Laman Webantu   KM2A1: 4555 File Size: 20.8 Kb *



TJ SP MGG: BM: Apa Yang Disemai, Itulah Yang Dituai
By M.G.G. Pillai

27/5/2001 12:42 am Sun

MGG 1171

[Banyak isu sensitif atau berbau perkauman mula tercetus kini akibat perancangan awal yang tidak betul. Mulalah kerajaan mahu mengkaji semula setelah bergegar beberapa perkara yang dibimbangi akan terpalit kepada kerajaan juga. Isu kaum bukan melayu dalam tentera, kuota IPT, bilangan kakitangan kerajaan bukan melayu dsbnya timbul kerana kerajaan sendiri merencanakannya setelah tragedi 13 Mei dan MCA tidak pula berbuat apa-apa menasihat kerajaan padahal ia mewakili kaum Cina. Inikan pula penasihat khas Cina. Ia cuma gimik politik penambah perasa kerana imej moral politik BN sudah jatuh teruk di kalangan masyarakat Cina. Pemuda Umno sendiri memanjat pagar, dan menonjol jari ke muka Suqui, masakan masyarakat Cina boleh melupai itu semua. Padahal semua isu itu boleh selesai mudah tanpa perlu berkasar sambil membawa sepanduk 'mandi darah'. Masyarakat Cina telah membalas kekasaran itu dengan lembut di Lunas dan mungkin sedikit kasar di akhbar Cina yang kini akan ditukar menjadi tawar oleh MCA dengan restu Mahathir juga.

Kerajaan kini menghadapi kebangkitan kaum tentera yang dipinggiri serta tidak dibela sekian lama. Ia juga menghadapi keretakkan sokongan kaum Cina. MCA telah gagal berfungsi menyuarakan pendapat masyarakat Cina sedangkan ia asyik berdampingan dengan pucuk pimpinan Umno. Dengan mengambil-alih akhbar Cina, ruang yang terbuka itu akan semakin tertutup pula dan itu tidak mungkin akan dapat diganti walau oleh seorang cendiakawan atau superman Cina kerana beliau cuma mempunyai dua telinga. Akhbar Cina mempunyai beribu-ribu telinga yang tentunya lebih mewakili masyarakat Cina. Ia sudah dipulas rupanya.... - Editor]


Terjemahan SPAR-01-13

(English Section - Harakah 1-15 June 2001)


Bangsa Malaysia: Apa Yang Disemai, Itulah Yang Dituai

(Bangsa Malaysia: As you sow, so you reap)

Oleh MGG Pillai


Pihak tentera Malaysia semacam berkecuali sahaja, bersedia berjuang untuk raja dan negara, tetapi tidak untuk mempertahankan kerajaan yang ghairah mencengkam kuasa politiknya, walaupun polis memang bersedia memainkan kerja-gila itu. Itu sebabnya angkatan tentera sengaja direnggangkan melainkan dalam hal membabitkan pembekalan kelengkapan perang yang berbilion harganya. Di waktu yang sama askar yang biasa terus dipinggir hidupnya dan sengaja diperlekehkan sehinggalah waktu dia bersara.

Dalam kemelut orang Melayu menyanggah kerajaan yang memang amat disedari oleh Dr. Mahathir, satu ketumbukan angkatan tentera bersenjata dan terlatih pula, memang amat menakutkannya. Wira-wira yang terlatih berkuda harus diperap di berek sahaja. Kerana itu, mereka mesti dibenarkan untuk bercanda, lengkap dengan gaji yang selesa dan imbuhan yang berpada. Seandainya mereka mula menegakkan senjata yang ada, kerajaan akan menyembam bumi juga.

Keadaan ini dikelamkan lagi dengan dasar negara meminggirkan bukan Melayu daripada menganggotai pasukan bersenjata, seperti juga dengan beberapa perkhidmatan kerajaan yang lainnya. Inilah keputusan yang dilaksanakan selepas tercetusnya rusuhan kaum 13 Mei, 1969 dulu, hasil satu muslihat UMNO untuk menentukan bukan Melayu tidak mempunyai banyak kuasa dalam kerajaan dan pentadbiran seperti yang pernah mereka nikmati 15 tahun selepas tercapainya kemerdekaan.

Inilah dasar negara yang banyak nama panggilannya, yang paling serasi disebut NEP (Dasar Ekonomi Baru). Yang mempermudahkan perkara ini ialah tindakan MCA menarik diri daripada 'Perikatan' sebaik sahaja pihak pembangkang berjaya dalam pilihanraya dengan memenangi kerusi bukan-Melayu pada pemilu 1969 dulu. Inilah yang membuatkan dominasi Melayu menonjol ketika itu. Apabila MCA rujuk semula, ia terpaksa menerimanya secara 'fait accompli' (menerima apa yang sudah terlaksana) dan menunjukkan ketegasan dengan menyingkirkan beberapa pemimpin yang cuba menyanggahnya. MIC pula seperti yang masih dilakonkannya kini, mengambil sikap tukang enggeh sahaja, tanpa menyedari dan ambil pusing perkara sebenarnya.

Pelbagai dasar telah dirangka untuk mengurangkan kemasukan bukan-Melayu ke universiti, perkhidmatan awam, angkatan tentera dan pasukan keselamatan, malahan di setiap bidang kuasa kerajaan, dengan penentuan kuota di pihak swasta. Piawaian universiti sengaja dikendurkan untuk memberi ruang kepada bumiputra memasukkinya sedangkan bukan-Melayu yang mempunyai keputusan yang lebih cemerlang terpaksa berhempas pulas mendapatkan peluang yang terbatas. Apabila kuota Melayu sudah diisi, barulah bukan-Melayu diberikan juadah yang sudah basi.

Pihak pembangkang tertidur lena ketika semua ini bergolak di persekitaran tanpa mahu membetulkannya kerana dirasuk perkara remeh-temeh yang melekakannya. Sepatutnya dasar itu disanggah awal-awal lagi untuk merobah dasar itu dan bukannya mendebatkan apakah 50 ataupun 1,000 pelajar yang patut diterima ataupun ditolak sahaja. Ataupun apakah rumah-rumah murah layak diberikan kepada kumpulan itu ataupun yang ini.

Pada 1979, dasar ini dirujukkan kepada tadbiran perangkaan, tetapi ia diperlakukan dengan secara haprak sekali menyebabkan kepincangannya masih terasa kini. Sejak tahun itu, kehadiran bukan Melayu hanya merupakan sebagai satu simbol sahaja untuk kerja-kerja pentadbiran. Ia memakan masa tiga dekad lamanya sebelum kepincangan itu terdedah sehinggakan segala rintihan dan cemohan yang muncul daripada sanubari bukan Melayu adalah hasil putarbelit yang dilakukan sejak dulu.

Perkara ini menjadi lebih sulit lagi apabila semua bukan Melayu yang berkhidmat dengan kerajaan mendapati adanya satu jenis siling kaca di atas kepala yang tidak mudah ditujahnya. Yang lainnya pula mendapati kenaikan pangkat mereka disekat, tidak kiralah betapa pintar dan bagusnya kelakonan mereka. Mereka tidak pula diberikan peranan utama dalam membuat keputusan, cuma di pinggiran sahaja. Manusia yang baik-baik tidak kira apa jantinanya enggan memasukki organisasi yang mempunyai siling kaca di atas kepalanya, apatah kalau kewujudan mereka hanya bersifat sebagai hiasan semata-mata.

Sudah menjadi lumrah melihatkan seorang Melayu yang dilatih oleh bukan Melayu selalunya menjadi ketua si bukan Melayu itu akhirnya selepas sepuluh hingga lima belas tahun masa berlalu. Kerana itu ada hanya seorang bukan Melayu yang berpangkat 'Superscale C' di perkhidmatan luar negara. Terdapat dua ataupun tiga ketua setiausaha, seorang mejor-general dan dua orang pegawai tertinggi dalam pasukan polis.

Seorang bukan Melayu tidak boleh mengharapkan peluang mengepalai satu jabatan yang bebas melainkan sebagai satu lambang sahaja. Perkara ini tentu tidak begitu teruk kalau pegawai bukan-Melayu itu naik mengikut sistem meritokrasi. Tetapi, sistem kuota wujud dan diamalkan di setiap peringkat kenaikan pangkat.

Adalah kurang tepat apabila Dr. Mahathir berkata bukan-Melayu enggan memasuki pasukan tentera dan kerajaan kerana gaji yang kurang menawan. Dia membuat andaian tanpa buktinya betapa menaikkan gaji dan imbuhan itu masih tidak akan menawan bukan-Melayu untuk memasuki bidang kerajaan. Sudah menjadi dasar kerajaan selama tiga dekad bagaimana bukan-Melayu sengaja tidak digalakkan memasukki perkhidmatan kerajaan. Kalau mereka masuk juga pelbagai usaha sengaja direncana agar dia tidak naik mencanak secara mendadak.

Walaupun ada sekatan tertentu, masih ramai yang ingin memasukinya. Tetapi mereka tidak akan berjaya. Dominasi Melayu adalah satu dasar rasmi awalupun tidak jelas peraturannya. Inilah yang membuatkan kerajaan berada di tahap bertahan. Kerajaan Melayu yang dianggotai oleh bukan-Melayu yang tidak berapa penting peranannya dulu, kini terpaksa menghadapi rintihan anak-anak masyarakat yang terpinggir zaman pasca 13 Mei, yang mahukan perubahan dan yang sedang menghenyaknya ke dinding. Yang membantu menyokong perjuangan golongan itu adalah kumpulan Melayu yang berpendidikan tinggi yang turut teraniaya selama ini di benteng yang sukar untuk mereka lepasi.

Setiap isu yang muncul, tidak kiralah mengenai kemasukan di universiti, kemudahan mendapatkan rumah murah ataupun kenaikan harga ayam, akan dialun bauran perkauman. Orang Cina semakin berang melihatkan betapa sukarnya anak-anak yang mendapat keputusan cemerlang mencari tempat di universiti. Sedangkan orang Melayu yang keputusannya tidak seberapa, diberi muka menerima biasiswa ataupun dermasiswa untuk meneruskan pelajarannya.

Satu cadangan untuk menerima lebih ramai anak-anak Cina dan India telah disanggah oleh Pemuda UMNO agar kerajaan tidak berbuat begitu. Penutupan sebuah sekolah Cina di Kuala Lumpur menjadi isu panas dengan kerajaan enggan berlembut dan menyebabkan isu itu menjadi isu perkauman.

Bahagian perkauman sudah semakin panas sekarang ini sehinggakan timbalan perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi bercakap mengenai Bangsa Malaysia. Bagaimanakah satu negara Malaysia boleh dipergiatkan kalau kerajaan membuat kerenah perkauman dalam setiap tindakannya? Yang membuatkan perkara ini berbahaya ialah sikap mengatakan bahawa dominasi Melayu adalah satu dasar rasmi kerajaan dan semua orang baru dalam perkhidmatan kerajaan diberitahu tidak ada pilihan sampingan.

Kerana itu kita terus hidup mewarnai kancah yang penuh keraguan dan kecelaruan. Apabila ini menjadi satu konsep pentadbiran kerajaan, membuatkannya satu perkara yang berbahaya dan amat mudah meledak kehangatannya. Kesediaan rakyat marhaen berkumpul secara beramai-ramai adalah satu bukti betapa mudahnya rakyat menyanggah kerajaan sekarang ini.

Setiap peraturan baru kerajaan adalah satu bukti bagaimana kerajaan mendera rakyat jelata. Seperti cukai tol di jalan raya di ibukota dan denda kerana meletakkan kereta sesuka hati - mungkin tidak membawa kesan serta merta. Namun, ia menghimpunkan kejijikan di kalangan manusia yang hidupnya lama tertekan dan berkemungkinan meletup tanpa ada sebarang sekatannya.

Tidak boleh dibayangkan betapa sukarnya pergerakan manusia yang dihantui himpunan rakyat yang menunjuk perasaan ataupun disebabkan penangkapan di bawah ISA. Kerajaan kini cuba membendung harga tinggi dalam tuntutan ganti rugi, seperti yang dilaksanakan oleh sebuah syarikat penerbangan yang menyaman agensi kerajaan, stesen TV dan radio lebih RM100 juta banyaknya. Ini adalah contoh betapa rakyat semakin resah gelisah.

Keresahan yang berterusan adalah bahaya yang menghantui kerajaan. Kecuaian terhadap pendapatan anggota tentera menyebabkan angkatan bersenjata itu sudah renggang jauh dengan kerajaan. Rakyat marhaaen pun merenggangkan diri mereka setelah melihat bagaimana kerajaan mendera Anwar Ibrahim, dan menyaksikan bagaimana para kroni kerajaan membuat tuntutan gantirugi yang tinggi harganya terhadap pengkritik kerajaan sedangakan wang sebanyak itu memang tidak pernah dilihat oleh kumpulan yang dimangsakan.

Mereka yang mahu menjadi sebahagian Bangsa Malaysia mengikut takrifan Abdullah Badawi membincangkannya secara terbuka. Mereka bukannya menantikan masa melaksanakan kerja yang tidak pernah ingin dilaksanakan oleh kerajaan ataupun apa yang pernah dilakukannya. Mereka ghairah melakukan apa yang telah terjadi pada Mei 1969 dulu dan segala keangkuhan yang menyusuli semua itu.

Inilah lambang segala kepincangan politik sejagatan kaum di mana semua kaum selain dari orang Melayu hanya bersedia bercakap di mulut sahaja mengenai berkhidmat dengan kerajaan. Apabila akar umbi bergolak untuk menarik sokongan mereka, bahananya bukan kepalang dahsyatnya. Terutama sekali apabila para pemimpin yang ada masih terus kebingungan kenapa tercetusnya fenomena ini. Sedangkan, setiap kali sesuatu itu disemai, jenis itulah juga yang akan dituai.

- MGG Pillai

Terjemahan SPAR-01-13




Rencana Asal:


As you sow, so you reap

The military remains professionally neutral, ready to die for king and country, but not the government's political bidding in the local political arena, while the police is only too ready to. So, the armed forces is kept at arms length, and becomes important only when its arms are upgraded. The sums bandied about runs into billions of ringgit. But the ordinary soldier is, by and large, neglected, forced to get by on less and less and all but ignored once he retires.

In this revolt of the Malay against his government, which Dr Mahathir comes to terms with, a professionally trained armed forces cadre is a fearsome worry Men on horseback must be kept in the barracks. But for that, they must also be kept in humour with adequate pay and perks. When they flex their muscles, governments fall.

In Malaysia, this is aggravated by an official policy of keeping the nonMalays out of the armed forces, as in the other services of the government. It was put in place after the 13 May 1969 riots, in the virtual coup UMNO organised so that non-Malays, would not he a force in government and administration as they had in the first 15 years of independence.

This policy is called by various names, the most, acceptable the New Economic Policy (NEP). What made it easy was the MCA's inexplicable decision to pull out of the Alliance after the opposition gained ground in the non-Malay constituencies in the 1969 general elections. It was Malay dominance that henceforth would rule. When the MCA returned to office it accepted the fait accompli, and explaining away its importance by sacking those who question it. The MIC, then as now, is an occasional bit player, a joker which knows not, nor cares, what it does.

Policies, were put in place to reduce the intake of non-Malays into universities, the public service, the armed and police forces, in every area of government, with quotas put in place in the private sector. Standards in universities were reduced to make it easier for the Malay more than bumiputra entrants, while the non-Malays, with often better results, had to scramble for the remaining seats. The non-Malays got the scraps after the Malay quotas are filled.

The opposition slept through these momentous changes, not addressing the policy changes and concentrating, as now, on the inessentials. It should have been challenged on intellect ual grounds, to force a change in the policy than to argue whether 50 or 1,000 students be admitted, or not admitted, to Malaysian universities; or whether low cost houses be given to this or that group of the underclass.

In 1971, this policy was put into statistical effect, but it was done so clumsily and without too much thought that Malaysia pays the price now. The non-Malay from that year on had only a token presence in the administration. It takes three decades for that to be starkly noticed, and the present political crisis over education and other matters the non-Malays feel strongly about stems from that.

It is made worse when those non-Malays who enter the civilian and uniformed services have a "glass ceiling" beyond which none can clear. But that is only for a handful, the rest are blocked for promotion, no matter how good they are. And they do not have any role in policy making, except peripherally. Good men and women would not join an organisation in which an invisible ceiling exists, especially if that comes with it impediments which implies their -token presence.

It is often in the case that the Malay officer a non-Malay officer trained would often be his senior within ten or fifteen years. There is, for instance, only one Superscale C for a non-Malay in the foreign service, and two or three secretaries general, one major-general, one or two senior police officers in the topmost ranks.

He cannot expect to head any independent departments, except as a token. It would not have been as bad if the non-Malay officers rose on their merits after the first weeding out. But a quota system exists in practice at every level of promotion.

So, it is disingenious of Dr Mahathir to claim that the non-Malays do not want to enter the armed forces or the government or civil service because the pay is not attractive. He claims, without proof, rising salaries and perks would not draw the non-Malays into the civil service. It has been official policy for three decades that the nonMalay is discouraged from joining government services, and once in is put to incredible blocks to ensure he does not arise above a predetermined rank.

Even with these blocks, many still want to. But they cannot. Malay dominance is official policy, even if it is not so made out. And it now places the government on the defensive. The Malay government, with an all but redundant nonMalay representation, faces the children of those marginalised after the post-May 13 changes and rinds itself pushed to the wall. Backing the latter are the younger educated Malay incensed that they, as professionals in their own right, are confined into a straitjacket from which they cannot escape.

.So, every issue, whether it be university places or low cost houses, or indeed the price of chicken, takes on a racial tinge. The Chinese are incensed that their children, with superlative results, cannot enter local universities while those Malays with inferior results can with case and with government and other scholarship and bursaries. A suggestion that more Chinese and Indians could be admitted was enough for UMNO Youth to warn the government not to. The clo sure of a Chinese school in Kuala Lumpur became a right royal racial issue, with the government refusing to relent in a confrontation that quickly took on a racial tinge.

The racial divide is so pronounced these days that the deputy prime minister, Abdullah Ahmad Badawi, talks of a "Bangsa Malaysia" or a Malaysian nation. How could there be a Malaysian nation when every aspect of government is decided upon racially? What makes this dangerous is that Malay dominance is official policy, with the new civil servants told of no other option.

So we sit on a quagmire of racial suspicion and tension. That it comes with government policies that alienates the man-in-the-street from it makes it not only dangerous but volatile. That people are prepared to come out on to the streets at the drop of a hat is proof enough that much of what the government does is resented.

Any measure that imposes a burden unnecessarily - like tolled roads inside the cities and fines of hundreds of dollars for illegal parking - would not see an immediate impact. But it builds up resentment in an already harassed citizen and which one day could have fatal consequences.

That cannot be answered with how difficult it would be for people to move about amidst public demonstrations or arresting people under the Internal Security Act. The government now wants to cap defamation damages, but only after a travel agent sued govemment agencies, television and newspapers for more than RM100 million. It was, in the public view, a case of the worm turn ing.

But worms turn so regularly that it represents danger to the government. The neglect of armed forces salaries and perks distance the armed forces from the government; the people move away on how the government moved against its former deputy prime minister; when cronies of the establishment arrogantly decide to rein in those they deem critical by asking for defamation damages for more than their critics have earned in a lifetime.

Those who would be part of the Bangsa Malaysia Abdullah Badawi talks about want their undeniable place in the Malaysian sun. They are not about to not for what the government can or cannot do, but for what happened in May 1969, and the arrogance that flowed from that.

It reflects a failure of a multiracial politics in which the races other than the Malay pays only lip service to be in the administration. When the ground rebels, the consequences are disastrous, especially when its leaders are, as now, clueless as to why this happens. But as you sow, so you reap.

- M.G.G. Pillai -