Laman Webantu   KM2A1: 4568 File Size: 16.7 Kb *



Mampukah Mahathir Singkirkan Daim?
By Dahlia

28/5/2001 7:07 pm Mon

[Khabar tidak akan ditiup jika tidak untuk menguji reaksi di mana arus itu akan pergi. Ia adalah strategi penting Mahathir yang cukup berguna untuk memusnahkan Tunku, Anwar dan kini Daim. Namun begitu, kali ini ia sedikit berbeda kerana "kawan lamo" ini terlalu kaya lagi berguna untuk Mahathir sewaktu bekerja dan sewaktu tidak bekerja. Oleh itu Daim dijangka akan digugurkan tanpa kehilangan harta kerana itu sahaja yang dipinta. Kita percaya satu sen pun tidak akan diusik walaupun imej Daim sudah terusik gila. Ini semua lakunan untuk mengabui mata agar Mahathir terus berkuasa.

Mahathir dijangka akan mengumumkan beberapa kejutan sebelum perhimpunan agung Umno nanti. Tetapi dengan tersiarnya pendedahan seperti ini rancangan itu mungkin ditukarnya lagi. Daim mungkin dikekalkan atau sukarela berhenti kerana tidak mahu mencemarkan nama parti agar imej Mahathir bersinar lagi. Penulis surat layang itu akan disandarkan kepada orang lain pula kerana ramai ingin menjadi kaya sekarang hanya dengan meminjam nama. Mahathir mungkin begitu marah dan curiga dengan tersebarnya perancangan beliau ini. Mungkin juga tiada perubahan kabinet agar tulisan siber tidak dipercayai.

Sila rujuk satu surat layang pos mengenai Daim yang akan disiarkan di laman ini nanti.
- Editor
]


MERISIK KHABAR YANG BERGETAR MEMBUAT MINDA TERPUTAR

Seperti yang saya pernah tulis sebelum ini, begitu juga beberapa penulis-penulis lain di laman-laman reformasi KHABAR persengketaan Mahathir-Daim (M-D) telah sampai ke peringkat yang teruk sekali dan sudah tidak dapat ditutup lagi. Namun mereka berdua, khususnya Mahathir terus menafikannya. Sudah banyak kali penafian itu dibuat. Malah baru-baru ini, dalam akhbar Utusan Meloya, satu surat misteri dari seorang pembaca telah disiarkan. Ia mengatakan bahawa hubungan M-D masih baik, "bagaikan aur dengan tebing" yang saling memerlukan antara satu sama lain (~Kelakarnya~). Desas desus kerenggangan itu cuma digembar-gemburkan oleh pembangkang dan ingin diambil kesempatan oleh pihak luar/asing untuk memporak-perandakan kestabilan politik negara, sekaligus memusnahkan ekonomi yang sedang kukuh (kununnya).

Saya fikir, dan saya yakin bahawa surat itu hanyalah satu ilusi penulisnya yang menganggap pembaca Malaysia sudah tidak mampu membezakan antara berita benar atau sebaliknya. Nampak benar si penulis ini syiok sendiri, atau terlalu taksub kepada ketuanya sehingga melakukan apa saja demi pangkat dan harta. Namun, jauh di sudut hati saya, saya masih percaya dan yakin bahawa si penulisnya tidak lain dan tidak bukan adalah sdr Zainudin Maidin (ZAM), yang antara tugas beliau di UM itu ialah mengarang dan menulis (serta menyiarkan) surat pembaca yang pro dan favour kepada Mahathir@kerajaan. Syabas ZAM!


MENGAPA MAHATHIR-DAIM DIKHABARKAN BERGADUH?

Bagi sesetengah pihak, ada mengatakan bahawa hubungan M-D memang sah sudah lama retak, namun kerana masing-masing harus menjaga kedudukan masing-masing, mereka harus terus berlakon di depan rakyat. Berlakon dan terus berlakon. Tukar skrip dan berlakon. Mereka sama-sama tau kelemahan masing-masing.

Hubungan Mahathir dan Daim perlu dikhabarkan negatif ketika ini untuk menyelamatkan dirinya sendiri dari percikkan kemarahan akar umbi umno yang sedang hangat ketika ini. Akan tetapi untuk mencetuskan kekeliruan khabar rasmi akan menonjolkan mereka tidak bergaduh sama sekali. Lapuran agenda daily 23 Mei yang lalu menceritakan Daim dan Mahathir bergurau senda dan ketawa riang di Putrajaya sehingga terkejut pemerhati semua. [Rujuk: http://www.agendadaily.com/]


SEORANG MESTI KELUAR JIKA TIDAK KEDUA-DUA AKAN TERKELUAR

Keadaan politik sekarang memerlukan salah seorang terkeluar jika tidak dua-dua akan tertendang keluar. Disinilah khabar memainkan peranan awal satu rancangan supaya kedua-dua selamat jika irama berubah rentak. Cara yang paling selamat sekarang ialah dengan Daim dipersalahkan besar-besaran melalui khabar yang melayang.

Tetapi siapa yang sebenarnya bersalah? Siapa kata Daim tak bersalah? Dan siapa pulak kata Mahathir bersalah? Huh, tak taulah. Itulah sesuatu yang sedang berputar sekarang agar semua kebingungan. Tetapi yang pastinya pembangkang yang asyik dipersalahkan sebagaimana yang tertulis di Utusan.

Yang paling jelas sekarang ialah senario politik umno dan poilitik Mahathir terlalu terkecamuk sekarang ini. Mahathir sekali lagi menggunakan kecekapan auta dan belitnya untuk membuat rakyat menuding jari kepada Daim seorang. Ini bertujuan untuk menimbulkan kebencian meluap-luap ahli umno kepada Daim. Bahasa surat layang yang beredar itu jelas mempunyai elemen menanam kebencian ini.

Strategi ini nampaknya cukup berkesan, Daimlah yang telah menyebabkan huru-hara dalam politik dan ekonomi negara. Si Diam kecik-kecik cili api itu, nampak saja KECIK, tapi cukup bisa dan KERAS kepala.


DAIM BERPAKAT MENGHUMBAN MAHATHIR KELUAR?

Mahathir dikatakan tak puas hati dengan Daim kerana Daim sering membuat keputusan tanpa merujuk terlebih dahulu kepada beliau. Benarkah? Tetapi yang menjadi punca utama ialah apabila Mahathir mendapat tahu yang Daim ada membuat pakatan untuk menjatuhkan Mahathir dengan melibatkan beberapa orang kanan parti dan veteran.

Mahathir juga marah apabila beberapa keputusan dibuat oleh Daim telah membelakangkan kepentingan kroni Mahathir, temasuk kepentingan anaknya Mokhzani dalam bidang perniagaan. Daim telah mengutamakan kepentingan kroninya sendiri seperti Tajudin Ramli, Halim Saad dan dot dot dot.com.

Cemburu? Memang Mahathir cemburu pada Daim walaupun mereka ini sama-sama kaya dan bilionwan.

Senang saja gambarannya. A guy with RM6.5b is not happier than a guy with RM7b. The BIG money earners know each other and the little money earners know (or know OF) the ones who make the BIG money. Ehm!


MENGAPA DAIM PERLU KELUAR?

Cuba kita lihat kepada ringkasan mengapa Mahathir marah pada Daim? Antaranya ialah kerana perebutan "Kuasa" yang tak sudah-sudah antara keduanya, selain daripada Daim dianggap lebih superior dari segi kekuatan ekonomi.

Atau, alasannya ialah mudah sahaja. Mahathir tidak selesa jika Daim menguruskan kewangan negara. Mahathir lebih selesa menguruskannya sendiri dengan bantuan Nazri Aziz, ataupun bantuan Muhyidin Yassin ataupun, mungkin Tok Pa dari Jeli? Yang penting mereka lembik macam Pak Lah yang tidak tahu apa yang berlaku dalam kementerian sendiri.

Mahathir memang tidak suka seorang yang pandai dan lurus bendul kepada rakyat menjaga kementerian yang menyimpan khazanah yang lumayan ini kerana sekarang musim untuk mencuri akibat tersepit oleh krisis ekonomi. Apa yang telah dicekup dulu masih tidak mencukupi kerana masih banyak yang sakit lagi. Malah terpaksa bekerja sampai mati kerana nasib kroni masih belum terjamin. Itulah punca Abul Hassan yang sudah bersara dipanggil semula untuk agenda yang seterusnya.



SURAT LAYANG : TANDA MATA ATAU TANDA TANYA?

Sejak pertengahan Mei ini, satu surat yang mengandungi segala perbuatan jahat dan penyelewengan Daim sejak menjadi Menteri Kewangan/Penasihat Kewangan telah diedarkan kepada seluruh kepimpinan umno di seluruh negara. Surat yang ditaip cantik dengan komputer sebanyak tiga helai itu dihantar melayang-layang di udara menerusi perkhidmatan POS Malaysia (??) yang sekarang sudah ditelan oleh Phileo Allied dalam Mokhzani tiada. Tetapi kaedah itu sudah tentu dirancang sewaktu Mokhzani ada!

Antara isu yang disebut dalam surat layang berkenaan ialah (sekadar menulis tajuk secara ringkas - sila rujuk rencana kepilan);



  1. EFFECTIVE CAPITAL SDN BHD- ECB (Akbar Khan)

  2. PEROLEHAN SAHAM MAS DGN HARGA RM8.00 SESAHAM

  3. KUMPULAN RENONG - RM6.0 BILLION UNTUK MENYELAMATKAN PUTRA LRT DAN TIME DOT COM

  4. MENGAMBIL ALIH KUMPULAN MULTI-PURPOSE HOLDINGS BHD





SIAPA PAKAR SURAT LAYANG: tAM atau MAt?

Pengedaran surat layang dan Buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Layak Jadi PM dilakukan dengan penuh tanggungjawab oleh tengku Adnan Mansor (tAM) kepada semua ahli dan perwakilan umno pada perhimpunan umno pada tahun 1998*.

Tetapi kali ini, agak-agaknya siapa pula? Kalau dulu tugasan tAM dilaksanakan dengan penuh keupayaan dengan segala bentuk keizinan oleh Mahathir dan Daim, kini tiba giliran Daim pulak. Macam main enjit-enjit semut pula. Begitulah hukum karma. Hukum Allah tak akan ada manusia dapat menduganya.

tAM sudah jadi menteri. Itulah hadiah (reward) yang diberikan kepadanya kerana pertolongan beliau yang sangat besar kepada Mahathir menjatuhkan Anwar Ibrahim. Tak apa, insyaAllah, akan sampai masanya pula. Allah swt tidak akan mungkir!

Namun, jika kita menyorot riwayat Mahathir seperti yang ditulis oleh ZAM bertajuk; Mahathir: Di Sebalik Tabir (1994), jelas dicatatkan bagaimana Mahathir telah menulis sepucuk surat layang kepada Tunku Abdul Rahman yang menyentuh bagaimana Tunku telah bermain judi bersama-sama rakan MCA ketika keadaan huru-hara akibat 13 Mei di KL.

Malah, Mahathir yang kemudiannya dipecat dari MT umno ekoran dari peristiwa itu telah diberi sebab mengapa tindakan itu telah diambil secara "konsensus", iaitu kerana Mahathir Mohamed telah menulis dan menyebarkan surat berkenaan tanpa membawa perkara itu ke dalam mesyuarat MT terlebih dahulu.

Tunku juga mengakui bahawa surat yang ditulis dan disebarkan oleh Mahathir itu telah memusnahkan seluruh pengorbanan Tunku kepada negara ; sila rujuk Mingguan Malaysia dan Utusan Zaman (20 Julai, 1969).

Sejarah juga turut mencatatkan bahawa demonstrasi-demonstrasi yang berlaku di Universiti Malaya, di Kolej Islam dan ITM pada ketika itu yang menuntut Tunku meletakkan jawatan adalah merupakan perancangan kotor licik Mahathir Mohamad.

Apa yang hendak saya kaitkan dengan peristiwa ini ialah, tidak hairan sedikitpun apabila surat layang dan penyibaran-penyibaran berita peribadi para pemimpin serta skandal-skandal yang dilakukan oleh mereka diketahui umum semasa pentadbiran Mahathir, ialah kerana Mahathir sendiri adalah pakar pembuat surat layang dan pembuat fitnah. Siapa yang paling untung dengan surat yang melayang itu jika tidak Mahathir seorang?


STRATEGI LICIK MAHATHIR MEMBAWA KHABAR MELAYANG-LAYANG

Sejak seminggu lepas, ketika Daim masih di alam percutian, gerakan menyibarkan cerita-ceita kotor@jijik@rakus@tamak@pecah amanah oleh Daim telahpun disebarkan menerusi mesyuarat-mesyuarat / perjumpaan sulit di kalangan pemimpin atasan umno.

Antara berita yang disebarkan untuk kategori "words of mouth";



  1. Daim sedang dalam proses memohon perlindungan politik di Amerika Syarikat.

  2. Daim akan membawa lari ahli keluarganya ke luar negara untuk menyelamatkan diri.

  3. Daim sedang mengatur dan mengagihkan simpanan-simpanan dan harta serta kekayaan beliau di dalam dan di luar negara untuk tujuan jangka masa panjang.

  4. Daim berpakat dengan agen asing untuk menjatuhkan Mahathir, sekaligus mengganggu eknomi Malaysia jika Mahathir mengambil tindakan drastik terhadapnya.

  5. Daim juga diberitakan akan menyelamatkan Anwar dan sama-sama menjatuhkan Mahathir. Dengan cara itu, Daim akan mendapat simpati dan sokongan rakyat, sekaligus rakyat akan lupa kejahatan yang dilakukan oleh Daim selama ini.



BENARKAH DAIM BERSALAH?

Soal benar atau tidak, bukan persoalan yang harus kita bincang sekarang. Dua-dua tidak mengaku salah. Malah dua-dua juga mengatakan mereka telah melakukan yang terbaik untuk rakyat, untuk negara.

Namun, yang sah, yang nyatanya ialah kedua-dua lanun bertaraf proffesional ini merupakan makhluk perosak yang sungguh menjijikkan dan ultra rakus dalam sejarah Malaysia sejak ia ditubuhkan, malah sejak JWW Birch dibunuh di Pasir Salak. Kedua-duanya sama jahat dan sama gred A1 tahap penyamunnya.

Bagi sebilangan besar tokoh-tokoh veteran umno telah menganggap Mahathir dan Daim merupakan dua "tokoh" perosak agama dan bangsa serta negara. Sejarah telah menunjukkan bahawa dengan gandingan kepimpinan mereka berdua, Islam dan orang Melayu menjadi sungguh huru-hara di Malaysia. Mereka lebih jahat atau setaraf dengan beberapa nama pemimpin yang zalim yang mempunyai ciri-ciri (diktator + machiavellian + ultra kapitalism) yang terkenal di dunia - Porfirio D'az (Mexico), Mobuto (Zaire), O'Higgis (Peru), Otto Von Bismark/Hitler (German) , Marcos dll .



PERHIMPUNAN KHAS UNTUK MEMPERKUKUHKAN KEDUDUKAN

Sudah menjadi budaya ahli umno untuk berpihak kepada yang nampak kuat tidak kira ia betul atau salah. Ini akan menjamin tempat dan kedudukkan masa depan. Setelah membakar ahli umno dengan khabar yang melayang, satu perhimpunan perlu diadakan untuk mengumpul api kemarahan dan mencetus ledakkan. Oleh itu, Mahathir telah mengarahkan satu perhimpunan khas Pemuda umno Malaysia yang diberi nama AMANAT PRESIDEN BERSAMA PEMUDA UMNO akan diadakan pada 29 Mei ini di PWTC. Setiap Bahagian dipaksa membawa rombongan dua buah bas untuk memastikan sekurang-kurangnya 5 ribu pengangguk setia berada di Dewan Merdeka PWTC pagi itu nanti.

Sebenarnya, menurut sumber, perhimpunan itu tidak lebih dari sebuah perhimpunan yang stereotype yang kununnya untuk menunjukkan kesetiaan rakyat kepada Mahathir. Kununnya juga, sungguhpun ahli parti marah beruk pada Mahathir kerana membuka keahlian parti kepada Cina Sabah, rakyat marah kerana kerakusan kerajaan menggunakan tabungan negara untuk kepentingan suku-sakat Mahathir-Daim, juga marahnya rakyat sebab Mahathir menolak permohonan Anwar dirawat di luar negara, namun sokongan rakyat (kununnya) tetap tidak berubah kepada Mahathir sebagai PM.

Maka, Mahathir akan terus seronok kerana dipuja oleh si Hishamuddin dalam majlis angguk-angguk dan tepuk-tepuk tu nanti. Agaknya, tak cukup dengan ucapan puja memuja Tengku Razaleigh ketika ucapan mesyuarat bahagian umno di Gua Musang 8 April lalu. Oleh kerana terlalu seronok dengan pujian Ku Li yang meminta Mahathir terus memegang tampuk pentadbiran dan pemerintahan negara, maka berkatalah Mahathir (saya petik) membalas pujian itu;

"I would like to say TQ. I am already old, should have retired. But if I'm required to work , I'll work. Sometimes you work till you drop dead."

Disambut oleh tepukan oleh rakyat Gua Musang yang tak mengerti apa-apa, kecuali tepuk dan angguk!

(Grrrrrrrr!!!!!)



PERUBAHAN KABINET SEBELUM PERHIMPUNAN umno?

Benar, itulah yang dirancang oleh Mahathir dengan mengambilkira beberapa menteri akan digugurkan termasuk Daim dan Khalil Yaakob. Malah, menurut sumber yang sangat dan boleh dipercayai, Daim kini sudahpun diawasi oleh pihak keselamatan, termasuk ahli keluarganya dan kediamannya di KL turut menjadi fokus SB dan Tentera.

Tetapi ada di antara mereka itu juga menjadi perisik untuk perjuangan kita sebab itulah banyak rahsia bocor dengan mudahnya. Mahathir berharap dia boleh terlepas dengan bermacam muslihat sekarang ini. Pengguguran Daim dan Khalil sebelum perhimpunan umno akan menonjolkan beliau pemimpin teragung yang perlu disambung khidmatnya sampai mati seperti yang dirancang selama ini.

Rakyat akan terus terkeliru dan ahli umno akan semakin menjadi pengampu. Hanya dengan surat layang Mahathir mampu menang melawan Anwar atau Daim atau sesiapa sahaja kerana orang melayu mudah diputar minda mereka berdasarkan khabar sahaja.

Pejuang reformasi harus mendedahkan rancangan jijik Mahathir jika tidak ramai akan terus terpedaya. Gunakanlah alam siber ini sebaik-baiknya kerana hanya inilah saluran bebas yang kita masih ada.

Orak dino iki
Sessok
Orak sesok, mben
Orak mben bulan ngarep
Orak bulan ngarep, tahun ngarep
LAWAN TETAP LAWAN

Allahu Akbar, Reformasi!

Wassalam
Dahlia/KL
28 Mei, 2001