Laman Webantu   KM2A1: 4509 File Size: 22.3 Kb *



TJ SP MGG: Lawatan Vajpayee: Indah Khabar Dari Rupa
By M.G.G. Pillai

20/5/2001 9:19 pm Sun

MGG 1141

[Sebenarnya MOU (memorandum persefahaman) tidak ada benda kerana ia sekadar cetusan rasa yang tidak perlu merasa terikat dengannya. Malaysia mendesak India mengkaji duti minyak kelapa sawit sedangkan itu akan menjejaskan pendapatan penanam kelapa miskin di Kerala, India. Hubungan antara Malaysia-India semakin dingin kerana Mahathir agak kurang ajar melayan tamunya di sini. Vajpayee ada menyentuh lembut mengenai kes Kg Medan namun itu tidak disenangi sehingga Mahathir menyerang kasar tanpa hormat kepada PM India ini tetapi tidak malu pula merayu agar dikaji semula tarif dan duti. India tidak akan akur sahaja melainkan ia mahu sesuatu dibuka di sini untuknya juga. Lawatan ini telah gagal dimanfaatkan tetapi telah semakin mencederakan beberapa harapan. Salah siapa jika tidak seseorang yang sudah menggelepar kepupusan kekuatan. - Editor]


Terjemahan: SPAR-01-012

(Artikel asal dalam Bahasa Inggeris terdapat dalam Majalah "Outlook New Delhi" bertarikh 28 Mei, 01.)



Lawatan Vajpayee: Indah Khabar Dari Rupa.

(The Vajpayee Visit: A Much Ado about Nothing)

(Artikel asal dalam Bahasa Inggeris terdapat dalam Majallah "Outlook New Delhi" bertarikh 28 Mei, 01.)

Perdana Menteri India, Mr. Atai Bihari Vajyapee, telah berlepas daripada Kuala Lumpur untuk pulang selepas melaksanakan satu lawatan rasmi selama empat hari yang berkesudahan dengan pelbagai kenangan yang bercampur-baur. Dia tidak berjaya mendapatkan apa yang dihajatinya, sambil menyerlahkan betapa peranan New Delhi masih lagi berbisa seperti yang memang lama disangka. 'Dulu, India merupakan seorang khadam Soviet di Asia, kini ia bertukar lakonan menjadi boneka unggul Amerika Syarikat pula,' demikian pendapat seorang diplomat kanan Malaysia. Dalam perbincangan mengenai perdagangan dua hala tidak ada sesuatu yang menonjol yang mampu diketengahkan. Beberapa surat pernyataan hasrat-niaga (MOU: Memorandum of Intent) telah ditandatangani antara syarikat-syarikat India dan Malaysia, tetapi semua itu tidak bermakna apa-apa: semua itu hanya merupakan perjanjian yang bukan memestikan penglaksanaannya, hanya setakat untuk berbincang lagi cerita urusniaga di lain masa.

Malaysia memang sudah lama terkenal kerana kepintarannya menggunakan MOU itu sebagai alat kesenian yang digunakan ketika berbincang dengan negara luar, terutama sekali di Afrika, Asia Tengah, dan Pasifik Selatan --- Malaysia pernah menandatangani 600 keping MOU dengan Papua New Guinea, hampir semuanya itu tidak pernah ditunaikan - "kita tidak payah ambil pusing perkara itu semua," kata bekas duta Malaysia di New Delhi, Mr. Ben Haron. Beberapa protocol mengenai pemansuhan visa untuk para diplomat dan juga percukaian berganda telah ditandatangani. Tetapi, satu perjanjian mengenai ekstradisi telah tersangkut dalam kekalutan birokrasi.

Mr. Vajpayee tiba di Malaysia pada petang Ahad, dan telah diberikan jamuan makan malam sebagai tetamu warga perniagaan Malaysia. Keesokan harinya beliau diberikan sambutan rasmi negara di Putra Jaya., kira-kira 30 km daripada Kuala Lumpur. Dia telah berbincang bersendirian (secara empat mata) dengan Perdana Menteri Dr. Mahathir selama satu jam, dan kemudiannya telah turut serta dalam perbincangan dua hala. Yang anihnya tidak ada kunjungan hormat kepada Yang Dipertuan Aong, sebagai ketua perlembagaan negara. Dia telah mengadakan lawatan di Menara Kembar Petronas, yang merupakan bangunan tertinggi di dunia setakat ini, sehinggalah terbinanya beberapa bangunan tinggi lain yang akan merangkul gelaran bangunan tinggi dunia itu, akhirnya. Namun, semua jadual itu adalah sesuatu yang sungguh memenatkan seorang pemimpin dunia yang sudah pun menjangkau 77 tahun, usianya.

India dan Malaysia telah bersetuju dengan beberapa aspek globalisasi dan mempunyai beberapa alasan yang sama mengenainya. Namun, mereka mempunyai beberapa pendapat berbeza mengenai masalah rantau ini dan juga perkara perdagangan dua hala. Malaysia memang bersedia memberikan peluang kepada syarikat India mengemukakan tender projek di negara ini, dengan syarat mereka dibayar dengan minyak sawit. Malahan, beberapa projek keretapi dan pembikinan jambatan yang dianugerahkan kepada Indian Railways dan L&T telah dibayar dengan minyak sawit sahaja. Ketika Mr. Vajpayee menyatakan kesanggupannya menerima minyak sawit Indonesia sebagai bayaran untuk mendapatkan peralatan kelengkapan pertahanan, perkara itu telah mengejutkan Malaysia yang sebelum itu telah sengaja bersikap renggang dan dingin dengan India, kata Mr. Haron. Kini, Malaysia sudah semakin ghairah mahu memetrai perjanjian yang serupa dengan India. Sepanjang lawatan Vajpayee itu, memang ada disediakan satu pameran peralatan pertahanan India. Keghairahan Malaysia itu memang ada sebabnya. Para pekebun kecil Malaysia menanam kelapa sawit, tetapi harga minyak sawit adalah lebih rendah daripada kos pengeluarannya. Negara mempunyai stok simpanan minyak sawit yang besar dan masih tidak laku, lainlah kalau menjualnya dengan kerugian yang besar juga. Kos pengeluaran ialah sekitar RM800 bersamaan USD 200 per ton. Tetapi, harga pasaran minyak sawit sedang berada di paras yang sama, setelah menjunam daripada USD 200 ataupun RM1200 pada satu ketika dulu. Inilah yang menghenyak dasar kerajaan untuk menyelamatkan masyarakat luarbandar daripada kepompong kemiskinan mereka. Penanaman kelapa sawit yang merupakan kebanggaan negara, kini menghantui kerajaan untuk menjerat mereka. Itu sebabnya kerajaan Malaysia mendesak agar India menurunkan harga cukai minyak makan, dan New Delhi sudah pun berjanji mengkaji perkara itu.

Malaysia memang bergantung harap kepada India untuk melaksanakan kerja-kerja seliaan jet pejuang MIG dan beberapa jenis jet pejuang yang lain dan juga kemungkinan membeli alat kelengkapan perang di masa hadapan. Semua itu mahu dilaksanakannya dengan meniru cara Jakarta menjual minyak sawitnya. Harga minyak sawit adalah satu isu yang sensitif di Malaysia. Isu ini boleh menjatuhkan kerajaan yang ada terutama sekali selepas kerajaan dihantui masalah mantan timbalan perdana menteri yang masih lagi merengkok dalam penjara. Seorang analis politik di Universit Malaya ada berkata: "kemelut Anwar adalah penyebabnya kenapa banyak perkara tidak dapat diselesaikan dalam perbincangan dua hala ketika lawatan Viapayee itu."

Bukan sahaja perdagangan dua hala yang menjadi masalahnya. India mahu peranan yang lebih menonjol dalam sinario ASEAN. Inilah satu pakatan antara 10 negara yang mengikut Mr. Vajpayee mempunyai satu ruang sempadan yang panjangnya mencecah 1,600 kilometere. Para pegawai Malaysia tidak berapa setuju dengan Vajpayee. Keghairahan India untuk memainkan peranan itu memang dicabar secara senyap, terutama sekali setelah India menyokong rancangan Amerika Syarikat untuk memperbesarkan system 'global missile defence' (pertahanan sejagat dengan menggunakan peluru berpandu). Pendirian India itu sama ada betul ataupun satu kesilapan dianggap sebagai satu taktik untuk mengekang kemungkinan China menjadi khadam kepada Amerika Syarikat. Cara mana pun yang digunakan untuk menganalisa lawatan Vajpayee itu, tersisihnya sebarang isu mengenai perbalahan politik yang menyelubungi AS-China, membuatkan perundingan India-Malaysia itu turut menjadi dingin. Perbezaan pendapat antara New Delhi dan Kuala Lumpur akan terus kekal berterusan. Dalam syarahan terbukanya berjodol "India and Asean: Shared Pespectives" (India dan Asean: Satu Perkongsian Pespektif) Mr. Vajpayee telah bersuara lantang mencadangkan betapa India harus memainkan peranan yang lebih besar di dalam ASEAN. Tetapi, cadangan itu adalah sesuatu yang memang tidak pernah diimpikan oleh negara-negara yang menjadi ahli gagasan Asean itu. Malahan pada tahap awalan lagi India tidak diambilkira sebagai rakan dialog kepada gagasan itu disebabkan perhubungannya yang rapat dengan Soviet Union. Ia hanya menjadi rakan dialog selepas Soviet Union diberikan penghormatan itu. Inilah peranan yang diberikan ASEAN kepadanya sedangkan peranan itu tidak pun diberikan kepada Pakistan. Para diplomat dan analis di sini tidak fikir India akan diberikan keistimewaan yang lebih dari itu. "India telah menutup payung Soviet untuk mengembangkan payung Amerika pula," mengikut seorang penganalisa Malaysia, "dan ASEAN tidak berminat melihatkan India lebih aktif daripada peranannya dalam dua perkara itu."

Para pegawai India memang tidak senang hati dengan pendapat begini: tetapi, New Delhi mesti mengatasi pespektifnya dulu sebelum mengharapkan berlakunya perubahan kepada sikap yang sedia ada. Ketibaan Mr. Vajpayee itu telah didahului oleh majlis pemergian pemimpn Cuba, Fidel Castro yang tidak pernah mempunyai pendapat yang berbeza terhadap negara yang berani mencabar kepimpinan Amerika Syarikat. Seorang duta sebuah negara European Union ada menyatakan, betapa kemunculan Vajpayee itu hanya didahului oleh pemergian Castro daripada Kuala Lumpur. Ini memberikan gambaran betapa India perlu berusaha lebih gigih lagi mendesak Malaysia dan ASEAN untuk menerima pendapatnya pula. Memang wujud satu petelingkahan pendapat antara India dengan beberapa negara di wilayah ASEAN. India memang sudah lama mengabaikan ASEAN kerana adanya masalah politik antaranya dengan China. Sebaliknya, China tidak pernah memperkecilkan peranannya di rantau ini, Seorang bekas duta Malaysia, Mr. Jack de Silva ada berkata; "China memang bersedia menunjukkan kekuatannya dan bersedia menjalinkan hubungan dengan tujuan untuk jangka panjang, sedangkan India hanya merasa selesa menzahirkan kewujudannya selama ini." Namun, kata beliau, ada kalanya India mampu juga menunjukkan keangkuhannya. "Inilah sebabnya," kata beliau, "India tidak pernah memenangi satu pun kontrak pembinaaan mengikut cara tender terbuka." Itu sebabnya apabila India berusaha mendapatkan kerjasama rantau ini untuk memenuhi kepentingan geopolitik, tidak ramai pihak yang sanggup menunjukkan minatnya. Memang wujud satu perasaan curiga di kalangan negara ASEAN kalau-kalau India muncul sebagai satu kuasa tentera yang kuat di rantua ini. Perkara ini tidak pun dibangkitkan dalam perbincangan Vajpayee pada kali ini, demikian sumber berita Malaysia ada memberitahu. Namun kegusaran dalam hal ini masih terus kekal jua. Sentimen keraguan ini pun masih menebal terhadap China. Kemelut Pulau Hainan di mana sebuah pesawat risikan Amerika terkandas adalah satu gambaran betapa kekuatan China amat ditakuti dalam usahanya untuk menguasai satu kawasan yang kaya dengan hasil buminya di persekitaran Lautan China Selatan. Seorang penganalisa strategi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ada berkata: "memang wujud keraguan terhadap India dan China di rantau ini. Tetapi India lebih menakutkan kerana keengganannya memahami kelemahan rantau ini, sambil bertegas, untuk menyelesaikannya mengikut ragam kegoyahan geopolitik dan keselamatan sejagatnya.

Hubungan Indo-Malaysia memang tidak menentu disebabkan pengalaman silam yang kerap mencelaru. Pernah juga berlaku sedikit pemulihan walaupun secara perlahan yang mampu menyuntik sebarang haruman kepada hubungan itu. Malaysia terus memeram keraguan terhadap India kerana keengganannya membantu Malaysia walaupun pada satu ketika dulu Malaysia memihak kepada India dalam perbalahan mereka dengan Pakistan dan juga China. Malaysia pernah mencadangkan nama India sebagai rakan berdialog kepada ASEAN pada awal 1970-an dulu. Malangnya New Delhi bersikap dingin ketika itu dan pernah bertindak menyanggah ASEAN satu ketika dulu, sedangkan itu adalah satu tindakan yang tidak perlu. Mr. Haron percaya gelagat itu mempunyai kaitannya dengan masalah India dengan Pakisatan. Selagi masalah itu berterusan dan menghantui India, usahanya untuk memainkan peranan yang lebih besar di rantau ini "akan pasti mencapai kegagalan juga," katanya. Memang sudah ada kiasan perkara itu. Negara Asia Tenggara kerap memandang kepada India seperti gelagat peniaga Amerika Syarikat menaruh harapan kepada China: jawapannya terletak kepada wujudnya berbilion manusia yang bakal menjadi pelanggan kepada barangan buatan mereka.

Walau bagaimana pun, lawatan Vajpayee itu merupakan satu langkah awal kepada lebih banyak lagi lawatan yang tidak rasmi oleh para pemimpin daripada kedua negara, lebih ramai yang datang daripada India akan lebih membawa makna. India memang dianggap sebagai sahabat yang menyenangkan untuk bersuka. Desas desus yang mengatakan India akan membina satu pangkalan tentera laut di Andaman, dengan kemungkinan pangkalan itu dipajakkan kepada pasukan tenera laut Amerika Syarikat, telah dinafikan oleh para pegawai India. Namun, berita angin itu sudah mencukupi untuk mencetuskan keraguan di kalangan Malaysia dan ASEAN agar lebih bewaspada juga.


Terjemahan: SPAR-01-012




Rencana Asal:

I contributed this to Outlook magazine in New Delhi and an edited version of this appears in its latest issue, dated 28 May 01 - MGG.

-

THE VAJPAYEE VISIT: A MUCH ADO ABOUT NOTHING?

M.G.G. Pillai in Kuala Lumpur


The Indian Prime Minister, Mr Atal Bihari Vajpayee, left Kuala Lumpur after a four-day official visit with a mixed bag of results. He did not get what he wanted, the inherent suspicions of New Delhi as potent as it ever was, despite exchanging its "role as the Soviet pointman in Asia to that of a United States satrap", a senior Malaysian diplomat said. In bilateral discussions, nothing much of significance emerged. Numerous MOUs (memoranda of understanding) were signed between Indian and Malaysian companies, but they mean nothing: it is an unenforceable agreement to talk about future business.

Since Malaysia made the MOUs into a fine art when talking to foreign countries, especially in Africa, Central Asia, and the South Pacific -- it signed 600 MOUs with Papua New Guinea, almost all of which not pursued -- "one should not pay much attention to them," a former Malaysian ambassador to New Delhi, Mr Ben Haron, noted. Protocols on visa exemption for diplomats; and for double taxation were signed. But one for extradition got caught in bureaucratic muddles.

Mr Vajpayee arrived in Malaysia on Sunday evening, attended a dinner organised by Malaysian business men, with a formal welcome the next day in the new administrative capital of Putra Jaya, 30 kms away from here. He had a private a one-hour "four-eyes" meeting with the Malaysian prime minister, Dato' Seri Mahathir Mohamed, and took part in the bilateral talks. Curiously, there was no formal call on the Yang Dipertuan Agung, Malaysia's elected King. He visited the Petronas Twin Towers, the tallest buildings in the world, at least until a half a dozen more under construction elsewhere in the world are completed. But it was punishing pace for an infirm 77-year-old leader.

India and Malaysia agree on the pernicious aspects of globalization, and find much common ground. But they differed on regional and bilateral affairs. Malaysia is prepared to let Indian companies bid for projects here in return for counter-trade payments in palm oil. Indeed, the railway and bridge building projects given the Indian Railways and L&T was paid for in palm oil. When Mr Vajpayee agreed to accept Indonesian palmoil for defence equipment, it jolted Malaysia out of its policy of keeping India at a distance, said Mr Haron. Malaysia is now keen to sign similar contracts with India. There was a small exhibition on defence equipment held in connexion with the visit.

And for good reason. Malaysia's smallholders grow oil palm, but the palm oil market prices are lower than Malaysia's cost of production. It has a huge inventory of unsold palm oil, and it cannot sell them without incurring further losses. Its cost of production is about RM800 (about US$200 a tonne) but the market price hovers just above that, down from RM1200 (about US$300). Its national policy of getting the rural Malays out of poverty is in trouble. From a sure-fire winner, palm oil now threatens to strangle it. Which is why the Malaysian government wanted India to reduce the duties and taxes on edible oil, which New Delhi has promised to look into.

Malaysia looks to India for servicing its MiG and other fighter aircraft, and for future purchases of defence equipment. It wants to do that with counter-trade in palm oil, as Jakarta. The price of palm oil is a sensitive issue here. It could bring down the government, especially now when it is caught in the political maelstrom the jailed former deputy prime minister, Dato' Seri Anwar Ibrahim had let loose. It is for this reason, as a political analyst from the University of Malaya, that "much could not have been expected bilaterally of the visit".

Not just bilaterally. India wants a higher profile role in ASEAN, the 10-nation regional grouping with which she, as Mr Vajpayee noted in a public lecture, had a 1,600-kilometre border. But Malaysian officials disagreed. India's role in Southeast Asia is quietly challenged, especially after her support for the United States' global missile defence system, and the view, right or wrong, that India's current push is to contain China as an American satrap. However one looked at the visit, the unmentioned US-China political rivalry cast a pall over the talks, the views of New Delhi and Kuala Lumpur remaining wide apart.

Mr Vajpayee's public leacture on "India and Asean: Shared Perspectives", wanted a higher role for India in ASEAN, a far cry from the membership it had earlier wanted. India was excluded even as a dialogue partner from the start because of her links with the Soviet Union and became one only after the Soviet Union herself became one. She has now a role in ASEAN which Pakistan does not, and diplomats and analysts here do not expect more. "India exchanged the Soviet umbrella for the American," noted one Malaysian analyst, "and ASEAN is not keen for India to be more active in either role."

Indian officials are incensed at this view, but it is perspectives that New Delhi must overcome before a change of attitudes occur. That the Cuban leader, Mr Fidel Castro, with his unbending view of countries standing up to the United States hegemon, left a few hours before Mr Vajpayee arrived, as a Europen Union ambassador noted, made India having to try harder to persuade Malaysia and ASEAN to accept her worldview.

This would point to continuing friction between India and the region. India has long neglected this region, and when it is does, it is its geopolitical quarrel with China that intrudes. China, on the other hand, makes no bones of its role, though it remains as in millennia past, it is predicated to securing its borders, as a former Malaysian ambassador, Mr Jack de Silva noted. "China is prepared to use its muscle, especially the Chinese diaspora, to build bridges, with a long term aim in mind" he said, "India, only just enough to keep itself in good odour in the region." But, he continued, India can be overbearing when it conducts its diplomatic or commercial affairs. "It is a fact," he noted, "that India has not won a single major construction contract by open tender." So, when Indian wants the region's help for its own geopolitical objective, there is little interest.

There is also an unspoken fear in the ASEAN chancelleries of India becoming a military presence in the region. Malaysian sources said this did not figure in the talks here. But the fear remains nevertheless. There is this similar fear in respect of China. The Hainan Island incident, when it forced a United States spy plane down, is one more fear of China's intentions towards the potentially mineral, especially petroleum, rich South China Sea. As one strategic analyst at the Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) said, "there is a fear of both India and China here, but India frightens more, because of her general refusal to see the region's strategic insecurities, and insists, when she does, upon addressing that in the light of its geopolitical and global insecurities."

Indo-Malaysian relations is stuck in a groove because of past hurt and mishaps. It improves incrementally, but at too slow a pace for any dramatic improvement in relations. Malaysia remains uncertain about India because of how Indian officials would not come to Malaysia's aid while Kuala Lumpur unstintingly supported India's causes -- against China, against Pakistan. Malaysia wanted India as a dialogue partner as a dialogue partner in ASEAN in the early 1970s, but New Delhi ignored and indeed took positions contrary to ASEAN when it need not have. Mr Haron believes it has to do with India's problems with Pakistan. So long as that continues, and India is preoccupied with it, her intentions for a larger role in the region "must necessarily fail," he opines. There is a tinge of that in the present. Southeast Asia looks to India the same way the United States business men look at China: the billion people as a consumer of the products they make.

If anything, the Vajpayee visit must be the forerunning of more frequent and informal visits by leaders of both countries, though more from India would be desirable. India is seen as a fair weather friend. Rumours that it plans a naval base in the Andamans, built with, and possibly leased to the United States navy, is denied by Indian officials, but is widespread enough to worry Malaysia and ASEAN even more.

Ends