Laman Webantu   KM2A1: 4535 File Size: 21.9 Kb *



TAG SP 128: B1 Dilema Cina Doktor Mahathir
By James Wong Wing On

24/5/2001 6:59 pm Thu

TAG 128

[Rencana ini adalah satu nukilan sejarah yang tidak tepat sehingga terpaksa diperbetulkan banyak kali. (Rujuk catatan penterjemah). Sebaik sahaja rencana (asal) ini disiarkan kerajaan telah mengeluarkan kata-dua kepada laman Malaysiakini sebagaimana yang terlapur oleh AFP. Tetapi ia tidak pula menyanggah di mana faktanya telah lari kerana ada sedikit markah percuma untuk mereka di sini. Kami serahkan kepada pembaca untuk mencari tanpa diwarna di mana ia tersembunyi.

Pendatang Cina digambarkan sebagai satu bangsa yang terpinggir atau terbuang sejak dulu, termasuk di negara ini. Mereka telah dikhianati oleh bangsa sendiri tetapi orang melayu melayan mereka dengan amat baik sehingga ramai tidak mahu kembali ke tanah air sendiri. Malah ada yang mengahwini orang tempatan - sekaligus merapatkan lagi kemesraan. Tidak banyak pergaduhan di sini yang mengorbankan nyawa mereka kerana orang melayu memang lembut dan tidak kecil hati walaupun hidup mereka banyak telah tercuri oleh pihak tertentu yang telah dibeli oleh satu kumpulan yang tidak perlu disebutkan di sini.

Malangnya ramai orang Cina tertipu oleh pihak tertentu yang berpura sepanjang waktu padahal kumpulan itulah puncanya semua ini. Hanya baru sekarang mereka mula sedar - itupun masih agak samar. Orang melayu tidak memusuhi orang Cina sejak dulu tetapi mereka kerap digambarkan begitu untuk tujuan tertentu. Sekarang mereka ingin didekati - juga untuk tujuan tertentu. Sejarah perlu dikaji dengan lebih teliti kerana orang Cina kerap tersalah baca sehingga terpilih si penipu.
- Editor
]



(Artikel asal ada di Malaysiakini bertarikh 22 Mei, 2001)

Terjemahan: SPAR-07-003


Dilema Cina Doktor Mahathir - Bahagian 1

(Dr. Mahathir's Chinese Dilemma)

oleh: James Wong Wing On


Pada akhir abad ke-19 dahulu, ribuan manusia daripada kawasan persisiran pantai Tanah Besar China cuba melarikan diri daripada cengkaman pemerintahan Dinasti Ch'ng yang sungguh korup. Mereka sudah tidak larat hidup merempat dalam keadaan sosio-ekonomi sebuah regim yang semakin merudum.

Mereka mengambil keputusan nekad meninggalkan tanah tumpah darah mereka untuk berhijrah ke bahagian selatan di Asia Tenggara yang mereka beri nama 'Nanyang' untuk mencari rezeki dan menyambung kerja. Ramai di kalangan mereka yang mendarat di pantai British Malaya. (Nama sebenarnya ialah Semenanjung Tanah Melayu - penterjemah)

Sebilangan besar pendatang itu merupakan tenaga pekerja buruhan yang papa kedana dan tidak punyai sebarang pengetahuan untuk membuat kerja melainkan kerja-kerja borongan yang sengaja dibiarkan secara pukal di kawasan perlombongan yang dipunyai oleh British dan pemodal Eropah yang lainnya. (Sebenarnya tanah itu hak orang Melayu tetapi diusahakan oleh orang kulit putih tanpa membayar sebarang sewa kepada raja-raja ataupun orang Melayu di perkampungan yang berdekatan - penterjemah)

Impian mereka yang utama ialah mencari wang yang secukupnya untuk pulang ke tanahair mereka dengan penuh lambang kemewahan, penghormatan dan kemegahan. Namun, keadaan di Tanah Besar China semakin meruncing dan disusuli kebangkitan rakyat marhaen, revolusi republikan, kemunculan panglima-panglima perang, perang anti-Jepun, perang saudara antara golongan nasionalis dan komunis, kemenangan pihak Komunis yang akhirnya mencetuskan Revolusi Budaya, dan sebagainya - menyebabkan ramai warga yang mendatang ini membuat keputusan untuk terus kekal di negara penghijrahan mereka untuk selama-lamanya.

Pada ketika itu, majoriti tenaga kerja Cina itu adalah seperti warga India yang mendatang juga; hidup melata, diharung kemiskinan kerana mereka adalah golongan yang hanya mampu bertutur satu bahasa, tidak mampu bertutur Bahasa Mandarin, cuma setakat bahasa kedaerahan mereka sahaja. Kebanyakannya buta-huruf dan tidakpun berpendidikan.

Mereka memerlukan perlindungan dan tukang cakap dalam satu suasana yang dianggap baru dan kurang mesra, yang pada mulanya mereka anggap sebagai satu tempat kerja di mana mereka mampu mencari wang untuk terus bernyawa.

Ramai juga di kalangan mereka yang menubuhkan kongsi gelap untuk mewujudkan tenaga perlindungan yang kerasan dan betah serta kumpulan yang ditakrifkan oleh pakar psikologis masakini sebagai persatuan berinteraksi. Namun, ramai lagi yang lebih selesa bergantung harap kepada 'Kapitan Cina' ataupun penghulu masyarakat Cina yang lebih disenangi dan dihormati sebagai 'pengantara' antara mereka dengan birokrat kolonial, dan juga warga aristokrat Melayu.

Tujuan Berkembar

Masyarakat Cina ketika itu mempunyai keinginan yang amat mudah sekali kerana sebagai tenaga kerja yang mendatang, mereka hanya memerlukan satu suasana kerja yang tidak diganggu-gugat oleh masalah mencari kerja dan mendapatkan wang habuan kerja yang membolehkan mereka pulang ke kampung halaman dengan penuh kehormatan dan kemegahannya.

Sebagai orang mendatang yang bukan mempunyai hak kerakyatan, mereka hanya mahukan kebebasan untuk melaksanakan apa yang mereka suka mengikut saluran undang-undang yang ada, tidak kiralah kalau semua itu tidak adil, menekan dan menyakitkan, seperti yang diarahkan oleh pentadbiran kolonial.

Kerana itu, tugas seorang Kapitan Cina bukannya sukar sangat. Kebanyakan mereka menjalankan tugas sebagai penterjemah Bahasa Inggeris kepada Bahasa Cina ataupun Bahasa Melayu kepada loghat Cina. Lantas merekalah yang menguasai saluran komunikasi antara pihak yang mempunyai kuasa dengan warga mereka untuk memberikan penjelasan mengenai apa yang dikatakan sebagai yang betul ataupun yang salah mengikut tafsiran undang-undang yang bertulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Namun, apabila kemasukan pekerja Cina itu semakin melonjak bilangannya, berkembang biak hingga mencetuskan apa yang dikatakan sebagai menepati 'Teori Kehendak Maslow' menyebabkan sistem purba bergantung-harap kepada Kapitan Cina menjadi sudah tidak berpada.

(Catatan Penterjemah: Maslow's Theory of Needs ataupun Teori Kehendak Maslow adalah menyangkuti beberapa prinsip kehidupan seperti Keperluan Asas, Fizikal, Perkongsian, Kumpulan dan Pencapaian Peribadi {self actualization}. Teori ini merupakan prinsip pengurusan sosial yang amat bermakna dalam sebuah negara yang menggembar-gemburkan pengamalan demokrasi. Sayang..... teori ini tidak dapat difahami oleh si Raja Kaaapuuuur daripada Kerala)

Kerana itu, pentadbiran British telah menubuhkan satu 'Protectorate of Chinese' (Jabatan Perlindungan Masyarakat Cina) untuk menangani setiap urusan masyarakat pendatang itu sambil memantau aktiviti subversif ala-Bolshevik yang dipengaruhi oleh pemikiran Dr. Sun Yat Sen dan pergerakan republikan beliau yang mempunyai dua tujuan berkembar untuk menjatuhkan dinasti Ch'ing dan menubuhkan satu republik moden.

(Catatan Penterjemah: Pergerakan Bolshevik pada asalnya merupakan satu sayap yang disebut 'Bolshevik' yang terdapat dalam Social Democratic Party di Russia pada tahun 1903. Inilah fraksi terbesar dalam parti itu yang diketuai oleh Vladimir Lenin. Lenin merupakan penggerak satu gerakan mengganyang pihak reformis kerana mahukan satu ketumbukan kebangkitan satu golongan elitis yang sanggup menaikan semangat golongan pekerja menjadi satu tenaga besar dalam pembangunan negara. Mereka berjaya menumpaskan kerajaan Russia pada 1917 dan pada March tahun kemudiannya, parti itu bertukar nama menjadi Parti Komunis Russia)

Di samping kumpulan nasionalis Cina itu, ada juga terdapat satu pergerakan komunis yang secara keanehannya diasaskan oleh masyarakat Sumatra dan Jawa yang dipimpin oleh Tan Melaka dan Mas Alimin. Keanehan pergerakan ini bukan sahaja disebabkan ia tidak merupakan cetusan usaha orang Cina, malahan kebanyakan jalan fikiran mereka itu bukannya diterima sangat oleh masyarakat Melayu, tetapi oleh masyarakat mendatang Cina yang merempat hidupnya.

Kerana itulah, Cawangan Khas (Special Branch) ditubuhkan dalam perkhidmatan polis untuk menangani mereka. Setakat itu, masyarakat Cina (dan masyarakat India kemudiannya) masih merupakan kumpulan pendatang yang perlu ditangani dengan penuh toleransi disebabkan sumbangan mereka terhadap ekonomi negara oleh pihak berkuasa Anglo-Malay yang bersikap sebagai pelindung kepada kumpulan mendatang ini.

(Catatan penterjemah: Ewaaah.... demikianlah catatan sejarah bangsa mengikut pena seorang warisan pendatang rupanya... Inilah yang dikatakan lempar batu sembunyi tangan? Apakah ini bererti masyarakat Melayu, Sumatra dan Jawa lebih terdidik dan lebih celik sejak dulu?)

Berpaling-tadah.

Jadi, masyarakat Cina hanya boleh 'dilindungi' dan 'dibiarkan'. Mereka tidak punyai hak untuk membuat keputusan menyangkuti siasah. Mereka sendiripun tidak memerlukan semua itu ataupun memahami haknya. Lagipun mereka menganggap diri sendiri sebagai orang pengembaraan sahaja.

Apabila muncul kesedaran untuk berpolitik, kumpulan Cina yang ghairah dengan aktiviti politik mereka telah berkumpul dan menganggotai Parti Komunis Malaya (CPM: Communist Party of Malaya) yang diasaskan pada April 1930 di Buluh Kasap, Johor. Pembabitan mereka itu bukannya kerana ketaksuban kepada ideologi Marxist-Leninist ataupun kepada pengaruh loghat kedaerahan. Tetapi, CPM pada waktu itu merupakan satu parti politik yang disarankan oleh Tan Melaka sehingga mampu menarik keghairahan masyarakat buruh Cina untuk menganggotainya.

Kerana terpinggir oleh masyarakat utama Anglo-Melayu dan disisihkan juga oleh masyarakat biasa telah meransang masyarakat Cina itu untuk bergiat cergas dalam Parti Komunis Malaya. Pada awalannya mereka bersifat anti-British, tetapi apabila Perang Dunia Pasifik bermula, mereka mengikuti haluan PKM untuk bergabung dengan British memerangi tentera Jepun.

Sebenarnya, para pejuang PKM telah berjuang bermati-matian menentang tentera Jepun begitu gagah sekali berbanding pihak British yang sepatutnya merupakan pelindung orang Malaya ketika itu. Setidak-tidaknya anggota PKM terus menetap di Malaya untuk berjuang menentang Jepun sedangkan pihak British cabut lari lintang-pukang meninggalkan tanah yang menjadi punca pengutipan cukai di mana penduduknya memanggil mereka dengan penuh hormat sebagai 'Tuan'.

(Catatan Penterjemah: Pada waktu itu raja-raja dan Sultan Melayupun tidak menerima perlindungan Askar Melayu kerana mereka dikerah mempertahankan Singapura sambil rakyat British dan masyarakat Cina dan India yang kaya-raya meninggalkan kepulauan itu. Pada waktu yang sama masyarakat Raja Kaapuur cuba berbaik-baik dengan orang perkampungan Melayu untuk terus bernyawa.)

Selepas perang, penduduk Malaya merasakan perasaan dikhianati oleh pihak British yang telah berpaling arah untuk mengganyang mereka dan mendera mereka kerana tuduhan sebagai penyokong kuat Komunis. Chin Peng yang pernah dianugerahkan bintang OBE oleh Raja England sebagai menghormati pembabitannya memimpin ketumbukan pergerakan bawah tanah menentang Jepun ketika itu boleh menjadi satu lambang bagaimana British telah belot dan mengkhianati semangat persefahaman itu. Pingat OBE itu telah ditarik balik pada awal 1948, Inilah merupakan bermulanya keadaan darurat di Malaya antara 1948 hingga 1960.

(Catatan penterjemah: Penulis artikel ini terlupa merakamkan keganasan era 'Bintang Tiga', sebaik sahaja Jepun mengaku kalah dan ketika Malaya menunggu kemunculan semula tentera British. Ketika itu askar Melayu pulang ke kampung halaman selepas berperang bermati-matian di Bukit Chandu. Pada waktu yang sama, ramai professional Cina menganggotai parti komunis termasuk 'Tokjanggut' ataupun nama sebenarnya Liong Kong Kim seorang bekas pengurus syarikat aiskrim Singapura yang menjadi panglima komunis akhirnya. Sila baca 'The Jungle Is Green' mengenai kegiatan Suffolks Regiment menyerang hendap Tok Janggut Cina ini.}

Petugas Sukarela

Untuk memerangi PKM dan akar-umbi masyarakat Cina yang menganggotainya, pihak British telah menaja penubuhan MCA (Malaya dan kini Malaysia Chinese Association), pada tahap awalannya sebagai sebuah organisasi kemasyarakatan untuk mengalihkan sokongan masyarakat Cina terhadap Parti Komunis Malaya itu.

Untuk menentukan masyarakat ini tidak terpinggir lagi, British telah merestui pemberian kerakyatan kepada mereka. Sekaligus MCA menjadi satu versi baru Kapitan Cina, dan meniru model asal Kapitan dulu dan pelindung masyarakat itu.

Hakikatnya adalah sama sahaja - untuk memudahkan saluran komunikasi antara pihak pemerintah dengan masyarakat Cina terutama sekali golongan yang kaya-raya.

Malahan hingga kini di awal abad ke-21 ini, MCA tidak bergiat cergas dalam usaha merangka dasar nasional, sama ada di Kabinet ataupun Parlimen. MCA masih lagi dipayungi oleh Biro khas yang disebut 'Complaints Bureau' yang diketuai oleh Michael Chong yang memang jagoan dalam kerjanya sebagai seorang petugas sosial.

Wakil rakyat MCA di parlimen ataupun DUN lebih merupakan pekerja sosial daripada memainkan peranan sebagai penglaksana undang-undang dalam sebuah demokrasi yang moden. Pemikiran MCA masih berada di tahap pemikiran yang mengikut acuan Kapitan Cina ataupun pelindung masyarakat Cina sahaja.

Namun, apabila masyarakat bertamaddun terus maju, masyarakat Cinapun turut maju sama terutama sekali secara keintelektualannya. Mereka tidak lagi menyokong hanya satu parti politik, malahan banyak parti lainnya, seperti Font Sosialis, PPP (People's Progressive Party) yang dipimpin oleh adik-beradik Seenivasagam di Ipoh, Gerakan dan DAP.

Sehingga 1990, masyarakat Cina secara majoritinya lebih selesa menyokong parti pembangkang, terutama sekali DAP. Pada 1969, masyarakat Cina Kedah telah mengundi dan menyokong calon PAS, arwah Yusuf Rawa (yang akhirnya menjadi presiden PAS) mengalahkan seorang ahli politik muda Dr. Mahathir yang ketika itu dianggap sebagai seorang ekstrem dan 'ultra' UMNO.

.....Bersambung.....




Rencana Asal:

http://www.malaysiakini.com/News/2001/05/2001052202.php3

Tuesday May 22

Dr Mahathir's Chinese dilemma

James Wong Wing On

12:24pm, Tue: feature In the late 19th century, thousands of Chinese from the costal areas of mainland China, then ruled by the corrupt Ch'ing Dynasty, could no longer tolerate the very oppressive socio-economic and political environment of the crumbling ancient regime.

They decided to leave their ancestors' land and emigrate to the south, or Nanyang as Southeast Asia was then called, to search for a new world. Some of them came to British Malaya.

Most of those emigrants were poor indentured labourers and unskilled lumpenproletarians, contracted to work in the tin mines owned by British and other European capitals.

The original dream was to earn enough money and go home with wealth, honour and glory. However, as the conditions in mainland China turned from bad to worse - peasant uprisings, republican revolution, warlord-ism, anti-Japanese war, civil war between Communists and Nationalists, Communist takeover and Cultural Revolution, etc - many had thus decided to stay permanently.

In those days, the majority of the Chinese migrants labourers, like their Indian counterparts, were poor, downtrodden, illiterate or semi-illiterate, monolingual (many could not speak Mandarin but only inarticulate dialects) and not very educated.

They needed protectors and communicators in an environment perceived and felt to be alien and hostile, and which they regarded at first, as only a transient place to work and earn money to survive.

Some of them formed secret societies for mutual protection and gathering of what social psychologists now call social information, while many others would prefer to rely on more socially and politically prestigious Kapitan Cina or Chinese community chiefs as the bridge or link between them and the colonial bureaucracy, as well as the Malay aristocracies.

Twin aims

The needs of the Chinese community then was very simple because as migrant labour, they only wanted to have a trouble-free environment for them to work and earn enough money to return home with honour and glory.

As non-citizens, they only wanted to be left free to do what they want within the boundary of the law, however unjust, oppressive and obnoxious, set by the colonial administration.

Thus, the functions of Kapitan Cina were not very complicated or difficult. Most of them acted as English-Chinese dialects or Malay-Chinese dialect interpreters, and the communication channel between the powers-that-be and their kinsmen so that the latter knew what was right and wrong in terms of the law written in English or Malay.

However, as the influx of Chinese migrant labour became increasingly massive, and as the needs of the community diversified and moved up according to the Maslow theory of the hierarchy of needs, the primitive system of Kapitan Cina no longer sufficed.

Thus, the British administration set up a Protectorate of Chinese to deal with the so-called ?Chinese affairs? as well as to monitor ?subversive and Bolshevik activities? in the Chinese community whose political consciousness had been heightened by the activities of the great Dr Sun Yat Sen and his republican movement whose twin aims were to overthrow the corrupt and oppressive Ch'ing Dynasty and to set up a modern republic.

Besides the nationalists, there were also the communist movement first organised, ironically not by the Chinese but by Malay-speaking Sumatrans and Javanese like Tan Melaka and Mas Alimin whose ideas were mostly accepted paradoxically not by Malays, but by the poor Chinese migrant labour.

For that, the Special Branch was set up to deal with them. Up till then, the Chinese (and for that matter, Indians) in British Malaya were still the ?out-group? to be tolerated (not accepted) for their economic value by the Anglo-Malay establishment which acted as the guardian of the ?in-group?.

Betrayed

Hence, the Chinese were only to be ?tolerated? and ?protected?. They had no right to make policy decisions. They themselves did not want to or did not even have the concept of rights. After all, they were self-perceived sojourners.

As the consciousness of modern politics grew, most the politically active Chinese joined or supported the Communist Party of Malaya (CPM), which was set up in April, 1930 in Buloh Kesap, Johor, not so much for its Marxist-Leninist ideology or its dialectical flavour but because CPM was at that time the first modern political party that, on the recommendation of Tan Melaka, appealed to the Chinese labour classes.

Alienation from the Anglo-Malay mainstream society, marginalisation and discrimination also contributed to the Chinese involvement in the activities of the Communist Party of Malaya. They were anti-British but when the Pacific War began, they followed the CPM to form an alliance with the British to fight the Japanese.

To be honest, the CPM fought the Japanese more heroically than the British who were supposed to be the protector of the Malayan people. At least they stayed behind to fight, while the British ran away from the land where they previously collected taxes and were addressed as Tuan (Master/Lord).

After the war, they felt betrayed by their British ally who changed course and confronted them as members and supporters of communism. Chin Peng who was awarded the OBE (Order of the British Empire) after the war for leading the resistance in Malaya perhaps personifies that sense of betrayal - his OBE was withdrawn at the commencement of the Emergency which lasted from 1948 to 1960.

Social workers

To fight CPM and its Chinese base, the British helped to set up the Malayan (now Malaysian) Chinese Association (MCA), first as a welfare organisation to draw away Chinese support for CPM.

And in order not to further alienate the Chinese, the British granted citizenship to them. MCA thus became a new version of the Kapitan Cina, following the original model of Kapitan and the Protectorate of Chinese.

The essence was still the same - to facilitate communication between the establishment or the powers-that-be and the Chinese community, particularly the big businessmen.

Even today in the 21st century, MCA does not do much work in the making of national policies, either in the Cabinet or Parliament. It is still typified by its Complaints Bureau led by Michael Chong who is really good as a social welfare worker.

MCA?s Members of Parliament (MPs) and State assembly representatives are more social workers than legislators in a modern democracy. MCA's mentality is still in the mould of Kapitan Cina or the Protectorate of Chinese.

However, as society progresses, Chinese Malaysians, too, advance intellectually. They have been supporting not one party, namely MCA, but many others too, like the Socialist Front, the People?s Progressive Party (PPP) under the Seenivasagam brothers in Ipoh, Gerakan and the DAP.

Until 1990, Chinese Malaysians predominantly supported the opposition, especially the DAP. In 1969, Chinese in the parliamentary constituency in Kedah voted for a candidate of PAS, the late Yusof Rawa who later became a president of the Islamic party, to defeat the young Dr Mahathir who was perceived to be an ?extremist? or ?Umno-ultra?.