Laman Webantu   KM2A1: 4530 File Size: 9.1 Kb *



FK KTK: B3 Ketamakan Kroni, Menghancur Negara
By Zaharuddin Hj Abd Rahman

23/5/2001 5:26 pm Wed

Sumber: MR2

http://mindarakyat0.tripod.com/2001mei/2001-1510.htm


Ketamakan Kroni, Menghancur Negara - Bahagian 3 (Akhir)

Oleh: Ust. Zaharuddin Hj Abd Rahman



PEMONOPOLIAN KEKAYAAN NEGARA OLEH BEBERAPA KERAT INDIVIDU DAN SYARIKAT.

Tidak cukup mendera rakyat dan begitu hasad, mereka tidak putus-putus mengagih-agihkan projek dan kontrak sesama mereka tanpa mengira kesukaran rakyat. Sebagai contoh:


  1. Penswastaan Perkhidmatan Hospital (Sistem Pengkomputeran diberikan kepada Deligent Network merupakan milikan Tongkah-dianggar bernilai RM 1.2 B, Penswastaan ubat-ubatan diberikan kepada Tongkah Medivest dan banyak lagi)

  2. Konsortium Perkapalan Berhad sekarang Konsortium Logistik Berhad( Bail Out ) Wang Petronas digunakan untuk membeli 51 % saham Konsortium Perkapalan Berhad yang ketika itu mempunyai hutang sebanyak RM 1.6 Billion.

  3. Ranhill Berhad (sebuah syarikat yang khabarnya mempunyai pertalian dengan Tun Daim melalui salah seorang Pengarah Eksekutif di syarikat tersebut). Mereka telah memperolehi projek besar seperti berikut:

    M&E design for KLIA,

    KLCC- structural design,

    PLUS design works,

    TNB 500 KV Tarnsmission project,

    Johor Second Crossing Township, (Largest comprehensive Township in M'sia )

    Selangor Privitized Water supply system, (Largest in Malaysia)

    Petronas Carigali design on Central Processing Platform - Largest Gas Processing and Compression Platform in M'sia

    First turnkey (EPC) project - Sri Gading Water Treatment Plant, Johor.


  4. United Engineers Malaysia Bhd yang diterajui oleh kroni Tan Sri Halim Saad mengaut keuntungan melalui anak-anak syarikatnya dan kontrak berikut:


    PLUS dan ELITE merupakan anak syarikatnya)

    North - South Expressway

    Malaysia-Singapore Second Crossing

    North-South Expressway Central Link

    Kuala Lumpur International Airport

    National Sports Complex

    Putra LRT System 2



    Syarikatnya mencatatkan keuntungan besar hasil daripada pemonopolian projek besar kerajaan iaitu mencatat keuntungan bersih (net profit) seperti berikut :

    Jadual 6 : Keuntungan Syarikat Kroni United Engineers Malaysia Bhd dan Renong Berhad

    United Engineers Malaysia Berhad
    Perkara Dis 96 Dis 97 Dis 98 Dis 99
    Turnover 3,405,575,000 4,295,148,000 3,157,092,000 3,239,189,000
    Net Profit 513,214,000 282,313,000 181,817,000 710,950,000


    Renong Berhad
    Perkara Jun 97 Dis 97 Dis 98 Dis 99
    Turnover 1,096,343,000 914,878,000 757,108,000 499,805,000
    Net Profit 536,367,000 -781,518,000 1,410,537,000 249,239,000

    Sumber Bursa Saham Kuala Lumpur dan Annual Report Syarikat Berkenaan





Selain itu, dalam keghairahan mereka mengaut keuntungan melalui projek-projek yang diswastakan, terdapat pula penswastaan yang menemui jalan buntu dan kegagalan seperti:


a. Swasta Pengangkutan seperti:


  1. LRT yang kemudian dibeli balik oleh kerajaan dengan RM 6 Billion.

  2. Mtrans (soft loans dr k'jaan sbyk RM 1.7 bagi projek monorail)

  3. MAS gagal (k'jaan beli RM 8.00 pershare saham Tan Sri Tajuddin Ramli iaitu 29% sedangkan harga pasaran saham tersebut adalah pada kadar RM 3.68 per share)


b. Penswastaan Air (Indah Water Konsortium dibeli balik pada Mac dengan harga RM 192.5 juta )

Tidak cukup itu, Penswastaan di dalam bidang Pendidikan juga telah menaikkan yuran-uran pengajian melambung naik. Dalam keadaan tersebut Pinjaman Pelajar daripada Tabung PTPTN pula dikenakan 4 % dari jumlah pinjaman mereka sebagai contoh pinjaman berjumlah RM 19,500 tetapi kena bayar balik sebanyak RM 27,000.00. Ini bermakna pelajar perlu menambah RM 7,000. Bukankah ini membebankan para pelajar!.




KOMENTAR PENGANALISA ANTARABANGSA DAN TEMPATAN TERHADAP MALAYSIA



  1. Independent Strategy London

    'Malaysia has the potential to set itself aside from the south-east Asian morass. But it won't until it embraces the drivers of the new economy. That means establishing the rule of law, hand off government and transparency of policy and corporate governance. Right now Malaysia is closer to Jakarta on these issues than To superlative little Singapore. THAT MAKES MALAYSIAN FINANCIAL ASSETS TOO DAMN RISKY FOR US TO RECOMMEND TO ANYBODY '

    'and Malaysia won't be 'tiger' again either until new political paradigm takes over. THAT'S WHY WE DON'T WANT TO BE INVENSTED THERE UNTIL THEN'

  2. The Economist Intelligence Unit Ltd.

    'Malaysia's political crisis is deepening .. The central problems remains the resistance of the veterans PM '

  3. Franki Chin (Fund manager di TALCAF Global Asset Management)

    'We Would like to see (genuine) improvements to corporate governance, tranparency, political stablity and increasing trends of returns on equity '

  4. Scott Lim (Fund manager di CMS Dresdner)

    'The recent initial public offer of telecom firm Time dotCom was 75% undersubscribed and this exemplified the skepticism of local investors, as Time dotCom is closely associated with politically-linked conglomerate Renong and United Engineers Malaysia which have been under fire from analysts for their lack of corporate governance.'

  5. Foreign Analyst at Major U.S Investment Bank

    'From my disscussion with the fund managers, I gauge that they are mainly waiting for the old man ( Pirme Ministers Mahathir Mohammad) to go '

  6. Phua Lee Kerk (Fund Manager di APS Asset Management )

    'A change in leadership might be some thing positive , it might lead to a change in policy '



Para penganalisa juga mencatatkan bahawa pasaran saham Filipina pulih sebanyak 20-30 % apabila Presiden Joseph Estrada 'stepped down' dan mereka membuat andaian yang sama bagi Malaysia.

Hilang kepercayaan ini menyebabkan nilai dagangan harian (daily trading value) Malaysia rendah iaitu sekitar RM 220 - 300 berbanding Thailand sebanyak RM 550 (setelah ditukar ke nilai Ringgit).

Hasil daripada ketidakpercayaan tersebut lalu kita telah dapat melihat dengan jelas bagaimana aliran keluar Dana Asing dari Malaysia begitu ketara umpamanya hampir RM 17 B pada Okt 2000 berbanding hanya RM 160 M pd tahun 1999. Menurt laporan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Dana asing dicatatakan telah keluar seperti berikut:

11 Oktober 2000 - RM 4.3 B

25 Oktober 2000 - RM 4.74 B

1 November 2000 - RM 5.115 B

Berdasarkan kepada 'figures' terbaru yang diperolehi darpada Majlis Tindakan Ekonomi Negara(MTEN), Malaysian Industrial Development Authority telah meluluskan (approved) hanya RM 16.9 billion pelaburan pada tahun 1999 iaitu turun RM 10 Billion berbanding tahun 1998. Manakala permohonan pelaburan (investment applications) pula turun 26 % kepada hanya RM14 Billion (1999) daripada RM18 Billion tahun 1998. Ini bermakna minat pelaburan asing dan tempatan semakin kurang terhadap Malaysia.

Selain itu, saham Time Dot Com anak syarikat kepada Time Engineering Berhad yang juga mempunyai kaitan rapat dengan UEM dan Renong diperanjatkan apabila saham mereka tidak laku di pasaran apabila hanya 25 % subcribe yang diperolehi kurang 75 %. Ini membuktikan sememangnya para pelabur sudah muak dengan syarikat kroni-kroni-kroni ini.

Sekian,

Ust. Zaharuddin Hj Abd Rahman

zaharuddin@yahoo.com

25 Februari 2001