Laman Webantu   KM2A1: 4570 File Size: 9.1 Kb *



Daim: Surat Layang di Pos Malaysia
By Dahlia

28/5/2001 10:31 pm Mon

[Berikut adalah antara kandungan surat yang dihantar melayang melalui Pos Malaysia untuk memusnahkan Daim. Ia telah ditaip dengan komputer asalnya tetapi tidak pula disebar melalui internet kerana bimbang dapat dikesan puncanya. Dengan Pos Malaysia identiti penulisnya tidak akan dapat dicam sesiapa supaya selamat orangnya.

Perhatikan Mahathir tidak disentuh pun melainkan sebagai pihak yang termangsa pada perenggan mula-mula. Siapa yang berdiri dibelakang surat ini tentulah seseorang yang akan paling untung dengannya dan mempunyai semua rekod ahli umno serta tahu selok-belok Pos Malaysia. Kita serahkan kepada para pembaca yang bijaksana untuk meneka siapa.....

Surat yang sepanjang tiga muka ini telah disebar merata kepada ahli umno. Kebetulan sdri Dahlia menjadi salah seorang penerimanya maka ia terlepas ke alam siber.....
- Editor
]



PEGAWAI KERAJAAN MALAYSIA YANG PALING KORAP

EPISOD 1


Sekarang ini banyak orang orang Malaysia, Singapura dan juga orang orang asing dah tahu bahawa Daim, orang kuat no. 2 selepas PM adalah juga pegawai kerajaan Malaysia yang paling korap. Daim telah menggunakan kedudukannya dan juga kepercayaan yang diberi oleh Dr Mahathir untuk membolot harta dan wang kerajaan. Sekarang Daim adalah orang the paling kaya...... seorang multi-billionaire.


1. EFFECTIVE CAPITAL SDN BHD

Syarikat kepunyaan businessman dari Singapura, Akbar Khan.... Kenapa memeras hampir RM300 juta dari pelabur dalam CLOB untuk bayar ke Akbar Khan? Sekarang, orang orang Singapura dan pelabur pelabur CLOB yang lain merasa tidak puas hati dengan Kerajaan Malaysia kerana membayar bayaran ini kepada Effective Capital.. Mereka soal kenapa tak bayar ke KLSE atau PNB atau Kementerian Kewangan??? Sebabnya senang...80% dari bayaran ini masuk ke poket Daim, baki nya 20% ke Akbar Khan sebagai servis jadi nominee.


2. PEROLEHAN SAHAM MAS DENGAN HARGA RM8.00 SESAHAM

Tajuddin Ramli selalu memberitahu kroni kroni nya bahawa beliau tak perlu risau tentang pelaburan nya dan juga pinjaman bank yang besar untuk saham MAS sebab dia adalah sebagai nominee sahaja untuk Daim. Alangkah betul cakap Tajuddin sebab Daim berkata "kita mesti selamatkan MAS demi maruah Malaysia" dan terus memberi Tajuddin RM8.OO sesaham untuk membeli balik MAS dengan harga keseluruhan sebanyak RM1.8 billion. Selepas itu, Tajuddin pula berkata ke kroni kroni nya; 'lepas bayar hutang, saya masih mempunyai beratus juta untuk pelahuran lain'.

Menjaga maruah Malaysia untuk menyelamatkan MAS kononnya. Mengapa tidak masukkan RM1.8 billion wang tunal ke dalam MAS terus dan mengeluarkan saham saham baru kepada Kementerian Kewangan, memandangkan MAS sudahpun overgeared??? Agaknya Daim rasa lebih mustahak lapek poket dari menjaga maruah Malaysia dan MAS.

Kalau semua kakitangan baik pegawai tinggi ke, ground knew, pramugara, pramugari, dll lain lain boleh menyoal logiknya kita orang yang kira arif sikit ini hanya boleh tarik nafas panjang dan golek kepala ajelah...


3. KUMPULAN RENONG - RM6.O BILLION UNTUK MENYELAMATKAN PUTRA LRT DAN TIME DOTCOM.

Siapakah yang menguasai Renong??? Halim Saad ke??, UMNO ???. Halim memberitahu member member rapat bahawa Daim adalah tuanpunyanya dan orang yang sahih menguasai Renong. Ini sebab Halim tidak susah hati wataupun Kumpulan Renong sekarang menuju ke tahap bankrapsi. Halim juga berkata: "Daim akan menyelamatkan Kumpulan Renong". Lepas itu, Kementerian Kewangan mencadang untuk mengambil alih Putra dan LRT dengan harga keseluruhan RM6.O billion. - Putra sebanyak RM4.5 billion dan LRT sebanyak RM1.5 billion. Untuk menyelamatkan Putra, Daim terpaksa melibatkan LRT untuk memberi gambaran yang cantik kononnya terpaksa menyelamat pengangkutan awam di Lembah Kiang. Nampak sangat cover-up ini. Pelabur pelabur dan agensi kewangan agak terkejut dengan rescue yang diluar jangkaan ini. Adalah dalam pengetahuan ahli ahli koprat bahawa Putra dibangunkan dengan jumlah RM3.5 billion maksima dan RM1.5 billion telahpun disedut keluar

Kenapalah menggunakan dana Pencen Pegawal Kerajaan, KWSP dan Sistem Bank untuk menyelamat Time Dotcom??? Institusi institusi ini mengalami kerugian berjuta juta ringgit. Senang saja, Kos infrastruktur Time dotcom dinaikkan berkali ganda untuk disedut keluar juga

Tak kesian ke rakyat jelata. Duit pencen dan KWSP adalah duit titih peluh rakyat. Kalau orang Cina mereka kata "Blood and Sweat Money"... Kalau salahguna parah akibat nya. Takut disumpah orang!!!!!!!


4. MENGAMBIL ALIH KUMPULAN MUlTI-PURPOSES HOLDINGS BHD

Semua ahli ahli koprat tahu bahawa TK Lim inenyerahkan pegangan Multi-Purpose kepada Daim dengan syarat bahawa segala kesalahan yang dilakukan TK Lim dalam Kumpulan Multi-Purpose akan dilangsaikan oleh Daim. Bagi TK Lim ini tidak merugikan beliau sebab beliau telahpun mengeluarkan cukup banyak wang dari Multi-Purpose. Oleh itu, beliau dengan rela menyerahkan 30% saham ke syarikat Quantum Aspeds Sdn Bhd dengan percuma. Dr Chan Chin Cheung adalah nominee utama untuk Daim dalam Quantum Aspects dertgan Akbar Khan (Effective Capital) menonjolkan diri dalam Multi-Purpose sebagai 'top honcho', untuk mcnguruskan Kumpulan Multi-Purpose bagi pihak Daim.

Sekarang barulah semua orang faham kenapa Bank Multi-Purpose yang begitu lemah diurus, diberi status anchor hank (daripada cadangan asas 6 anchor bank) apabila bank bank lain yang lebih matang, berwibawa dan berupaya seperti RHB. Arab-Malaysia dan Hong Leong terkeluar pada mulanya.


SEMUA ORANG DAIM BELAKA.... [Tajuk semula - Editor]

Terry Tham Ka Hon, kawan rapat dan kenalan Wan Azmi Hamzah (satu satunya nominee Daim yang kuat) dengan beberapa rakan kongsi telah mengambil alih Quantum Aspects dengan harga sekitar RM500 juta dengan kelulusan (extremely friendly loan) dari Bank Bumiputra Commerce sebanyak RM38O juta. Khabar khabar angin mengatakan pinjaman ini dibawa sekuriti dan anggota pengarah Quantum Aspects tidak perlu memberi jaminan individu seperti diarabkan oleh Daim kepada CEO bank Bumi Commerce, Dato Md Nor yang sekarang ini telah dilantik sebagal CEO MAS. Bayangkanlah macam mana Dato Md Nor ini dapat menyelamatkan MAS??? Masa dia menguruskan Bumi Commerce, bank temebut menanggung rugi berbillion ringgit atas pinjaman pinjaman yang tidak dapat dikutip baRk dan dengan pinjaman Extremely Friendly Loan yang diberi kepada Quantum Aspects, Bank Bumi Commerce telah melanggar semua syarat syarat kredit. Bagaimana agak nya??????

Banyak orang tahu bahawa Akbar Khan telah mengeluarkan RM600 juta dari Magnum Corp atas alasan pinjaman kepada seorang nominee. Magnum Corp telah melaporkan bahawa pinjaman itu tidak dapat dikulip balik dan sudahpun dibatalkan dalam list kutipan. Dengan RM600 juta ini ditambah dengan RM500 juta yang dibayar oleh Terry Tham dan pengarah pengarah untuk Quantum Aspects, Daim membolot RM1.1 billion dari Multi-Purpose... mungkin beberapa juta dibayar sebagai bayaran servis kepada nominee-nominee tertentu.

Dato Dr Muhammad Abdus Salim Cassim mempunyai 26.45% atau 295 juta saham dalarn Southern Bank. Dr Salim juga memberitahu kroni kroni nya bahawa dia tidak suka berhutang dengan bank. Jika begitu, macam mana dia dapat duit untuk membayar 295 juta saham sekaligus- lebih satu billion ringgit??? Durian runtuh kut.... Saham dia sekarang benilai lebih kurang RM450 juta. Sebenamya saham itu bukan kepunyaan dia. dia tu cuma nominee untuk Daim. Semua ahli ahli koprat tahu. Itulah sebabnya Southern Baiik yang begitu kecil adalah àntara 1 anchor bank daripada asas 6 anchor bank.

Hai.. orang orang ......sebab itulah sekarang, apabila Daim memberi ceramah mengenai pengurusan kopratLah, ketelusanlah, korupsilah dan lain lain......tutup mata, tutup telinga dan gelak saja lah,,,



Hai dunia dunia... .kita tak habis disini.. tunggu sambungan Episod lain nanti...susah nak habis sekaligus... macam juga harta yang dibolot.

-------=-=-=-------




P/S: Maksud pantun

Orak dino iki
Sessok
Orak sesok, mben
Orak mben bulan ngarep
Orak bulan ngarep, tahun ngarep
LAWAN TETAP LAWAN

ialah:

Tidak hari ini, esuk
Tidak esuk Minggu depan
Tidak Minggu depan , bulan depan
Tidak bulan depan, tahun depan
LAWAN TETAP LAWAN


Dahlia/KL
28 Mei, 2001