Laman Webantu   KM2A1: 4579 File Size: 16.5 Kb *



TJ SP MGG: Pembelian Nanyang: Membalas Dendam
By M.G.G. Pillai

30/5/2001 1:11 pm Wed

MGG 1181

[Langkah mengambil-alih Nanyang oleh MCA telah mencetus ledakkan kemarahan masyarakat Cina - termasuk akar umbi MCA sendiri. Rencana terbaru AFP menyebut Chua Jui Meng telah menyerang keputusan Ling Liong Sik. Sebelum itu Lim Ah Lek dan 8 lagi pemimpin tertinggi MCA telah menyeru agar dikaji semula tindakkan itu. MCA dijangka akan meretak dengan isu ini kerana golongan akar-umbi, cendiakawan, dan wartawan Cina telah bangkit menentang usaha yang mencengkam kebebasan ini. MCA dan BN mungkin parah dalam pemilu yang akan datang nanti atau sakit dihentam dalam pilihanraya negeri Sarawak.

Nampaknya reformasi sudah menjalar ke masyarakat Cina. Ini amat berguna kerana ada sesuatu yang dapat dipelajari dalam protes mereka. Mereka sanggup melawan dan dibuang kerja demi kebebasan bersuara untuk membela kaum mereka. Ini berbeda dengan protes lembik wartawan dan masyarakat melayu yang asyik bersikap tidak apa bila hak mereka dirampas dengan rakusnya. Sekadar memeram rasa kita takkan kemana, begitu juga jika sekadar menjentik sahaja. Perjuangan memerlukan lebih dari itu.

Rencana MGG kali ini menunjukkan tindakkan membeli Nanyang adalah satu dendam kerana nukilan pena di akhbar ini telah memalukan MCA yang berkhidmat untuk Mahathir - bukan untuk masyarakat Cina. Usaha ini akan menyebabkan kemarahan masyarakat Cina yang boleh memautkan BN dengan lebih segera kerana hanya tinggal mereka sahajalah harapan untuk BN terus berkuasa.
- Editor
]


Artikel asal ada di 'Chiaroscuro' - Malaysiakini.


Pembelian Nanyang: Membalas Dendam

(Nanyang Takeover - A Settling Of Scores)


Satu urusan niaga yang bersahaja di mana sebuah syarikat media kepunyaan MCA membeli sebuah akhbar Cina kini meledak menjadi kontroversi politik. Suratikatan sudah dipersetujui. Huaren Holdings sudah pun membeli Nanyang Siang Pau dan menguasai penerbitan sekutunya. Syarikat induknya, Nanyang Press Holdings yang satu ketika dulu dikuasai oleh keluarga George Lee, sudah pun dikuasai oleh pihak yang mempunyai ikatan hubungan dengan MCA.

Proses ambil-alih ini membenarkan parti itu menguasai secara terus akhbarnya seperti yang dilaksanakan oleh Star ke atas penerbitannya.

Presiden MCA Dr. Ling Liong Sik memang seronok dengan peristiwa itu walaupun timbalan presiden Lim Ah Lek dan ramai lagi menentangnya. Kini, Perdana Menteri Mahathir menyokong projek demikian dan bersumpah betapa perkara itu tidak ada kena mengena dengan politik. Di Malaysia kalau tercetus suasana yang menyelubungi politik seperti itu ia bererti memanglah perkara itu ada agenda politiknya.

Urusan niaga itu sengaja di sondol sahaja, sehinggakan pemilik baru mengarahkan para sidang pengarang terkanan dan ekskutif pentadbiran keluar daripada pejabat mereka. Pengambilan alih itu memang mempunyai segala unsur-unsur vendetta. Pemilik baru telah menunjukkan unsur-unsur membalas dendam terhadap mereka yang dianggap bertanggungjawab dengan lapuran yang memperlekehkan para pemimpin MCA.

Satu kumpulan penyumbang rencana kepada akhbar itu telah mengugut untuk menghentikan sumbangan mereka kepada Nanyang yang kini sudah pun dikendalikan oleh pengurusan yang baru. Parti politik pembangkang, NGO, para wartawan, rakyat yang perihatin sedang menahan kemarahan mereka. Penentangan mereka sudah melampaui isu wang dan pekerjaan yang terhakis, tetapi terhadap pemusnahan suara yang mempunyai nada yang berbeza.

Betapa pun perkara ini dianalisis, penjualan Nanyang itu adalah sebahagian daripada ketidak-haruan yang menyelimuti politik Malaysia kini.

Para pemimpin MCA yang terlibat dengan pembelian itu, nampaknya tersilap congak menaksir sokongan akar umbi. Mereka kini dilihat sebagai sengaja telah mengecewakan masyarakat mereka kerana sanggup memengap suara bebas mesyarakat Cina. Kemelut Anwar Ibrahim nampaknya kini menjalar menghantui MCA dan juga politik MIC. Sudah tentu MCA menjadi gelabah sekarang kerana tersilap congak membeli Nanyang.


Budaya Dana Persuratkhabaran

Pembelian Nanyang oleh MCA itu berlaku ketika masyarakat Cina memang mual dengan parti tersebut. Pembelian itu bukan dianggap sebagai satu usaha menyelamatkan sebuah akhbar Cina yang sedang kesulitan, disebabkan kurang jualan serta langganan dan kurang sokongan iklan. Ia dianggap sebagai usaha yang bersengaja untuk menjadikannya risalah lidah rasminya. Apakah itu yang dirancangkan memang tidak relevan, tetapi itulah anggapan yang difikirkan relevan.

Pada 1980-an, MCA telah melancarkan satu usaha memastikan tidak ada sebuah akhbar Cina di Malaysia yang terpaksa tutup kedai kerana terpaksa disebabkan kekurangan dana. Ketika Sin Chew Jit Poh dilanda masalah kewangan, beberapa peniaga Cina mengambil alih akhbar itu bukan sebagai rencana perniagaan tetapi sebagai usaha mengekalkan satu ikon budaya mereka. Inilah yang memberinya ruang untuk memperbetulkan keadaan diri menjadi sebuah akhbar yang sungguh dihargai, sehinggakan menjadi akhbar Cina yang paling terkemuka di negara kini.

Sebagai akhbar yang tidak mahu menampakkan keadaannya ketika itu Nanyang telah bertindak terbuka dan menarik minat para pelabur yang mempunyai kecenderungan berpolitik yang melabur untuk meraih keuntungan. Secara tidak rasmi ia telah menyerlahkan pendapat ramai mengenai politik Malaysia. Tetapi, para peniaga yang melabur dalam industri suratkhabar sentiasa diekori para akauntan mereka sehingga terdesak di satu tembok kehampaan. Inilah keadaan sebenarnya. Nanyang, sepatutnya telah diselamatkan cara Sin Chew diselamatkan dulu. Tetapi, membiarkannya bersahaja bukannya cara MCA menguasai masyarakat Cina.

Pembelian Nanyang itu akan membolehkan akhbar tersebut bernafas dengan kewangan yang lebih kukuh, dengan syarat ia mampu menarik pembaca daripada Sin Chew. Seperti yang pernah dialami oleh New Straits Times, perancangan semacam ini memerlukan pembaca yang melanggan akhbarnya. Yang menentukan MCA membuat pembelian itu ialah wang dan keangkuhan bukannya budaya dan keuntungan. Ling bertegas, 'kalau urusan itu elok, mereka (Huaren) tentu akan meneruskannya.' Inilah yang membuatkan mereka berhadapan dengan satu tembok besar politik.


Tahniah bermuslihat

Dr. Mahathir berkata pembelian MCA itu bukannya didesak oleh agenda politik, dan di waktu yang sama dia bercakap pula tentang parti politik dan akhbar parti mereka. Seperti biasa dia sengaja gula-gulakan isu itu. Akhbar 'Roket' keluaran DAP dan 'Harakah' keluaran PAS dibenarkan terbitannya dengan kawalan undang-undang yang ketat yang menegah diterbitkan lebih dua kali dalam setiap bulan, sedangkan itu adalah akhbar parti politik.

Dua akhbar tadi bukannya semacam akhbar harian yang dikuasai sepenuhnya oleh Barisan Nasional seperti New Straits Times, Berita Harian, Utusan Malaysia, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh, The Star, The Sun dan banyak lagi.

Apabila rakyat marhaen lebih berselera membeli dan membaca Harakah daripada membaca akhbar harian utama yang lain. Ia memberikan satu kesimpulan betapa Mahathir sedang dihantui satu dilema. Dia telah menegah sebarang kelulusan untuk lesen akhbar harian kepada parti di luar komponen BN. Apabila dia cuba menonjolkan justifikasi kepada pembelian Nanyang oleh MCA dengan memperlekehkan terbitan dua kali sebulan yang diusahakan oleh pihak pembangkang, menunjukkan pembelian Nanyang itu lebih penting daripada tujuan perniagaan.

Yang lebih menarik lagi ialah komen Mahathir mengatakan sesiapa saja boleh menguruskan akhbar-akhbar. Tetapi, Tong Kooi Yong daripada Phileo Allied Group satu ketika dulu pernah membeli The Sun dan melancarkan perubahan sehingga penjualannya yang laris memukul keuntungan New Straits Times dan The Star. Kini dia terpaksa membatalkan usahanya itu dan hidup merempat di negara orang sedangakn empayar niaganya sudah terlepas daripada gengamannya.

Nasib yang menghantui Tong Kooi Yong itu memang merupakan mainan politik kerana pada satu ketika dulu Tong berada di kem Anwar Ibrahim, mantan timbalan perdana menteri. Seorang lagi yang terkena dendaman politik ialah Quek Leng Chan. Beliau merupakan manusia yang menguasai Huaren sebelum terjualnya Nanyang Siang Pao. UMNO sengaja mengasapkan musuh-musuh Dr. Mahathir dalam satu usaha berbalas dendam. Kini dia mahu menguasai MCA pula. Bagaimana pun perkara ini dikaji akan terserlah kebajingannya untuk membalas dendam itu.

MCA menjadi tergagap ketika menjelaskan kenapa ia membuat pembelian itu kerana ini akan memecah-belahkan parti itu. UMNO merupakan dalang kerja jijik itu. Jika tidak, masakan Ling sanggup memperlekehkan jawatankuasa pusat partinya sendiri dan sanggup bekecamuk dengan muslihat itu. Penentangan terhadap UMNO akan terus diperhebatkan selagi Ling dilihat sebagai tali kekang kepunyaan presiden UMNO dan bukan sebagai seorang wakil masyarakatnya sendiri.

Inilah sebabnya sebilangan besar akar umbi masyarakat Cina terlalu menentang MCA dan presiden parti itu, apatah lagi berkaitan urusan niaganya. Ketaksuban yang selama ini berkarat akar umbinya betapa pendapatnya mesti disogok atas masyarakatnya memang pernah laku di satu masa dulu. Tetapi kalau parti itu terus beranggapan bahawa hanya itu yang diminati oleh akar umbinya, bererti akan berkecamuklah parti itu. Inilah kisahnya dan inilah bahananya. Wang dan keangkuhan tidak dapat merapatkan satu masyarakat yang terhiris perasaannya dan terluka kehormatannya.


-MGG Pillai-

Terjemahan SPAR 01.




Rencana Asal:


http://www.malaysiakini.com/Column/
2001/05/2001052902.php3

29 May 01

Nanyang Takeover - A Settling Of Scores

CHIAROSCURO

MGG Pillai


12:15pm, Tue: A straightforward business deal in which an MCA media company bought out a Chinese newspaper is now mired in political controversy. The deed is done. Huaren Holdings bought control of the Nanyang Siang Pau and its associated publications. The parent company Nanyang Press Holdings, after the George Lee family gave up control, was owned by interests friendly to the MCA.

The latest takeover brings the party in direct control of the newspaper, as it did over the Star and its publications.

The MCA president, Dr Ling Liong Sik, is gungho about it, even if the deputy president, Lim Ah Lek, and others are opposed to it. Now, the prime minister, Dr Mahathir Mohamad, supports it, and swears to high heaven that it is not politically motivated, which in Malaysia's highly-charged political atmosphere, means it is.

The deal is rammed through, the new owners ordering the Nanyang's senior editorial and administrative executives frogmarched out of office. The takeover has all the signs of a vendetta, with the new owners getting rid of those it considers responsible for reports that redounded on the MCA leaders.

A core of the newspaper's contributors threaten to stop writing for Nanyang under new management. The opposition - political parties, NGOs, journalists, concerned citizens - are up in arms. The opposition to it is more than over jobs and money; it is over the removal of yet another voice that sings a different tune.

However one looks at it, the Nanyang sale is caught up in the fractious uncertainties of Malaysian politics. The MCA is in the same boat over this as Umno is over the rescue of cronies and their businesses.

The MCA leaders, in the purchase, misunderstand the ground, is seen today as having done the community in by removing yet another relatively independent voice of the Chinese. The Anwar Ibrahim imbroglio, by extension, spreads to the politics of MCA and MIC, and the MCA in a spot over its purchase of Nanyang.

Culture and newspapers

The MCA buys the Nanyang when the Chinese community is at odds with the party. This is viewed not as an attempt to preserve a Chinese newspaper in trouble, as indeed the Nanyang is, what with falling circulation and advertisements, but deliberately to make it its mouthpiece. Whether that is its plan is irrelevant; it is perceived to be so.

In the 1980s, the MCA initiated a move to ensure that no Chinese newspaper in Malaysia would be forced to close down for lack of funds. When the Sin Chew Jit Poh got into financial difficulties, Chinese business men took it over not as a business proposition but to preserve it as as a cultural icon. That gave it the freedom to reorganise itself into a well-regarded newspaper, and is the leading Chinese newspaper in the country.

The Nanyang, as the more stolid newspaper, went public, brought in politically-motivated investors who went in for the money. It unofficially represented the official worldview of Malaysian politics, represented. But businessmen who invest in newspapers with their accountants in tow would meet a brick wall soon enough. As it now has. Nanyang should have been rescued as Sin Chew was. But leaving well enough alone is not the MCA style.

The purchase would put Nanyang on a firmer financial footing, but only if it regains lost ground from Sin Chew. As the New Straits Times found to its cost, it needs readers to make this work. It is money and arrogance, not culture and profitability, that dictate the MCA's purchase. Ling insists that "if it is a good deal, they (Huaren) will go ahead". But it faces a political brick wall.

Left-handed compliment

Dr Mahathir, in his left-handed compliment that the MCA buying Nanyang is not politically motivated, also talks of political parties having their own organs. As usual, he fudges the issue. The DAP's Rocket and PAS' Harakah are published under strict laws that deny them to appear more than twice a month. They are party organs.

They are not daily newspapers directly and indirectly controlled by the Barisan Nasional coalition, such as the New Straits Times, Berita Harian, Utusan Malaysia, Utusan Melayu, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh, the Star, the Sun and others.

That people would prefer the Harakah has a higher profile than the mainstream newspapers underlines the dilemma Dr Mahathir infers. He has ruled out publishing licences to non-BN parties for daily newspapers. That he has to justify the MCA purchase of Nanyang by pouring scorn on twice-monthly opposition publications makes it more important than a business deal.

More interesting is his comment that anyone can take over newspapers. When Tong Kooi Yong, then of the Phileo Allied group, took over the Sun newspaper and revamped it to challenge the New Straits Times and the Star, he had to abort the deal and now lives in exile with his business empire no more under his control.

That was politically motivated because at one time in the near past, he was in the ?camp? of the jailed former deputy prime minister, Anwar Ibrahim. Another is Quek Leng Chan, who before its sale to Huaren, ultimately controlled Nanyang Siang Pau. Umno roots out those who back Dr Mahathir's nemesis in fearsome revenge. He now wants MCA too. However one looks at it, it is a settling of scores.

The MCA is defensive when it explains the buy, is divided if it should. Umno is the ?dalang? (master puppeteer). Ling would not have ignored his own central committee and step into a quagmire otherwise. The opposition to the MCA can only strengthen as Ling is seen as a satrap of the Umno president and not a representative of his own community.

Which is why the Chinese cultural heartland is so against the MCA and its president, and over this deal. This belief that only one point of view - its own - should be allowed is prevalent amongst all members of BN. It worked at one time. But when it presumes it knows what its community wants when it does not, sparks fly. As now. Money and arrogance cannot overcome a cultural hurt or slight.

M.G.G. Pillai