Laman Webantu   KM2A1: 4544 File Size: 22.0 Kb *



TAG SP 129: B2 Dilema Cina Doktor Mahathir
By James Wong Wing On

25/5/2001 5:31 pm Fri

TAG 129

[Kaum Cina begitu sensitif dengan nasib masa depan mereka - khususnya kesejahteraan hidup atau ekonomi. Inilah kelemahan mereka yang telah berjaya dieksploitasi oleh Mahathir acap-kali dengan sesuatu yang manis berupa janji dan gambaran buruk betapa reformasi atau Islam mengancam hidup mereka nanti. Beberapa isu atau sandiwara sengaja dipentaskan untuk mewujudkan ketakutan ini. Media pula asyik memutar belit fakta agar terpesong minda masyarakat Cina. Walaupun begitu BN tewas juga di Lunas kerana masyarakat Cina merasa tertipu dan dibelot oleh Mahathir dan MCA.

Sudah sukar membaiki luka yang berparut ini - oleh itu tindakkan lebih agresif dilakar kini melalui pelantikkan penasihat khas dan dengan menguasai lebih banyak akhbar Cina. Gerakan, MCA dan akhbar sedia ada sudah gagal berfungsi sebaiknya untuk membela masyarakat Cina atau menyanggah hujah pihak pembangkang yang lebih munasabah dan lebih diterima.

Walaupun begitu, ini mungkin akan mencetuskan satu evolusi kedua perjuangan reformasi. Pengawalan media yang lebih ketat itu dijangka akan menyebabkan dunia reformasi alam siber dan ceramah BA akan disertai oleh lebih ramai dari kalangan masyarakat Cina pula. Mereka akan bersatu untuk melahirkan satu gelombang yang lebih mengancam. Tambah lagi dengan krisis ekonomi sekarang ini, kaum Cina sudah mula terasa beberapa keperitan betapa semua musibah yang melanda mereka selama ini berpunca dari mata duitan dan penyangak yang bersarang di dalam Umno, MCA dan Gerakan. - Editor]


(Artikel asal ada di Malaysiakini bertarikh 22 Mei, 2001)

Terjemahan: SPAR-07-003


Dilema Cina Doktor Mahathir - Bahagian 2 (Akhir)

(Dr. Mahathir's Chinese Dilemma)

oleh: James Wong Wing On


Luka yang Berparut

Walaupun Dasar Ekonomi Baru (NEP) 1970-1990 selalu dikecam, ia secara paradoksnya telah membantu masyarakat Cina lebih gigih mengharungi keadaan sosial dan ekonomi mereka. Untuk terus maju mereka bukan sahaja mempelajari Bahasa Mandarin, malahan juga Bahasa Inggeris dan Melayu.

Disebabkan kekurangan peluang untuk pelajaran tinggi pada 70-an dan 80-an dulu, ramai masyarakat Cina yang menghantar anak-anak mereka belajar di Australia, New Zealand, Britain dan Kanada untuk tujuan yang sama. Ramai keluarga Cina yang tidak berada menjual rumah kediaman mereka, dan membuat lebih banyak kerja tambahan untuk mengongkosi pendidikan anak-anak mereka di luar negara. Ramai juga keluarga yang tersinggung oleh ketidak-selesaan kerana warga ibu bapa hanya mampu menghantar seorang sahaja anak mereka yang sama pintarnya untuk mendapatkan didikan tinggi di luar negeri.

Eloklah kita mengakui hakikat sebenarnya betapa luka psikologi yang terpalit pada masyarakat Cina disebabkan DEB itu sudah mendalam kesannya hingga berparut juga. Majoriti orang Cina amat membenci MCA kerana tidak berusaha untuk mereka.

Tahun-tahun 1990-an telah digambarkan oleh Lim Kit Siang sebagai satu era pembebasan kecil sahaja kerana adanya kebebasan terhadap pengekangan pendidikan, terutama sekali dengan penubuhan banyak institusi pengajian tinggi swasta. Ia membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh IPTA daripada tekanan politik dan sosial yang amat hebat.

Pada sekitar 1990-an ekonomi negara berada di tahap yang cemerlang disebabkan banyak faktor termasuklah 'wang panas' yang amat dibenci sekarang ini oleh Dr. Mahathir. Tekanan DEB terhadap masalah niagapun menjadi reda apabila kek ekonomi sengaja dibesarkan disebabkan kewujudan wang panas itu. Kerana itu masyarakat Cina menyokong Dr. Mahathir dan timbalannya Anwar Ibrahim.

Mereka menyokong kerajaan kerana berpendapat UMNO lebih bersikap liberal, dan bukannya kerana MCA sudahpun berubah untuk memperbaiki tarafnya. Ramai majoriti orang Cina yang menyokong Mahathir ketika beliau menyingkirkan Anwar dan menderanya kerana adanya dua keraguan mengenai 'Revolusi Islam' dan ' Rusuhan ala Indonesia'. Namun, tidak ramai orang Cina yang mempercayai tuduhan bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang peliw*t ataupun seorang agen Amerika.

Kebanyakan orang Cina amat percaya bahawa orang Melayu dan orang yang beragama Islam tidak akan keluar daripada UMNO. Mereka juga merasa 'tertipu' sekali dulu apabila Semangat 46 yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh dan Rais Yatim pernah meninggalkan UMNO, walaupun kini parti itu sudah dikuburkan dan jambatan yang dibakar diperbetulkan semula.

Dua Fahaman

Tidak ramai yang sanggup melakukan perubahan tanpa penyertaan orang Melayu dan mereka yang beragama Islam. Namun, pada pemilu 1999 dulu masyarakat Cina telah memberikan sokongan mereka kepada Dr. Mahathir. Selepas itu mood dan tanggapan orang Cina berubah rupa.

Untuk pertama kali selepas 30 tahun, masyarakat Cina telah menyaksikan satu perangkaan dan kenyataan keputusan pilihanraya yang amat nyata - betapa orang Melayu di luar bandar dan masyarakat yang beragama Islam telah mengundurkan sokongan mereka terhadap UMNO. UMNO sudah kehilangan gahnya yang dulu-dulu, seperti juga Empayar British yang gah satu ketika dulu sebelum ditentang oleh Jepun dalam peperangan Pasifik itu.

Kini sudah wujud dua fahaman pemikiran di kalangan masyarakat Cina. Satu ialah mengenai 'idealisme' seperti yang digambarkan oleh Tian Chua, yang akan menamatkan hegemoni feudal UMNO dan BN dengan kekuatan tenaga demokratik daripada pelbagai kaum dan agama untuk menegakkan nilai-nilai demokrasi dan hak asasi manusia berasaskan nilai sejagat. Yang lagi satu ialah pragmatisme niaga dan kerjaya yang mempersoalkan apakah UMNO mampu meyakinkan kesinambungan stabiliti berkarya dan penentuan berniaga sedangkan PAS dan Parti Keadilan Nasional sudahpun mempengaruhi 60 persen undi Melayu dan Muslim yang ada.

Yang menganehkan, kedua-dua fahaman dan pemikiran itu bersetuju betapa PAS dan Keadilan sudahpun merangkul pusat kuasa. Kepada golongan idealis, proses demokrasi terpaksa mengambil kira pembabitan rakyat marhaen di kalangan masyarakat Melayu dan mereka yang beragama Islam. Kepada kumpulan niaga dan pengamal kerjaya yang pragmatis, sama ada suka ataupun sebaliknya, PAS dan Keadilan perlu ditangani secara fahaman untuk sama-sama membangun.

Kini, PAS dan juga Keadilan telah sama-sama menunjukkan reaksi yang positif terhadap pemikiran baru masyarakat Cina. Kini, PAS semakin bersedia berlembut, bersuai-kenal peniaga Cina dan berbincang mengenai pendidikan malahan juga dengan kumpulan beragama Kristian. Keadilan pula lebih berkembang pemikirannya dengan menerima keahlian warga Cina di setiap tahap kepimpinan partinya.

Kedua-dua parti Melayu yang utama sudahpun mempunyai pemimpin Cina seperti Haji Anuar Tan yang juga merupakan ahli Exco kerajaan PAS Kelantan: dan Tian Chua, Goh Keat Peng, Ng Lum Yong, Low Chee Cheong dan Cheah Kah Peng, dan sebagainya.

Keadaan yang Teruk

Penghormatan yang diberikan kepada ramai orang Cina itu merupakan satu pengalaman untuk memainkan peranan memajukan negara dan pembabitan berkongsi usaha membuat keputusan memberikan semangat baru dan perasaan lega kepada mereka kerana selama ini mereka sengaja dipinggirkan oleh UMNO dalam proses yang serupa.

Persefahaman DAP dengan PAS dan Keadilan telah memperkuatkan usaha dan semangat untuk bekerjasama. Kewujudan Barisan Alternatif (BA) yang diteraskan oleh sokongan padu orang Melayu telah menyediakan satu perasaan psikologi yang menggalakkan kepada masyarakat Cina sehinggakan dunia politik itu tidak lagi dianggap sesuatu yang dilihat ataupun diputar-belitkan untuk kepentingan pergeseran ras Cina-Melayu ataupun satu mainan yang berakhir dengan kekosongan itu.

Malahan, kesan yang paling besar dalam proses 'penemuan' orang Cina itu ialah apabila UMNO itu tidak lagi dapat dikaitkan secara mudahnya kepada masyarakat Melayu yang menyeluruh secara borongan, kerana masih ramai orang Melayu itu sendiri yang diputar-belitkan dan ditekan oleh golongan elitis UMNO di peringkat pusat.

Masyarakat Cina telah berkempen untuk PAS di Sanggang dan untuk Keadilan di Teluk Kemang dan Lunas. Orang Cina yang muncul daripada DAP, dan kumpulan yang lain-lain telah melihat dengan mata mereka sendiri betapa masih ramai lagi orang Melayu yang hidup merempat dengan keadaan hidup yang lebih melarat daripada warga Cina.

Dengan kata lain, bukannya orang Melayu itu secara berkumpulan yang menafikan mereka peluang untuk berniaga secara saksama. Sebenarnya petualang itu adalah UMNO. Semakin ramai orang Cina yang pintar mempelajarinya dengan pantas perbezaan yang terdapat kepada bumiputra, 'Umno-putra' dan 'Mahathir-putra'.

Penyatuan BA di peringkat akar-umbi telah dipermudahkan oleh bertambahnya bilangan muda-mudi Cina yang fasih bertutur Bahasa Malaysia, di samping Bahasa Mandarin dan English. Semakin ramai muda-mudi Cina yang membaca bukan sahaja akhbar harian Cina malahan juga terbitan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia seperti Harakah, Utusan M dan Berita H.

Mereka membuat perbandingan, terhadap isi dan kandungan bahan bacaan itu dan membincangkannya sesama mereka di ruangan siber. Dalam hal ini, semangat reformasi dan BA telah menjadikan masyarakat Cina itu lebih berfikiran Malaysia secara psikologinya. Soalnya apakah masyarakat Cina Malaysia yang lebih kuat semangat psikologinya itu bersesuaian untuk UMNO dan MCA?

Sememangnya, kalau kita memikirkan soalan bahawa orang Cina hanya berminat untuk berniaga, terhadap pendidikan dan pengiktirafan sosio-politik mereka, soalan itu sebenarnya bersifat basi dan ketinggalan zaman. Ramai warga Cina terutama sekali yang muda dan berpendidikan tinggi amat aktif dan peka terhadap pelbagai isu demokrasi yang bukan perkauman, hak asasi manusia, feminisme, perlindungan anak-anak kecil, persekitaran, korupsi, kronisma, kebebasan bersuara dan persurat-khabaran. Monopoli ketuanan media, penghakiman, ISA dan penahanan tanpa bicara, penderaan dan kediktatoran dan sebagainya.

Orang-orang Cina, seperti juga Melayu, India, Kadazan, Iban dan masyarakat Malaysia yang lainnya, adalah manusia biasa juga.

Yang Fana

Nampaknya seorang penasihat baru mengenai urusan Cina kepada Dr. Mahathir dianggap sebagai seorang 'superman' ataupun mempunyai perwatakan persis ensiklopedia (encyclopedia) bergerak. Seorang berwatak Kapitan Cina memang layak menjadi pegawai hubungan raya untuk kerja-kerja mengabui mata dunia.

Kalaulah MCA yang dikatakan mempunyai keahlian seramai 800,000 dan Gerakan yang sekian lama memerintah sebuah kerajaan Pulau Pinang yang didominasi oleh orang Cina, masih tidak memahami pemikiran orang Cina dan menasihati Dr. Mahathir secara jelas perkara itu semua, bagaimana mungkin seorang individu Cina melakukannya?

Apakah Dr. Mahathir mencadangkan bahawa selama ini MCA dan Gerakan gagal memberikan maklum-balas kepadanya akan sentimen dan perasaan masyarakat Cina itu secara jelas dan tulus ikhlas?

Hakikatnya, apabila para pemimpin MCA dan Gerakan serta juga para penulis mereka mengalu-alukan keputusan Dr. Mahathir untuk melantik seorang setiausaha akhbar khas bagi masalah Cina, menunjukkan dengan amat jelas sekali betapa beratnya 'Dilemma Cina' yang menghantui Dr. Mahathir. Sebagai seorang yang mempunyai banyak tanggungan sosial, saya mesti memperakui betapa saya memihak kepada 'diktator-baik' itu setelah beliau mendengar 'laungan' yang lantang itu.

Mungkin juga Tok Guru Nik Aziz, yang saya amat setia berkongsi kepercayaan wujudnya syurga dan neraka itu, dan juga wujudnya Hari Pengadilan itu akan turut bersama saya mendoakan kesejahteraan Dr. Mahathir.


......

James Wong Wing On merupakan bekas ahli parlimen (1990-1995) dan seorang penulis pojok dan kolumnis bagi sebuah akhbar Mandarin.


Catatan Khas penterjemah:

Jelas, penulisan ini banyak mengenepikan perjalanan sejarah Melayu yang sebenarnya, terutama sekali peranan orang Melayu menaikkan ekonomi Malaya dan kemudiannya Malaysia secara bertani di tanah perkampungan untuk menyara hidup sendirian, dan kemudiannya berkumpul di rancangan tanah untuk menjadi para peneroka. Sebelum itu kebanyakan peneroka itu adalah anggota keselamatan negara yang mengadai nyawa untuk membolehkan kumpulan elitis Melayu hidup bersuka-suka dan berfoya-foya meraikan budaya barat. Pada zaman darurat sebahagian besar masyarakat Melayu memikul senjata menjaga ketenteraman negara. Apabila darurat tamat, harga sebutir peluru SLR (Self loading rifle: raifel automatik) hanya sekitar empat sen, begitulah nilai nyawa orang Melayu yang seangkatan dengan bapa Ezam yang terpenjara kini. Ketika itu harga sekilo getah asli ialah sekitar Tiga Ringgit. Kini, harga peluru yang sama ialah sekitar Satu ringgit setengah, sementara harga sekilo getah ialah tujuh puluh sen. Harga sekilo taugeh ialah Satu Ringgit Dua puluh sen dan sekeping tauhu bergoreng ialah enam puluh sen. Bagaimana orang Melayu UMNO?? Bolehkah dapatkan jawapannya daripada Raja Kaaapuuuurrr?

Terjemahan SPAR-07-003




Rencana Asal:

http://www.malaysiakini.com/News/2001/05/2001052202.php3

Tuesday May 22

Dr Mahathir's Chinese dilemma - Part 2 (Final)

James Wong Wing On

Deep wound

Although the New Economic Policy (NEP) (1970-1990) has often been criticised, it has, paradoxically, helped the Chinese to be more self-reliant economically and socially. To survive, they learn not only the Chinese language but also English and Malay.

And because of the lack of opportunities in higher education in the 70s and 80s, many of them struggled to send their children to Australia, New Zealand, Britain and Canada for the purpose.

Many poor Chinese sold their only houses, and took up all kinds of jobs in order to support their children overseas. Many families were also troubled by disharmony because the parents could only send one of their many equally bright children for tertiary education overseas.

Let us admit it frankly and honestly - the psychological wound inflicted on the Chinese community by the NEP is deep. The majority of the Chinese just hated MCA for not doing enough for them.

The 1990s was described by the then Parliamentary Opposition Leader Lim Kit Siang as a period of 'minor liberalisation' because of the relaxation of education constraints, especially the setting up of many private institutions of education. It helped to release the public ones from tremendous political and social pressure.

In the 1990s, the economy was also good due to many external and internal factors, including the inflow of 'hot money' which Dr Mahathir now hates. The pressure of the NEP on the business front was also lessened because the cake became larger with 'hot money'. The Chinese thus supported Dr Mahathir and his then deputy Anwar Ibrahim.

They supported the government mostly because Umno was seen as more 'liberal', not so much because MCA had changed for the better. Most of the Chinese even supported Dr Mahathir immediately after he sacked and mistreated Anwar Ibrahim for the twin fears of 'Islamic revolution' and 'Indonesia-style riots'. But not many honestly believed that Anwar Ibrahim was a 's*d*mist' or an 'American agent'.

Most of them believed that Umno would never be abandoned by the Malays and Muslims. They felt they were 'cheated' once by Semangat 46 led by Tengku Razaleigh and Rais Yatim both who have since returned to Umno.

Two schools

Not many dared to change alone without the Malay and Muslim commitment. However, after the 1999 general elections when the Chinese supported Dr Mahathir, the mood and opinion in the Chinese community started to change.

For the first time in 30 years, the Chinese saw with their own eyes the undisputable facts and figures in the election results - that even conservative rural Malays and Muslims have deserted Umno. Umno is no longer invincible, just as the British Empire was not invincible in the face of the Japanese during the Pacific War.

There are two schools of thoughts in the Chinese community now. One is idealism, personified by Tian Chua, which seeks to end the Umno and BN feudal hegemony with democratic forces of all races and religions for democracy and human rights based on universal values.

The other is business and career pragmatism which asks the question if Umno could still be the guarantor of career stability and business predictability now that PAS and Parti Keadilan Nasional command 60 percent of the Malay/Muslim votes.

Strangely enough, both schools of thoughts concur that PAS and Keadilan are now a new center of power. For the idealists, democratisation has to constructively engage and involve the Malay/Muslim masses, and for the business/careeer pragmatists, like it or not, PAS and Keadilan have to be engaged constructively.

Both PAS and Keadilan have responded fairly well to the new thinking of the Chinese community. While the former has started to moderate, meet Chinese businessmen and talk to education and even Christian groups, the latter goes further by recruiting more Chinese members at all levels.

Both predominantly Malay multiethnic parties now have Chinese leaders like Haji Anuar Tan who is also an executive councillor of the Kelantan state government, and Tian Chua, Goh Keat Peng, Ng Lum Yong, Low Chee Cheong and Cheah Kah Peng, etc.

Worse conditions

It gives a sense of genuine recognition and real participation in the national decision-making process to many Chinese who feel excluded from the Umno-dominated establishment and mainstream.

DAP's alliance with PAS and Keadilan further strengthens that positive feeling and sense. The formation and consolidation of Barsian Alternatif (BA) with massive Malay support has also provided a stronger sense of psychological security for the Chinese because politics is no longer easily seen or distorted as Chinese-Malay 'racial tension' or 'zero-sum game'.

Perhaps, the greatest result is the 'discovery' of many Chinese that Umno is not to be equated simplistically with the Malay community as a whole, and that even many Malays are exploited and oppressed by Umno elites in the hinterland.

Chinese campaign workers for PAS in Sanggang and Keadilan in Teluk Kemang and Lunas, from the DAP and other groups have seen with their own eyes that many Malays are in worse socio-economic conditions than them.

In other words, they have realised that it is not the Malays as a group that deprive them of the fair opportunities in business and education, but only Umno. Many Chinese are learning fast to distinguish and differentiate between bumiptra, 'Umno-putra' and 'Mahathir-putra'.

The consolidation of BA at ground-level has also been facilitated by the increasing number of young Chinese who have mastered Bahasa Malaysia, besides Mandarin and English. More and more young Chinese nowadays read not only Chinese newspapers but also English and Bahasa Malaysia publications of all kinds like Harakah, Utusan Malaysia and Berita Harian.

They make comparisons of the contents and discuss them on the many cyber networks. In this sense, reformasi and BA have made the Chinese community more Malaysian psychologically. But is a psychologically more Malaysian Chinese community good for Umno and MCA?

Of course, to think that Chinese are only interested in business, education and socio-political recognition is moronic and even obsolete. Many Chinese, especially the young and educated ones, are also actively concerned with non-ethnic and universal issues of democracy, human rights, feminism, child protection, environment, corruption, cronyism, freedom of speech and press, concentration of media ownership, the judiciary, the Internal Security Act and detentions without trial, torture and dictatorship, etc.

Chinese, like the Malays, Indians, Iban, Kadazan and other Malaysian communities are human beings too.

One mortal

Thus, the new Chinese affairs adviser to Dr Mahathir has to be a superman, or at least a walking encyclopedia. A Kapitan Cina can best be a public relations or a publicity stunt.

If the MCA, which claims to have 800,000 members, and Gerakan, which has been ruling a predominantly Chinese state, namely Penang, cannot understand the Chinese community and represent them correctly to Dr Mahathir, how could one mortal Chinese possibly do so?

Or is Dr Mahathir suggesting that all this while the MCA and Gerakan have not been providing him with feedback on the sentiment and opinion of the Chinese community correctly and honestly?

However, the fact that MCA and Gerakan leaders and their writers 'hail' Dr Mahathir's decision to replace all by one hired Chinese press secretary, speaks volume of Dr Mahathr's dilemma. As a person with many social responsibilities, I must admit that I really empathise with the 76-year-old aspiring 'good dictator' upon hearing the 'hails'.

Maybe Tok Guru Nik Aziz, whom I share the non-negotiable beliefs in heaven and hell, creation and the Day of Judgement would join me to pray for him.

..............




JAMES WONG WING ON is a former member of parliament (1990-1995) and also a leading Mandarin-Chinese opinion writer and columnist. He read economics and political science at the Monash University in Australia from 1983 to 1986. All views expressed herein are his own, and are open to criticisms and debates.