Laman Webantu   KM2A1: 4573 File Size: 9.5 Kb *



TAG SP 136: Lee Kuan Yew Bidas Dakwaan Rusuhan Bukan Angkara Umno
By STS

29/5/2001 9:28 pm Tue

[Rusuhan kaum yang berlaku di Singapura itu memang dirancang oleh Umno dengan Utusan sebagai lidah utama menjelirkan apinya sehingga tergugat nyawa rakyat yang tidak berdosa. Siasatan menunjukkan kumpulan dari Indonesia langsung tidak ada kena mengena dengannya. Ia cuma tipu bayangan sahaja.

Umno dan Utusan sebenarnya telah mempurak-purandakan negara sehingga hari ini. Kerananya lah rakyat Malaysia kini merusak dan menuju kearah huru-hara. Malangnya ramai di antara kita yang membaca sejarah bersikap tidak apa pula....sekaligus membayangkan kita serupa sahaja dan tidak berguna. Selagi perjuangan itu asyik terperam di dalam diri ia tidak akan kemana. Kita sebenarnya menjadi si bisu yang dayus-sedayusnya.....
- Editor
]

Terjemahan: SPAR-09-002


Lee Kuan Yew Membidas Dakwaan Bahawa Rusuhan Tidak Melibatkan UMNO

(Lee Kuan Yew Rebuts Claims That Riots Did Not Involve Umno)


Menteri Kanan Lee Kuan Yew telah membidas kenyataan oleh dua rakyat terkemuka di Malaysia yang mempertahankan dakwaan bahawa Umno tidak terlibat didalam rusuhan kaum 1964 di Singapura.

Jawapan ini, yang dikeluarkan semalam, juga menyatakan bahawa beliau telah menyaman seorang pemimpin Umno, Sdr. Jaafar Albar, dan akhbar Utusan Melayu kerana mendakwa bahawa beliau secara tidak sengaja telah menimbulkan ketegangan yang membawa kepada berlakunya kejadian rusuhan itu.

Tindakan undang-undang itu telah diambil pada bulan April 1965 semasa Singapura masih menjadi sebahagian dari Malaysia. Pemimpin Umno dan akhbar berbahasa Melayu di Malaysia telah memohon maaf di mahkamah terbuka di sini dan membayar segala kos tindakan undang-undang tersebut. Encik Lee telah mengenepikan perkara yang menjejaskan dirinya itu, setiausaha akhbarnya, Puan Yeong Yoon Ying, menulis kepada akhbar The Sun di Malaysia.

Edisi hari Ahadnya minggu lalu telah menyiarkan pertuduhan itu terhadap En. Lee, yang diulangi oleh ahli sejarah Malaysia Profesor Nik Anuar Nik Mahmud.

Ia juga menyiarkan kenyataan oleh Tan Sri Abdul Aziz Zain, salah seorang dari empat hakim Suruhanjaya Siasatan Di raja, mengenai rusuhan kaum. Beliau berkata, antara lain, bahawa rusuhan tersebut telah ditimbulkan oleh kumpulan pencetus huru-hara Cina, bukannya orang-orang Melayu.

Kedua-dua Tan Sri Abdul Aziz dan Profesor Nik Anuar itu mengkritik tentang rusuhan dari sudut pandangan Menteri Kanan itu di dalam bukunya yang terbaru : The Singapore Story: Memoirs of Lee Kuan Yew. Di dalam suratnya, Madam Yeong menjelaskan bahawa yang menjadi isu bukanlah pencetus pertama yang menyebabkan rusuhan tersebut, tetapi siapa yang telah mencipta 'satu suasana yang mudah meledak'.

Encik Jaafar dan Utusan telah mencipta suasana yang membakar semangat perkauman ini dan tidak perlu hadir sendiri untuk mencetuskannya.

Transkripsi dan laporan-laporan akhbar berkenaan dengan ucapan-ucapan ini telah diserahkan kepada suruhanjaya tersebut bersama-sama dengan memorandum dari kerajaan Singapura.

Merujuk kepada komen Tan Sri Abdul Aziz tentang kumpulan pengacau Cina yang telah menyebabkan rusuhan itu, Madam Yeong menjelaskan bahawa Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak juga telah memperkatakan perkara yang sama di sini pada 22hb.Julai, 1964, sehari selepas rusuhan itu berlaku.

Namun ini tidak pernah disahkan di hadapan suruhanjaya, beliau berkata, dengan menambah bahawa kerajaan persekutuan percaya rusuhan tersebut adalah hasil kerja agen Indonesia, bukannya kumpulan pencetus huru-hara.

Di dalam memoirnya, Encik Lee menulis pada muka surat 567 dan 568 : Di dalam kata pengantarnya, penasihat kepada kerajaan Malaysia memberitahu beliau boleh menunjukkan bahawa dua kekacauan (dua rusuhan pada bulan Julai dan September 1964) itu adalah hasil kerja agen-agen Indonesia di Singapura. Beliau telah mensapina 85 orang saksi bagi menyediakan bukti tentang ini, tetapi bukti dari lima saksi utama yang dibawanya tidak pula menunjukkan perkara yang sedemikian.

'Kemua mereka dengan tegasnya menafikan bahawa Indonesia terlibat dengan kekacauan tersebut.'

Muka surat 662 hingga 663 pula berbunyi : ???Sekiranya kami masih berada di dalam Malaysia, suruhanjaya siasatan berkenaan dengan rusuhan kaum 1964 akan terus mendengar bukti-bukti yang menjejaskan terhadap Jaafar Albar dan Umno, di mana mereka akan menerima publisiti yang meluas.

'Seterusnya akan berlaku perbicaraan tindakan undang-undang saya terhadap Albar dan para editor Utusan Melayu, yang akan disoalbalas dengan rapi di mahkamah berkenaan semua penulisan-penulisan yang membakar semangat perkauman yang disiarkan tentang dirinya. Itu akan membawa kepada satu pendedahan yang mengejutkan tentang cara pemimpin-pemimpin utama Umno mencetuskan semangat perkauman dan rusuhan berdarah.'

Surat itu juga menambah : 'Kenyataan-kenyataan yang membakar semangat perkauman dari Jaafar Albar telah disiarkan di Utusan Melayu. Apabila Tun Razak memberitahu Dr. Goh Keng Swee bahawa beliau menguasai sepenuhnya Utusan Melayu dan Jaafar Albar, kami faham mengapa kerajaan persekutuan tidak mendakwa kedua-duanya kerana menghasut, kerana mencetuskan kebencian di antara kaum.'

Terjemahkan SPAR-09-002




Rencana Asal:

http://members.tripod.co.uk/Malaysia_Muddling/ LKY_ST925_99.html


Lee Kuan Yew rebuts claims
that riots did not involve Umno


He had successfully sued an Umno leader and Utusan Melayu

SENIOR Minister Lee Kuan Yew has refuted statements by two prominent Malaysians who maintained that Umno was not involved in the 1964 racial riots here.

His reply, released yesterday, also noted that he sued an Umno leader, Mr Ja'afar Albar, and the Utusan Melayu newspaper for alleging that he could have unwittingly instigated the tension leading to the riots.

The legal action was taken in April 1965 while Singapore was still part of Malaysia. The Umno leader and the Malay language newspaper apologised in open court here and paid all the costs of the action. Mr Lee waived his damages, his press secretary, Madam Yeong Yoon Ying, wrote in the letter to The Sun newspaper in Malaysia.

Its Sunday edition last week published the allegation against Mr Lee, which was repeated by Malaysian historian Professor Nik Anuar Nik Mahmud.

It also carried the remarks by Tan Sri Abdul Aziz Zain, one of the four judges of the Royal Commission of Inquiry, on the race riots.

He had said, among other things, that the riots were caused by a Chinese prankster, not the Malays.

Both Tan Sri Abdul Aziz and Professor Nik Anuar were commenting on the SM's version of the riots in his recent book: The Singapore Story: Memoirs of Lee Kuan Yew. In the letter, Madam Yeong noted that the issue was not the immediate trigger that let loose the riots, but who had created "the tinder box atmosphere for the explosion".

Mr Ja'afar and Utusan had created this incendiary situation and the former did not have to be present to strike that spark.

Transcripts and newspaper reports of these speeches were presented to the commission together with the memorandum from the Singapore Government.

Referring to Tan Sri Abdul Aziz's comment on the Chinese prankster causing the riots, Madam Yeong noted that Malaysian Deputy Prime Minister Tun Abdul Razak had also said this here on July 22, 1964, one day after the riots took place.

But this was never substantiated before the commission, she said, adding that the Federal government's case was that the riots were the work of Indonesian agents, not that of a prankster.

In his memoirs, Mr Lee wrote in pages 567 and 568: "In his opening address, counsel for the Malaysian government said he would show that the two disturbances (two riots in July and September 1964) were the work of Indonesian agents in Singapore. He had subpoenaed 85 witnesses to provide the evidence of this, but the evidence of the five main witnesses he produced did not show that it was so.

"All of them firmly denied that Indonesia was in any way connected with the disturbances."

Pages 662 to 663 read: "...If we had remained in Malaysia, the commission of inquiry into 1964 race riots would continue to hear damaging evidence against Ja'afar Albar and Umno, which would receive widespread publicity.

"Then there would be the hearing of my libel action against Albar and the editors of the Utusan Melayu, who would be thoroughly cross-examined in court on all the incendiary passages they published about me. That would mean a devastating exposure of key Umno leaders' methods of incitement to racism and bloody riots."

The letter added: "Ja'afar Albar's incendiary statements were printed in Utusan Melayu. When Tun Razak told Dr Goh Keng Swee that he had complete control over Utusan Melayu and Ja'afar Albar, we understood why the federal government did not prosecute both of them for sedition, for inciting racial hatred."

THE STRAITS TIMES - Sep 25, 1998