Laman Webantu KM2A1: 4578 File Size: 23.1 Kb * |
TAG SP 139: B2 Bersimpang-siur ....... lagi By Farish A Noor 30/5/2001 2:15 am Wed |
TAG 139 [Umno ternyata tertinggal dan menjadi mangsa misi perjuangannya
sendiri yang sempit dan terlalu perkauman selama ini. Ia terlalu
lewat membaca rentak arus terkini sehingga jauh tertinggal seoranmg
diri. Membuka pintu parti kepada bukan melayu akan menyebabkan
akar-umbi mencari parti yang lebih serasi dimana orang melayu
lebih dominan dengan perjuangan ugama atau keadilan sebagai misi
yang mengatasi segala-galanya kerana itu lebih menjamin masa depan
dan kebaikkan buat semua - termasuk melayu juga.
Krisis yang melanda Umno ini menunjukkan dasar nationalis banyak
cacat-celanya dan tidak sesuai untuk membentuk satu masyarakat dan
negara yang harmoni serta aman sepanjang masa. Sudah tiba masanya
untuk ahli Umno menyedari bahawa perjuangan di atas dasar perkauman
ini takkan kemana kerana ada sesuatu yang lebih unggul lagi baik
darinya. Melayu tetap selamat kerana keadilan dan Islam menjamin
itu semua tetapi nasionalisma Umno cuma kepuraan semata-mata untuk
mencekup semua khazanah negara. (Artikel asal di Malaysiakini dalam kolum 'The Other Malaysia' )
Bersimpang-siur ..........lagi - Bahagian 2
(Down the road........again) Farish A Noor Ada satu pihak pemikir yang beranggapan bahawa usaha UMNO untuk
menarik sokongan bukan-Melayu bermula daripada satu kesedaran yang
terlewat bahawa Umno telah kehilangan sokongan akar umbi. Perkara ini
memang sudah nyata sekarang ini sehingga tidak perlu dibesar-besarkan
lagi. Pada pemilu 1999 dulu, Umno telah kehilangan banyak kerusi yang
ditandinginya dan sokongannya menurun berbanding parti lain dalam
komponen BN (Barisan Nasional). UMNO juga telah merasakan kepahitan
ditinggalkan oleh ahli-ahlinya, apabila beribu ahli UMNO menendang
keahlian mereka untuk menganggotai parti lain seperti PAS dan Keadilan.
Kalau Umno kini meraung cuba mendapatkan simpati masyarakat
bukan-Melayu, kita perlu menyoal diri sendiri apakah kesan jangka pendek
dan secara tempoh sederhana kepada tindakan itu. Apakah kemungkinan UMNO
akhirnya membuka pintu parti itu untuk membolehkan semua bukan Melayu
menganggotainya seluruh negara? Kalau Umno bertindak begitu di Semenanjung Tanah Melayu, ia bererti
bahawa ahli-ahli yang menganggotai parti bukan Melayu di Malaysia
Barat itu bolehlah menganggotai Umno? Kalau perkara ini terjadi,
walaupun amat disangsikan kini, apakah ini bererti MCA dan MIC akan
turut lebur? Apa pula sikap parti bukan-Melayu yang lain seandainya
Umno membuka pintunya lebih luas lagi?
Apa pula nasib gagasan Barisan Nasional apabila wujudnya
ketidakseimbangan pada beberapa parti komponen disebabkan sikap
memancing keahlian dan lompat-melompat daripada satu parti komponen
kepada parti yang lain? (Kita tidak pula mencadangkan bahawa perkara
semacam ini yang mungkin terjadi - namun semua ini perlu diambil kira
jua). Kedua, kalaulah tawaran terbuka Umno kepada orang Cina di Sabah itu
bertujuan menunjukkan Umno tidak lagi berunsur keMelayuan dan berciri
perkauman, apakah pemimpin Umno memikirkan usaha itu akan melumpuhkan
sokongan kepada PAS dan parti pembangkang yang lain? Kalau itulah
andaiannya tentu sekali ia satu andaian yang tidak boleh diambil kira
kerana tidak ada kebenarannya. Harus dirakamkan di sini betapa sejak 1982 (4) PAS telah secara
lantangnya (secara berkesan) meminggirkan politik berbentuk perkauman
dan ras. Terdapat segelintir bilangan ahli bukan Melayu yang beragama
Islam menganggotai PAS yang amat berbeza dengan UMNO. Malahan, laman web
rasmi parti itu mempunyai ruangan Bahasa Mandarin yang ditujukan khas
kepada masyarakat Cina Malaysia.
Sejak 1980-an, PAS telah melancarkan program mengembangkan pengaruhnya
dan menubuhkan beberapa biro khas dalam parti, sebagai satu rencana
jangka panjang untuk menarik bukan Melayu agar menggalakkan mereka
mengundi untuk menukar selera kepada khidmat parti Islam.
Sejak 1980-an lagi kita nampak dengan jelasnya betapa PAS merupakan parti
yang lebih gigih lagi daripada Umno yang sanggup berusaha memperjuangkan
politik luar lingkungan ras dan perkauman. Usaha menonjolkan lakonan
'liberal' dan tidak perkauman pada tahap berpolitik kini, adalah satu
usaha yang sudah ketinggalan zaman dan menunjukkan Umno sudah terlalu
leka dan ketinggalan masa, kerana PAS sudah mendahului mereka begitu lama.
Lagipun adalah satu pandangan yang sempit kalau memikirkan usaha
membuka Umno kepada bukan Melayu akan melunturkan sokongan rakyat
terhadap Pas itu. Walaupun tidak ada perangkaan rasmi yang wujud,
adalah tidak bersalahan kalau kita katakan, kebanyakan orang bukan-Melayu
yang berkemungkinan menganggotai Umno itu nanti memang tidak pun pernah
menyokong PAS sebelum ini. Terjebak Sendirian Umno kini terjebak dalam jaringan bikinannya sendiri. Hakikat adanya
pemimpin parti itu kini secara terbuka membincangkan kemungkinan membuka
keahlian Umno kepada bukan-Melayu memang boleh dipuji kerana ini
adalah satu perkara yang terlalu lama hasratnya.
Namun ironisnya, Umno tidak mampu bertindak menyusuri hasrat ini kerana
ia sudah diapit oleh pelbagai faktor di luar keupayaannya.
Kalaulah Umno membuka keahlian kepada bukan-Melayu dan mengucapkan
selamat tinggal kepada era politik yang berasaskan perkauman,
kemenangannya nanti akan lebih berkurangan daripada kerugiannya secara
total. Kita akan menyaksikan lebih ramai gelombang manusia yang keluar
daripada parti itu kepada parti lain di mana orang Melayu masih
dominan lagi, seperti PAS dan Keadilan.
Mereka yang tidak menyenangi kemasukan bukan-Melayu dan bukan-Islam ke
dalam Umno berlandaskan alasan bahawa parti itu tidak lagi mewakili
kepentingan orang Islam akan beralih kepada PAS dan merestui agenda
keIslamannya yang tegas. Mereka yang beranggapan Umno tidak lagi memperjuangkan kepentingan orang
Melayu akan beralih kepada Keadilan (yang pada waktu kini dilihat oleh
ramai orang sebagai sebuah parti pembangkang yang didominasi oleh bekas
ahli Umno yang membawa bersama mereka budaya politik berunsur neo-feudal
ke dalam parti). Secara ironisnya, Umno sudah semakin gelabah - kerana terlalu lama
bermain isu politik perkauman (seperti juga MCA, MIC, DAP, dan hampir
semua parti lain di semua pihak kepartian di negara ini) UMNO telah
melaksanakan banyak benda yang salah untuk satu tempoh yang terlalu
lama. Sudah menjadi semacam satu takdir, UMNO tidak mampu mengeluarkan
dirinya daripada jaringan sarang-sarang yang menjebaknya ke kancah
kesilapan dan dosa keinsanan yang membuatkannya mereput sekarang ini.
Kita semua sudah menjadi banduan kepada budaya politik kita, sedangkan
semua itu patutnya kita sanggah dan nafikan lebih lama dulu lagi.
Tetapi ini tidak bererti perkara itu tidak boleh ditangani dan sudah
tidak ada ruang untuk melaksanakan perubahan yang amat diperlukan.
Yang dimaksudkan di sini ialah, perubahan itu seandainya dilakukan di
persimpangan sejarah kita kini, tidak akan lahir tanpa pengorbanan
kepada harga perjuangan dan nyawa. Formula politik BN dan gagasan parti komponen serta acuan politiknya
telah pun sampai kepada tarikh pupusnya. Ia tidak lagi mampu dan
berupaya menerajui pemerintahan negara ini lebih jauh lagi.
Akan tetapi, kalau kita mahu melakukan perubahan kepada aliran sejarah
bangsa, kita mesti bersedia melaksanakan yang tidak dijangka dan yang
pernah dirangka- inilah sesuatu yang tidak diminati sangat oleh satu
masyarakat bangsa yang mudah leka seperti kita, ataupun mungkin juga
kerana kita memang tidak mampu melaksanakannya.
(1) Memang menarik sekali dirakamkan di sini betapa kebanyakan ucapan
PM itu mengklasifikasikan rakyat Malaysia daripada kaum Cina itu sebagai
orang Cina. Sedangkan mereka itu adalah rakyat Malaysia dan seharusnya
disebut sebagai orang Malaysia sahaja.
Mereka bukannya Cina kerana mempunyai kerakyatan China. Ini menunjukkan
contoh hegemoni yang berperanan - sedangkan kita jarang terserempak
artikel yang merujukkan orang Melayu sebagai Melayu Malaysia.
Menjadi 'Melayu'dan 'Malaysian' adalah sesuatu yang mudah disengajakan
oleh orang kita, sedangkan semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk
dikenal begitu tanpa merujuk kepada latar belakang asal usulnya.
Dirujukkan sebagai Malaysian adalah merupakan rujukan politik dan ini
menyangkuti sesiapa juga yang menghuni negara ini dan diberikan
kerakyatan Malaysia. Untuk mengekalkan terma 'Cina Malaysia' ataupun 'India Malaysia'
mungkin berbunyi kebetulan berpolitik seandainya pluralisma dan
kepelbagaian menjadi kepentingan bersama dan kefahaman sejagat di mana
tidak ada sesuatu kaum itu ditafsirkan sebagai orang luar ataupun
berasal daripada luar. (2) Terma pelindung 'protector' di sini merujuk kepada buku Chandra
Muzaffar berjodol 'Protector' (Aliran Press, Penang 1987). Buku ini
masih merupakan analisis terbaik yang menyangkuti tradisi masyarakat
Melayu hingga masa kini. (3) Peristiwa Nadrah adalah mengenai kisah sedih seorang gadis Belanda
yang bernama Mariah Hertogh, yang telah ditinggalkan oleh ibubapanya
kepada seorang pengasuh Melayu ketika tercetusnya Perang Dunia Kedua.
Mariah telah diasuh oleh perempuan pengasuh itu sebagai seorang anak
Melayu. Ia menganut agama Islam akhirnya (walaupun tidak ada cerita
sahih apakah dia memeluk agama itu secara kerelaannya) dan diberikan
nama Nadrah. Kemudian, dia dikahwinkan kepada seorang melayu bernama
Mansoor Adabi. Apabila perang tamat, ibubapa Maraiah/Nadrah pulang ke Malaya dan
mencuba membawanya pulang ke Netherlands. Kerajaan pentadbiran British
memansuhkan pegangan keIslamannya dan juga membatalkan perkahwinannya
dengan Mansoor Adabi. Tindakan British ini telah menaikkan kemarahan masyarakat Melayu dan
India-Islam kerana tindakan British itu menghina mahkamah Syariah dan
kuasanya. Satu kempen ke seluruh negara telah dilancarkan untuk menyekat
penghantaran Nadrah dan mengembalikan kesahihan perkahwinan mereka.
Yang memimpin kempen ini termasuklah Dr. Baharuddin al-Helmy (yang
akhirnya menjadi presiden PAS ketiga) dan beberapa pemimpin utama
pergerakan Melayu dan India-Muslim, peguam dan ahli politik. Tunjuk
perasaan itu telah mencetuskan rusuhan di Singapura dan Kuala Lumpur.
Ketika krisis memuncak, kepimpinan UMNO gagal bertindak. Yang memburukkan
keadaan, Onn Jaffar mahukan pekara itu diselesaikan oleh mahkamah
British. Tindakannya itu telah menyedarkan orang Melayu akan ketokohan
pimpinannya yang sebenar sehinggakan dia kehilangan sokongan mereka
akhirnya. (4) PAS masa kini memang berbeza dengan PAS pada 1970-an ketika ia
dipimpin oleh presiden keempat, Dato Muhammad Asri Muda.
Asri Muda telah menjadikan PAS sebuah parti yang berunsur chauvanis
dan pekat keMelayuannya pada era Asri (1972-1982). Ketika itu PAS
menjadi pejuang hebat ketuanan Melayu dan hak keistimewaan orang-orang
Melayu. Asri Muda membawa PAS menganggotai BN antara 1973-1977, sebagai usaha
menyatupadukan orang Melayu. Di waktu yang sama dia memperkuatkan
perjuangan PAS. Usahanya itu melemahkan parti itu akhirnya.
Tindakan Asri itu mencetuskan kemunculan beberapa kumpulan dan fraksi
keIslaman yang baru seperti Darul Arqam dan ABIM untuk turut bersaing
dengan semangat keIslaman PAS. Persekongkolan untuk mengongsi kuasa kerajaan pusat telah mendorong unsur
rasuah dan kejatuhannya. Apabila berakhirnya tempoh bulan-madu UMNO-PAS
itu, PAS telah diberikan jolokan sebagai 'Parti Asri Sekeluarga',
sebagai rujukan kepada unsur nepotisme dan korupsi yang mula berakar
umbi dalam parti. Asri Muda tersingkir atas daya usaha sekongkolan kumpulan dalaman yang
dianggotai oleh fraksi ulama yang diketuai oleh Yusuf Rawa, Nik Aziz,
Fadhil Noor dan Hadi Awang. Sejak itu para pemimpin PAS enggan
bermain dengan isu perkauman lagi. Sejak itu juga PAS berjaya meniti
zaman kegemilangannya berwajahkan 'Nur Islam' dan mampu mengenepikan
imej kegagalan silamnya. ....Tamat.... Terjemahan SPAR 07:002-2 Rencana Asal: Down the road ... again - Part 2 (Final)
THE OTHER MALAYSIA Farish A Noor Umno and PAS, race and religion
One school of thought claims that Umno's attempts to woo the non-Malays stems
from its own belated realisation that Umno has lost the support of its natural
constituency. This is so painfully obvious to all of us by now that it is hardly worth
repeating. At the general elections of 1999, Umno lost more seats and support than any other
party in the ruling Barisan Nasional (BN) coalition. Umno has also experienced the
biggest drain of its members, when thousands of ex-Umno members left the party in
droves to join PAS or Keadilan. Now if Umno is trying to shore up its defences by appealing to the non-Malay
constituency, we still need to ask what the short and medium term consequences would
be. Would Umno, in effect, end up taking in members of other non-Malay parties in the
country, for instance? If Umno were to do the same in the peninsula, would this mean that members
of the non-Malay parties in West Malaysia could join Umno? Should this
happen, unlikely though it seems, would this mean the dilution of MCA and
MIC? How would the other non-Malay parties react should Umno open its
doors and extend its invitation even further?
And what would be the fate of the Barisan Nasional coalition if the fragile ethnic
balance between the different communitarian parties is disturbed by defections from
one party to another. (We are not, of course, suggesting that this is on the cards or
that it is bound to happen - but these are variable factors that need to be considered
nonetheless). Secondly, if Umno's open invitation to the Chinese in Sabah is meant to show that
Umno is no-longer a Malay-dominated and race-based party, do the leaders of the
Umno party seriously think that this will dilute the support for PAS or the opposition?
That would be so far-fetched that one could only hope that it was not true.
It must be remembered that since 1982 (4) PAS has openly (and quite effectively)
renounced the politics of race and ethnicity anyway. PAS has a small number of
non-Malay Muslims in its ranks and unlike Umno, PAS's official party website even has
a webpage in Mandarin for the Malaysian Chinese community.
Since the 1980s, PAS has launched outreach programmes and bureaus within the party
structure, as part of a long-term effort to woo non-Malays and persuade them to
vote for an Islamist option. If anything, it is PAS, and not Umno, that has demonstrated a willingness to
go beyond the politics of race and ethnicity since the 1980s. To play the
?liberal, non-racial' card at this stage would be a tad out of date and behind
the times for Umno, considering that PAS has beaten them to it anyway.
What is more, it would be foolish to think that by opening Umno to non-Malays the
support for opposition parties like PAS will be diminished in any way.
Though no accurate and reliable statistics exist, it is safe to say that most of the
non-Malays who would be interested in joining Umno were never supporters of PAS
in the first place. PAS's vote bank therefore remains untouched, though Umno may be jeopardising the
vote balance within BN if it makes this move.
Caught in its own web Umno is therefore caught in a web of its own making. The fact that the leaders of the
party are now openly talking about the possibility of opening up the party to
non-Malays is commendable and long overdue.
But ironically, Umno is not able to act upon this due to the fact that it is hemmed in by
variable factors beyond its control. Should Umno open its doors to non-Malays and bid farewell to the era of race-based
politics, its gains may be less than its losses. We may witness an even bigger
haemorrhage of members from Umno to the two other Malay-dominated opposition
parties, PAS and Keadilan. Those who resent the entry of non-Malays and non-Muslims into Umno on the
grounds that the party no longer represents Muslim interests might turn to PAS, with
its more hardline Islamist agenda. Those who feel that Umno no longer represents the interests of the Malays may in turn
move to Keadilan (which even today, is seen by many as a Malay-dominated
opposition party overwhelmed by ex-Umno types who have brought their neo-feudal
political culture along with them). Ironically, Umno is no longer able to do the right thing - but only because by playing
the game of racial politics (like the MCA, MIC, DAP, and practically every other party
on both sides of the political divide in this country) it has been doing the wrong thing
for so long. The sad fate of Malaysian politics is that it is unable to extricate itself from its own
mortal vices and frailties. We have all become captives to our own political culture, something we should have
challenged and denied a long time ago. This is not to say that it cannot be done, or
that there is no room for human agency and the will for change.
But what it means is that change, at this juncture of our history, will not come without
a price and a human cost. The BN formulae and the rationale of the BN parties may have served us up to now,
but it will not and cannot take this country any further.
But to alter the course of Malaysian history means doing the unexpected and
unprecedented - something a domesticated nation like ours is less inclined, or perhaps
not even capable, of doing. (1) It is interesting to note that many of the reports on the PM's speech classified
Malaysian citizens of Chinese ethnic background as 'Chinese'. Lest it be forgotten, the
people in question here happen to be Malaysian citizens and should therefore be
referred to as 'Malaysians'. They are not 'Chinese' in the sense of being Chinese nationals. This is yet another
example of hegemony at work - rarely do we come across reports or articles that refer
to the Malays as 'Malay Malaysians'. Being 'Malay' and 'Malaysian' is something that many of us take for granted while
overlooking the fact that other Malaysian citizens are entitled to the same classification
regardless of their ethnic backgrounds.
Being Malaysian is, after all, a political category and this applies to all of those who
have resided in the country and have been awarded citizenship to it.
To continue using terms like 'Chinese Malaysian' or 'Indian Malaysian' may sound
politically correct if recognition of pluralism and diversity is to be the paramount
concern, but it should at least be universal and no community should be singled out as
'alien' or of 'alien origin'. (2) The term 'protector' here is taken from Chandra Muzaffar's book Protector?
(Aliran Press, Penang, 1987). The book remains the best analysis of patron-client
relations within traditional Malay society till today.
(3) The Nadrah Affair revolved around the sad fate of a young Dutch girl named
Mariah Hertogh, who was abandoned by her own parents at the outbreak of the
Second World War. Mariah was brought up by her Malay nanny, who brought her up as
a Malay. In time Mariah converted to Islam (questions remain as to whether this was done
voluntarily or not) and took up the name Nadrah. Later Nadrah, now a Muslim, married
a Malay man by the name of Mansoor Adabi.
After the war was over, Mariah/Nadrah's parents returned to Malaysia and attempted
to have her repatriated back to the Netherlands. The British colonial authorities finally
declared that her conversion to Islam and her marriage to Mansoor Adabi was null and
void. This enraged the Malay and Indian-Muslim communities in the country, for it effectively
meant that the secular British legal system could override the Shariah court. In a matter
of weeks, a massive nation-wide campaign was launched to prevent the repatriation of
Nadrah and to preserve her marriage. Leading the campaign were men like Dr Burhanuddin al-Helmy (the future third
president of PAS) and other leading Malay and Indian-Muslim activists, lawyers and
politicians. The demonstrations led to violent riots in Singapore and Kuala Lumpur.
But at the height of the crisis, the leadership of Umno failed to act. Worse still, Onn
Jaafar was of the opinion that the whole matter should have been left to the British
court - a move which cost him dearly in terms of support from the Malays as a whole.
(4) PAS today is quite different from the PAS of the 1970s when it was under the
leadership of its fourth president, Dato Muhammad Asri Muda.
Asri Muda had effectively turned PAS into the most fanatically Malay-centric and
chauvinist party in the country, and during the era of Asri Muda (1970-1982) it was
PAS that was the most uncompromising defender of exclusive Malay rights and
privileges. Asri Muda brought PAS into the BN alliance between 1973 to 1977, an instrumental
coalition that was aimed at uniting the Malays (while empowering PAS in the process).
But the move cost the Islamist party badly.
Its Islamist credentials were compromised by Asri Muda's blatant communalism which
opened the way for a host of other non-governmental Islamist organisations like the
Darul Arqam and Abim to appear on the scene.
PAS's flirtation with power also led to its corruption and downfall. By the end of the
'honeymoon' period between Umno and PAS, the latter was known as Parti Asri
Sekeluarga - an obvious reference to the corruption and nepotism that had taken root
within the party. After Asri Muda was deposed by the internal party 'coup' that brought to power the
ulama faction led by men like Yusuf Rawa, Nik Aziz, Fadzil Noor and Hadi Awang, the
leaders of PAS vowed never to play the racial card ever again.
PAS has been trying to brush up its Islamist image and recover from its losses ever
since. ....Concluded....
|