Laman Webantu   KM2A1: 4480 File Size: 4.5 Kb *



Implikasi Pendakwaan Rafidah - Punca ISA Untuk Ezam dan Teman
By ntisa

16/5/2001 8:03 pm Wed

This posting contain an Attachment File Name: 01.gif Type: image/gif Size: 11 KB


[Ada sesuatu yang menyebabkan Mahathir begitu takut kepada isteri Ezam. Dan ada banyak sebab mengapa Mahathir tidak gentar menghadapi PAS sebagaimana beliau menghadapi keADILan. Ini semua dapat dibaca melalui strategi berperang. Semua aktivis reformasi harus meneliti perkara ini. Mahathir nampak kebal tetapi dia sebenarnya amat lemah dalam beberapa segi. Tindakkan zalim terhadap Ezam dan Anwar membayangkan beliau begitu bimbang teraib akibat pendedahan bukti korupsi. Jika dokumen tersebut palsu semata-mata Mahathir tidak akan bertindak liar sehingga menggunakan ISA untuk menekan sesiapa yang muncul dengan bukti. - Editor]


http://nt_isa.tripod.com/implikasi.htm


Implikasi dokumen pendakwaan keatas Rafidah

Dokumen yang disiarkan oleh laman ini berhubung dengan pendakwaan Pejabat Peguam Negara keatas Rafidah membawa persoalan bahawa andai benar ia adalah dokumen ASLI mengapa Rafidah masih belum didakwa? dan sememangnya dokumen ini adalah ASLI kerana Ezam- Ketua Pemuda Keadilan yang mendedahkan dokumen ini secara terbuka telahpun didakwa di bawah OSA (akta Rahsia Rasmi) lalu jelas kerana andai dokumen itu PALSU Ezam tidak boleh didakwa!

Persoalan besar sekarang adalah bagaimana Pejabat Peguam Negara menjalankan kerja mereka? adakah ini bermakna bahawa pendakwaan terpilih benar benar terjadi di Malaysia!

Sebenarnya tidak ramai yang perasan di dalam dokumen yang sama juga? ketika ditanya oleh pegawai BPR yang meyiasat Rafidah mengapa beliau berada di dalam mesyuarat bagi meluluskan saham tersebut, jawab Rafidah, beliau diarahkan oleh PM untuk PASTIKAN YANG ANAK PM JUGA MENDAPAT SAHAM TERSEBUT!

Jelaslah persoalannya pada kita ada dalang disebalik kehadiran Rafidah di dalam mesyuarat tersebut, dan jelaslah ada juga dalang yang menghalang pejabat peguam negara dari mendakwa Rafidah.

Lalu masihkan kita percaya bahawa ini semua bukan satu Konspirasi, inilah konsprasi Mahathir dan segelintir orang orang atasan di pejabat peguam negara, di Bukit Aman, bersama dengan segelintir hakim di mahkamah, mereka berpakat untuk menjatuhkan dan mendiamkan 'orang orang yang mendedahkan semua ini' DSAI telah dipecat dan Intrumen kerajaan digunakan untuk memfitnah dan mengesahkan fitnah, kerana DSAI telah berusaha untuk mendakwa mereka mereka yang korup ke mahkamah. Lalu DSAI dipecat, difitnah, dipukul, dan hari ini terpaksa berdepan dengan 5 lagi tuduhan palsu.

Ezam yang mengambil alih peranan DSAI dalam mendedahkan konspirasi ini juga telah di ISAkan - mengikut kata isterinya ketika bertemu dengan Ezam baru baru ini- Ezam berpesan supaya bersedia kerana kemungkinan untuk beliau ditahan di Kemunting adalah tinggi.

Mahathir dalam memunggah harta kekayaan negara tidak sendirian- beliau telah menjanjikan habuan demi habuan kepada mereka mereka yang membantunya- kita percaya berdasarkan bukti yang ada, semua mereka yang telah membantu mahathir diberikan ganjaran ganjaran- ada dalam bentuk projek yang bernilai jutaan ringgit (rujuk ummi halfilda) ada yang diberikan wang tunai- ada yang diberikan rumah diluar negara dan rumah ini ditaja oleh korporat besar Malaysia.

Kita mendesak rakyat agar bangun dengan berani- tentang segala bentuk kezaliman dan penyelewengan, kita bukan menentang mahathir, kita bukan menentang KPN, kita bukan menentang pejabat peguam negara, kita bukan menentang hakim hakim, tetapi kita menentang penzalim, kita menentang penyeleweng, kita menentang tukang fitnah, dan tukang mengesahkan fitnah! kerana mahathir dan seteru seterunya adalah kelompok yang kita sebutkan tadi! maka kita terpaksa menentang penzalim, peyeleweng, pefitnah, perompak yang bernama mahathir dan pasukannya.

BEBASKAN TAHANAN ISA


Ehsan laman: http://nt_isa.tripod.com




Link Reference : Dokumen Terhadap Rafidah Aziz FileUpload-01.gif (11 KB) (Attachment)