Laman Webantu   KM2A1: 4577 File Size: 19.8 Kb *



TAG SP 138: B1 Bersimpang-siur ....... lagi
By Farish A Noor

30/5/2001 2:18 am Wed

TAG 138

[Tiada apa yang dapat dibanggakan oleh Umno dengan membuka pintu parti kepada masyarakat Cina dari parti AKAR kerana itu tidak akan menggugat PAS dan KeADILan yang sudah lama tidak menjadikan kaum satu prioriti. Malah tindakkan Umno itu mungkin akan meleburkan komponen BN sendiri yang sudah berkarat dengan warna kaum sebagai misi. Mahathir seperti terdesak merubah rentak dan identiti untuk mengukuhkan parti yang sudah tidak laku hari ini akibat perencanaannya sendiri. Sejarah menunjukkan rancangan seperti ini tidak akan menjadi kerana ia tidak berasal dari awal-awal lagi serta keperibadian Mahathir sendiri yang amat dicurigai. Sekiranya Umno masih kuat ia mungkin tidak akan mengubah strategi seperti ini. Nampak jelas ada satu agenda yang tersembunyi untuk mengejar undi yang telah dibolot oleh pembangkang yang sudah lama tidak berciri satu kaum satu parti. - Editor]


Terjemahan SPAR 07:002-1

(Artikel asal di Malaysiakini dalam kolum 'The Other Malaysia' )

Bersimpang-siur ..........lagi - Bahagian 1

(Down the road........again)

Farish A Noor

Berita mengatakan rakyat Malaysia daripada masyarakat Cina Sabah (1) boleh menganggotai UMNO telah memeranjatkan banyak pihak.

Semalaman, ia menjadi berita sensasi di negara ini sehinggakan ada di kalangan ahli masyarakat ini yang menjadi terkejut mengetahui secara tiba-tiba mereka menjadi semacam resipi perasa bulan ini.

(Kepada mereka di kalangan kaum India dan juga yang merupakan zuriat kahwin campur Melayu-India, saya fikir masih ada masa lagi untuk menunggu - walaupun difikirkan cara perubahan politik yang semakin berubah masa kini, saya yakin memang ada peluang semacam itu untuk kami juga).

Apabila perubahan itu diisytiharkan oleh Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamed sendiri, sambil menyarankan sudah tiba masanya untuk Malaysia terus melangkah ke depan dan menurunkan tirai politik yang berasaskan perkauman, menandakan sesuatu yang memang menyenangkan dada banyak pihak rakyat negara ini.

Di antara kita yang selama ini mengharapkan berakhirnya politik berbentuk perkauman itu, tentu sudah lama mengharapkan kemunculan parti politik yang berteraskan ideologi, dan tidak lagi berasaskan perkauman ataupun fahaman keagamaan.

Malahan, apabila kita perhatikan ketokohan dan agenda tokoh-tokoh politik dalam Umno, MCA, MIC dan Gerakan, tentu kita dapat saksikan ramai di kalangan orang Melayu, pribumi, China dan India itu mempunyai banyak persamaan yang sudah tentu memberi rangsangan untuk bersatu di bawah satu panji-panji politik yang sama persis parti nasionalis Conservative semacam kumpulan 'Tories' di England.

Mengumpulkan mereka semua di bawah satu bendera parti politik akan menyingkirkan segala ketaksuban berpolitik mengikut perkauman dan warisan bangsa yang selama ini membantu mengekal dan menjamin kesinambungan ketuanan kuasa antara pelbagai kumpulan etnik kaum dan wilayah kuasa mereka.

Setidak-tidaknya dari sekarang ini, ahli-ahli setiap masyarakat itu akan mampu meletakkan harapan kepada satu parti konservatif sebagai pelindung (2) mereka dan pewarisnya. Segala jaringan hubungan kerja yang ada tidak mungkin menghilang, tetapi setidak-tidaknya semua itu dapat diseragamkan di seluruh negara.

Namun demikian, kalaulah pelawaan untuk masyarakat bukan Melayu menganggotai UMNO itu di tahap pembangunan yang ada dilihat sebagai usaha untuk memperkukuhkan kembali sebuah parti yang semakin mereput, adalah wajar kalau para pemimpinnya memikirkan semula pelbagai faktor yang menghambat usaha mereka itu.

Lagipun, kalau diselak muka surat catatan sejarah akan menyerlahkan betapa usaha yang serupa pernah dicuba banyak kali di masa lalu. Setiap usaha itu menemui kegagalan juga disebabkan pelbagai alasan yang tidak mudah diketepikan semudah yang difikirkan.

Onn Jaafar dan Projek IMP

Sebagai reaksi spontan kepada pengisytiharan PM itu, ramai tokoh utama di kalangan media tempatan dan bidang akademik yang telah membuat andaian betapa UMNO semakin hampir memenuhi impian asli pengasasnya dulu, Dato' Onn Jaafar.

Segelintir antara kita mungkin masih mampu memperingati seorang tokoh Johor yang kontroversi bernama Dato' Onn Jaafar. Beliau merupakan seorang aristokrat Johor yang menjadi pengasas dan pemimpin UMNO pada pertengahan 1940-an dulu.

Onn Jaafar bukannya calang-calang pemimpin orang Melayu ketika itu. Sebagai seorang pewaris sistem pendidikan penjajah British (jangan kelirukan dengan pendidikan Barat), Onn Jaafaar merupakan seorang kenamaan dalam pentadbiran kolonial British, merangkap seorang ahli ningrat Johor dan salah seorang pemimpin utama masyarakat Melayu ketika itu.

Seperti juga beberapa komtemporari lainnya; Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak, Onn Jaafar merupakan seorang pemimpin yang anti-komunis dan ghairah mahukan kemerdekaan Malaya itu ditentukan mengikut saluran yang diimpikan oleh blok Barat. (Inilah yang mampu dilaksanakan oleh penyambung tugasnya, Tunku).

Pada akhir 1940-an, semakin nyata bahawa Onn Jaafar telah mendahului zamannya dan semakin terasing daripada perasaan dana semangat marhaen Melayu yang dipimpinnya itu. Dia telah menyerang sebuah parti berunsur keIslaman yang pertama dalam negara (Hizbul Muslimin diasaskan pada 1948) sebagai sebuah parti mengandungi unsur subversif Islamiah yang bersekongkolan dengan puak komunis dalam Parti Komunis Malaya (KPM:MCP - Malayan Communist party).

Dia tidak bersetuju dengan hasrat British untuk mundur secara tergesa-gesa kerana curiga Malaya yang baru mencapai kemerdekaannya tidak mampu berdiri tegap tanpa dibantu apatah lagi jika diambil kira jirannya Indonesia yang lebih kuat dan bertenaga itu.

Sebagai ahli elitis 'Anglophile', Onn Jaafar memang tidak menyelindungkan kegemarannya terhadap Barat dan segala benda yang kebaratan. Dia beranggapan Barat adalah satu model untuk dicontohi dan dia amat berminat dengan institusi politik dan pengadilan British.

Apabila peristiwa Nadrah (3) meletus sekitar 1950-51, Onn Jaafar gagal bertindak dengan tegas untuk memihak kepada orang melayu dan memperjuangkan semangat Melayu-Islam itu. Beliau telah dicemuh sehinggakan menjejas kepimpinannya dalam Umno.

Secara kebetulan ketika itu terdapat suara-suara di kalangan fraksi ulama dalam Umno yang mahukan satu penilaian di kalangan akar umbi parti sehinggakan tidak menjadi satu kejutan apabila tertubuhnya PAS (Pan Malayan Islamic Party) pada November 24, 1951.

Onn Jaafar membuat kesilapannya sendiri apabila dalam usaha untuk meraih kembali sokongan yang sudah semakin memencilkannya dia telah membuat pengumuman agar UMNO membuka pintu keahlian parti kepada orang bukan-Melayu. Keahlian parti bertindak cepat dengan penuh bisanya. Onn Jaafar dituduh sebagai seorang penderhaka kepada bangsanya.

Koktel dan Tali-leher

Kemunculan 'Independence for Malaya Party' dilahirkan atas hasrat sendirian Onn Jaafar. Dengan kebebasan yang ada padanya, Onn Jaafar mempunyai masih banyak ruang untuk bertindak sesuka hatinya berbanding ketika memimpin UMNO dulu yang banyak mengekang pergerakannya.

IMP telah dilancarkan dengan penuh gah dan keghairahannya, dan parti itu dipromosikan sebagai sebuah alternatif yang liberal kepada Umno yang dilihat sudah begitu berunsur perkauman dalam urusan politiknya.

Dengan ketokohannya Onn Jafar berjaya mempengaruhi kuasa kolonial British (dan beberapa kedutaan Barat serta para wartawan) betapa IMP parti tajaannya itu adalah harapan masa depan Malaysia dan seandainya IMP mendapat kuasa ia akan menjadikan Malaysia sebuah negara berdemokrasi yang berbentuk multi-kaum yang liberal, kepelbagaian dan bertoleransi.

Majlis pelancaran parti itu dihadiri oleh ramai manusia yang berpakaian barat lengkap dengan tuksedo dan sut mereka dan lengkap pula dengan minuman yang mengalir tanpa hadnya; memberikan gambaran yang jelas betapa retorika Onn Jaafar itu memang ada asasnya.

Akan tetapi, impian Onn Jaafar mewujudkan sebuah parti politik yang pelbagai kaum sebagai keahliannya itu terhalang di tengah jalan. Impiannya tidak kesampaian apabila tumpas pada pilihanraya umum yang dilangsungkan. Pada 1952, parti itu tertungging juga dengan keahliannya tersungkur untuk melata.

Namun, Onn Jaafar masih merasakan bahawa sebagai seorang aristokrat dia berhak diberikan watikah untuk memimpin bukan disebabkan apa-apa selain dirinya seorang golongan ningrat Melayu sahaja. Dia pun mencuba untuk kali kedua mewujudkan Parti Negara (PN) pula.

Dengan tertubuhnya PN itu Onn Jaafar cuba berputar sekadar 180 darjah pula dalam sikapnya berpolitik. Kalau dulu dia merupakan sahabat kepada golongan bukan melayu, tetapi melalui PN dia berubah menjadi seorang pemimpin populis yang berkhutbah menonjolkan fahaman ultra konservatif dengan fahaman keMelayuan totok sebagai agendanya.

Onn Jaafar dan Parti Negara cuba meminggirkan perjuangan UMNO dengan meniru agendanya dengan lebih bersikap perkauman yang lebih pekat daripada parti yang lain. (Cara yang sama pernah cuba ditonjolkan oleh Semangat 46 pada akhir 1980-an ketika mencuba agenda yang serupa. Kini, hampir semua keahlian parti yang dianggap royalis Melayu itu sudah pun dipulihkan untuk menjadi Melayu liberalis dan progresif, gamaknya).

Keadaan Yang Mendatang

Cadangan membuka UMNO kepada keahlian bukan-Melayu sekarang ini, mungkin berbau sesuatu yang progresif dan satu langkah yang ke arah yang betul. Namun, mesti diperingatkan di sini, usaha yang serupa pernah ditonjolkan dulu dan berakhir dengan kegagalan.

Kisah yang menyelimuti UMNO-IMP-PN itu sudah menjadi satu hikayat bangsa yang penuh dengan harapan meninggi, janji-janji manis dan usaha bertolak-ansur yang berakhir dengan kehampaan kepada semua pihak yang terlibat.

Sikap berpatah balik (U-turn) yang ditunjukkan oleh Onn Jaafar setelah kecundangnya IMP menunjukkan kepada semua pihak betapa semangat 'liberal aristocrat' yang ada padanya itu tidak banyak berbeza dengan sikap politikus marhaen yang satu ketika dulu terlalu dicemuhnya. Apabila terdesak Onn Jaafar sanggup memainkan isu perkauman sebagai bahan retorika politiknya untuk memuaskan kenafsuan berpolitik.

Semua ini bukannya satu sindiran betapa seharusnya tidak ada lagi usaha memecahkan polar berbisa politik perkauman di Malaysia ini. Apa yang cuba kita terangkan di sini betapa usaha demikian pernah dilakar satu ketika dulu dan berakhir dengan kehampaan juga.

Sudah tiba masanya kini, untuk kita memikirkan apakah bentuk masa depan yang kita ingini.

....bersambung....


Terjemahan SPAR 07:002-1




Rencana Asal:


www.malaysiakini.com/Column/2001/05/2001052601.php3


Saturday May 26

Down the road ... again

THE OTHER MALAYSIA

Farish A Noor

12:00pm, Sat: The news that Malaysian citizens who are ethnically Chinese in Sabah (1) may now be allowed to join the United Malays National Organisation (Umno) party has caught the country by surprise.

Overnight, it became the news sensation of the country and some members of the oft-maligned ethnic community must have been perplexed and surprised to discover that all of a sudden they have become the flavour of the month.

(For those of us of Indian or mixed Malay-Indian ancestry, I suppose that there is still some time to wait - though judging by the way in which Malaysian politics is changing so rapidly these days, I am sure that there will soon be an opening for us, too).

That none other than the Prime Minister, Dr Mahathir Mohamad himself, has declared that the time has come for Malaysia to 'move on' and that the era of race-based politics is drawing to a close comes as a welcome relief for many.

Those of us who have been calling for an end to such sectarian forms of politics may yet live to see the day when political parties in this country of ours will be divided solely along ideological lines, rather than ethnic and religious cleavages.

Indeed, looking at the personalities and agendas of individual politicians in Umno, MCA, MIC and Gerakan, one cannot help but see how many of these Malay, pribumi, Chinese and Indian politicians have so much in common, and it would only make sense to bring them all together under the banner of a single Conservative-nationalist party like the Tories in England.

Bringing together the conservatives of the country under a single party-political banner would also make redundant the vertical cleavages of race and ethnicity that has helped to rationalise and perpetuate the hierarchical relations of patronage and power between the different ethnic elites and their respective constituencies.

At least from now on, the members of all communities will be able to look to one conservative party as their sole 'protector'(2) and benefactor. The clientelist networks will not disappear, but at least they will be mainstreamed and rationalised.

But if the invitation to the other non-Malay communities to join Umno at this late stage of its development is meant to help prop up the withering fortunes of the beleagured party, its leaders would do well to think again and to consider the factors that stand in their way.

What is more, a quick glance at the history books will show that such an attempt has been made many a time before, and on each occasion it has failed for a host of reasons that cannot simply be sidelined to the margins.

Onn Jaafar and the IMP project

In the immediate aftermath of the PM's recent declaration, several leading figures in the local media and academic circles quickly came to the conclusion that Umno was about to fulfil the original promise of its founder, Dato' Onn Jaafar.

Some of us might still remember the controversial figure of Dato' Onn Jaafar, the Johorian aristocrat who was the founder and leader of the Umno party back in the mid-1940s.

Onn Jaafar was hardly an ordinary Malay leader at the time. Himself a product of British colonial (not to be confused with Western) education, Onn Jaafar was a functionary within the British colonial administration, a member of the Johor aristocracy and one of the most articulate leaders of the Malay community then.

Like his contemporaries Tunku Abdul Rahman and Tun Razak, Onn Jaafar was also a fervent anti-Communist who wanted to ensure that independent Malaya would remain firmly located within the orbit of the Western bloc. (Something his successor, the Tunku, managed to guarantee).

By the late 1940s, however, it became clear that Onn Jaafar was ahead of his time and out of touch with the feelings and sentiments of the ordinary Malays he came to lead. He attacked the country's first Islamist party (the Hizbul Muslimin, formed in 1948) as a 'subversive Islamist threat' working hand in glove with the communists of the Malayan Communist Party (MCP).

He also counselled against an over-hasty departure by the British, as he feared that the newly independent Malaya would not be able to hold out on its own with such powerful neighbours like Indonesia next door.

Onn Jaafar, being a member of the Anglophile elite, was also quite open about his love for the West and things Western. He viewed the West as a model to be emulated and he admired the legal and political institutions of Britain in particular.

When the Nadrah Affair (3) erupted in 1950-51, Onn Jaafar failed to act decisively in favour of the Malays and the Malay-Muslim cause. Onn Jaafar was badly discredited and the Umno leadership suffered a major blow.

It was also at this time that the ulama faction within Umno began to call for a split within the ranks of the party and it was hardly a surprise that the Pan-Malayan Islamic Party (PAS) was formed on Nov 24, 1951.

Onn Jaafar dug his own grave when, in an effort to recover his support and expand his own political constituency, he called on Umno to open its doors to the non-Malays. The membership of Umno reacted harshly, accusing Onn Jaafar of treason and betraying the interests of the Malays.

Out of anger and frustration, he left the party he had formed and led and formed another party of his own, the Independence for Malaya Party (IMP).

c##ktails and bowties

The Independence for Malaya Party was well and truly Onn Jaafar's private stomping ground. Free to rule the roost, Onn Jaafar was allowed more room to manoeuvre within this party that he had in Umno.

The IMP was launched with much fanfare and gusto, and it was promoted as a liberal alternative to Umno which was seen as too sectarian and communitarian in its outlook.

The dapper and suave Onn Jaafar was able to convince the British colonial authorities (and scores of Western embassies and journalists) that his IMP party was the future of Malaysia and that should the IMP come to power Malaya would become a truly multiracial democracy that was liberal, pluralist and tolerant.

The fact that the party's launch and gatherings were held in a party atmosphere where the men were dressed in suits and tuxedos and the drinks flowed endlessly seemed to animate the fluid rhetoric of Onn Jaafar even more.

But Onn Jaafar's dreams of a multiracial Malaya were dashed as soon as the elections were held. By 1952, the party was already a spent force and its members demoralised and disillusioned.

Onn Jaafar, an aristocrat who felt that he deserved to be in power if for no other reason than the fact that he was a member of the Malay elite, made a second bid for power by forming the Parti Negara (PN).

The Parti Negara marked a 180-degree turn as far as Onn Jaafar's liberal worldview was concerned. From being the friend of the non-Malays he transformed himself into a Malay demagogue and populist who preached a decidedly reactionary and ultra-conservative Malay-centric agenda.

Onn Jaafar's Parti Negara sought to out-Umno Umno itself, by being even more conservative and sectarian than the other. (Something that the ill-fated Semangat 46 party also tried to do in the late 1980s, when it pushed its own Malay-centric agenda at all costs. Today, the ex-members of this defunct party of feudal Malay traditionalist-royalists have all been rehabilitated as Malay liberals and progressives, of all things).

The shape of things to come

The proposal to open up Umno to non-Malays today may sound progressive and a step in the right direction, but it must be remembered that this has been attempted before - and with disastrous results.

The Umno-IMP-PN story was a sordid saga of high hopes, broken promises and unscrupulous compromises with negative results for all concerned.

Onn Jaafar's sudden U-turn after the demise of the IMP proved to everyone that the 'liberal aristocrat' was no different from the 'commoner' politicians he so openly despised. When push came to shove, Onn Jaafar was willing and able to play the race card as long as it suited him.

This is not to suggest that there should never be any attempt to break the vicious cycle of race-based politics in Malaysia. All that we are trying to say here is that the path has been chosen before, and it is fraught with dangers.

The time has come, therefore, for us to consider the possible shape of things to come.