Laman Webantu   KM2A1: 4518 File Size: 19.1 Kb *



FK KTK: B1 Ketamakan Kroni, Menghancur Negara [Mesti Baca]
By Zaharuddin Hj Abd Rahman

21/5/2001 7:25 pm Mon

Sumber: MR2

http://mindarakyat0.tripod.com/2001mei/2001-1510.htm


Ketamakan Kroni, Menghancur Negara - Bahagian 1

Oleh: Ust. Zaharuddin Hj Abd Rahman

Di ketika manusia di seluruh negara bekerja keras bagi mendapatkan segengam beras untuk makan ahli keluraga dan ketika setengahnya berhempas pulas mencari wang gaji yang tidak seberapa untuk membayar hutang-hutang kereta, rumah dan pelbagai hutangan. Ketika itu juga wujud beberapa kumpulan manusia yang meraih wang dan hidup ditenggelami wang ringgit yang melimpah ruah tanpa jerit perih yang sebenar tetapi hanya menggunakan kedudukan dan 'title' tertentu. Justeru, penulisan yang berlandaskan kajian ini akan cuba memaparkan perkara berikut :


  1. Beberapa Pelaburan anak-anak Perdana Menteri.
  2. Penumpuan terhadap individu terpilih yang dikenali sebagai 'kroni'.
  3. Beberapa bentuk 'hasad dengki kewangan' kerajaan BN terhadap PAS.
  4. Pemonopolian Kekayaan Oleh Kroni
  5. Komentar Antarabangsa dan Tempatan Terhadap Malaysia.


Allah SWT berfirman mafhumnya :

"(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan." ( An-Nuur: 37 )

Allah SWT memberikan gambaran bahawa kecintaan kepada harta itu mungkin sahaja menyebabkan seseorang itu teralai daripada ingatan akhirat, bukan sekadar itu malah mereka ramai juga yang termasuk dalam kalangan penentang Islam dengan beranggapan bahawa kerana tidak mengambil Islam lalu mereka mampu ke hadapan. Maka wujudlah kumpulan-kumpulan manusia yang tidak mengira batasan halal dan haram dalam mengumpul kekayaan.

Sehubungan dengan itu, tidak kurang juga manusia yang menggunakan jalan singkat untuk menjadi kaya iaiatu dengan menggunakan pengaruh pangkat lalu terjadilah istilah nepotisme, kronise, kolusi dan lain-lain. Selama ini, ramai pemimpin UMNO menyangkal tuduhan kronisme dan lain-lain tuduhan penyalahgunaan kuasa dan wang rakyat. Justeru di sini akan cuba dipaparkan perkara ini untuk pengetahuan rakyat. Berikut adalah jawatan-jawatan anak Dr. Mahathir di dalam syarikat 'Public Listed' :

Jadual 1 : Jawatan anak Perdana Menteri di dalam syarikat Public Listed


Nama Syarikat Jawatan
Mirzan Mahathir Sunway Building Techologies Berhad Pengerusi
Mirzan Mahathir Capetronic Consumer Electronics Holdings Berhad Pengerusi
Mirzan Mahathir World Wide Holdings Berhad Pengarah
Mirzan Mahathir Artwright Holdings Berhad Pengerusi
Mirzan Mahathir Konsortium Logistik Berhad Pengerusi Eksekutif Kumpulan
Mirzan Mahathir Dataprep Holdings Berhad Pengerusi
    
Mohzani Mahathir THB Industries Berhad Pengerusi
Mohzani Mahathir Tongkah Holdings Berhad Pengerusi Eksekutif / CEO
Mohzani Mahathir Pantai Holdings Berhad Ketua Pegawai Eksekutif
    
Mukhriz Mahathir Ajiya Berhad Pengarah
Mukhriz Mahathir Reliance Pacific Berhad Pengarah
    






Jadual 2 : Anak Perdana dan Jumlah Pelaburan mereka




Name Company Shares Held % % Held Market Value*
Mirzan Bin MahathirSunway Buildings Technologies Berhad 3,917,651 3.100 2,624,826.17
Mirzan Bin Mahathir Artwright Holdings Berhad 2,196,480 11.000 4,436,889.60
Mirzan Bin Mahathir Amsteel Corporations Berhad 369,907,238 29.370 77,680,519.98
Mirzan Bin Mahathir Chocolate Products (M'sia) Bhd 220,555,945 63.300 86,016,818.55
Mirzan Bin Mahathir Lion Corporation Berhad 28,903,000 15.800 36,417,780.00
Mirzan Bin Mahathir Lion Land Berhad 299,529,946 50.480 98,844,882.18
Mirzan Bin Mahathir Angkasa Marketing berhad 25,523,496 58.000 9,443,693.52
Mirzan Bin Mahathir AmalGamated Containers Bhd 24,804,722 33.200 14,882,833.20
Mirzan Bin Mahathir Konsortium Logistics Berhad 78,057,535 43.410 146,748,165.80
Mirzan Bin Mahathir Posim Berhad 170,097,271 83.700 348,699,405.55
         
Mokhzani Bin Mahathir THB Industries Berhad 1,224,269 2.270 2,864,789.46
Mokhzani Bin Mahathir Tongkah Holdings Berhad 47,721,200 28.690 42,471,868.00
Mokhzani Bin Mahathir Pantai Holdings Berhad 42,797,000 66.010 139,518,220.00
         
Mukhriz Bin Mahathir Reliance Pacific Berhad 5,161,999 5.260 6,813,838.68
Mukhriz Bin Mahathir Ajiya Berhad 2,176,812 8.29 4,919,595.12
         
PAB Nominee (Tempatan) Sdn Bhd
- Mokhzani b. Mahathir
Pantai Holdings Berhad 3,433,000 5.300 11,191,580.00
         
Phileo Allied Nominees (Tempatan) Sdn Bhd
- Mokhzani b. Mahathir
Pantai Holdings Berhad 800,000 1.230 2,608,000.00
         
Public Nominees (Tempatan) Sdn Bhd
- Mokhzani bin Mahathir
Tongkah Holdings Berhad 4,950,000 2.980 4,405,500.00
         
RHB Nominees (Tempatan) Sdn Bhd
- Mokhzani b. Mahathir
Pantai Holdings Berhad 1,753,000 2.700 5,714,780.00
         



* Nilai Pada 11 Februari 2001
* * Sumber Bursa Saham Kuala Lumpur




Jadual 3 : Jumlah Keseluruhan Nilai Pelaburan anak PM dalam syarikat 'Public Listed'


Para pembaca boleh melihat sendiri betapa mewahnya kehidupan anak-anak Perdana Menteri iaitu Mirzan sebanyak RM 825 juta, Mohzani RM 208 Juta dan Mukhriz sebanyak RM 11 juta, itu cuma pelaburan yang menggunakan NAMA MEREKA bagaimana pula pelaburan yang tidak menggunakan nama mereka tetapi menggunakan PENAMA (nominees). Saya kira itu hanyalah jumlah kekayaan mereka yang PALING MINIMUM atau mungkin hanya peratusan kecil dari kekayaan mereka kerana jumlah pemilikan hartanah dan bangunan yang bukan dalam bentuk saham tidak dapat ditentukan kecuali oleh mereka sendiri.


Benar, kita merasa bangga dengan wujudnya korporat melayu seperti mereka tapi bagi rakyat mereka bukan korporat tulen, keluhan Dr. Mahathir selalu kedengaran mengatakan 'adakah kerana mereka menjadi anak saya lalu lalu mereka tidak boleh menjadi kaya, mereka berjaya dengan usaha mereka sendiri'. Tetapi apa yang ingin dipersoalkan adalah kejayaan yang diperolehi daripada usaha sendiri atau melibatkan pengaruh PM. Ini lah salah satu bentuk penyelewengan utama yang dipersoalkan oleh Sdr Ezam Mohd Noor sehingga beliau diheret ke mahkamah atas tuduhan membocorkan Rahsia Rasmi Kerajaan melibatkan kes Rafidah Aziz.

Apa pun, rakyat kini boleh menilai sejauh manakah kekayaan harta kepunyaan anak-anak Perdana Menteri yang menyebabkan beliau begitu risau untuk melepaskan jawatannya. Bagaimana pula segala harta berbentuk hartanah, aset-aset lain serta wang tersimpan. Sudah tentu sejauh langit dengan bumi jika dibandingkan dengan rakyat kebanyakkan. Layakkah mereka dengan hanya sekadar menjadi anak PM lalu kaya sedangkan rakyat teraniaya di dalam masalah kewangan.

Begitu juga halnya dengan individu-individu lain yang dianggap sebagai 'kroni'. Kehidupan mereka sentiasa mewah dan sekiranya ada kegagalan di dalam pernigaan, pasti kerajaan akan membeli saham mereka atau menyuntik wang tidak kiralah dari mana sekalipun sumbernya. Contohnya, kerajaan telah menyelamatkan Tan Sri Tajudin Ramli dengan membeli 29 % saham MAS apabila kerajaan membeli semula saham berkenaan pada harga 122% melebihi harga pasaran. Lihat pula secebis kekayaan Tan Sri Halim Saad.

Jadual 4 : Beberapa Pelaburan serta Nilai Pasaran Bagi Tan Sri Halim Saad.

Name Company Shares Held % Held Market Value*
HSBC Nominees (Tempatan) Sdn Bhd - Halim bin Saad RENONG 76,469,765 3.290 83,352,043.85
HSBC Nominees (Tempatan) Sdn Bhd for Halim bin Saad METACOR 2,272,000 2.030 4,316,800.00
Halim bin Saad METACOR 15,209,089 13.610 28,897,269.10
Tan Sri Dato' Seri Halim Saad RENONG 372,012,351 16.010 405,493,462.59
Tan Sri Dato' Seri Halim Saad UEM 309,798,506 37.930 1,146,254,472.20
Tan Sri Dato' Seri Halim Saad CREST 29,222,203 38.560 54,937,741.64
Tan Sri Halim Saad TIME 349,112,731 46.770 795,977,026.68
Tan Sri Halim Saad PHARMA 15,490,233 30.980 130,117,957.20
Tan Sri Halim Saad HPI 2,181,000 6.220 2,399,100.00
Tan Sri Dato' Seri Halim Saad PARKMAY 22,526,250 50.000 15,768,375.00
Tan Sri Halim Saad FABER 194,484,537 60.020 73,904,124.06
         


* Nilai Pada 11 Februari 2001 * * Sumber Bursa Saham Kuala Lumpur




Inilah beberapa kerat 'Billionaire' Melayu yang merupakan 10 orang melayu terkaya di Malaysia di kalangan individu seperti Tun Daim Zainuddin serta kroni, Tan Sri Tajudin Ramli, Tan Sri Vincent, Ting Pek Khing, Francis Yeoh, Ananda Krishnan dan lain-lain.



....bersambung....