. Next, a ball carrying competition was announced. Five competitors stood in a line upon the stage, each behind a box filled with large plastic balls. The winner was the one who could balance overhead the largest number of ball. The rich symbolism of this competition was not lost on the parents who cheered the competitors enthusiastically. The first prize was predictably a pair of silver balls the size of coconuts, kindly donated by the New Straits Times.

After this, the audience was treated to a display of gymnastics with students balancing balls on their heads, juggling balls and turning somersaults while balancing on balls. The hall exploded into wild cheering, for it could scarcely be believed that so many different tricks could be performed with these round objects.

A vigorous dance item followed after, performed by boys and girls wearing strings of balls around the necks, wrists, ankles and waists and carrying balls in their hands. The rhythmic jigging of balls combined with the beat of music to produce an almost hypnotic effect as the dancers twirled gracefully about the stage in celebration of the joys of ball-carrying.

Next, was a sketch by some final-year students entitled 'The Art of Ball-Carrying.' One of them acted the role of Prime Minister while the rest gathered around him as sycophants. The dialogue was both sharp and witty:

PM: 'What a fine day today.'

Sycophants: 'Oh, it's a fine day, a very fine day indeed. Your Lordship has picked a very fine day for a walk. Congratulations your Lordship! Your wisdom of choice is most profound.'

PM: 'Let's take a rest in the shade of this fine tree.'

Sycophants: 'Oh, it's a fine tree, a very fine tree indeed. Your Lordship has picked a very fine tree to rest under. Congratulations your Lordship! Your luck in encountering such a fine tree is most enviable.

PM: 'What a horrible day today.'

Sycophants: 'Oh, it's a horrible day, most wicked and horrible indeed. Don't worry your Lordship, we shall have the heads of those incompetent morons at the Bureau of Meteorology.

PM: 'What a horrible tree this is.'

Sycophants: 'Oh, it's a horrible tree, most wicked and horrible indeed. Don't worry your Lordship, we shall have the heads of those incompetent, idiotic gardeners who dared plant this excrescence.

And so on. The beauty of the sketch was such that it brought tears to the eyes of many parents, some of whom rushed forward to congratulate their offspring-sycophants as soon as the play ended as a thunderous applause shook the hall.

After a few more items, the Concert drew to a conclusion and all agreed that it had been a most rewarding experience. Headmistress Rafidah Aziz then closed the event after publicly reading out loud a letter of thanks from Mahathir to her praising her ball-carrying skills. He wrote: 'After you leave my service, my balls will sorely miss your support for you are indeed, the Queen of Ball-Carriers. The nation will always be indebted to you.'

Tsu Nam, 16 February 2000