Laman Webantu   KM2A1: 4576 File Size: 12.1 Kb *



TAG SP 137: Dasar Yang Tidak Mencukupi Mendera Pasukan Polis
By Askiah Adam

29/5/2001 11:38 pm Tue

TAG 137

[Keputusan menambah anggota polis menunjukkan ia tidak mencukupi kerana kerjaya itu tidak diminati atau jenayah sudah menjadi-jadi. Ia tidak diminati kerana tidak berpadanan dengan risiko yang menanti. Jenayah yang menjadi-jadi itu bermakna rakyat negara ini sudah semakin merusak hari demi hari atau polis sudah tidak mampu berkhidmat lagi.

Ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem yang berjalan sekarang ini - termasuk institusi polis sendiri. Upah yang tidak setimpal dan pendedahan kepada teknik jenayah telah menanam kecenderungan untuk membalas dendam akibat keadaan hidup yang tertekan sehingga mereka sendiri terlibat dalam aktiviti haram. Tambah lagi dengan bos mereka sendiri yang tidak diapa-apakan walaupun melakukan kesalahan, jadilah mereka kumpulan samseng berlesen yang amat menggerunkan.

Beginilah jadinya satu institusi yang sudah dikerjakan oleh Mahathir sekian lama. Polis hari ini lebih banyak mengejar denda dari mengejar penjenayah negara. Malangnya rakyat Malaysia masih membisu seribu bahasa memberi wang kepada pihak yang sudah menjadi amat berkuasa mencuri wang dengan sehelai resit untuk mengabui mata.

Sila baca catatan menarik penterjemah rencana ini. - Editor]


Terjemahan SPAR01



[Artikel Asal: Second Opinion - The Sun On Sunday Pg.19 27/5/01. ]


Dasar Yang Tidak Mencukupi Mendera Pasukan Polis

(Inadequate policies make police work harder)

Kementerian Dalam Negeri telah membuat keputusan menambah bilangan anggota polis. Salah satu daripada dua penyebabnya mendorong tindakan yang diumumkan.

Mungkin kerana semakin berkurangnya tenaga polis untuk menangani masalah jenayah, walaupun kadarnya sentiasa serupa. Kalau inilah penyebabnya, bolehlah kita buat andaian bahawa menjadi anggota polis bukannya dianggap satu kerjaya yang menarik lagi.

Terlalu banyak telah disebut tentang menambahkan bilangan tenaga angkatan polis itu dengan menambahkan bilangan anggota daripada kaum Cina. Ini dianggap sebagai satu cadangan yang bernas. Satu ketumbukan polis yang melambangkan komposisi penduduk negara ini sudah tentu merupakan sesuatu yang memberangsangkan.

Namun, kita jangan lupa betapa keadaan tugas dan imbuhan yang menyelubungi seseorang anggota polis, kecuali mereka yang berjawatan tinggi - merupakan sesuatu yang perlu ditangani dengan bijak. Kerja seorang anggota polis itu mempunyai banyak risikonya, sedangkan gajinya kecil dan tidak ada kemudahan perumahan yang memuaskan. Mereka menjadi tertekan oleh kerana keadaan pekerjaan dan tugas yang memang mudah mengaibkan. Malahan, dalam banyak hal kita dapat beberapa perkara yang melucukan.

Sebagai contohnya, kita boleh lihat anggota polis yang mengenakan uniform yang layak dipertontonkan di rancangan TV Amerika, menunggang kapcai yang berenjin dua lejang. Bayangkanlah apabila kita mengharapkannya mengejar Porsche, Ferrari dan segala kereta yang laju-laju di jalan raya Kuala Lumpur. Gambaran seperti itu sudah mencukupi untuk kita bersuara dengan perasaan hati yang terluka.

Apabila ada dasar negara yang memberikan kepentingan kepada kumpulan yang kaya raya, apakah menghairankan apabila masyarakat Cina dan malahan kini orang Melayu yang secara tradisinya mewarnai pasukan polis semakin menganggap serong kerjaya itu?

Kesannya, seperti sesuatu yang tidak dihairankan lagi pasukan polis sudah dinodai oleh jenis yang sukakan jenayah. Mereka yang menerima keadaan pekerjaan sudah tentu dirangsang sama ada oleh idealisme ataupun satu peluang mendapatkan kerja yang dianggap mudah ataupun bagi kumpulan yang berniat jahat ia merupakan satu kemudahan untuk meneruskan aktiviti jenayahnya.

Lagipun, seperti yang dirumuskan oleh satu kajian yang dibuat pada 1980-an dulu, mereka yang melihat kerjaya yang melibatkan keganasan sebagai satu bahagian rutin kerja yang dijangkakan, adalah manusia yang berkemungkinan besar mempunyai masalah psikologi.

Akan tetapi, bagaimanakah pula kalau penambahan bilangan anggota itu disebabkan kenaikan kadar jenayah? Ini merupakan satu alasan yang munasabah kalau kita ambil kira lapuran jenayah di akhbar-akhbar masa kini. Rompakan bersenjata sudah menjadi aktiviti harian. Tembak-menembak antara polis dan perompak bersenjata merupakan 'lakonan' biasa. Tidak payahlah kita sebutkan kisah pembunuhan yang terancang dan dahsyat ceritanya. Apabila dilaksanakan perbandingan semua ini membuatkan perbuatan korupsi yang semakin meninggi itu sebagai perbuatan yang tidak dahsyat lagi.

Jenayah yang dirancang sudah lama berakar-umbi di negara ini. Sindiket yang mencuri kereta mewah, penculikan gadis sunti (untuk dijual sebagai hamba seks), najis dadah, penyeludupan pekerja tanpa izin dan banyak lagi cerita bajingan sudah lama wujud di negara ini. Jika tidak, masakan wujudnya pelbagai lapuran yang berjela panjangnya melibatkan sindiket jenayah ini? Yang amat menakutkan ialah wujudnya kaitan jenayah ini dengan sindiket luar negara.

Aktiviti jenayah sudah menjadi bisnes besar sehinggakan ia mampu mencapai status menggerunkan. Pelbagai persidangan antarabangsa diadakan untuk membincangkan kisah pembersihan wang haram. Bertrilion dollar yang berpunca daripada jenayah mengalir merata dunia ini mencari tempat yang selamat untuk membolehkan ketua jenayah bertukar watak menjadi peniaga yang terhormat. Itu sebabnya semakin banyak kerajaan yang cuba menutup lubang kelemahan secara berpadu. Namun, tindakan negara seperti ini memang lembab untuk menyekat apa yang disebut di Amerika sebagai jenayah terancang global.

Dasar kepolisan Malaysia yang tidak mencukupi - yang dialami sendiri oleh penulis ini apabila diserang oleh perompak bersenjatakan parang-panjang kira-kira dua minggu dulu, adalah lambang betapa berkurangnya kesedaran dalam perkara ini. Serangan itu terjadi di bawah sinaran pancaran lampu malam yang terang benderang dalam kawasan rumah sendiri dan dilakukan oleh beberapa lelaki yang tidak pun bertopeng mukanya menunjukkan manusia bersifat kebinatangan ini sudah lama menunggu sekurang-kurang dua jam lamanya berdekatan pintu get rumah saya tanpa takut-takut untuk merompak kereta.

Hulu Langat bukannya jauh sangat daripada Kuala Lumpur. Tetapi, jalan-jalan menghalanya memang gelap gelita, terutama sekali selepas batu 14. Khabarnya inilah kawasan yang mempunyai kadar pengidap dadah yang tertinggi. Dua unsur ini memang kerap seiringan untuk menyebabkan kadar jenayah yang tinggi. Tambahan pula apabila kawasan ini merupakan sarang terbesar menampung pendatang tanpa izin yang ramai.

Bayangkanlah apabila anggota polis yang muncul sebagai membalas panggilan kecemasan saya bersenjatakan hanya senapang semi-automatik, yang sudah tentu tidak sesuai untuk kawasan yang tinggi jenayahnya. Malangnya, balai polis Batu 14 dianggap kecil dan terlalu kecil untuk memudahkan operator yang menerima panggilan kecemasan saya mencari nombor balai itu dan menyambungkan panggilan saya. Bayangkanlah pula apabila tidak ada kereta peronda di situ untuk menyusuri jalan-jalan yang gelita yang membiakkan jenayah dan menggalakkan penjenayah bersikap raja Gila.

Kecuaian pihak yang berkuasa dalam hal ini menjadi lebih menjijikkan apabila wujudnya pelbagai usaha mengkayakan yang sudah lama kaya dan dasar-dasar bajingan penswastaan yang dianggap oleh rakyat marhaen sebagai dasar melumayankan lagi segelintir yang sudah terlampau kaya itu. Dalam keadaan in jenayah yang bernanah adalah gambaran kepincangan sosial disebabkan keadaan hidup yang songsang. Yang lebih menyedihkan, ia sudah menjadi satu tapak semaian untuk penjenayah sejagat yang mempunyai modal tanpa hadnya, menabur benih keganasan dengan mudahnya.

-Askiah Adam-

Terjemahan SPAR01




Catatan Penterjemah:

Masalah jenayah sekarang sudah menjadi sesuatu yang dianggap lumrah. Namun kita dengar pihak polis mahu menambah bilangan anggotanya dan membeli banyak lagi kelengkapan senjata. Tidak termasuk bilangan kereta pencegah rusuhan dan lima lagi kompleks penjara untuk menampung banduan. Di negara yang lebih maju, bilangan anggota polis semakin dikurangkan dan martabat polis itu semakin mendapat penghormatan. Di Switzerland setiap rakyat dimestikan berkhidmat secara 'national service' sekurang-kurangnya enam minggu setiap tahun sehingga mencapai umur 55 tahun. Ini bererti setiap warga Swiss itu adalah anggota polis. Itu sebabnya tidak ada rusuhan, tidak ada rompakan dan korupsi. Malahan, bilik penjara Switzerland sentiasa lengang tidak berpenghuni. Kenapakah taktik pemerintahan polis seperti ini tidak ditiru dan dikaji oleh pihak yang memerintah? Kenapakah nasib binatang di zoo lebih dimuliakan daripada mereka yang ditahan kerana membangkang si Rajaa Kaaapuuuur?????.

Di Malaysia, polis lebih ditumpukan untuk memantau kelajuan kereta di lebuh raya kerana kerajaan mahu mengutip cukai secara bayaran denda. Sedangkan keadaan jalan sungguh teruk sehinggakan difikirkan perlu menggalakkan pengguna berjalan perlahan untuk mengelakkan kemalangan yang mudah berlaku. Ini taktik penipu kerana mahu menyelamatkan syarikat insuran daripada mengeluarkan pampasan.

Di waktu yang sama kita lihat anggota polis yang ramai disediakan untuk raja-raja dan para menteri meluncur setiap lebuh raya laksana mereka berada di litar lumba kereta. Wakil rakyat diberikan kemudahan lindungan polis untuk tidur lena dan hidup selesa sedangkan bayaran gaji setiap anggota polis itu disauk daripada hasil keringat rakyat marhaen yang tidak pun mampu tidur selesa.

Keadaan hidup dan kerja polis bawahan sengaja diperitkan sebagai satu taktik untuk menghamba-abdikan mereka. Di samping itu pegawai tingginya mempunyai lesen menjual nombor toto dan nombor ekor. Ada yang mempunyai stesen bekalan minyak, kelab dan karaoke dan ada juga yang mempunyai saham dalam banyak kegiatan haram. Tingallah anggota polis bawahan yang terpaksa melaksanakan tugasan yang berbahaya dan tidak masuk akal seperti mendera dan menyiksa orang tahanan, sebagai tangkal mendapatkan perhatian orang atasan.

Malangnya, majoriti anggota polis bawahan itu berasal daripada kampung pendalaman dan ladang-ladang juga. Latar-belakang ibu bapa mereka dan sanak saudara bukannya bermula daripada orang yang senang-senang. Yang mereka dera dan siksa adalah ahli masyarakat yang senasib dengan mereka, yang cuba menyanggah pemimpin rakus dan korup untuk memperbaiki status hidup mereka juga. Yang sering mereka balun di jalan raya adalah warga miskin seperti mereka juga yang cuba membawa gelombang reformasi dalam hidup negara ini. Semua kerja-kerja jijik itu sanggup dilakukan semata-mata mencari peluang dinaikkan pangkat dan mendapatkan sedikit imbuhan daripada golongan ketua berstatus bangsat.

Kalau kita amati keadaan ini dengan pergerakan UMNO, kita dapati ramai anggota polis yang bersaudara dengan akar umbi UMNO. Kenapakah nasib anggota polis dan juga tentera tidak dibincangkan secara terbuka di perhimpunan UMNO? Yang diberi tumpuan ialah majlis memuji-muja dan memberi gelaran kepada Raja Kaapuuuur sahaja!!!!! Nasib sesuatu bangsa itu hanya akan berubah kalau bangsa itu sendiri yang merubahnya. Selagi orang UMNO tidak sedar perkara ini mereka akan terus menjadi khadam tembaga kepada si mamak malbari.