Laman Webantu   KM2A1: 4507 File Size: 12.3 Kb *



TAG SP 123: Anak-didik Anwar [FEER]
By Lorien Holland

20/5/2001 8:14 pm Sun

TAG 123

[Seolah-olah ada sesuatu akan berlaku pada bulan Jun nanti di mana tahanan ISA akan genap ditahan 60 hari. Sudah sebulan mereka ditahan tetapi tidak muncul pula sebarang bukti. Malah parlimen, mahkamah, media, Suhakam dan pembangkang sendiri seperti sudah tidak berfungsi melainkan akur sahaja kepada segala kehendak dan tindak-tanduk kerajaan masakini. Tidak ada sebarang keriuhan dan tindakbalas berkesan untuk menyanggah kerajaan - termasuk di alam siber. Jika sikap ini diteruskan, kita harus bersedia untuk menghadapi lebih banyak tangkapan kerana kita teruji di sini. Di manakah semua pejuang keadilan dan penulis terbilang negara? Kita tidak layak dipanggil pendokong reformasi, apatah lagi anak-didik Anwar seperti yang diakui berkali. - Editor]


Terjemahan: SPAR-03-007


Anak-didik Anwar

(Anwar's Children)

Oleh: Lorien Holland; FEER 24/5/2001.

Sebagai seorang pemimpin parti pembangkang, Mohamed Ezam Mohamad Nor, memang dikagumi. Di mana sahaja dia pergi, ribuan rakyat marhaen akan berkumpul berbondong-bondong mendengarkan ucapannya. Suaranya yang lantang menyerang usaha kerajaan menyelamatkan perniagaan para kroni dan pakpacak yang menggelupur kerana hampir kemuflisan, memang menarik minat orang. Sokongan terhadapnya memang semakin meninggi. Satu ketika dulu Ezam adalah pembantu khas kepada mantan timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim, dan dia merancang untuk membawa satu gelombang kesedaran politik dan mahu merancang lebih banyak lagi ceramah di seluruh negara. Hanya dengan cara itu kerajaan dapat disedarkan, sambil memberi peluang kepada Parti Keadilan Nasional ataupun Keadilan dan parti sekutu yang lain peluang untuk menang pemilu 2004 nanti.

Perkataan yang panas dari mulut Ezam memang menghenyak kerajaan. Pada bulan April, Perdana Menteri Mahathir telah memekap suara Ezam dan sembilan aktivis lain yang sealiran dengannya. Mereka telah ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalamnegeri (ISA: Inernal Security Act) Penangkapan di bawah akta ini mengenepikan keperluan proses penghakiman yang normal dan membenarkan sesiapa yang ditangkap itu ditahan tanpa perbicaraan. Di bawah ISA, menteri hal-ehwal dalam negeri mesti membebaskan para tahanan ataupun menandatangani surat arahan menahan mereka selama dua tahun, sebaik sahaja penangkapan mereka mencapai enam puluh hari. Tarikh keramat untuk Ezam ialah pada 9 Jun nanti.

Mahathir mempunyai alasan tersendiri menggunakan ISA itu. Dia menuduh pihak pembangkang merancang menggunakan taktik keganasan dengan mengumpulkan senjata untuk menyerang kerajaan dan menggugat keselamatan negara. Dia mengulang-ulang perisitiwa rusuhan di Inodnesia dan Filipina sambil berkata dia tidak akan membenarkan kejadian yang sama di Malaysia. "Mereka boleh ditahan mengikut undang-undang biasa yang memerlukan bukti tertentu dan peraturan serta proses yang tertentu juga, yang saya fikir dari kacamata pihak polis adalah tidak mencukupi untuk menyekat berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini.," katanya kepada para wartawan.

Satu bulan kemudiannya, 10 orang aktivis itu sudah pun berada dalam penjara. Tidak ada sebarang bukti untuk menyokong segala tohmahan terhadap mereka. Tidak ada peguam yang dibenarkan menemui mereka dan hanya segelintir sahaja yang dibenarkan menemui keluarga mereka. Parti Barisan Nasional (BN) yang memerintah telah menyekat sebarang usaha untuk membincangkan penahanan mereka dalam Parlimen. Namun, percaturan Mahathir menggunakan ISA itu nampak mencapai kejayaannya, kerana ternyata dia tidak perlu ribut-ribut untuk menutup mulut para pengkritik yang berbisa mulutnya itu. Walaupun penentangan daripada parti pembangkang dan pertubuhan bukan-kerajaan semakin berganda, kemarahan rakyat marhaen terhadap tindakan Mahathir itu hanya laksana air suam sahaja, kehangatannya. Pemimpin politik pihak kerajaan yang memang tidak berapa selesa dengan tindakan Mahathir itu, nampaknya lebih senang bersikap akur sahaja.

"Memanglah, rakyat marhaen tidak pun naik ganas," kata seorang wakil rakyat DUN Pulau Pinang, Toh Kim Woon, yang merupakan seorang wakil rakyat parti kerajaan yang menentang penggunaan ISA itu. "Adalah sukar untuk kita menilai penentangan rakyat sebenarnya kerana rakyat mungkin lebih berwaspada, namun saya tidak nampak adanya tentangan yang berlebihan dalam perkara ini."

Pihak media pun bersikap sambil lewa sahaja. Malahan, The Star yang satu ketika dulu pernah terpaksa menutup pintu untuk sementara kerana menentang penahanan di bawah ISA pada 1987 dulu, kini sengaja bersikap akur dengan kerajaan. Seperti akhbar utama yang lain, ia tidak pun mempertikaikan tindakan kerajaan ataupun memberi ruang kepada pembangkang menyuarakan bantahan mereka. Akhbar itu lebih bersedia memberikan liputan kepada gambar dan cerita rusuhan di Jakarta dan Manila.

Berita Yang Diperam

Lim Guan Eng, naib pengerusi DAP telah berkata: "kerajaan sengaja memeram berita" dengan mengarahkan akhbar utama tidak melapurkan apa-apa mengenai penangkapan itu. "Kami terpaksa bergantung kepada Internet dan berita lisan dan risalah yang diedarkan di jalanan". Lim bertegas, betapa kerajaan sedang dihenyak sekarang, sebagai ekoran kepada beberapa siri perisitiwa yang bermula dengan penangkapan Anwar dulu pada 1998, sehinggalah kepada usaha menyelamatkan syarikat yang muflis yang dipunyai oleh para kroni dan pakpacak pada tahun ini, yang telah meminggirkan sebahagian besar rakyat marhaen. Semua itu belum lagi menjadi kuasa besar yang mampu mendesak Mahathir membebaskan orang yang ditangkapnya. Malahan SUHAKAM belum berjaya mendapatkan kebenaran polis untuk menziarahi orang yang ditahan, walaupun ia mempunyai mandat untuk melakukannya.

Syed Husin Ali, seorang ahli pengasas Gerakan Hapuskan ISA, yang melibatkan juga parti politik lain dan 76 pertubuhan bukan-kerajaan, mengaku betapa lembabnya pergerakan untuk menyanggah kerajaan. Dia telah menyebut beberapa himpunan rakyat yang akan dimulakan pada Mei 18 ini dan berakhir dalam satu perhimpunan di Kuala Lumpur pada awal Jun untuk menepati 60 hari terangkapnya Ezam dan rakan-rakannya.

"Tuduhan terhadap mereka itu memang serius dan memang tidak pun berasas.... Jika tidak mereeka sudah lama dihadapkan ke mahkamah untuk didakwa." Sebagai seornag bekas tahanan ISA, dia menolak tuduhan kerajaan betapa keganasan sudah membuak seperti yang berlaku di Indonesia dan Filipina. "keadaan di sini amat berbeza, kerana rakyat marhaen amat sedar betapa perlunya berhimpun secara aman seperti yang selalu kami laksanakan, tanpa sebarang keganasan."


Terjemahan: SPAR-03-007





Rencana Asal:


The Far Eastern Economic Review

Issue cover-dated 24th May 2001

Anwar's Children

Ten opposition leaders have been jailed. Are Malaysians outraged? Well, not really

By Lorien Holland/KUALA LUMPUR

OPPOSITION LEADER Mohamad Ezam Mohamad Nor was on a roll. Across the country, crowds of several thousand people came to hear his charismatic speeches attacking government bailouts and cronyism. Support was growing.

The one-time political aide to former Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim talked of building up political awareness and organizing more rallies. He said that by keeping the government on its toes, his fledgling National Justice Party, or Keadilan, and its allies stood a chance of winning the next election in 2004.

His fiery words were enough to spook the authorities. In April, Prime Minister Mahathir Mohamad's government silenced Ezam and nine like-minded activists by arresting them under the Internal Security Act, which suspends normal judicial process and allows for indefinite detention without trial. Under the ISA, the home affairs minister must either release prisoners or sign a two-year detention order after 60 days. Ezam's deadline is June 9.

Mahathir's public justification for using the ISA was that the opposition leaders were amassing weapons for violent protests, and a pre-emptive strike was necessary for national security. He pointed to demonstrations in Indonesia and the Philippines and said he would not tolerate similar disturbances. "They could have been arrested under normal laws but normal laws require certain evidence and procedures and processes, which I suppose from the police point of view is not effective in preventing something from happening," he told reporters.

A month later, the 10 are still in jail. No evidence has been revealed to support the allegations against them. None of them have been allowed access to a lawyer and only some have seen their families. The ruling coalition has blocked motions to discuss the detentions in parliament.

Nonetheless, Mahathir's gamble with the ISA is paying off, because he does not appear to have paid a high political price for silencing his most vocal critics. While protests from the opposition and non-government organizations are slowly multiplying, public indignation so far has been decidedly underwhelming. And the political establishment, while indicating it does not wholeheartedly condone the crackdown, has nonetheless fallen into line.

"Certainly, people are not jumping mad," says Penang state assemblyman Toh Kin Woon, who is on the record as opposing the detentions even though his party is a member of the ruling coalition. "It is difficult to know what is the balance of forces, as people may be concerned about expressing their opposition in public, but I don't get the impression that there is a lot of adverse reaction."

The media has also done little to rock the boat. Even The Star, which was temporarily shut down for its stance against a rash of ISA detentions in 1987, has toed the government line. Like other mainstream newspapers, it has not questioned the arrests or allowed the opposition a voice, and has given prominent coverage to the violence in Jakarta and Manila.

NEWS BLACKOUT

Lim Guan Eng, vice-chairman of the opposition Democratic Action Party, says there is an "effective news blackout" keeping the press silent on the detentions. "We have to rely on the Internet and word of mouth and pamphlets distributed in the street," he says.

Lim insists that the political tide is turning against the government, following a series of events from the jailing of Anwar in 1998 to the bailing out of politically connected companies this year, which have alienated significant segments of the population.

But that has yet to translate into pressure on Mahathir to release the detainees. Even Malaysia's Human Rights Commission has been unable to force the police to allow visits, though it has the statutory authority to do so.

Syed Husin Ali, a member of the recently formed Abolish ISA Movement, which includes political parties and 76 non-government organizations, concedes that momentum has been slow to gather. He says a series of political gatherings will kick off on May 18, and culminate in a rally in Kuala Lumpur in early June to mark 60 days of detention for Ezam and the others.

"The allegations against these people are very serious and totally unfounded . . . otherwise they would charge them in court," Husin says. The one-time ISA detainee also refutes government claims that violence was brewing comparable to that in Indonesia and the Philippines. "Things are different here, as people here are aware of the need for peaceful assembly and our meetings are always peaceful."