Laman Webantu   KM2A1: 4526 File Size: 15.6 Kb *



TJ SP MGG: UMNO Meludah Ke Langit
By M.G.G. Pillai

23/5/2001 4:01 am Wed

MGG 1161

[Mahathir terjerat dengan kata-katanya itu sehingga dia menggelabah tidak tentu. Mula-mula warga Cina Sabah akan diterima sebagai ahli Umno TANPA SEBARANG SYARAT kemudian diputarnya kepada yang berAKAR sahaja. Beliau seolah-olah keresahan dan cemburu BA amnya dan keADILan khususnya memilikki ciri-ciri multi kaum yang lebih jauh berakar dan lebih menepati konsep atau wawasan bangsa Malaysia. Ezam, Gobalakrishnan dan Tian Chua adalah lambang gandingan erat yang menggugat Umno sehingga mereka bertiga ditangkap tanpa bicara melalui ISA.

Kata-kata Mahathir tersebut seperti menampar MCA dan membuat MIC menelan air liur sendiri. Tetapi pemimpin melayu menggeleng kepala apa sudah jadi kepada 'orang tua' ini. Dengan menarik balik kata-katanya itu jelaslah dia telah terludah ke muka sendiri sehingga teraib seantero negeri. Beliau telah memberi markah percuma buat BA (lagi) dan membogelkan Umno sendiri. Sepatutnya ahli Umno melakukan sesuatu kerana Mahathir sudah tidak mampu bekerja lagi. Rencana ini amat baik dan perlu dibaca sehingga akhirnya dan disebar meluas keseluruh negara. - Editor]


Terjemahan SPAR01-13


UMNO Meludah Ke Langit

(UMNO Shoots Itself In The Foot Over Chinese Members)

Perdana Menteri yang juga merupakan presiden UMNO telah pergi ke Sabah minggu ini untuk menyaksikan pembubaran sebuah parti komponen BN, AKAR dan menerima keahlian parti itu menganggotai UMNO. Kemudian, dia membuat satu pengumuman yang sungguh mengejutkan bahawa semua warga Cina di Sabah diterima menjadi ahli UMNO tanpa sebarang syarat. Semua orang bukan Melayu di seluruh negara menganggap pengumuman itu adalah satu langkah awal kepada penubuhan satu parti untuk semua kaum. Lantas Samy Vellu yang merupakan presiden MIC telah bertempik dengan ghairah menyatakan kesediaan beliau membubarkan MIC untuk membolehkan ahlinya menganggotai UMNO. Harapan meninggi mula menjulang perasaan masyarakat bukan Melayu. Namun, tidak ada seorang pun pemimpin Melayu yang bermaruah sanggup mengeluarkan kata-kata menyokong cadangan Mahathir itu.

Seperti yang sering berlaku, Dr. Mahathir memutar-balik cakap-cakapnya itu. Bukan semua orang Cina di Sabah yang layak dengan tawaran itu, hanya mereka yang menjadi ahli AKAR sahaja. Lagipun, perkahwinan campuran antara orang cina dan pribumi telah melahirkan satu masyarakat bumiputra yang dikenali dengan gelaran 'Sinos', di sana. Demikianlah, laksana belut dia telah melepaskan dirinya daripada keadaan aib yang menjadi kalut. Sebenarnya bukan ada sesuatu yang dramatik apabila dia menyebut warga Sinos boleh menjadi ahli UMNO, kerana itu memang hak mereka. Satu ketika dulu, sebelum USNO dibubarkan untuk menganggotai UMNO, terdapat ahli-ahli USNO daripada kalangan masyarakat Cina. Mereka pun menganggotai UMNO apabila USNO dibubarkan. Memang ada peraturannya di mana pribumi yang bermustautin di Sabah dan juga Sarawak diiktiraf sebagai bumiputra. Yang peliknya, peraturan ini tidak pun menyeluruhi tanah semenanjung hinggalah perkara itu berubah baru-baru ini. Hanya baru kebelakangan ini kumpulan pribumi seperti warga keturunan Portugis di Melaka, dan keturunan Siam di bahagian utara negara diterima sebagai bumiputra juga. Tetapi, Dr. Mahathir telah melakukan satu kesilapan besar dalam karya politiknya. Dia telah berkata dengan penerimaan orang Cina Sabah sebagai ahli UMNO, ia merupakan satu awalan kepada penerimaan mereka dan juga masyarakat lain di semenanjung untuk menjadi ahli UMNO juga. Inilah yang mencetuskan ribut politik dalam UMNO. Ini juga yang membuatkan Ling Lion Sik, menteri pengangkutan merangkap presiden MCA bersuara lantang: bahawa orang Cina membuat pilihan utamanya memilih MCA untuk terus mengurus dan menjamin masa depan mereka.

Gelagat meludah ke langit dan menadahnya dengan muka sendiri, bukannya satu perkara baru. Tidak kiralah apa masalahnya ataupun isu yang menyebabkannya. Mula-mula, satu kenyataan yang menyeluruh akan dikeluarkan. Kemudian, perkara itu akan diperincikan secara terbuka, menjadikannya satu cerita dongeng yang tidak ada lagi sengatnya, sambil memberikan satu gambaran yang jelas kepada dunia luar betapa perkara itu adalah caranya sebuah negara ditadbir oleh sebuah parti dan pemimpinnya yang sudah kehilangan kilauan dan kilatnya. Dr. Mahathir telah meminta maaf kerana kenyataannya yang tidak jelas itu. Tetapi, dia sudah mengkucar-kacirkan keadaan. Warga Sinos, di Sabah dan Sarawak boleh menganggotai parti bumiputra dan UMNO di Sabah. Dia sudah tidak boleh bersikap terlalu memilih siapakah yang layak menganggotai UMNO: jumlah penduduk Melayu di Sabah dan Sarawak adalah kecil untuk menjanjikan keteguhan UMNO sebagai sebuah parti politik di sana. Dia mampu menarik minat warga bumiputra di Sabah, tetapi dengan adanya peraturan lisan betapa hanya mereka yang beragama Islam boleh mengepalai UMNO telah menjadikan tarikannya itu sedikit kendur untuk merangsang kaum-kaum itu menganggotai UMNO. Untuk UMNO menjadi satu parti yang unggul di Sabah, ia mesti mempunyai keupayaan untuk mencabar parti-parti orang Kadazandusun, sedangkan cabaran itu bukannya perkara yang mudah.

Mahathir memang terdesak untuk membuat kenyataannya itu. UMNO sudah terumbang-ambing di samudera politik orang Melayu. Inilah yang mendesak UMNO membuat pendirian samada mahu terus kekal untuk satu kaum sahaja ataupun berkembang menjadi parti yang dianggotai pelbagai kaum. Mereka perlu bertindak mencari penyelesaian apakah mahu meniru PAS dengan memberi penekanan kepada satu kaum dan agama, ataupun meniru Parti Keadilan Negara (Keadilan) lantas menciplak idea yang mula-mula dicetuskan oleh presiden UMNO yang pertama, Dato' Sir Onn Jaafar. (Dato Onn telah keluar daripada UMNO bersama anaknya Husin untuk menubuhkan parti Negara - penterjemah). Wawasan Onn itu memang mendahului zamannya. Tetapi kini, pendapat politik semacam itu tidak dianggap mendahului zaman lagi. UMNO mesti mengubah format kepartian samada mengikut cara Keadilan yang mempunyai pendekaan multi-kaum ataupun terus meniru kaedah PAS. Nampaknya doktor baik itu telah membuat keputusan memilih pendekatan multi-kaum, cuma dia tidak menerima sokongan daripada UMNO. Apabila mereka yang menyokong beliau ketika ini adalah mereka yang bukan Melayu, menunjukkan betapa teruknya rekahan yang wujud dalam partinya.

Ada satu persoalan besar yang menghantui UMNO: apakah ia mampu menyaingi PAS ataupun Keadilan untuk merupakan sebuah parti yang masih relevan lagi. Seperti biasa, memang belum ada sebarang usaha membincangkan perkara ini secara serius. UMNO memang sudah menghala ke zaman yang kelam dan masih mencuba menandingi PAS dalam usaha menonjolkan syiar Islam. Ia beranggapan bahawa langkah pertamanya ialah memujuk PAS bersatu dengannya sebelum mencuba menumpaskan Keadilan. Sebenarnya Keadilan merupakan satu parti politik yang menjiwai wawasan Onn Jaafar untuk menubuhkan sebuah parti multi-kaum yang dipimpin orang Melayu, yang kini menghantui UMNO. Itu sebabnya pemimpin Keadilan menjadi sasaran khas: lapan orang pemimpin parti daripada sejumlah sepuluh orang yang dikenakan tuduhan ISA datangnya daripada Keadilan. Parti yang ditubuhkan oleh Dato' Onn dulu (IMP: Independence of Malaya Party) telah diasaskannya sebaik sahaja beliau undur daripada UMNO. Parti itu kantul kerana dia tidak mampu menarik sokongan orang Melayu. Lima puluh tahun kemudiannya, Keadilan muncul dengan konsep yang sama dan tidak pula mengalami masalah yang serupa. Cuma, parti DAP menuduhnya kerana mencuri ahli-ahli Cina daripada kalangan partinya.

Kemelut yang dicetus Perdana Menteri itu adalah satu gambaran jelas betapa rapuhnya kuasa yang ada di tangannya. Dia cuba menonjolkan satu peranan baru untuk dilakonkannya, tetapi dia sudah sedar semua itu adalah perkara mustahil belaka. Pelbagai isu yang masih terbengkalai tanpa penyelesaian selama dua dekad dia memegang tampuk kuasa, kini membesar laksana satu raksasa yang sedia menelannya di saat-saat kuasa yang ada itu semakin galak terlucut daripada pegangannya. Bukan menjadi satu rahsia lagi betapa dia dan Tun Daim menteri kewangannya tidak lagi bersahabat baik, dan berkemungkinan besar akan mencetuskan satu pertembungan besar membuatkan asas penubuhan UMNO turut bergegar. Masyarakat Melayu sudah lama mengengsotkan sokongan mereka terhadap UMNO dan para pemimpinnya, sambil bersedia menunggu sesiapa juga yang muncul sebagai jagoaan yang terbaru. Lagi lama UMNO melecehkan jalan penyelesaian yang mendera mantan timbalan presiden partinya, Dato' Seri Anwar Ibrahim, lagi cepat langkah parti itu menghala arah bilik mayat politiknya. Dr. Mahathir semakin galak mengeluarkan kenyataan yang dibuai perasaan panik dan tekanan sambil mengharapkan simpati segala sokongan yang meminggirinya ketika Anwar ditangkap untuk didera, dulu. Inilah yang membogelkan keadaan UMNO yang menggigil kerana ketakutan disebabkan sokongan Melayu yang sudah jauh menghilang. Usaha UMNO memancing sokongan warga Cina di Sabah adalah satu petunjuk betapa UMNO sudah semakin gelabah kerana sokongan Melayu yang sudah lama berubah.


MGG Pillai
pillai@mgg.pc.my

Terjemahan SPAR01-13




Rencana Asal:

UMNO Shoots Itself In The Foot Over Chinese Members

The Prime Minister and UMNO president, Dato' Seri Mahathir Mohamed, goes to Sabah this week to preside over the demise of a National Front member, Akar, and accept its members into UMNO. He then makes a shattering announcement that all Chinese in Sabah would be welcome into UMNO without reservation. The non-Malays throughout the country see that as a step forward towards a single party of all the races. The ebullient MIC president, Dato' Seri S. Samy Vellu, melodramatically announces he would dissolve his party and its members asked to join UMNO. Hopes were raised amongst the non-Malay communities. But no Malay of any consequence rose in support.

Dr Mahathir, true to form, changes tack. It is not all Chinese in Sabah, but Akar members only. Besides, intermarriage between Chinese and the natives had created a bumiputra group called the Sinos. He wriggles his way out of his embarassment. He did not say anything dramatic when he says the Sinos can join UMNO: they always could. USNO, before it merged with UMNO, had Chinese members who became UMNO members after the merger. The native rules allows any resident, and this is also in Sarawak, with native blood is a native. This is not accepted in the peninsula: native groups, like the Portuguese community in Malacca and the Thai community in northern Malaysia, are only now being reluctantly considered bumiputras. But Dr Mahathir made a major political faux pas. He said UMNO accepting Chinese as members in Sabah could be a prelude to accepting them and other minority races in the peninsula into its fold. That created a political storm in UMNO. The transport minister, Dato' Seri Ling Lion Sik rushes in for the kill: the Chinese looked to the MCA as their first choice to protect their future.

This shooting itself in the foot is not new. It does not matter what the issue or problem is. First an all-encompassing statement is made. Then it is refined in public, downgrading its scope and import, and giving an impression to the world outside of a government, party and leader who have lost their marbles. Dr Mahathir apologises for not being clear about who could join. But he splits hairs. The Sinos, in Sabah and Sarawak, can join bumiputra parties and UMNO in Sabah. He cannot be too finicky about who can join UMNO: the Malay base in Sabah and Sarawak is too small for UMNO to survive as a Malay party; he can rope in the bumiputra tribes in Sabah, but with this unwritten insistence that only a Muslim can head UMNO does restrict the racial pool from which it must recruit its members. UMNO to survive must challenge the Kadazandusun parties, and that is an uphill task.

But he had to make that first statement. UMNO is tossed and buffetted by the political re-orientation of the Malays. They must decide if they must continue to organise themselves as a racial or multiracial party: whether it should go the way of PAS, with its emphasis on race and religion, or as the Parti Keadilan Negara (Keadilan) does in the mould of UMNO first president, Dato' Sir Onn Jaffar's vision of a multiracial party. That vision was way ahead of its times, but it is not any more. UMNO must reorganise itself in the mould of either Keadilan's multiracial politics or PAS' racial and religious worldview. It would seem the good doctor decided upon the multiracial approach, but he could not get UMNO to go along. That all who backed the Dr Mahathir's call are non-Malays proves the divide in his own ranks.

UMNO's the unpalatable decision is if it should outdo PAS or Keadilan to be politically relevant. As usual, there is no serious thinking about it. The party heads towards a obscurantist future, and tries to outdo PAS in its Islamic proselytisation. It believes it must first seduce PAS into its fold and then beat Keadilan with it. It is Keadilan, with its Onn Jaffar vision of a multiracial party under Malay leadership, that frightens UMNO. Which is why its leaders are targetted for special treatment: eight of the ten arrested recently under the Internal Security Act are from Keadilan. Dato' Sir Onn's Independence of Malaya Party (IMP), which he formed after he walked out of UMNO, failed because he could not attract Malays into his fold. Fifty years on, Keadilan does not face that impediment. The DAP accuses it of taking Chinese members from its members.

The Prime Minister's confusion reflects his own tenuous hold on power. He tries to carve a new role for himself, but he finds that all but impossible. The unresolved issues of his two decades in office now loom large before him as his hold on power becomes tenuous by the day. It is no more a secret that he and his finance minister, Tun Daim Zainuddin, head for a clash that can shake UMNO to its foundations. The Malay cultural ground moves away from UMNO and its leader, and is prepared to support whoever emerges the winner. The longer UMNO delays resolving the hurt done to its former deputy president, Dato' Seri Anwar Ibrahim, the quicker would be its irrelevance in national politics. Dr Mahathir makes statements in panic and under pressure and hope this would attract the ground he lost when Dato' Seri Anwar was arrested, and which revealed UMNO's frightening loss of the Malay ground. Bringing Chinese into UMNO Sabah is yet another indication of that loss.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my