Laman Webantu   KM2A1: 4520 File Size: 10.5 Kb *



TJ SP MGG: Samy Vellu Membidas Penswastaan Jalanraya di India
By M.G.G. Pillai

21/5/2001 9:07 pm Mon

MGG 1151

Terjemahan: SPAR-02-003


Samy Vellu Membidas Penswastaan Jalanraya di India

Oleh: MGG Pillai

Menteri Kerjaraya Malaysia yang ceria, Dato' Seri S. Samy Vellu, yang hubungan rapatnya dengan kerajaan Tamil Nadu hancur musnah dengan kemunculan Puan Jayalalitha Jayaram, tidak dapat memahami begaimana perlembagaan India boleh memberikan banyak kuasa kepada kerajaan dan para penggunanya sehingga merasakan yang beliau telah tertipu. Maka apabila beliau bertemu dengan Perdana Menteri, Mr. Atal Bihari Vajpayee, semasa kunjungan rasminya di situ minggu ini, beliau menggesa pemimpin India supaya membantu di dalam masalah yang disebabkan oleh projek jalanraya ala 'Malaysia boleh' dan kilang minyak kelapa sawit milik Malaysia yang tidak dapat memperolehi buahnya dari estet yang berdekatan untuk diproses. Beliau juga tidak memahami bantahan yang semakin meningkat terhadap projek-projek tanpa tender yang dianugerahkan kepada syarikat-syarikat Malaysia dan yang merupakan peringkat kerajaan-kepada-kerajaan. Parlimennya sendiri berani mempersoalkan mengapa syarikat-syarikat Malaysia dianugerahkan dengan projek jalanraya yang bernilai RM712 juta di Andhra Pradesh (m/s 6 The Star, 16hb.Mei).

Dato' Seri Samy menegaskan bahawa oleh kerana Malaysia memberikan projek-projek tanpa sebarang tawaran kepada syarikat-syarikat India, dengan sebegitu mudah, India juga patut melakukan perkara yang sama kepada Malaysia. Syarikat India mendapat projek-projek kerana India berjanji untuk menerima pembayaran secara perdagangan-balas melalui minyak kelapa sawit. Tetapi balasan yang serupa tidak diterima. Syarikat-syarikat Malaysia melibatkan diri dengan projek-projek India secara melulu, yakin akan dapat men'cekik darah' para pengguna India, dan dengan bergantung kepada bantuan kerajaan India bagi menjayakannya. Namun ia tidak berlaku seperti yang diimpikan.

Beliau tidak menyedari peranan-peranan yang berbeza dimainkan oleh setiap negeri dan pusat di dalam persekutuan, walaupun beliau telah menjadi seorang menteri di dalam persekutuan selama hampir suku abad. Beliau pernah dikenali kerana menawarkan diri untuk menunjuk-ajar kerajaan India bagaimana untuk meminda perlembagaan mengikut kehendak masing-masing bagi mengawal ketat negeri-negeri dan rakyat yang mencabar hak syarikat-syarikat Malaysia-boleh untuk mengaut keuntungan dari mereka. Tidakkah syarikat minyak kelapa sawit Malaysia tahu bahawa sebelum itu mereka tidak mendapat hak terhadap minyak kelapa sawit dari estet-estet yang berdekatan, dan perlu membuat tawaran terhadapnya pada harga pasaran? Apabila kilang kepunyaan sebuah negeri, seperti di Andhra Pradesh, telah mempunyai hubungan yang panjang dengan estet, mengapa perlu estet tersebut memutuskannya semata-mata untuk memastikan pelaburan dari Malaysia mengambil alih?

Sebuah konsortium dari Malaysia menawarkan projek membina jalanraya kepada kerajaan India, yang telah diterimanya, tetapi terlupa bahawa ia perlu berurusan dengan kerajaan-kerajaan negeri dan individu-individu yang tanah dan haknya tercabar. Jadi sekarang Dato' Seri Samy mahu New Delhi bertanggungjawab di dalam pembayaran harga tanah yang diperlukan oleh konsortium bagi membina jalan-jalanraya. Ini mungkin satu berita baik buat kerajaan Terengganu. Menteri Besar, Tok Guru Hadi Awang, juga mahukan perkara yang sama dilakukan bagi tanah yang diperuntukkan kepada projek penswastaan lebuhraya yang melalui negerinya. Sekarang mari kita lihat menteri yang baik ini melaburkan wang seperti yang dikatakannya.

Lebih menarik lagi, seperti yang didedahkan oleh sebuah rencana majalah Outlook India, adalah konsortium membina jalanraya Malaysia perlu mendapatkan kos pulangan di dalam tempoh 12.5 tahun, atau satu per tiga dari di Malaysia, yang seringkali dilanjutkan dengan alasan-alasan yang tidak betul yang selaras dengan putarbelit minda menteri untuk mengaut keuntungan bagi menjadikan pemegang-pemegang konsesi lebih kaya. Skandal yang terbaru di Malaysia adalah lebuhraya yang dinaikkan dari Ampang Point ke Jalan Sultan Ismail. Dato'Seri Samy sedang mendapatkan arahan dari kabinet tentang penentapan harga tol. Para pemegang konsessi mahukan RM2.50. Kabinet perlu membenarkan permintaan itu. Ini adalah kerana sebarang harga yang ditetapkan di bawah kadar ini akan menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk menguntungkan para pemegang konsessi. Biarkan mereka meletakkan harga tol mengikut kehendak mereka, dan biarkan beban itu ditanggung oleh pengguna-penggunanya.

Kerajaan tidak perlu membayar gantirugi bagi pihak mereka untuk tol yang lebih rendah. Ia telahpun membayar berbilion ringgit sebagai gantirugi, biarpun kadar kesesakan lalulintas yang tinggi tidak sepadan dengan kadar kos yang tinggi. Itu mesti dihentikan. Mereka yang menjalankan projek-projek penswastaan mesti diberitahu bahawa mereka perlu berikhtiar sendiri di dalam mengutip bayaran tol. Penswastaan adalah satu skandal, penyelewengan, seperti juga yang disimpulkan dari rencana majalah Outlook, satu cara hidup. Dan oleh kerana kerajaan percaya bahawa tol-tol ini yang akan membawa negara menjadi lebih pesat membangun seperti sekarang ini, maka ia tidak patut merasa ragu-ragu terhadap para pengguna yang merasa marah apabila wangnya digunakan untuk mengkayakan orang-orang kaya yang berkuasa. Malah berkemungkinan juga ia akan mendapat, jika ia masih percaya kepada apa yang dilakukannya itu, lebih banyak sokongan dari para pengguna kerana sekali lagi diberi peluang untuk merelakan keuntungan dikaut dari mereka.


Terjemahan SPAR-02-003




Rencana Asal:

Samy Vellu Runs Into Flak Over Privatised Roads In India

The ebullient Malaysian works minister, Dato' Seri S. Samy Vellu, whose close rapport with the Tamil Nadu government is in tatters with the emergence of Mrs Jayalalitha Jayaram, cannot understand how the Indian constitution could give so much powers to the states and the consumer who feels he is cheated. So, when he met the Indian Prime Minister, Mr Atal Bihari Vajpayee, during his recent official visit here this week, he pressed upon the Indian leader for help sort out problems caused by a Bolehland-type road project and of a Malaysian-owned palm oil mill which cannot get the fruit from a nearby estate to process. He also cannot understand the growing opposition to projects being awarded to Malaysian companies without tender and one a government-to-government level. Parliament dares to question why Malaysian companies was awarded a RM712 million road project in Andhra Pradesh (the Star, 16 May, p6).

Dato' Seri Samy insists that since Malaysia gives Indian companies projects without bids, really crumbs off the table, so should India to Malaysian companies. The Indian companies got projects because India promised to accept counter-trade payments in palmoil. There is no quid pro quo. Malaysian companies went into the Indian projects with both eyes closed, confident of ripping off the Indian consumer, and with a helpful Indian government in tow to help it along. But it did not happen that way.

He does not understand the different roles states and the centre plays in a federal state, though he has been a minister of a federation for nearly quarter of a century. He once famously offered to show the Indian government how it can amend the constitution at will to rein in the states and the people who challenge the right of Bolehland companies to rip them off. Did not the Malaysian palm oil know that it did not have prior claim to palm oil from the nearby estate, and had to bid for them at market prices? When a state-owned refinery, as in Andhra Pradesh, have had a long relationship with the estate, why should the estate break it to ensure a Malaysian investment to take off?

A Malaysian consortium offered the roadbuilding project to the Indian government, which it accepted, but forgot that it had to deal with the state governments and the individual whose land or rights are challenged. So, Dato' Seri Samy now wants New Delhi to be responsible for paying for the land the consortium needs to build the roads. This would be good news for the Trengganu state government. The mentri besar, Tok Guru Hadi Awang, wants that too for the land alienated for a privatised highway through the state. Now, let us see the good minister put his money where his mouth is.

More interesting, as an article in Outlook magazine of India reveals, is that the Malaysian roadmaking consortia has to recover costs in 12.5 years, or one-third that of Malaysia, which is often extended for spurious reasons the minister's creative mind forks out to make the consessionaires even richer. The latest scam in Malaysia is the elevated highway from Ampang Point to Jalan Sultan Ismail. Dato' Seri Samy is to get cabinet instructions on what the toll should be. The consessionaire wants RM2.50. The cabinet should leave that be. For any price it fixes below this also involves a government grant to enrich the concessainaire. Let the chips fall where they must. Let them put whatever toll they want to impose, and let market forces come into play.

The government should not be compensating them for reduced tolls. It is already paying out billions of ringgit in compensation, even when the highly inflated traffic figures to justify the high cost is not met. That must stop. Those who understake privatised projects must be told that they are on their own when it comes to collecting the tolls. The privatisation is a scam, corruption, as the Outlook article infers, a way of life. And since the government believes that these tolls are what makes Malaysia a country what it is, then it should have no qualms about the consumer who gets angry that its money is used to enrich the plutocrats. It might even get, if it believes in what it does, more support from the consumer for being given yet another chance to be ripped off.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my