Laman Webantu   KM2A1: 4514 File Size: 11.4 Kb *



TAG SP 125: Bila Ekonomi Menguncup
By Harun Rashid

21/5/2001 1:12 pm Mon

TAG 125

[Pelik dan anih, kerajaan sentiasa memberi perkhabaran positif mengenai ekonomi sedangkan banyak tanda menunjukkan ia sebenarnya sudah mencecah tahap negatif. Tanpa ketelusan dan ketepatan fakta pelabur dan peniaga terpaksa bergantung harap kepada berita dari lain sumber termasuk khabar angin asalkan jawapan yang diperolehi dapat memuaskan hati dan mengubat keraguan diri. Jika tidak pelabur akan asyik hidup merugi kerana tersilap langkah akibat berpandukan petunjuk kerajaan sendiri yang langsung jauh panggang dari api. Sebab itulah banyak saham institusi pelaburan milik kerajaan kini berada di paras yang menggerunkan yang boleh membunuh diri. Yang sengsara nanti adalah rakyat juga seperti kes ASN Johor. Padahal mereka mengikut semua petua dan jaminan enak-enak dari pak-pak menteri. Sekarang semua sudah mula mengigit jari.... namun itu semua sudah tidak berguna lagi. - Editor]


Terjemahan SPAR 05-004


Bila Ekonomi Menguncup

(The Decline In The Economy)

oleh: Harun Rashid

Anggaran KKN (Keluaran Kasar Negara) yang terus menurun semakin kerap menjadi perhatian Bank Negara, seperti juga beberapa institusi lain yang bertanggungjawab memberikan tafsirannya akan masa depan negara. Dalam setiap tindakan itu ramalan rasmi disokong oleh satu keyakinan bahawa masa depan akan tetap merupakan sesuatu yang menggalakkan. Tidak ada ruang langsung untuk membuat ramalan kosong ataupun kerja omong-omong.

Mereka memberikan satu laporan yang menyedihkan dengan kenyataan betapa keadaan yang ada memerlukan satu penilaian semula jangkaan lama. Dengan itu kita diberitahu bahawa dalam suku tahun kedua, ataupun ketiga ataupun keempat nanti, keadaan ekonomi negara akan berubah secara dramatiknya, sambil memberikan satu harapan yang menggalakkan. Berdasarkan ramalan itulah satu masa depan yang sengaja digembar-gemburkan menjadi satu sasaran yang penuh kepalsuan.

Porla masakini KKN itu memang menurun. Porla ataupun trenda itu ditafsirkan deenan menyambungkan beberapa titik di atas satu gambarajah, di mana paksi mendatar merakamkan beberapa unit masa dan paksi menegak menjadi pergerakan ekonomi dalam bentuk unit. Catatan kenderaan yang dimuatkan, kontena perkapalan, jumlah penumpang perkhidmatan udara, pendaftaran kereta baru, pengekspotan .......dan apa sahaja lagi yang mungkin boleh digunakan untuk dijadikan unit aktiviti ekonomi untuk paksi menegak itu.

Anggaran KNK, yang digunakan sebagai kayu pengukur kesihatan ekonomi Malaysia itu selalu sahaja berbentuk positif, mengikut arahan parti yang memerintah. Semua kenyataan mereka sentiasa dipantau untuk menentukan mereka tidak mengeluarkan kenyataan yang mungkin mendedahkan sebarang kekurangan dalam pengurusan ekonomi negara yang sengaja dirobotkan itu. Masa depan mereka sebagai orang professional sentiasa tergugat; malahan bergantung kepada keupayaan tidak tersasul cakap yang mungkin menjejaskan sajian maklumat yang menyelindungi kebenaran yang sebenarnya.

Kajian menyeluruh untuk menganalisa keadaan yang sebenarnya memang sengaja diketepikan. Sebaliknya kita kerap disogokkan oleh satu kenyataan ringkas memberikan alasan kenapa angka terkini selalunya mencatatkan penurunan daripada angka yang sebelumnya. Tidak adapun satu polar yang boleh diramalkan. Kalau ada pun sebarang penjelasan ia merupakan sesuatu yang bersifat pelalian kepada penjelasan yang mengabui pemikiran betapa penurunan yang berlaku itu adalah bersifat sementara sahaja, yang berkemungkinan berubah kepada keadaan yang lebih cerah dalam satu masa yang amat terdekat.

Keadaan masakini memang kelam. Untuk sukutahun pertama angka petunjuk yang dikeluarakan oleh MIER (Institusi Penyelidikan ekonomi) menunjukkan pertumbuhan KNK yang rendah, sekitar 1 persen sahaja ataupun lebih kurang dari itu. Besar kemungkinannya angka sebenar sukutahun pertama itu adalah negatif semuanya. Semua angka itu adalah bersifat relatif sahaja, dan hanya boleh ditafsirkan secara tepatnya dengan menyatakan dengan jelas bahwa kadar aktiviti ekonomi sedang berubah naiknya. Perkataan ataupun terma 'pertumbuhan' itu adalah tidak tepat sebenarnya. Menguncup ataupun menurun adalah terma yang lebih bertepatan lagi.

Satu trenda yang menunjukkan satu aliran yang tetap, selalunya tidak mudah berpatah-balik dengan cara mendadak. Ia merupakan satu arah hala, dan arah hala masakini menunjukkan arah ke bawah. Angka statistik untuk sukutahun kedua tidak akan boleh diperolehi sehingga dua bulan lagi. Sementara itu, anggaran kadar 4% untjuk 2001 itu bergantung semata-mata kepada pengharapan berlakunya pertumbuhan yang menyerlah pada bahagian enam-bulan terakhir pada tahun ini.

Pakar ekonomi selalunya gemar menggunakan istilah 'bentuk-U' dan 'bentuk-V' ketika memberikan gambaran graf KNK Malaysia. Tidak ada sesiapa yang berani menyatakan adanya 'bentuk-L' ataupun graf 'penurunan yang menjunam' lakarannya. Kemungkinan akan berlakunya penguncupan aktiviti ekonomi sejagat adalah sesuatu yang tidak mahu difikirkan. Segala sensitiviti kepada kenyataan sudah lama menghilang. Sikap optimsm itu lahir daripada kedewasaan, perilaku dan warna-warni politik yang sebenar.

Kerajaan Amerika Syarikat, Singapura dan Australia kerap berpijak di bumi nyata dengan membuat anggaran yang menolak kemungkinan munculnya perubahan yang menyerlah pada masa yang terdekat. Angka perdagangan yang menurun di Singapura sudah tentu terpalit juga pada Malaysia, dan keadaan sebenarnya sekarang ini tidak pun memberikan sebarang gambaran keadaan akan berubah secara menyerlah.

Kegagalan kerajaan Malaysia menerima hakikat bahawa penguncupan aktiviti ekonomi adalah selaras dengan dasar menafikan kenyataan. Menteri kewangan telah melaungkan ketelusan dan kejujuran dalam urusan aktiviti ekonomi negara, tetapi jabatannya yang sengaja gagal memenuhi kehendak menyediakan satu piawaian minima dalam perihal perakaunan. Perdana menteri telah mencadangkan satu rencana perbelanjaan untuk menampan penguncupan yang sedang berlaku, tetapi ini merupakan perbelanjaaan berdefisit yang dikatakannya berbentuk sementara sahaja. Masalah yang muncul dalam pendiriannya ini terletak kepada keperitan untuk menyediakan peruntukan membayar balik hutang yang perlu dilunaskan di masa hadapan.

Parti yang sedang berkuasa merencana pelbagai usaha untuk mengumpan pihak yang tidak berwaspada. Terdapat pelbagai surat janji yang berbentuk 'rights' waran', bon yang tidak terjamin cagarannya, hutang-piutang antara syarikat, penukaran saham, 'put' dan 'call-options' yang merupakan pelbagai bentuk tampanan. Sejak Malaysia melangkah ke alaf baru ini sudah terdapat pelbagai bentuk cagaran kewangan yang direka untuk menyesuaikan selera pihak berkuasa yang sentiasa pelahap, lapar dan dahaga. Semua ini didapati perlu untuk menyorokkan pemborosan masa lalu, sambil digunakan utnuk melindungi pencurian yang bukan kepalang banyaknya yang tidak ada sebarang penyata perakaunan untuk dijadikan tudung-sajinya.

Ketuanan parti UMNO-BN adalah merupakan satu himpunan naungan politik yang berkuasa dan memerlukan santapan dana bulanan yang bukan kepalang banyaknya. Sumber wang dan dana itu sudah semakin kontang dan menjadikan dompet dana itu semakin meretas di tepiannya. Tuntutan bayaran yang semakin lantang terhadap pembayaran yang tertunggak kini semakin mendapat perhatian secara terbuka. Menteri kewangan sudah mengangkat tangannya mengaku kalah, merelakan jawatannya kepada sesiapa yang sanggup mengambil alih dan melaksanakan tugas yang semakin sukar dan getir.

Setiap perkampungan mempunyai cawangan UMNO, dengan ada ahli yang menerima gaji bulanannya. Sewa bangunan dan gaji adalah tuntutan bulanan dan inilah yang menjadikan struktur kerajaan pusat semakin disagat dan muncullah keperitan dalam usaha mengelakkannya daripada tersembam ke bumi nyata. UMNO-BN merupakan parti poltik yang digiurkan oleh wang dan bukannya kesetian kepada semangat juang. Sebaliknya, pihak pembangkang mendapatkan pembiayaan parti daripada sumbangan sukarela, dan menghadkan tanggungannya kepada sumber dana yang sedia ada.

Parti yang berkuasa telah pun mengaku bertanggungjawab kepada beberapa peristiwa kecundangnya beberapa syarikat besar disebabkan perbuatan berbelanja secara membazir dan berboros di masa silam sehinggakan tidak ada tolok bandingnya. Perlantikan bajingan politik sebagai ketua ekskutif syarikat besar-besar itu telah menjahanamkan asas perindustrian di Malaysia kepada kancah pengaiban yang wujud di negara lain apabila politik dibiarkan bermaharaja-gila berbanding disiplin kemasyarakatan yang lainnya.

Ilmu matematik tergugat disebabkan campurtangan politik. Ilmu fizik jatuh terjerumus kerana ditekan oleh kuasa politik. Biologi yang dinaungi oleh kepimpinan politik semakin diperlekehkan. Ahli politik yang cuba memandai-mandai dengan kurikulum ilmu-kimia menjadi orang yang tolol dengan pendapatnya itu.

Malaysia kini merasakan bahang kebajingan politik yang menerjah masuk setiap cabang hidup rakyatnya. Sistem pendidikan negara terpaksa menerima campurtangan politik daripada mereka yang tidak faham karya pendidikan ataupun keperluan pentingnya memberikan ruang berfikir dan berkarya kepada masyarakat siswa dan siswinya. Para pelajar sengaja mahu diterapkan kefahaman untuk dilatih menjadi anjing laut yang mengikut arahan para pelatihnya, kerana tuan-tuan politik mahukan warga pelajar menjadi bingong dan tolol mengikuti arahan para pemimpin politik itu.

Laksana Samson dalam hikayat Samson dan Delilah dulu, rakyat Malaysia kini dibelenggu oleh penyangak gampang yang telah menggunakan segala tipu helah dan kaedah songsang utnuk melumpuhkan sebuah negara yang baru merdeka. Laksana Samson dulu kala juga, rakyat Malaysia mungkin terpaksa menghancurkan kuasa yang mencengkam ekonomi negara itu untuk menyelamatkan impian demokrasi mereka.

Sebagai rakyat yang mempunyai jatidiri dan tidak mudah putus asa dan luntur semangatnya, rakyat marhaen memilih untuk berjimat, memulaukan tempat membeli belah dan kedai menjual kereta. Apabila para pengguna berhenti berbelanja, kerja-kerja penstrukturan sinario politik akan mengekori jejak langkah rakyat marhaen itu. Batu batan akan jatuh bergelimpangan dan debu yang tebal akan turut berterbangan, semua banduan yang tertahan akan dibenarkan untuk bebas juga.

Kini, kuasa yang zalim dan ganas untuk mendera itu mungkin kelihatan menakutkan. Esok ataupun lusa, kefahaman untuk bersatu dan menonjolkan kedegilan menentangnya, akan menggugat segala tiang yang kini menyokong kerakusan kuasa itu. Semuanya akan tumbang juga untuk dihumban ke lipatan sejarah bangsa.

-HarunRashid-.

Terjemahan SPAR 05-004





Rencana Asal: May 19: The Decline In The Economy