Laman Webantu   KM2A1: 4508 File Size: 22.3 Kb *



TAG SP 124: Keadilan di atas Longgokan Najis
By Augustine Pal

20/5/2001 8:16 pm Sun

TAG 124

[Seorang hakim yang adil seharusnya meletakkan beban membukti kepada pihak pendakwa - bukannya kepada pihak tertuduh. Hakim Ariffin Jaka langsung tidak mengarahkan Azizan diperiksa apa-apa atau dikenakan sebarang hukuman walaupun dia telah menyanggahi keterangan dirinya sendiri dan terlibat dengan rela diperlakukan oleh Anwar jika kejadian itu memang benar. Sampai sekarang hakim ini masih belum menulis keputusannya dan ini adalah satu kesalahan yang sepatutnya ditegur oleh hakim negara kerana ia menyebabkan pihak tertuduh tidak dapat merayu keputusannya. Nampak jelas ada sesuatu yang tidak kena di sini kerana Anwar sengaja ingin diperkena oleh seseorang yang amat berkuasa dengan segala apa cara.

Sila maklum rencana asal ini bukan ditulis oleh sdr Harun Rashid (Siri Worldview) seperti yang mungkin terpapar di beberapa laman yang masih belum dikemas kini. Untuk mengelakkan kekeliruan, kami menyandarkan rencana ini kepada nama Augustine Pal. - Editor]


Terjemahan: SPAR-09-010


Keadilan di atas Longgokan Najis

(Justice on a Dunghill - The Finale)

Keputusan penghakiman Ariffin Jaka di dalam perbicaraan kes l*wat Anwar akan sentiasa dikenang sebagai satu contoh utama keadilan Malaysia yang berada di atas longgokan najis. Terlalu busuk penghakiman itu dan terlalu lemah alasan-alasan yang dikemukakan sehingga pada hakikatnya ia telah memperlekehkan kebolehan berfikir orang-orang yang waras yang berhak untuk mengharapkan satu penghakiman yang lebih kukuh biarpun dari seorang hakim boneka di mahkamah kanggaru.

Teras utama kepada hujah hakim boneka ini adalah Azizan tidak mempunyai sebarang sebab untuk berbohong dan tidak akan mendapat sebarang faedah dengan berbohong. Sungguh menakjubkan sekali alasan pelbagai guna yang digunakan untuk menjatuhkan hukuman kepada seseorang, dicedok terus dari sekolah latihan hakim-hakim boneka untuk digunakan terhadap tertuduh apabila kepupusan bukti-bukti yang kukuh. Sudah tentu tidak begitu sukar untuk menghukum seseorang di Malaysia dengan tuduhan rogol atau liw*t seperti ini terutama sekali apabila si penuduh tidak perlu sebarang saksi, bukti-bukti sokongan ataupun perlu menjalani pemeriksaan perubatan.

Berkenaan dengan hujah Ariffin bahawa kenyataan Azizan disokong oleh pengakuan Sukma, ini adalah satu bukti yang sungguh menjijikkan, tidak ikhlas, memualkan pernah diterima oleh sebarang mahkamah yang berada di atas longgokan najis. Sukma telahpun membuat kenyataan bahawa 'pengakuan'nya adalah palsu dan dipaksa oleh polis semasa beliau ditahan di kurungan bawah tanah polis, jadi mengapa seorang hakim perlu bersandar kepada sebuah pengakuan yang dipaksa? Kenyataan bahawa ia tidak lagi diakui oleh orang yang membuat pengakuan itu sudah cukup untuk mana-mana hakim yang waras menolaknya tetapi Ariffin bukanlah hakim seperti itu. Dia adalah boneka tidak berhati perut yang menari-nari di atas tali mengikut melodi Mahathir.

Mari kita ajar hakim gelap ini sedikit prinsip perundangan. Tidak dapat disangkal lagi, sebarang pengakuan yang didapati dari kurungan bawah tanah polis perlu diteliti dengan penuh sangsi, di mana ia hanya boleh diterima di mahkamah sekiranya ia melibatkan orang yang membuat pengakuan sahaja. Seandainya pengakuan itu melibatkan orang lain, maka ia tidak boleh diterima sebagai benar tanpa siasatan yang sewajarnya, tidak kira betapa keras ia dikatakan oleh orang yang membuat pengakuan kerana ia MEMBABITKAN ORANG LAIN yang perlu menerima keadilan yang sewajarnya. Apa yang dilakukan oleh Ariffin Jaka bukan sahaja telah menerima bulat-bulat 'pengakuan' Sukma sehingga menjejaskan Anwar tetapi juga menerima satu pengakuan yang telah dibatalkan. Pihak pendakwa terpaksa mencari mengorek apa sahaja sebagai bukti dan hanya berjaya mempersembahkan sesuatu yang meloyakan. Apa yang lebih mengkagumkan adalah hakim pun sanggup menerimanya. Tidak kurang juga yang berpendapat bahawa corak penghakiman itu 'berbau' campurtangan politik dan apabila ia dilakukan oleh seorang hakim yang duduk di atas longgokan najis, 'baunya' begitu menusuk hidung.

Hakim tersebut seperti orang bodoh apabila ia memuji Azizan sebagai seorang saksi yang boleh dipercayai dan terpuji. Pernah ia sendiri memarahi Azizan semasa sesi perbicaraan apabila didapati sering mengubah kenyataan dari sebelumnya pada hari-hari yang berikutnya. Saksi utama ini telah terperangkap dengan dirinya sendiri di dalama kenyataan mahkamah sebelum itu dan mengakui bahawa ia telah mengikut cadangan polis di dalam menentukan masa kesalahan itu dilakukan. Dengan mudahnya ia tidak dapat mengingati sebarang tarikh dan tidak dapat menjelaskan mengapa ia masih berkunjung ke rumah Anwar selama lima tahun selepas ia dikatakan telah diliwat itu. Bahkan tiada sebarang tilam bertanda yang boleh membantu kenyataan yang teruk itu.

Menjadi bodoh adalah satu perkara tetapi apabila hakim Jaka menjadi tidak waras, sudah tiba masanya untuk bertanya sama ada ia terlalu bersungguh-sungguh untuk memuaskan hati tuannya sehingga mengakibatkan dirinya turut diliwat. Hakim hina ini telah menolak alibi peguambela Anwar dengan alasan ia tidak merangkumi tempoh masa dari 1 Jan hingga 12 Feb. Padahal peguambela Anwar telah mengemukakan bahawa katil tersebut hanya dihantar selepas 12 Feb. dan bukti yang dibawa menunjukkan bahawa apartmen tersebut sedang dalam pengubahsuaian sebelum 12 Feb. Bagaimana satu-satu hubungan intim boleh dilakukan di dalam sebuah apartmen tanpa sebarang katil dengan diselubungi oleh serpihan-serpihan batu dan habuk dari proses pengubahsuaian dan pekerja-pekerja yang bising menyiapkan kerja. Tidakkah ini menunjukkan bahawa Ariffin Jaka benar-benar sakit dan menyakitkan dalam menegakkan benang yang basah bagi menghukum Anwar bersalah?

Sebenarnya Ariffin Jaka telah meletakkan satu tugas yang amat berat kepada Anwar untuk membuktikan dirinya tidak bersalah dari kepada pihak pendakwa untuk membuktikan Anwar bersalah. Kehadiran katil itu adalah penting kerana Azizan mendakwa ia telah diliwat di atas sebuah katil. Jaka berkata bahawa walaupun katil tersebut dihantar pada 12 Feb., itu tidak bermakna tiada katil atau tilam lain di situ. Adakah pihak pendakwa pernah membuktikan bahawa wujudnya katil atau tilam lain di situ? Tidak! Hakim ini hanya membuat andaian dan andaian yang menampakkan kebodohan itu sudah cukup untuk membuktikan kes itu sebagai 'sesuatu yang amat mencurigakan'. Sekiranya pihak pendakwa tidak dapat membuktikan bahawa terdapat katil lain sebelum 12 Feb., maka itu sudah cukup menjadi alasan untuk membuang kes tersebut.

Aspek paling melucukan dari kacamata mahkamah ini adalah apabila Ariffin mengugut untuk mendakwa Anwar sebagai menghina mahkamah. Jika tidak kerana ia adalah sebuah pertunjukan sarkis yang mengerikan, sudah tentu kami semua akan ketawa. Mahkamah yang sebegitu hina turut memerlukan sedikit penghormatan. Penghormatan akan diterima jika berlaku adil dan mulia tetapi Ariffin Jaka telah menerima satu penghinaan yang paling tinggi dari kami sebagai hakim tidak bermaruah yang telah memijak-mijak semua prinsip keadilan dan bidang kuasa semata-mata untuk menghukum seorang yang tidak bersalah.

Menyentuh tentang hukuman berat selama 9 tahun yang perlu dijalani sebaik sahaja tamat tempoh hukuman yang sebelumnya iaitu selama 6 tahun, sudah tentu ianya datang dari Mahathir sendiri. Bagaimana boleh satu kes liwat yang dipersetujui bersama di antara orang dewasa boleh dihukum dengan 9 tahun? Adakah perbuatan itu boleh membawa kesan buruk kepada masyarakat dan orang awam sekiranya ia benar-benar berlaku? Dengan hukuman seberat ini yang tidak sepadan dengan pertuduhan yang dikenakan, ia menunjukkan bahawa pendakwaan politik yang sebenarnya telah berlaku. Bagaimana kita boleh menerimanya sedangkan Azizan (yang tidak menerima apa-apa selain dari dijulang naik ke atas dari seorang pemandu kepada pengarah sebuah syarikat) tidak dikenakan hukuman?

Rakyat Malaysia berhak mendapat yang lebih baik dari ini. Kita telah diperdayakan secara terbuka, ditipu dan dipersembahkan dengan satu keangkuhan kuasa yang memalukan, yang mengumpamakan hak, kebenaran, keadilan itu sebagai habuk rumah yang boleh disapu keluar demi kepentingan politik. Kita telah menyaksikan mahkamah-mahkamah disalahgunakan untuk menghancurkan musuh-musuh politik melalui perbicaraan- perbicaraan yang menjijikkan. Kita berhak menerima yang lebih baik dari seorang perdana menteri yang tidak mempunyai moral dan perikemanusiaan dan seperti Stalin dan Hitler akan menyalahgunaan setiap alat perkakas demokrasi bagi mencapai matlamat politiknya.

Apa yang lebih menyedihkan adalah kesemua ini telah dilakukan di datas nama keadilan yang sebenarnya telah dipesongkan, dilanyak dan dikeronyok demi memuaskan nafsu seorang manusia yang berhati syaitan. Dari segi moral, masyarakat kita telah terjejas dengan teruknya, golongan muda dan yang mudah terpengaruh telah disajikan dengan keadilan yang tidak bertamadun seolah-olah kuasa yang dipegang itu menjadi alat untuk menghancurkan sesiapa sahaja yang dianggap mencabar kedudukannya. Kita sedang menghadapi bahaya yang amat besar dari segi kejatuhan moral.

Adalah lebih baik jika Mahathir telah memenjarakan Anwar di bawah ISA selama mana yang ia sukai sepertimana yang pernah dilakukan oleh Lee Kuan Yew terhadap Chia Thye Poh dan Said Zahari (tambahan oleh penterjemah) dan mengambil tanggung jawab di atas kekejamannya itu. Sekurang-kurangnya ia tidak akan merosakkan asas moral di dalam masyarakat kita dengan sebegitu teruk. Dengan menyalahgunakan mahkamah-mahkamah, polis dan jabatan peguam negara untuk melaksanakan perseteruannya dengan Anwar termasuk mempertaruhkan nyawa orang-orang yang tidak bersalah, Mahathir sebenarnya berharap agar kejahatannya itu ditanggung oleh alat perkakas awam ini. Kesannya kepada masyarakat Malaysia sangat dahsyat sekali. Wira-wira kebanggaan kita kini adalah sampah-sampah masyarakat seperti Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda Ali. Kerosakan yang telah dibuat akan mengambil masa sehingga beberapa generasi untuk dipulihkan di mana golongan belia kita terpaksa menelan satu konsep yang sangat halus berkaitan kebaikan, kesamarataan dan keadilan yang telah diselindungi oleh pembohongan, penipuan dan kepalsuan.

Kepada Mahathir kita mesti nyatakan dengan penuh persefahaman bahawa KAMI BUKANNYA BODOH! Semenjak bermulanya perbicaraan ketika tarikh kejadian ditukar sebanyak dua kali bagi menepati kenyataan Azizan yang berubah-ubah dan kenyataan sebenar yang memalukan bahawa apartmen yang dikatakan itu masih belum siap sepenuhnya untuk diduduki pada tahun yang kejadian yang dikatakan berlaku itu, kita semua sedar apa yang sebenarnya telah berlaku. Tidak ada gunanya cuba memperbodoh-bodohkan orang awam seolah-olah mereka itu tidak dapat memahami satu perbicaraan awam. Adalah sesuatu yang menghina apabila mengharapkan orang awam akan menerima lakonan ini sebagai satu perbicaraan yang adil hanya disebabkan anda dan orang-orang suruhan anda berkata begitu.

Betapa tidak berertinya kejayaan Mahathir itu. Ia telah kehilangan rasa penghormatan dari sebahagian besar rakyat yang pernah mengkaguminya. Dari ramai-ramai menterinya, hanya si-anjing penjilat Ling Liong Sik dan si-tongong Menteri Luar Syed Hamid yang mempertahankan keputusan mahkamah itu. Menteri-menteri lain dan pemimpin-pemimpin politiknya, yang selalunya begitu kuat bersuara menyatakan sokongan terhadap ketua mereka yang berani itu tiba-tiba terdiam. Bahkan para pengampu politik ini tidak berani berhadapan dengan sentimen ramai untuk bangkit bersuara mempertahankan keadilan yang telah jelas tercemar. Di sebalik kejayaan Mahathir terserlah kekalahannya yang terbesar dan di dalam kekalahan Anwar di mahkamah pula terserlah kejayaannya yang terbesar.

Mahathir cuba untuk berselindung di sebalik topeng kebaikan dengan menyalahgunakan mahkamah bagi menyempurnakan perbuatan-perbuatan kotornya tetapi ia tidak boleh menyembunyikan bau yang telah dikeluarkannya. Ia tidak ubah seperti sebuah longgokan najis yang bersalut dengan bunga-bungaan. Ia tidak layak menjadi seorang pemimpin demokrasi moden. Setiausaha Negara AS (ketika itu), Madeline Albright telah menyatakannya secara ringkas dan tepat apabila beliau menyebut bahawa rakyat Malaysia berhak mendapat yang lebih baik dari Mahathir. Hitler dan Stalin mungkin akan berbangga dengannya.

Disumbangkan oleh : Augustine (ia lebih binatang dariku) Paul

Penterjemah: SPAR-09-010






Rencana Asal:

http://www.geocities.com/seachange_2000/dunghill.htm


Justice on a Dunghill - The Finale

by A. Pal

Ariffin Jaka?s judgement in the Anwar s###my trial will go down as a prime example of Malaysian dunghill justice. So smelly is his judgement and so flimsy his reasons that he practically insults the intelligence of all sensible people who have every right to expect a more substantive judgement even from a puppet judge in a kangaroo court.

The main thrust of this puppet judge?s argument is that Azizan had no reason to lie and had nothing to gain by lying. What a wonderful general purpose non-reason for convicting a man, straight from the school of puppet judges to be used against any defendant where hard evidence is lacking. It should not be too difficult to convict any man in Malaysia of rape or s###my on this premise especially when the accuser does not need any witness, corroborative evidence or even to be medically examined.

As for Ariffin?s argument that Azizan?s testimony was corroborated by Sukma?s confession, this is the most disgusting, slimy, vomit-inducing piece of fake evidence accepted by any dunghill court. Sukma had already testified that his ?confession? is false and forced from him by the police while he was held in the police dungeon so what more does the judge need to throw out the forced confession? Just the fact that it has been repudiated by the confessor should be good enough for any decent judge to reject it but Ariffin Jaka is no decent judge. He is a spineless morally gutless puppet dancing on a chain to Mahathir?s tune.

Let us teach this black judge a little legal principle. Notwithstanding that any confession extracted from the police dungeon should always be treated with suspicion, it can only be accepted at face value in a court if it involves only the confessor himself. If that confession implicates somebody else, it cannot be accepted as truth without proper investigation no matter how strenuously the confessor says so because IT IMPLICATES ANOTHER PERSON who must be treated fairly. What Ariffin Jaka has done is not only to blindly accept Sukma?s ?confession? with detriment to Anwar but also to accept a confession which has been repudiated! The prosecution scrapped the bottom of the barrel for evidence and could only come up with this piece of shit. What is even more amazing is that the judge accepted it. Small wonder that the judgement STINKS of political interference and when it is delivered by a judge sitting on a pile of dunghill, the STENCH is overpowering.

The judge became ridiculous when he praised Azizan for being a reliable and creditable witness. He himself had scolded Azizan during the trial for saying one thing today and another thing the next. The star witness had reversed himself in a previous court testimony and had admitted that he was coached by the police on the period of the alleged offense. Conveniently he could not remember any dates and he could not explain why he continued visiting Anwar?s house for 5 years after he was supposed to be s###mized. There was not even a stained mattress to help his pathetic testimony.

Being ridiculous is one thing but when judge Jaka became illogical it is time to question whether he bent over too far backwards to serve his master and got s###mized as a result. This contemptible judge rejected Anwar?s defense of alibi on the premise that it did not cover the period from Jan 1 to Feb 12. In fact Anwar?s counsel had submitted that the beds were only delivered after Feb 12 and evidence was produced to show that the apartment was in a state of renovation before Feb 12. How is sex to proceed in an apartment without any beds amid the rubble and the dust of renovation and workmen banging away? Isn?t Ariffin Jaka really sick and sickening in stretching his lies to breaking point to find Anwar guilty?

Ariffin Jaka appears to have placed the burden of proof on Anwar to prove himself innocent rather than on the prosecution to prove him guilty. The presence of a bed is important because Azizan claimed that he was s###mized on a bed. Jaka said that even though the beds were delivered on Feb 12 this does not mean that there were no other bed or mattress. Did the prosecution proved that there were other bed or mattress? No! The judge was speculating and his speculative frolic is enough to prove the case to him "beyond reasonable doubt". If the prosecution cannot prove that another bed was present before Feb 12 than that should be reason enough to throw out the case.

The most comical aspect of this courtroom spectacle was when Ariffin Jaka threatened to charge Anwar for contempt of court. If it weren?t such a gruesome circus, we would all laugh. An utterly contemptible court expecting respect indeed. Respect must be earned by being fair and honourable but Ariffin Jaka has earned our utmost contempt as a morally unfit judge who rode roughshod over all principles of justice and jurisprudence to convict an innocent man.

As for the harsh sentence of 9 years to be served consecutively with the previous 6 years, it could only have come from Mahathir himself. How can a case of consensual s###my between adults be punished with 9 years? What is the harm done to society and the public even if it had taken place? This harsh sentence alone which is far in excess of the nature of the charge shouts in no uncertain terms that this is indeed a political persecution. How is one to reconcile with the fact that Azizan (nothing to gain except to be elevated from driver to company director) escaped punishment?

Malaysians deserve better than this. We have been openly deceived, lied to and given a shameful display of arrogant power where might equals right and truth and justice are nothing but house dust which can be swept away if politically expedient. We have seen the courts abused to crush political enemies in revolting show trials. We deserve better than a prime minister who has no sense of morality and decency and like Stalin and Hitler will abuse every instrument of democracy to serve his political ends.

What is all the more anguished is that all this has been done in the name of justice which has been twisted, beaten and battered to serve the evil designs of one man. Our society has been morally damaged to the core, the young and impressionable are given a taste of barbaric justice as if power equals the right to crush anyone who gets in your way. We are in grave danger of moral bankruptcy.

It would be better if Mahathir had imprisoned Anwar under ISA for as many years as he likes just like Lee Kuan Yew did to Chia Thye Poh and bear the responsibility of being cruel. At least it would not damage the moral foundation of our society so much. But in abusing the courts, the police and the Attorney-General?s office to carry out his personal vendetta against Anwar including trampling on innocent lives, Mahathir hopes that the responsibility for his evil will be borne by these public instruments. The implication for Malaysian society will be horrendous. Our heroes are now scums like Azizan Abu Bakar and Ummi Hafilda Ali. The damage done will take generations to undo as our youth grasps at the tenuous concepts of goodness, fairness and justice which have been beaten by lies, deceit and falsehoods.

To Mahathir we must say emphatically that WE ARE NOT FOOLED! From the onset of the trial when the date of the charge twice to fit Azizan?s shifting testimony and the embarrassing reality that that alleged apartment was not even completed in the year claimed, we all knew what was going on. It is no use treating the public as fools who cannot understand a public trial. It is adding insult to injury to expect the public to accept this charade as a fair trial just because you and your lackeys say so.

What a hollow victory for Mahathir it has been. He lost the respect of a large section of the population who once adored him. Of his ministers, only the lapdog Ling Liong Sik and the fool Foreign Minister Syed Hamid defended the judgement. His other ministers and political leaders, normally loud and vocal in their support of their brave leader are unaccustomedly silent. Even these political sycophants dare not risk the tide of popular sentiment by speaking out to defend this blatant rape of justice. In Mahathir's victory lies his biggest defeat and in Anwar's courtroom defeat lies his ultimate victory.

Mahathir tried to hide under a veneer of decency by abusing the courts to do his dirty deeds but he cannot hide the smell he emits. He is nothing but a dunghill covered with flowers. He does not deserve to a leader of a modern democracy. U.S. Secretary of State Madeline Albright said it succinctly when she said Malaysians deserve better than Mahathir. Hitler and Stalin would have been proud of him.


Contributed by:

Augustine (he's a bigger monster than me) Paul