Laman Webantu   KM2A1: 4492 File Size: 4.4 Kb *



DrM, Pek Khing Kongsi Mee Sepinggan !!
By Staf Ekran

17/5/2001 7:05 pm Thu

[Apa lah punya kadar faedah sampai 12% banyaknya? Ini cekik darah punya olang. Sudahlah dapat balak percuma, dapat tuntutan gantirugi lagi yang menggila tingginya. Apa yang menarik gambar perkembangan projek Bakun tidak kelihatan pun di dada akhbar sedangkan ia teramat besar dan mega. Kesian rakyat Malaysia - terkena tipu kerana Ting sebenarnya membuat 'batang penyapu' - kerana hanya itu yang dia tahu. - Editor]



PEK KHING HANYA BERANI TUNTUT DUIT Dari MAHATHIR Dan DAIM

Oleh: Anak Malaysia Boleh,
Wisma Ekran, Jalan Parlimen, Kuala Lumpur.


Semua Rakyat tahu bahawa yang beriya-iya sangat memberikan projek Bakun yang berbelas Bilion ringgit kepada Pek Khing adalah Mahathir Mohamad. Apa muslihatnya tidaklah diketahui. Namun begitu rakyat tentulah tertanya-tanya apabila diketahui bahawa Pek Khing tidak berani membuat tuntutan terus kepada Kementerian Kewangan, tetapi hanya berani tuntut pembayaran dari Menteri Tugas Khas, Daim dan juga terus daripada Mahathir.

Surat Tuntutan Bayaran Gantirugi dari Pek Khing kepada Daim pada 11 Julai 1998 dan kepada Mahathir pada 11 Ogos 1998, menimbulkan tandatanya kepada Rakyat Jelata. Kini baru rakyat tahu bahawa Mahathir dan Daim sangat berkuasa dalam menentukan perbelanjaan wang negara. Sebab itu bila Anwar enggan membuat beberapa pembayaran yang dikehendakinya, mereka jadi bebal dan marah lalu menyingkirkan seorang Menteri Kewangan yang sangat menjaga wang rakyat itu.

Dalam surat-surat tuntutan tersebut, Pek Khing telah menuntut agar Daim dan Mahathir menjelaskan pembayaran gantirugi sebanyak RM 2,194,717.326.00 (Dua Bilion Seratus Sembilan Puluh Empat Juta Tujuh Ratus Tujuh Belas Ribu Tiga Ratus Dua Puluh Enam Ringgit SAHAJA). Itulah jumlah wang yang Rakyat Malaysia kena bayar kepada Pek Khing sebagai gantirugi di atas penagguhan projek Bakun. Ini belum kira bayaran tuntutan tambahan sebanyak RM 370,000,000.00 (Tiga Ratus Tujuh Puluh Juta Ringgit)

Menurut satu sumber dari pejabat Ekran, jumlah bayaran tuntutan ini adalah bagi perkara berikut:

a) Infrastruktur + caj faedah 12% untuk 7 bulan = RM 231,422,297.26

b) Bayaran Pengurusan + caj faedah 12% = RM 292,788,709.68

c) Lain-lain perbelanjaan + caj faedah 12% = RM 3,826,320.00

d) Bayaran Pengurusan 1999 - 2002 (RM 116 670 000/tahun) = RM 466,680,000.00

e) Tuntutan kerugian = RM 1,200,000,000.00

Jumlah keseluruhan tidak termasuk tuntutan tambahan = RM 2,194,717,326.00

Dalam tuntutan itu juga Pek Khing menjelaskan bahawa bayaran pengurusan sehingga tahun 2002 harus dibayar walaupun belum sampai masanya kerana ianya terdapat dalam perjanjian pada 28 September 1996.

Begitu juga dengan tuntutan gantirugi secara borong sebanyak RM 1.2 Billion itu dibuat kerana sejak tahun 1994 Ekran telah menggunakan 90% dari seluruh wang, masa dan kakitangannya untuk projek Bakun dan melepaskan segala peluang-peluang projek yang lain. (Ye ke!!) dan juga kerugian dari segi reputasi dan masa depan Ekran.

Kalau dah dapat bayaran sebanyak RM 2.194 Billion itu barang kali akan kembali cerahlah prospek Ekran dan juga prospek dua tida orang yang berselindung di sebalik Pek Khing celaka itu. Yang akan merana adalah Rakyat Jelata yang tak pasal-pasal kena bayar ganti rugi sebanyak itu. Amat malanglah nasib Rakyat Malaysia yang memiliki seorang Menteri Kewangan I yang bernama Mahathir yang sangat rapat dengan Pek Khing sampai boleh kongsi makan mee satu pinggan !!!


-Staf Ekran-

10hb Nov 1998