Laman Webantu   KM2A1: 4519 File Size: 9.1 Kb *



TAG SP 126: Rompakan Lebuhraya Yang Hebat
By Murali Krishnan

21/5/2001 8:52 pm Mon

TAG 126

Terjemahan: SPAR-04-006



Rompakan Lebuhraya Yang Hebat

(Outlook India: The Great Highway Scam)


Kini tiba masanya untuk memperkatakan tentang jalanraya. Satu skim yang kontroversi - di mana kontraktor- kontraktor mendapat laluan mudah untuk melaksanakan pembinaan dan penyelenggaraan lebuhraya - merupakan satu lagi skandal yang terbesar.

Oleh : Murali Krishnan

Bukannya senang untuk memberi alasan yang kuat bagi mengeluarkan perbelanjaan sebanyak Rs 26.5 juta - untuk satu tempoh masa selama 15 tahun - bagi pembinaan lebuhraya sepanjang 1 km yang sebenarnya hanya menelan belanja Rs 4-5 juta untuk dibina.

Namun Penguasa Lebuhraya Kebangsaan India (nhai) dan Kementerian Jalanraya berfikiran sebaliknya. Mereka mengesan sesuatu yang tersembunyi di dalam arithmetik yang membingungkan ini. Malah, pegawai-pegawai dari Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Perancangan dan pakar-pakar teknikal yang terlibat di dalam projek lebuhraya mempertahankan skandal yang akan melibatkan ribuan juta itu. Seorang pegawai berkata : 'Dari system pertahanan kita sedang menuju ke arah pembukaan jalan-jalanraya.'

Penentangan mereka terhadap projek-projek lebuhraya berkisar tentang apa yang dipanggil sebagai skim anuiti. Di bawah skim ini, kontrak-kontrak dikeluarkan bagi membina dan menyelenggara lebuhraya di mana bayaran pra-mandat dibuat secara tetap untuk satu tempoh masa seperti 10-15 tahun oleh kerajaan. Kos purata untuk pembinaan satu kilometer lebuhraya - termasuk pemilikan tanah - adalah Rs 4-5 juta. Tetapi di bawah skim anuiti, bayaran ansuran tahunan akan menjadi Rs 2 juta per 1 km bagi setiap tahun untuk selama tempoh masa 15 tahun.

Pada akhirnya, pengiraan yang dibuat adalah sungguh mengejutkan di mana semuanya akan menelan belanja sebanyak Rs 30 juta untuk setiap 1 km! Satu alasan yang diberikan bagi penerimaan skim tersebut adalah pihak kerajaan akan terlepas dari tanggungjawab penyelenggaraan sepanjang tempoh masa kontrak itu. Penjelasan rasmi untuk kerja tidak berakal ini bahawa tiada siapa yang sanggup menjalankan projek terbesar di Asia yang bernilai Rs 68,000 juta itu sekiranya sesuatu yang memuaskan atau 'lumayan', seperti apa yang nhai istilahkan sebagai 'skim anuiti', tidak ditawarkan. Mereka juga menekankan bahawa jika pengiraan dibuat terhadap penurunan nilai matawang rupee pada masa hadapan terhadap dollar, pertambahan kos tidak akan menjadi terlalu tinggi.

Aneh sekali, syarikat-syarikat kejuruteraan India tidak pula tertarik dengan skim anuiti ini. Mereka yang mengambil bahagian adalah sekumpulan syarikat-syarikat Malaysia - IJM Berhad Corp, Gamuda, Renong dan WCT (Malaysia), sebuah konsortium. Minat yang ditunjukkan oleh syarikat-syarikat ini di dalam projek lebuhraya telah menjadikan lawatan Perdana Menteri ke Malaysia, yang bermula pada 13 Mei, membawa sesuatu yang bermakna. Projek Pembangunan Lebuhraya Kebangsaan (nhdp) adalah 'projek impian' Perdana Menteri dan komponen-komponennya adalah dijangkakan untuk menghubungkan kawasan segiempat emas dan koridor- koridor utara-selatan dan timur-barat.

Bersama rombongan pengiring Perdana Menteri adalah Nasser Munjee, pengarah urusan dan ceo Perbadanan Kewangan Pembangunan Infrastruktur (idfc), satu-satunya perunding kepada nhai dan penganjur yang aktif bagi skim anuiti. Munjee sangat berbangga dengan skim tersebut yang, mengejutkan sekali, tidak pernah diuji di mana-mana tempat di dunia ini. ' Bagaimana jika ia tidak pernah dicuba sebelum ini? Mari kita mencubanya di India,' beliau memberitahu Outlook sehari sebelum berlepas ke Malaysia. 'Saya telah membantu merumuskan skim tersebut dengan menekankan tentang infrastuktur, seterusnya di bawah N.K.Singh,' tambahnya lagi.

Namun, seorang pegawai dari kementerian kewangan berkata : 'Walaupun sekiranya kos penyelenggaraan pada masa hadapan untuk selama 15 tahun adalah tiga kali ganda kos pembinaan, skim anuiti tidak memberi faedah dari segi ekonomi, jadi ia perlu ditolak. Apabila anda mengeluarkan kontrak seperti ini, terdapat banyak sebab untuk mensyaki berlakunya rasuah atau anda lebih mengutamakan sebuah syarikat tertentu atau yang lain.

Kontrak-kontrak yang pertama di bawah skim anuiti telah pun diputuskan. Projek sepanjang 65 km dari Panagarh ke Palsit di Bengal Barat telah diberikan kepada firma-firma Malaysia, Gamuda dan WCT. Menurut Munjee, pengiraan di bawah skim anuiti untuk projek sepanjang ini menunjukkan bahawa kerajaan akan membayar Rs 138 juta setiap tahun untuk tempoh masa 12.5 tahun. Pembayaran anuiti akan bermula selepas pembinaan selesai di dalam tempoh dua setengah tahun.

Terjemahan SPAR-04-006




Rencana Asal:

www.outlookindia.com

Outlook magazine, New Delhi, Business, 21 May 01


THE GREAT HIGHWAY ROBBERY

It's Roadsgate now. A controversial scheme-where contractors get assured bloated sums to build and maintain highways-is one more superscam.

MURALI KRISHNAN

It is not easy to justify forking out Rs 26.5 crore-over a period of 15 years-for the construction of a one kilometre stretch of a highway which costs only Rs 4-5 crore to build.

But the National Highway Authority of India (nhai) and the ministry of roads seemingly think otherwise. They discern a mysterious logic in this befuddling arithmetic. In fact, finance ministry and Planning Commission officials and technical experts involved in the highways project maintain it's a scam running into thousands of crores. Says an official: "From defencegate we are moving on to roadsgate."

Their objections to the highways project centres around the so-called annuity scheme. Under it, contracts are handed out to construct and maintain highways for which a pre-mandated payment is made regularly over a period of say 10-15 years by the government. The average cost of constructing a kilometre of highway-including land acquisition-is Rs 4-5 crore. But under the annuity scheme, an annual instalment works out to Rs 2 crore per km every year for a period of 15 years.

In the end, this works out to a shocking Rs 30 crore per kilometre! One justification for the scheme is the government is free of any maintenance responsibilities for the contracted period. The official explanation for this crazy that there would be no takers for the biggest roads project in Asia worth Rs 68,000 crore if such sops or "comforts", under what the nhai terms the "annuity scheme", are not offered. They also point out that if the future depreciation of the ruppee against the dollar is calculated, then the additional cost would not be so high.

Strangely, Indian engineering companies do not seem to figure under the annuity scheme. Those in the running are a clutch of Malaysian companies-IJM Berhard Corp, Gamuda, Renong and WCT (Malaysia), a consortium. It is in the backdrop of the interests of these companies in the highways project that the PM's visit to Malaysia, which kicks off on May 13, gains significance. The National Highway Development Project (nhdp) is the prime minister's "dream project" and its components are envisaged to connect the Golden Quadrilateral and the north-south and east-west corridors.

In the prime minister's entourage is Nasser Munjee, managing director and ceo of the Infrastructure Development Finance Corporation (idfc), the sole consultant to the nhai and an active promoter of the annuity scheme. Munjee is very proud of the scheme which, surprisingly, has not been tested anywhere else in the world. "What if it has not been tried out? Let us try it out in India," he told Outlook on the eve of his departure to Malaysia. "I have helped formulate the scheme with the pmo's task force on infrastructure, then under N.K. Singh," he adds.

But, says a finance ministry official: "Even if future maintenance costs for 15 years is three times the cost of construction, the annuity scheme makes no economic sense, so it must be scrapped. When you give out contracts of this kind, there is every reason to believe that there is corruption or that you are favouring one company or the other."

The first of the contracts under the annuity scheme has been finalised. The 65-km Panagarh-Palsit stretch in West Bengal has gone to the Malaysian firms Gamuda and WCT. According to Munjee, the annuity scheme worked out on this stretch would mean the government pays Rs 138 crore annually for a 12.5-year period. The annuity payment begins after the construction is completed in two-and-a-half years.