Laman Webantu   KM2A1: 4491 File Size: 16.1 Kb *



TAG SP 122: Bapak Anjing Terima Dua Bulan [SEA]
By Tsu Nam

17/5/2001 6:39 pm Thu

TAG 122

[Rahim Nor asyik mendapat layanan istimewa yang luar biasa walaupun dia sudah memukul orang secara luarbiasa sehingga hampir tidak bernyawa. Dia dikenakan pertuduhan yang lembut sahaja, dibenarkan ikat jamin yang tidak seberapa kosnya, dan kini dihukum terlalu ringan yang langsung tidak kena kepada kadar jenayahnya. Dia bersalah bukan sahaja kerana memukul Anwar, malah membiarkan Anwar tercedera, tidak melapurkan fakta yang sebenarnya dan cuba menuduh Anwar memprovokasikannya pula sedangkan Anwar tergari dan tertutup mata ketika dipukul sekuat-kuatnya. Apa yang menyedihkan semua itu berlaku di dalam kawasan bidang kuasa polis negara yang sepatutnya menjaga banduan sebaik-baiknya. Keberanian Rahim Nor yang luar biasa sanggup memukul Anwar itu menimbulkan tanda-tanya kemungkinan ada seseorang yang amat berkuasa telah mengarahnya. Kini, kesemua layanan istimewa buat Rahim Nor itu sudah menjawab segala-galanya tanpa kita perlu berkata-kata siapakah dia penjenayah nombor satu dalam negara. - Editor]


Terjemahan: SPAR-09-009


Bapak Anjing Terima Dua Bulan

(Father of Dogs gets Two Months)

Oleh: Tsu Nam


Tindakan memukul Anwar Ibrahim semasa di penjara adalah satu perbuatan yang bacul. Sebelum menghentam Anwar Ibrahim dengan teruknya di bahagian kepala dan leher, Rahim Noor, Ketua Polis Negara, telah mengisyaratkan agar beliau digari dan ditutup kedua-dua belah matanya. Jika tidak kerana dihalang oleh beberapa orang pegawai, Anwar mungkin hanya tinggal nyawa-nyawa ikan. Kemudian para doktor yang memberikan keterangan di mahkamah mengatakan bahawa kecederaannya sangat serius dan boleh membawa maut. Sungguhpun demikian, orang yang tercedera itu, walaupun di dalam kesakitan yang amat sangat, telah dinafikan untuk mendapat rawatan selama empat hari selepas kejadian tersebut.

Jelas kelihatan Rahim Noor tidak sedikitpun menyesal di atas tindakannya itu. Sebaik sahaja selepas penganiayaan itu, beliau meyakinkan orang awam bahawa Anwar di dalam keadaan sihat. Beliau tidak memberikan kerjasama terhadap penyiasatan polis yang ternyata tidak bersungguh-sungguh itu, biarpun mengakui bahawa Anwar telah dipukul di dalam penjara, terus membuat kesimpulan bahawa penyerang yang bertanggungjawab itu tidak dapat dikenalpasti. Ini langsung tidak dapat diterima oleh akal kerana Bukit Aman yang menjadi penjara buat Anwar Ibrahim selepas ditahan, merupakan sebuah penjara yang mempunyai kawalan keselamatan yang paling ketat. Biarpun tidak berasas, peguam negara yang menjijikkan, Mokhtar Abdullah, telah memeram laporan polis itu sehingga berbulan-bulan tanpa mengumumkannya. Kemudian apabila beliau membuat beberapa pengumuman terbuka mengenai sebahagian dari isi kandungannya, beliau cuba untuk mengecilkan tahap kecederaan sebenar Anwar Ibrahim, menggunakan khidmat doktor yang lain untuk memberikan pandangan kedua yang dapat membayangkan bahawa kecederaan tersebut tidaklah seserius seperti yang disebutkan di dalam laporan perubatan yang telah dilakukan secara terus sebelum itu. Rahim Noor telah meletakkan jawatannya biarpun tiada sebarang pengakuan tentang salahlaku dibuat pada peringkat itu. Selepas mendapat bantahan dari orang ramai, satu Suruhanjaya Diraja telah dibentuk bagi menyiasat kes tersebut. Menyedari beliau telah terperangkap, Rahim Noor tiada pilihan lain selain dari membuat pengakuan. Namun beliau mendakwa bahawa Anwar telah membangkitkan kemarahannya dengan memanggil beliau sebagai 'Bapak Anjing', satu kenyataan yang tidak pernah ditimbulkan oleh mana-mana pegawai polis yang telah pun memberikan keterangan sebelum ini.

Maka, tidak ada sebab untuk bertolak-ansur di dalam pengendalian kes Rahim Noor. Tetapi, semenjak dari hari beliau didakwa, pemukul bacul itu telah dilayan seperti banduan kehormat. Malah semasa didakwa di mahkamah pada awal tahun 1999, beliau tidakpun diarahkan untuk berdiri di kandang tertuduh, sebaliknya dibenarkan duduk sahaja di kerusi dalam mahkamah tersebut. Kesalahannya menyebabkan kecederaan yang amat serius hanya membawa hukuman maksima penjara tiga setengah tahun. Tuan hakim melepaskannya tanpa dikenakan sebarang ikat jamin dan perbicaraan kesnya telah ditangguhkan sebegitu lama sehingga bulan Mac 2000.

Apabila beliau akhirnya dibicarakan di mahkamah, peguam negara telah membenarkan pertuduhan diringankan sehingga kepada 'menyebabkan kecederaan' yang membawa hukuman maksima penjara satu tahun dan denda sebanyak RM2000. Kemudian, pada hari yang diselubungi oleh kebencian dan kekecewaan, rakyat Malaysia mendapat tahu bahawa Rahim Noor, yang telah mengaku bersalah, telah dikenakan hukuman hanya dua bulan penjara dan denda sebanyak RM2000. Orang yang tertuduh telah dibenarkan menikmati kebebasan sementara peguam-peguamnya mengemukakan rayuan terhadap hukuman yang dikatakan 'terlalu berat' itu, bolehkah anda percaya?

Sungguhpun hukuman yang dijatuhkan adalah sangat ringan dan menjadi cemuhan, hakim yang mengendalikan perbicaraan itu telah mengumpamakan kes tersebut sebagai sesuatu yang perlu diteladani : 'kes ini patut menjadi pengajaran bukan sahaja kepadanya tetapi juga kepada mereka yang tidak menghiraukan undang-undang'? begitulah khutbahnya sedangkan beliau sepatutnya memberitahu hakikat yang sebenar di mana terdapat satu undang-undang diperuntukkan untuk sebilangan rakyat Malaysia, manakala tiada sebarang undang-undang pula dikenakan kepada yang lain-lainnya.

Dengan hukuman penjara yang biasanya akan dikurangkan sebanyak satu pertiga sekiranya berperangai baik, Rahim hanya perlu menjalani, paling lama, 40 hari sahaja dari hukuman penjaranya. Berpandukan kepada sistem kehakiman yang telah menyeleweng jauh itu, besar kemungkinan rayuannya juga akan diterima, ini bermakna beliau tidak perlu menjalani kehidupan di penjara walau sehari pun.

Terdapat perbezaan yang amat ketara di antara pengendalian kes Anwar dan Rahim Noor. Anwar telah berulangkali dinafikan dari sebarang ikat jamin, sama ada semasa perbicaraan berkenaan rasuah ataupun semasa menunggu untuk kes rayuan., sekalipun tiada sebarang alasan yang munasabah diberikan. Hakim boneka, Augustine Paul, selepas kes berat sebelah yang amat memalukan itu, telah menjatuhkan hukuman enam tahun penjara kepada yang tertuduh di atas penafsiran halus berkenaan kesalahan rasuah yang tidak melibatkan walau sesen duitpun, dan yang diakibatkan oleh tindakan Anwar menggunakan pegawai-pegawai polis bagi membantu membersihkan namanya dari fitnah. Lebih menghinakan adalah, hakim boneka yang berhati binatang ini memerintahkan supaya hukuman penjara Anwar itu dikira dari hari beliau dijatuhkan hukuman, dengan tidak mengambil kira tempoh tujuh bulan yang telah dijalani oleh orang yang tertuduh di penjara. Ini langsung tidak mengikut amalan biasa undang-undang Malaysia.

Sistem kehakiman Malaysia yang sangat keji dan memesongkan telah sekali lagi memalukan negara ini di mata dunia. Oleh kerana terlalu banyak contoh yang memperlihatkan bagaimana badan kehakiman telah dilacurkan, rakyat Malaysia mungkin merasa jijik tetapi tidak begitu terkejut.

Soalan yang bertalu-talu masih kedengaran : Mengapa Rahim Noor memukul Anwar sehingga hampir membawa maut? Sebelum itu tiada sebarang permusuhan di antara mereka berdua, bahkan Rahim pernah mengatakan Anwar itu kawannya. Mengapa seorang yang berjawatan Ketua Polis Negara sanggup melakukan penganiayaan terhadap seorang tahanan yang mempunyai profil yang sangat tinggi di negara ini, tidak lain dari seorang mantan Timbalan Perdana Menteri? Apakah beliau menjangkakan dirinya akan terlepas begitu saja? Namun, hakikatnya, beliau hampir-hampir terlepas.

Kemungkinan besar Mahathir yang mengarahkan pembantaian, dan Rahim dilindungi oleh Mahathir. Ternyata, hukuman ringan yang dijatuhkan ke atas si pembuli itu membayangkan penglibatan PM yang berterusan. Reaksi Mahathir apabila Anwar dihadapkan ke mahkamah dengan mata lebam - mengatakan bahawa kecederaan itu adalah hasil buatannya sendiri - akan tercatat di dalam sejarah sebagai satu kenyataan yang paling tidak berperasaan pernah dikeluarkan oleh seorang pemimpin di negara ini. Melihat kepada kejadian yang sangat memalukan kerajaan, Mahathir yang pendendam pasti tidak akan melepaskan Rahim sekiranya Rahim telah melakukannya mengikut kehendaknya sendiri. Maka teori yang mengatakan bahawa Mahathirlah dalang di sebalik kejadian penganiayaan itu adalah bertepatan sekali.

Namun sekiranya Mahathir dengan angkuhnya memberitahu umum bahawa beliau telah mengarahkan tindakan tersebut, adakah itu akan menjejaskan sokongan yang popular terhadapnya dari rakyat Malaysia? Adalah menyedihkan, jawapannya berkemungkinan besar akan berbunyi negatif, keruntuhan moral di negara ini adalah sangat teruk sehinggakan ramai rakyat Malaysia yang mungkin akan mencari alasan lain demi mempertahankan seorang Perdana Menteri yang sangat suka menindas. Barangkali mereka ini akan menggunakan pencapaian-pencapaiannya di dalam bidang ekonomi sebagai alasan untuk menutupi kesalahan-kesalahan kecilnya. Begitu juga terdapat sebilangan manusia yang berpendapat bahawa hukuman yang dikenakan ke atas Rahim adalah adil dan saksama. Sungguh memalukan anak bangsa mereka sendiri!

-Tsu Nam-


Terjemahan: SPAR-09-009





Rencana Asal:


http://www.geocities.com/seachange_2000/father_dogs.htm


Father of Dogs Gets Two Months

The circumstances of Anwar Ibrahim's prison bashing could not have been more cowardly. Before hitting him savagely about the head and neck, Rahim Noor, the Inspector-General of Police, signalled for him to be handcuffed and blindfolded. Had not the IGP been restrained by a couple of officers, Anwar would scarcely have come out of it alive. Doctors later testified that his injuries were so severe that they could have been fatal. Yet, the injured man, despite being in great pain, was denied treatment for four days following the assault.

Rahim Noor evidently felt little if any remorse. Immediately after the assault, he assured the public that Anwar was well. He did not cooperate with a half-hearted police investigation which, although admitting that Anwar had been bashed in prison, went on to conclude that the assailant could not be identified. This was sheer baloney for Bukit Aman, the prison where Anwar was held after his arrest, is a maximum security prison. Despite its useless nature, the repulsive attorney-general, Mohtar Abdullah, sat on this police report for many months without releasing it. When he later made public some of its contents, he tried to depreciate Anwar's injuries, using an alternate doctor's second hand opinion to purvey the line that they were not as serious as what a more direct medical examination had reported. Rahim Noor resigned his position to 'take responsibility' although no admission of personal wrongdoing was made at this stage. Due to public outcry, a Royal Commission was formed to investigate the matter. Sensing the net closing in, Rahim Noor had no choice but to confess. But he claimed that he had been provoked by Anwar calling him 'father of dogs,' an assertion not backed up by the testimony of any police officer.

Thus, there can be no cause for leniency in the treatment of Rahim Noor. Yet, from the day that he was charged, the cowardly basher was treated like an honoured prisoner. Rahim was not even put in the dock when charged in early 1999, but allowed to sit on a chair in court. His charge of causing grievous hurt carried only a maximum jail sentence of three and a half-years. The judge set him free without bail and his trial was postponed to a distant March 2000.

When finally brought to trial, the attorney general allowed the charge to be further watered down to simply 'causing hurt' carrying a maximum jail sentence of only one year's jail and fine of RM2000. Then, on a day filled with disgust and despair, Malaysians learned that Rahim Noor, who pleaded guilty, had been sentenced to only two months jail and fined RM2000. The accused was allowed his freedom pending an appeal by his lawyers that the sentence was 'too harsh,' would you believe it?

Despite the ridiculously light sentence, the trial judge described it as exemplary: 'this has to be a lesson not only to him but also to others who ignore the law ..' he pontificated when in fact, he would be better off making the point that while there is one law for some Malaysians, there is no law for others.

With the normal one-third remission of jail term for good behaviour, Rahim would have to spend at most, 40 days in prison. With so corrupt a justice system, it is quite likely that his appeal will succeed, so he may well not have to spend a single day in prison.

The contrast between the treatment of Anwar and Rahim Noor cannot be more stark. Anwar was repeatedly refused bail, both during his corruption trial and pending appeal, despite no good reason being offered. The puppet judge, Augustine Paul, after a shamelessly biased trial, sentenced the accused to a savage six years in prison for the finest interpretation of a form of corruption that did not involve the least amount of monetary gain, and which resulted only from Anwar's use of police officers to help clear his name of slander. Even more insultingly, this monster of a puppet judge decreed that Anwar's jail term should begin from the day of his sentencing, not taking into account the seven months that the accused had already spent in prison. This was not in keeping with the normal practise of Malaysian law.

The depraved and perverted Malaysian justice system has again disgraced the nation in the eyes of the world. But given already so many instances of judicial harlotry, Malaysians may be disgusted but not really surprised.

The nagging question still remains: why did Rahim Noor beat up Anwar to within an inch of the latter's life? There had been no previous enmity between the two men, and Rahim has even described Anwar as a friend. How would even an IGP dare assault the highest profile prisoner in the land, no less a person than an ex-Deputy Prime Minister? And how could he have expected to get away with it? But get away with it he almost did.

It is highly probable that Mahathir ordered the beating, and that Rahim has been protected by Mahathir. Indeed, the bully's judicial slap on the wrist suggests the PM's continual involvement. Mahathir's response when Anwar appeared in court with a black eye - suggesting that the wounds could be self-inflicted - will go down in history as the most callous remark ever made by a leader of the country. Given that the incident severely embarrassed the government, the vindictive Mahathir would have gone for Rahim's head had the latter been acting of his own accord. Thus, the hypothesis that Mahathir was behind the assault is one that fits all the facts.

But even if Mahathir were to publicly boast that he ordered the beating, would that affect his popular support among Malaysians? Sadly, the answer is likely to be in the negative, the moral rot of the country already so deep that many Malaysians would probably invent excuses for even so sadistic a prime minister. Perhaps these people would offer his economic achievements as sufficient justification for a few peccadillos. In the same way, some have offered the opinion that Rahim's sentence has been just. (see Malaysiakini). What a disgrace to their race!

Tsu Nam
March 16 2000