Laman Webantu   KM2A1: 4540 File Size: 11.2 Kb *



BHS: Ke arah jaya di celah berahsia
By Ekoniaga

24/5/2001 11:02 pm Thu

[Rizab negara kita cuma $26.10 bilion - ini hanya cukup untuk 4 bulan lebih impot sahaja. Tetapi unit pelaburan Singapura, GIC, memilikki $100 bilion ditangannya menguruskan rezab negara - satu nilai yang lebih 4 kali ganda atau cukup makan 18 bulan lebih lamanya dari Malaysia sedangkan negara mereka jauh lebih kecil dari Malaysia dan lebih kurang penduduknya. Sudah tentu nilai rezab yang begitu tinggi itu akan membuatkan spekulator begitu gerun untuk menyerang negara itu.

Singapura mampu melakukannya dalam rahsia tanpa perlu membising seperti negara kita. Ia menyerahkan pelaburan itu kepada mereka yang pakar menguruskan sahaja patutlah ia berjaya. Dan dengan wang yang berlebihan itu Singapura mampu membantu negara lain seperti Indonesia sedangkan kita hendak membantu rakyat sendiri pun tergaru-garu kepala kerana dana sudah semakin tiada. Ia sudah menjadi menara dan bangunan yang tidak berpenghuni sahaja. Bayangkan RM29 bilion nilai hartanah di Malaysia masih tidak didudukki sesiapa. Itu belum dikira lagi pelaburan yang sudah hangus menjadi sifar atau yang telah lenyap akibat kroni berniaga.

Syarikat GIC itu juga melabur di tempat strategik termasuk di negara China tetapi Malaysia nampaknya banyak bermain di Afrika dan Burma yang amat tinggi risikonya. Apa yang menariknya GIC belajar dari kesilapan masa lalu - bukannya seperti Malaysia yang asyik memberi alasan 'hilang di atas kertas' sepanjang waktu. Akaun GIC telah diperiksa dan dibentang di parlimen Singapura - tidak seperti Malaysia yang menterinya sudah menghilang entah kemana sekarang ini dan asyik tidak pasti sahaja masa depannya. Ini menunjukkan kerajaan Singapura amat bertanggungjawab kepada rakyat tetapi pemimpin kita langsung tidak beretika.

Rahsia kejayaan Singapura terletak kepada orang yang mengemudinya. Lee Kuan Yew memilih mereka yang pintar dan berkebolehan sahaja dan sanggup membayar gaji dan imbuhan berjuta-juta kerana berbaloi pulangannya. Ini berbeda dengan negara kita yang bukan sahaja membuang orang yang pakar, malah menggantikannya dengan orang yang tidak berguna pula asalkan sama pegangan politiknya. Sampai sekarang mereka yang mewariskan hutang berbilion dalam syarikat kroni dikekalkan patutlah ramai pelabur sudah naik bosan dan sudah pergi ke negara jiran.

Tanpa siasatan dan ketelusan pengurusan lebih banyak lagi wang akan menghilang. Sayangnya rakyat Malaysia masih berdiam diri padahal negara kita sedang menuju kancah kemuflisan. Ini akan mengundang jenayah dan huru-hara sosial bila aktiviti mencari wang secara haram berleluasa seperti yang terserlah di Indonesia. Mungkinkah kita nanti akan menjadi pendatang tanpa izin di negeri orang???
- Editor
]


Pengirim: SPAR-007-003?

http://cyberita.asia1.com.sg/3/econ0901.htm

EKONIAGA

Ke arah jaya di celah berahsia

GIC kekal misi urus pelaburan rizab negara sepanjang 20 tahun kewujudannya

SEJAK 20 tahun lalu Perbadanan Pelaburan Pemerintah Singapura (GIC) ditubuhkan, tidak banyak diketahui mengenai syarikat itu.

Bagaimanapun, inilah syarikat milik pemerintah Singapura yang menguruskan pelaburan rizab negara sebanyak lebih AS$100 bilion ($180 bilion).

Semalam, GIC menyambut ulang tahunnya yang ke-20 dan meraikan pelancaran rasmi ibu pejabatnya di Capital Tower.

Dipengerusikan Menteri Kanan, Encik Lee Kuan Yew, GIC ditubuhkan dalam 1981 dengan misi mencapai pulangan jangka panjang terhadap aset negara menerusi pelaburan di peringkat antarabangsa.

Tahun lalu, ia melaburkan dalam lebih 40 pasaran di seluruh dunia.

Melalui dua anak syarikatnya -- GIC Special Investments Pte Ltd dan GIC Real Estate Pte Ltd -- ia telah membuat pelaburan dalam syarikat teknologi baru sehingga ke hartanah. "Kami menguruskan lebih AS$100 bilion. Ia hanya $120 bilion beberapa tahun lalu. Pulangannya adalah mencukupi," kata Encik Lee, dalam satu temu ramah dengan The Asian Wall Street Journal (AWSJ) bulan lalu.

Pada 1991, GIC mengambil taruhan sebanyak $820 juta dalam syarikat New Zealand, Brierley Investments Ltd, dan anak syarikat Britain, Mount Charlotte Investments, bersama Temasek Holdings.

Tiga tahun kemudian, ia mengambil taruhan dalam bank pelaburan, China International Capital Corporation, menggambarkan niat pemerintah memainkan peranan lebih besar dalam Asia Timur.

Bagaimanapun, GIC juga mengambil langkah berhati-hati terhadap pelaburannya kerana ia pernah membuat kesilapan dalam keputusan pelaburan.

Memberi contoh kesilapan yang pernah dilakukan oleh GIC, Encik Lee menukil pembelian bon dalam Guangdong International Trust & Investment Corp (Gitic).

"Wanita yang bertanggungjawab terhadap bahagian bon percaya pemerintah China tidak mahu melihat Gitic gagal.

"Ia merupakan satu kesilapan dari segi penilaian tetapi prestasi wanita itu sepanjang sembilan tahun menunjukkan beliau berkebolehan. Kami tidak hilang keyakinan terhadapnya," ujar beliau.

Pelaburan itu dibuat dalam 1993 tetapi Gitic ditutup dalam 1999.

GIC juga memainkan peranan dalam usaha pemerintah Singapura membantu ekonomi negara-negara Asia.

Ia telah menyumbangkan AS$100 juta untuk membantu syarikat pengeluar kereta Indonesia, Astra International, tahun lalu.

Ini membolehkan Indonesia menyiapkan langkah penyusunan semula korporatnya yang pertama sebagai usaha untuk pulih dari krisis ekonomi Asia.

Diketahui sebagai syarikat yang sangat berahsia, mengejutkan apabila Timbalan Perdana Menteri yang juga pengarah GIC, Dr Tony Tan, berkata Februari lalu bahawa GIC perlu menjadi lebih terbuka.

Isu 'keterbukaan' itu timbul lagi apabila Encik Lee ditemu ramah oleh AWSJ.

"Pada asasnya, pemegang saham (GIC) ialah pengundi. Ia bukan minat orang ramai, minat negara, untuk memperincikan aset kami dan pulangan tahunan kami," ujarnya.

Dalam Parlimen baru-baru ini, Timbalan Pengerusi GIC, Brigedier-Jeneral (Kerahan) Lee Hsien Loong, berkata akaun GIC diperiksa oleh Akauntan Besar, Pengaudit Besar dan Majlis Penasihat Presiden.

"Terdapat kepertanggungjawapan yang menyeluruh," kata BG Lee.

Menerbitkan akaun GIC akan membolehkan spekulator merancang "serangan mereka terhadap dolar Singapura", tambahnya





The Business Times, Singapore
23rd May 2001

We have to pay top dollar for top talent, says SM Lee

Singaporeans must understand that companies here have to compete in global league

By Loh Hui Yin

(SINGAPORE) Singaporeans must understand that they have to pay top dollar to attract the best talent to help local companies compete in the international league, said Senior Minister Lee Kuan Yew yesterday.

'Singaporeans, especially the media, will have to get used to the fact that a good fund manager, a good executive, a good CEO is like a baseball star, a basketball star, golf pro - they are few and far between,' he said.

'They are worth every dollar that we pay them. If you don't pay such officers, you will not get them.'

Mr Lee, who was speaking at a news conference after he formally opened the new headquarters of the Government of Singapore Investment Corporation (GIC) at Capital Tower, said Singapore is no longer just a regional player. World-class players are coming into region. To compete against these aggressive foreign players, Singapore companies - be it GIC, Singapore Airlines or DBS Bank - must be able to attract world-class talent, which means paying good returns.

'You don't get John Welch to run GE for cheap,' Mr Lee said, referring to the chairman and CEO of the US conglomerate.

SM addressed the thorny issue of compensation for talent after criticism by DBS shareholders and reports in the local media which queried why two former DBS directors, John Olds and Ng Kee Choe, were paid substantial sums last year.

Mr Lee, who said he was involved in hiring former J P Morgan banker Mr Olds, defended his package. 'He's worth every single cent we paid him. He's worth it because he transformed the thinking in DBS, the mindset and he brought in talent.' Another foreign talent SM Lee singled out was Flemming Jacobs, CEO of Singapore's shipping group, Neptune Orient Lines.

Conversely, foreigners should be asked to go if they are not up to scratch, Mr Lee stressed. He also observed that Singaporeans, who have been wary about foreign talent, are becoming more receptive to it.

Paying for talent is important because it can make the difference between profits and losses, he said. For example, GIC manages more than US$100 billion (S$181 billion) of assets. A one per cent improvement in performance translates into an added US$1 billion each year.

'So you pay an investment officer who has done exceptionally well, 2, 3, 4, 5 million US dollars in bonus.'

But when an incompetent officer makes a bad judgement, the company stands to lose a vast sum of money, Mr Lee said.

He said that although he is chairman of GIC, the top fund manager at GIC is paid more than him or the Prime Minister.

'Maybe if I had a choice of a career again, and I'm interested in getting rich, I'll start becoming an investment officer,' he quipped.

GIC's renumeration package for investment officers - whom Mr Lee described as a precious commodity - comprises three components. These are base pay, an annual bonus linked to performance, and an enhanced deferred bonus scheme similar to stock options.

Comparing the American compensation system with the Japanese and German systems for CEOs, Mr Lee said the American system pays handsomely, in multiples of hundreds, when they perform well. 'If you don't measure up, out you go,' he said.

For instance, the British Telecom chairman, because of misjudgement over 3G telecom licences, has left the company.

But in the Japanese and German systems, most companies are financed by banks who become large equity shareholders. A comfortable relationship develops over the years and it is unlikely the banks will let a company fail.

But in the US, the big companies are owned by fund managers whose business is to watch whether the company and its management perform. These hard-headed fund managers have the analytical skills and organisation to professionally assess a company and its management.

In an apparent reference to local minority shareholders' criticism of renumeration for DBS top management, Mr Lee said such people, who punt a couple of thousand dollars, do not have the competence to make such assessments.

http://business-times.asia1.com.sg