Laman Webantu   KM2A1: 4588 File Size: 13.4 Kb *



TJ SP MGG: Membebankan Rakyat Dengan LRT
By M.G.G. Pillai

30/5/2001 10:24 pm Wed

[Mahathir berkata rakyat mesti sanggup membayar kos tambang yang mahal untuk mengecapi perjalanan LRT yang selesa. Mengapa ia menjadi mahal tidak pula dihuraikannya kerana itu semua salah kerajaan juga. Pemberian projek tanpa tawaran terbuka menyebabkan kosnya naik menggila kerana lebih mudah disonglap beberapa juta. Soal berjimat dan rugi tidak diperduli kerana kerajaan akan datang untuk menyelamatkannya juga. Yang tercekik nanti tidak lain tidak bukan rakyat juga. Padahal itu semua boleh dielakkan jika dibuat sendiri oleh kerajaan melalui tender terbuka. Saingan akan memastikan kosnya tidak seberapa walaupun selesa sebagaimana yang terserlah di Singapura. Rakyat Malaysia sudah ditipu sebenarnya.... - Editor]


Terjemahan SPAR-01-014


Membebankan Rakyat Dengan LRT

(Burdening The People With The LRT)

Perdana Menteri Mahathir Mohamad tidak dapat membuat keputusan kalau tiga buah sistem pengangkutan transit ringan yang tidak sama acuannya; dua mempunyai hutang bertapuk yang tinggi dan sebuah lagi masih belum selesai kerjanya lagi, harus diambil-alih oleh kerajaan untuk dijadikan projek yang menguntungkan. Adalah menjadi dasar kerajaan, katanya, tidak membebankan rakyatnya. Tetapi, kenapakah dasar itu tidak diambil kira pada mula-mula dulu ketika kontrak kerja dikeluarkan kepada syarikat bertiga itu?

Tiga syarikat yang berkenaan ialah STAR, PUTRA dan Monorel, telah diberikan kepada para kroni yang mempunyai niat membuatkan kerja-kerja pembikinan projek itu semahal yang termampu. Syarikat yang mendapat konsesi mewujudkan beberapa anak syarikat lagi untuk menjadikan projek itu mahal harganya. Hasil kerja STAR sepanjang 11 kilometer mengenakan belanja sebanyak RM1.2 billion ataupun bersamaan RM100 juta setiap satu kilometer. Syarikat yang lagi duapun mencapai kos pembikinan yang lebih kurang sama mahalnya. Malahan, di Singapura kerja-kerja menyiapkan landasan keretapi bawah tanah mencapai kos yang lebih rendah harganya berbanding kerja-kerja landasan terbuka di atas bumi di Kuala Lumpur.

Ketika projek ini dimulakan, tidak ada pun satu tender yang ditawarkan. Pemegang konsesi menerima pinjaman kewangan kerajaan tanpa sebarang faedah dan dikenakan syarat membayar hutang bila ada masa lapang. Kos pembinaan yang meningkat bererti lebih banyak wang lagi boleh dirembat, sambil lebih banyak lagi kos lain yang sengaja dibebankan kepada projek itu sehinggakan syarikat konsesi itu tidak menjadi sebuah syarikat yang viable lagi. Tidaklah menghairankan kalau kerajaan terpaksa mengambil alih STAR dan PUTRA. Rencananya sekarang ialah menyerahkannya kembali kepada kedua pemegang konsesi itu untuk menguruskannya dengan membayar kos pengurusannya pula. Kini, Mahathir mahukan projek monorel itu diserapkan sahaja secara konsep integrasi yang sepatutnya dilakukan pada tahap awalan dulu lagi.

Projek monorel itu telah dianugerahkan kepada 'seorang peniaga bertaraf antarabangsa yang tidak ada tolok bandingnya', seorang yang bergelar Tan Sri Dato' Seri (bekas penjual insurans) Vincent Tan, yang telah membuatkan projek itu mencelaru seperti mana yang dilakukannya kepada projek penswastaan najis dulu. Dia telah gagal menepati janji-manisnya untuk menyiapkan projek monorel itu menjelang Sukan Komanwel 1998 dulu, dan meletakkan bebanan kelecehan itu kepada krisis kewangan pada tahun sebelumnya. Lantas dia telah menjual projek itu kepada pemegang konsesi yang sekarang ini yang pada ketika itu menjanjikan projek itu boleh siap dalam masa 12 bulan. Di samping itu syarikat itu cuba disenaraikan di BSKL sebagai sebuah syarikat infrastruktur dan menjadi ghairah dengan usaha itu sehingga mahu menyenaraikan lagi antara 25 hingga 30 persen syarikatnya. Jelas tujuan sebenar ialah untuk menyungkil dana daripada pasaran dijadikan modal menyiapkan kerja yang terbengkalai. Tetapi ia gagal mencapai impian itu. Selepas kemelut TimeDotCom dan pelbagai kisah pengapungan dan pemulihan yang dilakukan kepada beberapa syarikat lain, para pelabur sudah naik jeran untuk terus ditipu berpanjangan.

Sepatutnya rencana itu perlu direncana dengan penuh waspada. Para pelabur di BSKL sudah tidak berminat dengan projek seperti ini yang menjaminkan warna merah dalam penyata akaunnya sehinggalah hari kiamat. Bukanlah semua pembelian itu akan merugikan seluruhnya, tetapi mesti ada penelitian ke atas siapakah yang menguruskan syarikat itu. Setakat ini rakyat marhaen sudah sedar betapa ia dikelentong dan sekarang bertindak terhadapnya. STAR dan PUTRA dihenyak nasib yang sama ketika kecundang dan terus terkangkang. Sekarang, tidak ada sesuatu pun dalam Monorel yang menunjukkan ia tidak akan berkelakuan serupa.

Ketiga-tiga projek itu dianugerahkan dengan segala suasana yang cukup rahsia. Kerajaan bertindak menswastakannya kerana memikirkan ia tidak ada sebab kenapa mahu berurusan dengan pembikinan sistem pengangkutan transit ringan. Projek itu diserahkan kepada para kroni dan pak-pacak memberikan kebebasan untuk memulakannya tanpa sebarang pertimbangan berjimat belanja menyebabkan kerajaan kini terpaksa mengambil alih projek yang sudah lama tergendala. Kalaulah kerajaan sendiri yang membinanya kosnya pun tidak berapa rendah walaupun tempoh siapnya mungkin terpaksa ditambah. Tidak ada langsung semangat membina dengan berjimat belanja dan menentukan pembinaan itu terlaksana dengan semangat berlumba-lumba untuk menyudahkannya. Sepatutnya itulah caranya setiap projek kerajaan itu dilaksanakan. Tetapi kerana mudah percaya cakap si-mulut-buaya projek Monorel itu menjadi tergendala. Namun itu adalah satu projek yang difaraidkan kepada seorang kroni, oleh seorang maharajah.

Apabila Perdana Menteri mengatakan setiap rakyat Malaysia mesti membayar harga tiket Kelas Pertama bertaraf dunia untuk kemudahan bertaraf kelas unggulan, sudah semestinya ia merupakan cakap-cakap haprak yang tidak ada unsur keikhlasan. Projek itu sepatutnya mampu dibuat dengan harga yang lebih murah lagi seandainya ditawarkan sebagai tender terbuka. Ia boleh disiapkan dengan kos yang lebih rendah lagi seandainya ia direncana untuk menjadi sistem pengangkutan aliran ringan bandaraya. Ia boleh menjadi lebih murah kalau sistem itu bertujuan untuk memberi keselesaan kepada para komuter.

Akan tetapi, tujuan awalannya ialah untuk memperkayakan para kroni pihak kerajaan. Mereka mahu membinanya dengan kos yang termahal selagi terdaya. Mereka mahu membalun wang yang ada di setiap terlangsainya bahagian-bahagian kerja yang berharga nilainnya dan membiarkan kerajaan mengambil alih akhirnya. Perdana menteri sedar akan muslihat kerja bajingan itu tetapi dia sanggup membiarkannya. Apabila dia mengemukakan kiasan bahawa rakyat sudah tidak tahu bersyukur kerana enggan membayar harga tambang yang tinggi kerana kemudahan yang dianggapnya berstatus dunia itu, adalah sesuatu yang memang tidak ada kejujurannya.

Kini dia bertegas mengatakan rompakan lebuhraya itu mesti diregukan dengan caj tambang yang tinggi. Dia telah menyebut harga tambang sekitar RM36 untuk menaikki ERT pergi ke KLIA. Sepatutnya perjalanan itu ada perhentiannya untuk memudahkan menghubungi sistem pengangkutan lain selain untuk berpergian ke KLIA sahaja. Sebaliknya ia merupakan sistem pengangkutan daripada satu stesen mula ke stesen destinasinya. Ini bermakna sesiapa yang menghuni kawasan di sepanjang landasan sistem itu terpaksa menggunakan pengangkutan lain untuk pergi ke KLIA. Tetapi, itu pun satu cara juga untuk menyuapkan ilham untuk membaham kepada para kroni yang ada. Bukannya untuk menyediakan satu sistem pengangkutan bandaraya yang mudah dan murah.

-MGG Pillai-

Terjemahan SPAR-01-014




Rencana Asal

Burdening The People With The LRT

The Prime Minister, Dato' Seri Mahathir Mohamed, cannot decide if Kuala Lumpur's three mutually incompatible light transit systems, two heavily indebted and one still under construction, should be in government hands or see how it can be made profitable. The government policy, he tells us, is not to burden the people. But it was not when contracts for the three light transit systems were given out.

The three companies, STAR, Putra and the Monorail, were given to cronies with the avowed aim of making its construction as expensive as possible. The companies that got the concession set up subsidiaries to build the systems as expensively as possible. The 11-km STAR network cost RM1.2 billion, or RM100 million a kilometre. The other two is as expensive. Indeed, Singapore built its underground network far cheaper per kilometre than Kuala Lumpur's overhead systems.

When they were built, no tenders were called for. Concessionaires got interest free government loans to be paid when able. The high cost construction ensured more money, with the costs loaded on to the concession company so that it could never ever be viable. So, it was no wonder that the government had to take over STAR and Putra. The plan is for them to be handed over to the two concessionaires to manage it for a fee. Dato' Seri Mahathir now wants the Monorail to be integrated into what should have been from the start.

The monorail project was given to that international business man of unquestioned reputed, one Tan Sri Dato' Seri Vincent Tan, who promptly made a mess of it, as he did of the privatisation of sewage. He failed, as promised, to have the monorail ready for the 1998 Commonwealth Games, blaming it on the financial crisis of the previous year. He sold it to the present concessionaire, who says confidently it would be completed in 12 months. More than that, it wants to be listed on the KLSE as an infrastructure company, is upbeat about it, and wants to list between 25 and 30 per cent of the company. If it pins its hopes on that for the capital to complete it, it is in for a rude shock. After the TimeDotCom fiasco, and the bailouts, investors are not in the mood for further ripoffs, for that is what it would be.

It should venture into that with care. Investors on the KLSE is disinterested in ventures like these which would ensure red ink till kingdom come. It is not that these are terrible buys, but one is automatically cautioned about the quality of its management. The public presumes it is taken for a ride, and reacts terribly to it. STAR and Putra met the same fate when they went belly up. Nothing in the Monorail project, as known, suggests it would not.

The three projects were awarded in secrecy, the government privatising it because it felt it had no business in light rail transit systems. It handed them over to cronies of the establishment, allowed them to build it with no thought to prudence, and the government is now forced to take it back. If it had built it, it would have been cheaper, though it might have taken a few years longer. There was no concern to ensure it is done with prudence and care, that they would be built in competitive bidding. That is how every single privatisation project of the government can be handled. It strains credulity to be told now that the Monorail project is different. It is still a crony project.

For the Prime Minister to say that Malaysians must pay world class fares for high class facilities is disingenious to say the least. It could have been built cheaper if it were on competitive open tender. It could have been built cheaper if the aim was to provide an efficient light transit city transport system. It could have been built cheaper if the light transit systems was to benefit the commuter.

But the aim was to enrich the cronies of the establishment. They wanted to build it as expensively as possible, rake the money off the top and at every level of construction, and let the government eventually take over. The Prime Minister knew of this at the time, but he went along. For him to now suggest that the people are ungrateful for refusing to pay worldclass fares for these allegedly worldclass facilities strains incredulity.

Now he says that highway robbery must be justified by high fares. He points to the RM36 or thereabouts the ERT train fare to KLIA. That should have been built with stops inbetween so that when not used to travel to the airport could be another link to resolve the Klang Valley transport system. Instead it is a point-to-point system so that those living on its path would have to find other means to get to KLIA. But then that was another officially inspired method to feed the cronies. Not to provide an efficient inner city transport at reasonable cost.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my