Laman Webantu   KM2A1: 4557 File Size: 14.5 Kb *



Ekonomi Menjunam Daim Tertikam
By Kapal Berita

27/5/2001 2:34 am Sun

MALAYSIA MENJUNAM DAIM TERTIKAM

Daim mengatakan analis mengeluarkan penilaian yang mengelirukan mengenai Malaysia sehingga kerajaan menjadi bingung. Hujah-hujah Daim itu bolehlah dianggap sebagai reaksi apa yang mula menyerangnya sekarang ini dari MTUC dan dari dalam Umno sendiri. Tanggapan Umno tercemar dengan politik wang sudah tidak dapat ditepis lagi begitu juga budaya kroni. Daim sekarang sudah menjadi mangsa dan kambing hitam sensasi untuk menonjolkan Umno bersih serta mengurangkan liabiliti Mahathir menjelang perhimpunan agung nanti. Khabar angin yang bertiup kini sedang menguji apakah dia berani membersihkan diri atau akan lari bersembunyi. Jawapannya sudah terserlah dengan penangkapan aktivis reformasi dan kenyataan Daim yang asyik tidak pasti.


JIKA SKANDAL TIDAK TEPAT MENGAPA EZAM TERTANGKAP?

Semalam Daim mengkritik penganalisis luar kununnya mereka memberi analisa yang tidak menyangkut serta berdasarkan fakta dan butiran terperinci. Kalaulah begitu mereka sudah lama lenyap dibuang kerja oleh majikan mereka sendiri kerana tidak cukup belajar lagi.

Daim juga mengatakan ketidak pastian politik tidak memuncak sebagaimana yang dituduh oleh oleh analis. Beliau lupa agaknya beliau sendiri tidak pasti masa depannya sendiri. Beliau juga menyentuh analis tidak spesifik dalam menuduh padahal setiap kes lengkap dengan bukti tetapi tidak didedahkan kerana terlalu rahsia dan mungkin mengundang ancaman pihak berkuasa sebagaimana yang terjadi kepada Ezam dan rakan-rakannya yang terpenjara. Itu petanda apa yang didedahkan oleh Ezam adalah benar semata-mata jika tidak kerajaan sudah lama membebaskan beliau serta-merta.


DENGAR PAKAR EKONOMI ATAU PAKAR MEMINDA?

Berikut satu analisis dari pakar Morgan Stanley yang diiktriaf dunia bukan analisis pakar meminda dari Malaysia. Malaysia terlalu bergantung kepada ekspot kepada Amerika dan ringgit terlalu terikat kepada dolar patutlah ekonomi sukar memulih semula selagi ringgit tidak dinilai berpada. Setakat ini semua formula untuk membaiki rezab negara gagal segagalnya untuk membaiki rezab negara yang semakin surut mendadak sejak awal tahun ini. Permintaan luar yang berkurang itu cuba diimbangi dengan permintaan domestik tetapi bilangan penduduk Malaysia tidaklah sebanyak mana sebagaimana negara China yang mengawal matawangnya. Kita jauh berbeda dengan negara China yang kini amat disenangi dunia sehingga Jepun pun ke sana.

Analis bukannya bodoh kerana mereka sudah lama bergiat dalam dunia niaga dan menguruskan berbilion dana sejak dahulu kala. Mereka pun tahu Daim sudah tidak berguna jika tidak Mahathir akan terus menyimpan dan menonjolkannya. Malah Mahathir membiarkan sahaja buku mengkritik Daim tersebar merata. Lagipun mereka sendiri tahu Daim tidak pandai sejak dulu. Dia cuma pintar bermain bawah meja sahaja - bukannya bekerja di atas meja. Sebab itulah dia tiada di saat negara memerlukan khidmatnya. Kerana apa yang berada di bawah meja sudah diletak di atas meja untuk hidangan seantero dunia. Alangkah malunya....

-Kapal Berita-





Rencana Rujukan:

Global Economic Forum

Morgan Stanley Economists: May 25, 2001

Malaysia: Further Slowdown

By Anita Chung and Daniel Lian

Summary

Reflecting the disappointing 1Q01 GDP growth and the bleaker outlook for the rest of the year, we are lowering our GDP forecast for 2001 again, to 4.1% from 5.1%. External demand is a big negative factor in our GDP revision, primarily because our global economics team now expects a more protracted economic recovery. The export-led slowdown in Malaysia is expected to continue into 3Q01, with meaningful growth not resuming until 4Q01. Fiscal stimulus will provide some cushion to the slowdown in external demand but it is unlikely to be sufficient to offset the big swing in external demand.

Malaysia: Macroeconomic Forecast Summary
YoY, % 2000 2001E 2002E
Real GDP growth 8.3 4.1 6.5
Private Consumption 12.2 4.7 6.0
Public Consumption 1.7 6.6 5.0
Gross Fixed Capital Formation 24.1 9.0 10.4
Change in Stocks (% of GDP) 1.1 0.1 0.4
External Balance (% of GDP) 11.2 10.2 9.1
Source: Department of Statistics


Morgan Stanley Research Estimates

No Speedy Export Recovery

Malaysia reported disappointing 1Q01 GDP growth of 3.2%. The sharp deceleration in external demand was the major drag on economic growth. Reflecting expectations of a more protracted US economic recovery, we are further downgrading our GDP forecast for Malaysia to 4.1% from 5.1%. US demand is critical to Malaysia. In the electronics sector in particular, Malaysia has gained market share in the US during the past few years. The value of Malaysia's electronics exports to the US rose to US$20 billion in 2000, and are now as important as those shipped from South Korea or Taiwan.

Malaysia has become more important to the US market on the grounds that the manufacturing sector is more integrated with US production, especially in the electronics industry. The flip side of the closer ties is that the impact of a recession in the US manufacturing sector will hit Malaysia as badly as the US. Output in both economies has shown a sharp deceleration in recent months. In the absence of a turnaround in the US electronics sector, Malaysia's electronics industry, and hence its manufacturing sector, will continue to be weak.


From Exports to Economic Slowdown

The robust business environment in 2000 bolstered consumer confidence through higher employment and improved payrolls, resulting in a decade-high consumption growth rate last year. Private consumption registered strong growth of 12.2% in 2000. The cyclical consumption boom in 2000 was buoyed by strong merchandise exports of close to US$100 billion for that year. The trade surplus amounted to US$16 billion last year.

The cyclical consumption boom has come to an end. The business environment has weakened substantially since the beginning of the year. Merchandise exports began to fall in March and the downtrend is expected to continue in the coming months. The contraction in export earnings is expected to darken last year's rosy picture for the private sector. Already in 1Q01, private consumption growth slowed to 4.1% YoY, compared with 9.9% YoY growth in 4Q00 and a 14.5% YoY gain in 1Q00.


Fiscal Stimulus Insufficient to Cushion the Slowdown

With external demand shrinking sharply, domestic demand has assumed a more important role in economic growth. The RM3 billion extra-budget fiscal measures introduced in late March are expected to increase GDP growth by 1.1%, according to the government. For 1Q01, the fiscal stimulus was still limited because Malaysia's fiscal spending is usually back-end-loaded. Fiscal outlays for operating and development expenditures in 1Q01 were less than 20% of the budget for the full year. With more fiscal money expected to be pumped into the economy, our latest forecast projects a mildly faster GDP growth rate from 3Q01. However, we still believe that the fiscal stimulus will not be entirely effective given the restrictive monetary environment. Foreign reserves with the central bank have dropped by an average of US$800 million a month since the beginning of the year, and there is no sign of this fall being halted. The effect will be to pare money growth and limit the effectiveness of the fiscal stimulus.

We see risks to our forecast in the pace of US economic recovery, and there is the possibility that the Malaysian government will introduce further fiscal stimulus measures when another slew of weak numbers are released for 2Q01.





http://www.bernama.com/businessbm/pe2505_12.htm


Analisis Mengelirukan Tentang Ekonomi M'sia

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama)-- Menteri Kewangan dan Tugas-Tugas Khas Tun Daim Zainuddin berkata beberapa penganalisis dan pengulas cenderung untuk menukar pendirian sebaik sahaja kerajaan memberi tindak balas terhadap permintaan-permintaan yang dibuat oleh kuasa pasaran.

Oleh itu, kerajaan sentiasa merasa bingung dengan jenis tindak balas dan penilaian mengenai ekonomi Malaysia, katanya dalam ucapannya kepada hadirin yang kebanyakannya terdiri daripada ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat asing yang menyertai Program Serantau Malaysia, di sini hari ini.

"Di zaman yang amat sinis dan keinginan membuat spekulasi yang tidak terbendung ini, satu cabaran utama yang dihadapi oleh pemerintah ialah usaha menangani tanggapan yang salah," katanya.

Contohnya, kata beliau, apabila cukai keluar sebanyak 10 peratus dimansuhkan oleh kerajaan, penganalisis dan pengulas berkata isu sebenarnya bukan itu tetapi tadbir urus korporat dan kemungkinan penetapan semula (ringgit).

Penganalisis-penganalisis yang berpangkalan di sebuah negara lain juga berbaris untuk memberi pendapat yang sengit dan menyebabkan kerosakan. Pada masa yang sama, mereka yang merasa curiga juga asyik menyentuh tentang rizab dan Yen tetapi Malaysia tidak menghadapi masalah melainkan jika Yen menjunam ke tahap serendah 170.

Daim berkata rizab luar negara Malaysia berada pada tahap yang selesa dan pengeksport-pengeksport diberitahu bahawa kerajaan akan mengekalkan suasana yang stabil dan boleh diramal.

Sementara itu, pekilang-pekilang perlu meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos untuk terus berdaya saing.

"Kami memohon maaf kerana seringkali bersungut tetapi kami tidak akan terpengaruh untuk mengubah dasar rundingan konstruktif. Kami akan terus memberi penjelasan dan mendapatkan maklum balas serta input daripada peserta-peserta pasaran, penganalisis kewangan yang ternama dan pengurus-pengurus dana," katanya.

Daim berkata sungutan terhadap kerajaan seperti yang dilaporkan oleh media antarabangsa, selalu kurang disokong butiran terperinci tetapi pada asasnya ia berkisar sekitar isu tadbir urus korporat, tipu helah korporat kononnya yang tidak menguntungkan pemegang saham minoriti dan yang peliknya, dakwaan bahawa ketidak pastian politik semakin memuncak.

Berhubung dengan tadbir urus korporat, katanya, kerajaan sentiasa bertegas bahawa pengkritik harus menyebut kes khusus bagi mendapatkan respons daripadanya.

Katanya tindakan pihak berkuasa Malaysia mendakwa pesalah-pesalah bagi kesalahan berhubung dengan penipuan, rasuah dan manipulasi pasaran bukanlah perkara baru.

Pada masa yang sama, terdapat juga kecenderungan untuk meniru kata-kata pengkritik yang lebih lantang dan secara membuta tuli mengikut format tertentu, dan corak ini telah mencetuskan desas desus bahawa ketidak pastian politik semakin memuncak ataupun menyentuh tentang rekod hak asasi manusia negara ini, kata Daim.

Sejak dari selepas Merdeka lagi, katanya, keutamaan kerajaan Malaysia ialah untuk memerangi kemiskinan, mendidik rakyat dan membina asas negara baru.

Beribu-ribu orang Melayu, yang sebelumnya tidak mempunyai budaya keusahawanan, diasuh sebagai ahli-ahli perniagaan oleh kerajaan yang juga tidak mengamalkan diskriminasi terhadap ahli-ahli perniagaan bukan Melayu, katanya.

Bagaimanapun, perkongsian antara kerajaan dan ahli-ahli perniagaan Melayu ini telah menjadi bahan cemuhan dalam tahun 1997 apabila lanskap ekonomi dan politik rantau ini mengalami perubahan.

"Kita telah dikejutkan dengan tuduhan lantang mengenai kapitalisme kroni," kata Daim.

Sementara itu, pergerakan buruh, yang telahpun diwakili dalam agensi-agensi penting seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja juga mengalami tekanan-tekanan baru.

Politik dalaman dalam Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menempuh dimensi baru, dan dengan demikian mencetuskan kempen "Selamatkan Wang Rakyat" yang diberi liputan besar-besaran oleh media antarabangsa.

Ia menimbulkan tanggapan bahawa wang rakyat berada di tangan gerombolan perompak tetapi kesudahannya, jelas bahawa keseluruhan kempen itu hanya terhad kepada Skim Anuiti, yang kebanyakan penyokongnya terdiri daripada kumpulan berpendapatan sederhana.

Juga, apabila Malaysia memasuki abad ke-21 sebagai sebuah negara yang berkeyakinan, makmur dan tegas, peningkatan kegiatan politik merupakan satu fenomena semula jadi dan orang lebih bebas memberi pendapat, katanya.

Apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikuatkuasakan ke atas 10 orang baru-baru ini, kerajaan telah dituduh bertindak keras ke atas musuh-musuh politiknya sedangkan mereka yang ditangkap kebanyakannya adalah aktivis jalanan.

"Kami akan terkejut jika kami tidak diserang oleh pihak pembangkang, kerana itulah yang mereka lakukan di seluruh dunia tetapi kami menentang peraturan samseng," kata beliau.

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno), katanya, bersikap pro-perniagaan dan merupakan parti reformasi yang telah lama menyedari perlunya perubahan.

Umno telah bertindak tegas ke atas politik wang dan usaha membersihkan parti ini akan membolehkannya menjadi lebih bersatu dan cekap dalam usahanya membawa harapan dan peluang kepada rakyat dan menarik keluar lebih ramai rakyat daripada belenggu kemiskinan, katanya. -- BERNAMA