Laman Webantu   KM2A1: 4591 File Size: 13.5 Kb *



TAG SP 142: Nanyang Menemui Jalan Mati?
By Tony Thien

31/5/2001 4:01 am Thu

[Langkah MCA menelan Nanyang akan memusnahkan satu identiti yang sudah lama hidup dalam masyarakat Cina. Ia umpama menukar patung buddha lama yang mendengar dan menyampai suara rakyat dengan patung buddha baru yang kaki putar dan kaki tangkap dari Kerala yang asyik mengampu sahaja seperti Star. Jangan harap sesuatu yang gagal dibela oleh MCA atau memalukannya akan muncul keluar. Akibatnya ia akan menjadi akhbar yang hambar lagi tawar.

Yang rugi nanti adalah masyarakat Cina sendiri kerana sudah terbukti MCA gagal membela mereka sebagaimana yang terserlah dalam akhbar Star yang mereka miliki. MCA sebenarnya telah memotong lidah kaum sendiri tetapi jangan fikir orang Cina akan membisu selepas ini. Bukankah makin bising dan bercelaru sekarang ini? Malah MCA sendiri sudah retak menanti belah yang sukar ditakup kembali.... - Editor]


Terjemahan: SPAR-03-009


Nanyang Menemui Jalan Mati?

(End of The Road For Nanyang)


Analisis Berita: oleh Tony Thien

Seperti akhbar keluaran Sarawak, Sin Chew Jit Poh, dua lagi akhbar harian, Nanyang Siang Pao dan China Press kini dijual di pekan-pekan besar di Sarawak di mana 30 peratus penduduknya daripada jumlah 2.2 juta itu adalah orang Cina.

Walaupun bukan semua orang Cina mampu membaca dan menulis bahasa ibunda mereka, peratusan yang mampu masih tinggi lagi dan termasuklah satu jumlah bukan-Cina yang semakin membesar bilangannya. Ini terjadi kerana semakin ramai ibu bapa bumiputra yang menghantar anak-anak mereka bersekolah Cina.

Malahan, Nanyang Siang Pao menjadi terkenal di Asia Tenggara kerana ia merupakan akhbar peniaga Cina di rantau ini lebih awal lagi daripada Sin Chew.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Sin Chew telah lebih menyerlah dari segi pengedaran. Lagipun setelah syarikat kayu-kayan terbesar di dunia 'Rimbunan Hijau' yang dipunyai oleh Tong Hiew King mengambil alih akhbar yang kegersangan kewangan itu dan memulihkannya menjadi unggul kini.

Namun, nama Nanyang Siang Pao telah begitu terpahat pada ingatan dan kenangan golongan tua dan mampu menarik kesetiaan para pembaca begitu lama di seluruh rantau ini.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai editor unggulan Sin Chew telah undur dan menganggotai Nanyang yang dipimpin oleh Quek Leng Chan. Nanyang bersama akhbar kembarnya China Press mampu menarik langganan bersatu sebanyak 300,000 pelanggan.

Pengaruh Besar

Jumlah pelanggan yang ada itu sudah mampu menarik pengaruh pemikiran orang Cina dan tidak ada satu parti politik yang nampak kemampuan ini lebih ketara lagi daripada MCA, terutama sekali presidennya Dr. Ling Liong Sik.

Dari jauh, ada yang beranggapan, kalau dua akhbar harian Cina ini tidak bersedia menyokong kepimpinan MCA dan dasar Barisan Nasional, setidak-tidaknya tanpa pengaruh kuasa MCA dua akhbar harian ini mampu memberi suara berbeza yang menyerlahkan perbezaan pendapat yang sihat pada dua pihak berpolitik yang bertentangan.

MCA sudah pun memiliki satu harian popular berbahasa Inggeris, The Star melalui sayap pelaburannya Huaren Holdings yang tidak pun memiliki sebuah akhbar berbahasa Cina. Berlakunya perubahan terbaru ini ia mencetuskan satu kesangsian di kalangan masyarakat wartawan dan juga masyarakat Cina.

Ada pendapat umum yang beranggapan bahawa sepatutnya MCA merelakan sebuah pihak yang tidak mempunyai kecenderungan berpolitik mengambil-alih akhbar yang dibelinya itu seandainya kumpulan Quek Leng Chan terpaksa menjadi penjual yang tidak sebenarnya bersedia. Tanggapan yang ada kebenarannya itu memberikan kebebasan kepada pasukan redaksi pengarang dan bukannya pemilik yang baru akhbar itu menentukan selera pembacanya.

Kata-kata Ling Liong Sik sudah tidak diendahkan sangat sekarang ini. Apatah lagi selepas berlakunya beberapa peristiwa di antara beliau dengan timbalannya, Lim Ah Lek yang terkenal kerana kejujuran, dan kebebasannya dari segi kewangan. Apabila Ling sengaja cuba memengapkan cerita mengenai masa depan kepimpinan parti yang menyangkuti mereka berdua, ia mencetuskan banyak soalan yang memerlukan jawapan.

Satu Dilema

Nanyang Siang Pao dan China Press yang dikuasai oleh MCA tidak akan mempunyai banyak perbezaan dengan The Star yang ada kini. Para editor yang tidak disenangi oleh tuan politik mereka, akan menjalankan tugas dengan risiko kehilangan pekerjaan mereka.

Industri media Malaysia sedang dihantui dilema dalam pelbagai rupa: Apakah mesti akur terus dengan kehendak para tetuan berkaitan dengan kepentingan politik ataupun komersial ataupun kedua-duanya sekali ataupun tidak langsung menghiraukannya. Apa pun yang dipilih mesti ada ganjarannya - satu, ia mencetuskan risiko mengganyang ketua sendiri dan lagi satu mengganyang diri sendiri sehinggakan dibuang kerja.

Inilah yang terjadi kepada Nanyang Siang Pao dan China Press walaupun Huaren Holdings belum mengambil- alih secara rasminya Biarkanlah orang Cina mengatur perbalahan mereka.

Ramai di kalangan pembaca akhbar harian itu yang boleh menelah betapa 14 kumpulan Cina yang mengeluarkan isyarat itu mesti didengar oleh MCA kalau mereka tidak mahu dihumbankan ke dalam tong najis sejarah dalam pemilu yang akan datang.

Cukuplah dulu dengan gelagat tuan pemilik radio dan stesen TV di negara ini yang memperlekehkan pendapat pembangkang. Tentu sekali MCA mampu sedar kesilapannya kalau ia mahu terus menguasai dan mempengaruhi dua akhbar harian Cina itu, walaupun tujuannya adalah bersifat keuntungan niaga.

Mungkin juga, seperti pendapat seorang pembaca, sudah tiba masanya untuk Quek Leng Chan daripada kumpulan Hong Leong mengeluarkan kenyataan secara terbuka kenapa beliau bertindak menjual semua pegangan sahamnya dalam Nanyang Holdings?

Kenapa pula dia disebut dan digambarkan oleh banyak pihak sebagai penjual yang belum bersedia?

Jentera a Propaganda

Sepatutnya kepimpinan MCA menilai kepentingan jangka panjang masyarakat Cina itu berbanding kepentingan jangka pendek yang sempit. Apa kesannya terhadap masyarakat Cina, pendidikan Cina dan budayanya apabila akhbar harian tradisi Cina kehilangan identiti aslinya dan menjadi satu bahagian jentera propaganda kerajaan?

Masyarakat Cina di negara ini berada di satu persimpangan setelah beberapa peranan tradisi mereka dalam bidang perniagaan, industri dan pendidikan telah terungkai oleh dasar-dasar yang baru. Mereka perlu bersuara mengeluarkan perasaan hatinya.

Mampukah satu sidang redaksi yang dikuasai oleh MCA dan dilantik pula oleh MCA menzahirkan pendapat kumpulan pihak ketiga ataupun pandangan yang berkecuali dan bebas? Ataupun mestikah mereka menyuarakan pendapat seorang ataupun dua orang pemimpin MCA?

Tren pemilikan akhbar masakini menjurus ke satu hala sahaja, seperti yang ditulis oleh seorang pensyarah Malaysia di London School of Economics baru-baru ini: Bukan sahaja jawapan tidak diberikan malahan pihak yang berkuasa cuba menghalang soalan dikemukakan. Tidak lama lagi mungkin ia menjadi satu keberangkalian untuk bertanya apakah jenis masyarakat yang bernafas di Malaysia?

----

TONY THIEN ialah seorang penulis bebas yang berpangkalan di Kucing.


Terjemahan SPAR-03-009




Rencana Asal:


http://www.malaysiakini.com/News/
2001/05/2001052901.php3

Tuesday May 29

End of the road for Nanyang?

Tony Thien

12:38pm, Tue: news analysis Just like the Sarawakian-owned Chinese daily Sin Chew Jit Poh , two other dailies Nanyang Siang Pau and China Press are sold at newsstands in all major towns in Sarawak where 30 percent of the state's 2.2 million population are Chinese.

Although not every Malaysian Chinese can read and write the language, the percentage that do, is still very high and includes a growing number of non-Chinese, with many bumiputra parents sending their children to Chinese schools these days.

In fact, Nanyang Siang Pau made its mark in Southeast Asia as a newspaper for the Chinese trading community in the region much earlier than Sin Chew.

Although in recent years, the latter had overtaken the former in terms of circulation, especially after the world's largest timber-based conglomerate Rimbunan Hijau group owner Tiong Hiew King took over the financially-troubled newspaper group and turned it around into what it is today.

But the name Nanyang Siang Pau has been etched in the memory of its many old and loyal readers throughout the region.

In recent years, many of Sin Chew's best editorial people have left to join Quek Leng Chan's Nanyang which together with its sister paper China Press, have a respectable combined circulation of 300,000.

Big influence

In fact the readership is big enough to influence Chinese thinking, and no other party can perhaps see this as well as MCA, especially its president Dr Ling Liong Sik.

The view from a distance here is that, if the two Chinese dailies are not prepared to articulate MCA leadership's and Barisan Nasional?s policies, then at least without MCA's control over them, they would give prominence to the expression of more divergent viewpoints reflecting both sides of the political and racial divide.

That MCA which already owns popular English daily The Star through its investment arm Huaren Holdings does not own or control a leading Chinese newspaper, and this is relevant to the current developments which has created a great deal of anxiety among both the journalistic fraternity and the Chinese community.

The general belief is that the MCA should allow another party which is not political to take over if for some reasons Quek Leng Chan's group is forced to become an unwilling seller.

The belief, which is not totally without foundation, is that this will give the editorial team the laxity and not the owners, to decide what the readers want.

Ling Liong Sik's words do not count much nowadays, not after what has happened between him and his deputy, the honest and financially-independent Lim Ah Lek. That Ling has chosen to keep quiet after the tacit understanding regarding the party's future leadership between the two men has raised a lot of questions.

A dilemma

A MCA-controlled Nanyang Siang Pau and China Press will be no different than what The Star is today. Editors, who will incur the wrath of their political masters, do so at the risks of losing their jobs.

Malaysia's media is faced with a dilemma at many fronts: whether to pander to the whims and fancies of their masters on commercial or political matters or both or nothing at all. Of course, on both counts there is a price to pay - one is at the risk of antagonising the bosses, the other is at the risk of losing one's job.

It has already happened in Nanyang and China Press even though Huaren Holdings has not officially taken over. Leave it to the Chinese when they want to spoil a fight.

Many of the dailies? readers see the joint stand taken by the 14 powerful Chinese groups as a warning that the MCA leaders must heed if they do not want to be consigned to the dustbin of history in the coming general-elections.

It is bad enough when the private and state-owned radio and TV stations are not articulating the opposition's views. But surely the MCA can see the folly of its own action if it were to go ahead to own and control the two Chinese dailies, even though it may well be based on commercial considerations.

Perhaps, as one reader said, Hong Leong's Quek Leng Chan should come out and make a statement as to why he is relinquishing his shares totally in Nanyang Holdings?

Why has he been described by some quarters as an unwilling seller?

Propaganda machinery

The MCA leadership ought to look at the wider interest of the Chinese community rather than the short-term narrow and sectional interest.

What would be the effect on the Chinese community, Chinese education and culture when traditional Chinese dailies lose their original identity and become an extension of the government's propaganda machinery?

The Chinese community in this country are at a crossroad when their traditional roles in many areas such as commerce, industry and education are being undermined by new policies. They need to speak out.

Will a MCA-controlled and MCA-appointed editorial team be prepared to expound third-party or neutral and independent viewpoints? Or must they only reflect the views of one or two men in MCA?

Current trends in newspaper ownership seem to point at one direction, as a Malaysian lecturer at the London School of Economics wrote recently: Not only answers are not being given but the authorities are also trying to prevent questions being asked. It may soon become impossible to ask what kind of society is now evolving in Malaysia?


TONY THIEN is a freelance writer based in Kuching.