Laman Webantu   KM2A1: 4592 File Size: 9.9 Kb *



TAG SP 143: Buat Keputusan Yg Rasional & Bertanggungjawab [Mesti Baca]
By The Sun - Chua

31/5/2001 8:30 am Thu

TAG: 143

[Ini satu rencana yang amat baik yang MESTI BACA dan MESTI SEBAR termasuk catatan penterjemahnya bersekali. Ternyata di sini langkah mengambil-alih Nanyang itu dilakukan tanpa restu dan perbincangan tokoh terpenting parti yang memegang amanah pelaburan parti. Chua tidak berada di Malaysia ketika itu semua terjadi. Seolah-olah ada konspirasi agar ia dapat dilakukan dengan licin sekali tanpa berkelahi. Tetapi apa yang berlaku sudah haru-biru sekarang ini.

Chua tidak tahu menahu sedangkan beliau sepatutnya terawal diberitahu mengapa langkah mengambil-alih itu perlu. MCA akan membeli Nanyang yang sudah tidak punya penulis dan editor yang berpengalaman yang sudah dan akan dibuang kerana menentang pengambil-alihan itu. Ini umpama membeli durian yang mahal sedangkan isinya yang manis lagi lazat itu sudah pun menghilang. Kalau adapun cuma yang sudah masam dan tidak dapat ditelan yang sudah tentu tidak akan laku walaupun dilelong murah-murahan. Ini akan memufliskan MCA sendiri di masa depan baik dari segi kewangan mahupun sokongan.

MCA telah menempah tiket maut yang tidak boleh dipulangkan. Baru sehari dua ini sahaja pun sudah banyak senjata yang amat tajam telah berterbangan menikam dirinya baik dari luar mahupun dalam. Lama-lama MCA akan mampus sendirian di dalam kehinaan.... - Editor (sila baca catatan penterjemah - ada satu sindiran tajam buat Umno dalam isu yang hangat ini)]



Terjemahan: SPAR ?????


Artikel asal dipetik daripada The Sun 30 Mei,01, HomeNews, ms 6.


Buat Keputusan Yang Rasional Dan Bertanggungjawab

(Make Rational And Responsible Decisions: Chua)

Menteri Kesihatan Dato' Chua Jui Meng selamat pulang di KLIA selepas melaksanakan tugas rasmi ke Eropah selama tiga minggu. Kepulangannya telah disambut oleh sekumpulan ahli MCA, kebanyakannya daripada Perak.

Mereka mahu menjadi kumpulan yang terawal mendengar pendapat Chua tentang usaha pembelian Nanyang Press Holdings oleh sayap pelaburan MCA, Huaren Management Sdn. Bhd.

Mereka berbincang selama satu setengah jam di bilik VIP dan Chua yang kelihatan keletihan selepas penerbangan 12 jam tanpa henti itu telah mengemukakan satu kenyataan yang ditulis tangan:

'Kita perlu menimbangkan dua dimensi kepada kontroversi ini; satu dari segi politik dan satu lagi dari aspek ekonomi.'

Yang pertama itu mengundang pertimbangan politik yang punyai banyak implikasinya. Tidak ada parti politik yang mampu berkonfrontasi dengan isu ini. Dalam negara yang mengamalkan demokrasi, sebuah parti politik yang memimpin masyarakatnya memang dibenarkan sedikit kelonggaran antara persepsi parti itu sendiri dan persepsi para pengikutnya. Namun, tidak ada parti politik seperti MCA yang mampu mewujudkan satu ruang kelonggaran yang luas antara dua persepsi itu.

Saya telah mengikuti peristiwa yang mencetuskan kontroversi itu di seberang laut dan mendapatkan maklumbalas masyarakat dan pemimpinnya.

Jurang yang wujud itu sudah semakin luas dan semakin membesar. Sebagai seorang pemimpin, saya merasa tertekan dengan keadaan ini. Ada kata-kata hikmat yang menyangkuti politik Malaysia; para pemimpin parti serta pengikutnya adalah diandaikan laksana ikan sedangkan masyarakatnya adalah laksana air. Mampukah ikan bertanya: 'Aku bencikan air'? Rasionalkah itu?

Apakah ini satu situasi politik yang menyenangkan? Tidak ada satu parti politik yang boleh menyepikan ataupun menolak pandangan dan saranan sebilangan besar masyarakat yang diwakilinya.

Saya sayang pada MCA. Saya sayangkan Barisan Nasional. Tentunya saya menghargai masyarakat Cina yang sejak dua pemilu yang lalu memberikan sokongan mereka.

Apakah kita kini mesti perlekehkan pendapat mereka? Apakah kita mampu menangani risiko terhakisnya sokongan mereka?

Apa yang kita laksanakan hari ini sebagai pemegang amanah dan pemegang saham Huaren (Holdings) dan sebagai ahli-ahli jawatankuasa pusat akan dihakimi oleh rakyat pada pemilu yang mendatang. Janganlah dinafikan perkara ini. Saya mendesak semua pemimpin parti yang bersangkutan untuk membuat keputusan yang rasional dan bertanggungjawab. Ingatlah, kita memegang jawatan yang ada sebagai pemegang amanah parti kita, masyarakat dan juga negara.

Pertimbangan yang kedua merupakan pertimbangan urusniaga. Kedua-dua PM dan DPM telah memberi ingatan kepada kita betapa semua ini adalah urusan dan transaksi perniagaan dan mereka tidak akan campurtangan. PM telah menyatakan dengan jelasnya bahawa dia tidak pun menyokong ataupun membantah ura-ura pengambil-alihan itu. Dengan kata lain, terpulanglah kepada para pemimpin MCA, pemegang amanahnya, dan pemegang saham Huaren membuat keputusan berasaskan keserasian kita sendiri dan apa yang kita fikirkan baik secara berpolitik dan dari aspek ekonominya.

Saya merupakan salah seorang daripada empat orang pemegang amanah dan pemegang saham Huaren Holdings. Tidak ada pun sebarang mesyuarat melibatkan pemegang amanah dan pemegang saham Huaren membincangkan ura-ura pembelian Nanyang Press. Tetapi, saya telah diberitahu satu ikatanjanji sudah pun ditandatangaani dengan Hume Industries, tuanpunya Nanyang Press oleh pihak terrtentu yang dikatakan mewakili Huaren dan mereka juga telah membayar 10 persen harga pembelian serta dengan spontan mengambilalih kuasa pentadbiran Nanyang Press? Munasabahkah perkara ini?

Saya telah diberitahu pada Isnin yang lalu ada satu mesyuarat tergempar majlis tertinggi MCA yang memutuskan agar Star Publications mengambilalih Nanyang Press.

Tetapi sekarang ini, bukannya The Star, sebaliknya Huaren yang mengambilalih Nanyang Press. Munasabahkah ini? Jawatankuasa pusat hanya akan bersidang esok pagi dan berkemungkinan disediakan sajian 'fait accompli' (sesuatu perkara yang sudah terjadi, macam kes Tivoli Villa di mana 'percumbuan' dilaksanakan sebelum villa itu didirikan - penterjemah) Munasabahkah ini? Bukankah ini bersamaan dengan memasang kereta kuda di bahagian depan kuda itu? Sepatutnya, satu mesyuarat di kalangan pemegang amanah dan pemegang saham dilangsungkan dulu untuk memberikan pertimbangan kepada viabiliti lapuran yang dikemukakan dan membincangkan sumber kewangan Huaren, kos pembelian dan apa sebenarnya yang diperlukan sebelum perkara ini dibentangkan kepada majlis tertinggi, jawatankuasa pusat dan Persidangan Khas parti? Berapakah agaknya simpanan khas Huaren? Saya tidak tahu. Mampukah Huaren membeli dan membayar keseluruhan harga yang ditawarkan? Saya pun tidak tahu.

Saya telah diberitahu bahawa dana simpanan telah dikeluarkan daripada Nanyang Press oleh para penjualnya, Hume Industries. Saya juga difahamkan 40 penulis utama terbitan Nanyang Press sudah membuat persetujuan bahawa mereka tidak akan menyumbang lagi kepada mereka.

Saya diberitahu pengurus utama dan sidang redaksi telah diarahkan berhenti kerja. Saya juga difahamkan ramai lagi wartawan yang tidak mahu berkhidmat dengan pengurusan yang baru. Bukankah sumber tenaga manusia sesebuah syarikat itu merupakan aset terpentingnya? Apakah pembayaran yang berjumlah ratusan juta ringgit itu akan memberikankita satu syarikat yang merupakan kelongsong sahaja dan dibayangi oleh keutuhannya yang sudah menghilang?

Apakah pentingnya menguasai Nanyang Press secara terburu-buru? Apakah rasionalnya? Kalau kita mahukan sebuah akhbar Cina kenapakah tidak mulakan dengan Tong Bao? Lupakah kita pengalaman pahit 1980-an dulu? Lupakah kita bagaimana terlepasnya Multipurpose Holdings, yang merupakan empayar ekonomi dan intan berkilauan masyarakat Cina malaysia? Apakah kita sudah melupakan kemelut Tong Bao yang jatuh menyembam bumi kerana masyarakat Cina enggan meneruskan sokongan mereka? Apakah yang akan terjadi kepada ratusan juta pelaburan Huaren seandainya pembaca yang melanggan akhbar itu bertindak memulaukan kahbar harian itu seperti yang mereka lakukan terhadap Tong Bao dulu?

Semua soalan ini memerlukan jawapan yang cepat dan memuaskan sebelum saya boleh diyakini betapa segala yang dilaksanakan kini boleh diberikan sokongannya.


Tamat.

Terjemahan: SPAR ?????



Catatan Penterjemah:

Masyarakat Melayu terutama sekali orang UMNO harus ambil iktibar kemelut Nanyang Press ini. 'Huaren' bererti 'orang cina'. Ia merupakan sayap pelaburan MCA yang dipegang secara amanah oleh empat pemegang yang menerajui parti. Cuba tanya diri kita bagaimanakah tabung amanah Melayu yang difaraidkan oleh orang Melayu kepada UMNO yang kemudian mengengsotkannya kepada seorang dua peniaga dan pelahap UMNO? Di manakah sekitar 50 bilion ringgit dana amanah orang Melayu yang diamanahkan kepada mereka? MALAHAN, apakah jadi kepada segala gelang, cincin, rantai emas dan subang yang dikutip daripada marhaen Melayu untuk mengisi tabung pelaburan dan kemiskinan UMNO?

Manusia merancang dan Allah merancang juga. Lihat.......!!! episod Nanyang dan MCA adalah laksana menepuk air di dulang yang memercik ke muka para lanun UMNO dan bukannya kepada marhaen UMNO. Kenapakah perkara ini tidak dibincangkan dalam persidangan khas Pemuda UMNO bersama presiden tersayangnya semalam?????