Laman Webantu   KM2A1: 4595 File Size: 28.0 Kb *



TAG SP 144: Kuota Uni: Kepentingan Negara Ataupun Keegoan Bangsa?
By Kim Quek

31/5/2001 8:48 pm Thu

[Jika umno ikhlas untuk menolong kaum bumiputera, ia seharusnya mengkaji mengapa pencapaian mereka merosot - bukannya asyik melalak untuk menambah bilangan mereka sahaja. Sistem kuota telah menyebabkan penghijrahan minda dan kepupusan kepakaran akibat kedhaifan untuk mengongkosi pengajian. Ini menyanggahi sendiri dasar pendidikkan negara yang ingin membentuk rakyat yang cerdik dan berwawasan untuk bersaing di peringkat global.

Umno sebenarnya tidak memperdulikan nasib bumiputra - ia hanya mengambil kisah nyawanya sahaja. Jika bumiputra cerdik, Umno akan semakin menghilang dari dunia. Umno tidak sanggup menempuh itu semua. Isu kuota dilaungkan agar Umno dapat ditonjol sebagai juara padahal minda bumiputra semakin melemah adanya kerana Umno juga mencengkam segalanya. Bumiputra sengaja dibiarkan terus sakit dan melarat agar Umno dapat terus menjual ubat.
- Editor
]


Terjemahan SPAR-08-002


Kuota Universiti: Kepentingan Negara Ataupun Keegoan Bangsa?

(University Quota: National Interests Or Racial Ego?)

Kontroversi yang menyelimuti soal kuota kemasukan universiti mendapat liputan hangat apabila Perdana Menteri dan Presiden UMNO Mahathir Mohammad membuat pengumuman (selepas bersidangnya Majlis Tertinggi Umno) bahawa UMNO akan melaksanakan satu penyelidikan baru untuk menentukan kadar sebenar nisbah bumiputera:bukan-bumiputera dengan mengambil kira bukan sahaja universiti tempatan tetapi juga semua universiti dan kolej di negara ini dan juga di luar negara.

Banyak pihak tidak berapa faham apakah tujuan sebenar tindakan terkini UMNO itu. Tetapi, ia semakin menyerlah apabila Menteri Pendidikan Musa Mohamad membuat pengumuman beberapa hari kemudiannya bahawa aplikasi konsep kuota perkauman itu tidak lagi mengambil kira kemasukan pelajar di institusi pengajian tinggi tempatan sahaja. Ia akan mengambil kira juga kemasukan pelajar di luar negara. Dengan lain perkataan, UMNO akan membuat perkiraan terhadap semua pelajar Malaysia yang belajar di semua pusat pengajian tinggi, (tidak kiralah di luar negara ataupun dalam negeri, sama ada di institusi Awam ataupun Swasta) dan mencatatkan asas perkauman mereka. Tujuannya ialah untuk memudahkan pelaksanaan satu dasar di mana untuk setiap 'X' jumlah pelajar kaum 'A', mesti ada tidak lebih jumlah 'Y' pelajar daripada suku kaum 'B'. Dengan lain perkataan, ini membawa erti pelajar bukan-bumiputera tidak boleh melebihi peratusan tertentu (yang ditentukan oleh UMNO) pelajar bumiputera, tidak kiralah mana di dunia ini mereka berada dan apa juga institusi pengajian tinggi yang mereka masuki.

Daripada aliran fikiran yang dicetuskan oleh Mahathir dan dikembangkan oleh Musa Mohamad itu, membuatkan para pemimpin dan UMNO menjadi kurang berminat kepada keadaan kemajuan akademik pelajar-pelajar Melayu berbanding jumlah pelajar bukan-Melayu yang belajar di pusat pengajian tinggi yang perangkaannya melepasi anggaran yang dibenarkan berbanding dengan jumlah keseluruhan pelajar Melayu semuanya. Mereka juga semacam tidak peduli dengan kelembapan usaha kita dalam menyaingi dan berlumba dengan dunia luar untuk melahirkan kumpulan cendekiawan dari kalangan kumpulan pelajar kita yang pintar (terutama sekali pelajar Cina) dengan menyekat peluang mereka belajar di universiti tempatan disebabkan salahguna sistem kuota perkauman dalam kemasukan pelajar universiti.

Tren pembangunan yang menyedihkan ini menunjukkan betapa Kerajaan telah menyimpang jauh dalam menangani beberapa isu utama negara:

Pertama: Apakah tujuan sebenar sistem kuota itu?

Jawapan yang ketara ialah untuk membantu golongan bumiputera, yang secara kebetulan mempunyai masalah kewangan dan keupayaan akademik, untuk memasuki universiti. Dalam hal ini, sistem kuota telah mencapai sasarannya, seperti yang pernah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan satu ketika dulu mengenai pengambilan tahun ini untuk pusat pengajian tempatan. Sasaran kerajaan untuk mendapatkan 38,000 pelajar itu menghadapi kekurangan sasaran sebanyak 7,000 calon, disebabkan kekurangan calon pelajar bumiputera yang berkelayakan. (penafian kementerian akan kenyataan ini yang dikeluarkan beberapa hari kemudiannya adalah sesuatu yang tidak boleh diambil kira kerana alasannya yang tidak berwibawa).

Jadi, apakah kesannya apabila lebih ramai pelajar bukan-bumiputera berbanding pelajar bumiputera yang memasuki kolej swasta tempatan boleh menafikan peluang pendidikan untuk pelajar bumiputera ataupun membawa kesan terhadap kemajuan akademik mereka? Jika tidak, kenapakah Menteri Pendidikan naik berang sehingga membuat ikrar mahu membetulkan ketidak-imbangan ini dengan menyatakan 'panduan dasar' mewujudkan satu nisbah di kolej swasta agar mematuhi kuota rasmi 55:45 memihak kepada pelajar bumiputera dan 'seiring dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa kuota itu tidak seharusnya terhad kepada universiti awam sahaja'?

Begitulah juga, bagaimanakah kewujudan jumlah bukan-bumiputera yang besar yang belajar di luar negara boleh membawa kesan terhadap pembelajaran pelajar bumiputera? Jika tidak, kenapakah UMNO begitu ghairah melancarkan penyelidikan untuk membanci jumlah pelajar Malaysia di luar negara mengikut pecahan kaumnya?

Apakah sebenarnya muslihat tindakan UMNO itu? Adakah ia bertujuan menaikkan tahap pendidikan akademia orang Melayu? Ataupun apakah ia bertujuan memuaskan egonya dengan tujuan meraih sokongan politik daripada orang Melayu? Jawapan kepada semua soalan ini memang amat jelas sekali.

Adalah penting dirakamkan di sini, wujudnya peningkatan jumlah pelajar bukan-bumiputera yang menuntut di pusat pengajian tinggi swasta tempatan dan juga luar negara adalah disebabkan mereka terpaksa berbuat demikian setelah dinafikan peluang untuk belajar di pusat pengajian tinggi awam tempatan. Walaupun kuota rasmi ialah 55:45 memihak kepada pelajar bumiputera, kuota pengambilan sebenarnya untuk universiti tempatan adalah melebihi nisbah 75:25 seperti yang dilaporkan dalam Laporan MAPEN2 terbitan kerajaan. Dalam laporan itu ada disebut pada 1999, daripada jumlah kemasukan pelajar seramai 203,675 orang, nisbah bumiputera dengan bukan bumiputera ialah 77.27%:27.3% (sedangkan nisbah siswa-siswa pada tahun itu ialah 62:38).

Kuota kecil yang diperuntukkan kepada bukan-bumiputera telah memaksa penghijrahan ramai pelajar Cina ke seberang laut melalui program berkembar yang dilaksanakan oleh universiti tempatan. Ramai pelajar ini seterusnya mendapat peluang pelajaran di luar negara yang menjadi sumber aliran penghijrahan minda ke luar negara untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Seandainya UMNO bertindak menggunakan bancian besar itu untuk meneruskan usaha mempertingkatkan nisbah pengambilan bumiputera dalam universiti tempatan, besar kemungkinannya berlaku lebih banyak lagi penghijrahan kepakaran bukan-Melayu ke luar negara. Malahan akan berlaku banyak kerugian lagi kerana semakin ramai pelajar bukan-bumiputera yang gagal menerima pelajaran tinggi mereka disebabkan kesempitan kewangan (nisbah biasiswa kerajaan yang diberikan kepada bukan-bumiputera adalah lebih kecil daripada jumlah kemasukan mereka ke universiti tempatan).

Adakah UMNO mengambil berat dengan kehilangan kepakaran dan penghijrahan minda ini? Kalau dilihat gerak-gerinya yang terkini, kita boleh nampak bahawa UMNO lebih berminat untuk mendapatkan perangkaan yang menyoroti perkauman daripada kehilangan kepakaran daripada negara ini ataupun kemajuan tahap pendidikan golongan pelajar bumiputera.

Isu Kedua: Dalam masalah kuota kemasukan universiti, tugas kerajaan ialah menentukan pengagihan sumber negara, dan bukannya campur tangan dalam usaha swasta. Kerana keghairahan UMNO memainkan isu perkauman, ia sudah terlupa bahawa peranan utama kerajaan ialah untuk menentukan pengagihan kemudahan secara berkesan dan saksama dan bukannya sebagai memihak-mihak dalam pergeseran remeh-temeh yang menyangkuti usaha individu dan persendirian seperti cara mengendalikan maktab swasta ataupun kaedah kumpulan individu yang belajar di luar negara untuk pendidikan mereka). Dalam hal menyangkuti sistem kuota itu, tugas kerajaan hanyalah menentukan agar kuota yang dipersetujui itu dilaksanakan secara saksama, sambil menyedari bahawa kuota itu adalah satu dasar sementara untuk membolehkan golongan pelajar bumiputera maju bersaing ke tahap pelajaran yang sama. Dengan hal demikian keutamaan harus diberikan untuk menaikkan kualiti pengajian bumiputera itu (terutama sekali dalam bidang sains dan matematik) selain dari memantau statistik kemasukan mereka. Apakah Kementerian Pendidikan pernah mengenal-pasti penyebab utama kenapa pelajar Melayu lembab dalam bidang Matematik dan Sains? Apakah yang sudah dilaksanakan untuk memperbaiki keadaan ini? Manakah dia perangkaan tahunan kementerian yang memantau kemajuan ataupun kelembapan kemajuan pelajar Melayu dalam bidang ini dan juga prestasi mereka dalam bidang pendidikan yang lainnya? Saya amat skeptikal bahawa Kementerian telah melaksanakan sebarang usaha untuk membetulkan kepincangan yang terdapat dalam sejarah pendidikan orang Melayu itu selama ini.

Dalam usaha merobah kemerosotan kualiti yang dicapai itu, Kementerian telah sengaja bertindak menaikkan bilangan kemasukan bumiputera ke universiti melebihi kuota yang dipersetujui dulu secara berahsia dan tanpa kuasa yang istimewa. Apabila isu ini didedahkan disebabkan kegagalan sekitar 500 pelajar bukan-bumiputera yang pintar mendapat tempat di universiti tempatan, sedangkan masih terdapat 7000 kekosongan yang tidak ditampung disebabkan ketiadaan pelajar bumiputera yang layak, kementerianpun menjadi gelabah dan mula memutar-belitkan perangkaan untuk menafikan wujudnya kekosongan itu. Walaupun muncul permintaan bertalu-talu mahukan perangkaan sebenar kemasukan pelajar itu lengkap dengan pecahan terperincinya, kementerian gagal menunaikan permintaan itu. Kementerian seolah-olah bernekad mahu menyorokkan kebenaran yang ada.

Di tengah-tengah kemelut ini muncul pula UMNO dengan usaha kelentongan terbarunya mahu mendera golongan bukan-bumiputera dengan mendapatkan perangkaan bilangan mereka di kolej tempatan dan universiti luar negara. Apakah sebenarnya tujuan UMNO dengan perangkaan terbaru itu? Apakah menyekat kemasukan bukan-bumiputera daripada mendaftar di kolej swasta tempatan sehingga kuota 55:45 itu disenaraikan dalam setiap kolej itu seperti yang disarankan oleh Menteri Pendidikan? Mengadakan sekatan bilangan pelajar bukan-bumiputera untuk memasuki pusat pengajian tinggi (tempatan dan juga luar negara) supaya tidak melebihi 45% jumlahnya? Menaikkan lagi kemasukan pelajar bumiputera di universiti tempatan sehingga melebihi tahap 'de facto' 75:25 sebagai mengimbangi kekurangan pelajar bumiputera di universiti awam bukan tempatan? Ataupun sengaja menggunakan perangkaan yang baru itu untuk memberi justifikasi kepada pengambilan mengikut nisbah yang ada; 75:25 di universiti tempatan?

Disebabkan banyaknya kolej tempatan dan institusi seberang-laut, sebarang usaha kerajaan untuk menyekat mana-mana pelajar berasaskan perkauman daripada memasuki institusi itu yang tidak dibiayai oleh kerajaan akan merupakan sesuatu yang tidak berasas. Tindakan seperti itu (a) melampaui kuasa kerajaan yang sepatutnya menguruskan harta awam, (b) melanggar hak asasi individu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara, (c) tidak mempermudahkan peluang bumiputera untuk mendapatkan pendidikan. Pada waktu yang sama, kerajaan tidak punyai sebarang alasan untuk menggunakan perangkaan perkauman di kolej swasta tempatan ataupun institusi seberang-laut untuk mengurangkan peluang kemasukan bukan-bumiputera di universiti awam tempatan. Kalau adapun hak kerajaan campurtangan dalam kemasukan pelajar di institusi swasta itu ialah kalau-kalau institusi semacam itu mengamalkan diskriminasi perkauman.

Isu Ketiga: Sasaran berlebihan Dasar Pendidikan Negara untuk mempercepatkan pembangunan kuasa pemikiran negara.

Dalam semua rancangan induk yang dibentangkan oleh Perdana menteri baru-baru ini, termasuklah RP3 dan Rancangan Malaysia Kedelapan, kerajaan telah mempastikan dengan tepatnya bahawa peningkatan pencarian ilmu pengetahuan adalah kunci kepada usaha menandingi revolusi IT dan kemungkinan membebaskan pasaran melalui AFTA dan WTO. Menyedari bahawa tahap penyertaan pendidikan tinggi rakyat negara ini amat tertinggal di belakang para pesaing kita yang lain, kerajaan telah berikrar untuk memberikan keutamaan dan kepentingan kepada pertumbuhan dan peningkatan pelajaran tinggi. Kalau perkembangan boleh dicapai melalui perbelanjaan yang diperuntukkan, peningkatan hanya boleh dicapai dengan menambahkan bilangan pelajar yang lebih pintar di kalangan masyarakat pelajar itu. Dalam hal ini, tindakan kementerian menolak peluang sebilangan besar pelajar bukan-bumiputera yang pintar berasaskan masalah kuota perkauman, merupakan satu tanggapan yang bersalahan dengan ikrar kerajaan untuk memberikan keutamaan kepada pembangunan pendidikan ini.

Tindakan UMNO yang negatif dalam kontroversi kuota universiti ini adalah satu alamat yang jelas betapa UMNO telah berubah daripada pemikiran lamanya yang direncana berdekad dulu, ketika pertimbangan perkauman adalah satu fesyen berpolitik yang unggul. Apabila UMNO membawa terus warisan pemikiran usang itu untuk memasuki era IT di alaf baru ini dan gelombang sejagat, tanpa sebarang pertanda ia akan mula menyisih-haknnya, tentu sekali kita boleh membuat andaian betapa Malaysia akan menghadapi zaman yang mencabar tidak berapa lama lagi.

Namun, daripada kacamata tanggapan UMNO itu, keupayaannya untuk terus gagah mungkin tidak menjadi keutamaannya dan isu kuota universiti sekarang ini mungkin dianggap sebagai satu peluang keemasan untuk meraih sokongan Melayu yang sudah lama menendangnya. Mungkin juga UMNO sengaja mahu memesongkan perhatian rakyat yang semakin marah kerana gelagat jenayahnya terhadap negara sekarang ini, terutama sekali mengenai penangkapan dan penderaan pemimpin pembangkang dengan menyalah-gunakan ISA, tindakan mendera Anwar Ibrahim dengan menafikan haknya menerima rawatan di luar negara, yang berkemungkinan membuatkan beliau lumpuh. Begitu juga dengan segala gelagat menyelamatkan para kroni dan mengapungkan semula beberapa syarikat para kroni dengan menggunakan dana awam, sedangkan segala usaha menyelamatkan itu adalah kerja jijik yang bersamaan dengan menyalah-gunakan amanah rakyat kepada mereka.

-Kim Quek-

Terjemahan SPAR-08-002




Rencana Asal:

UNIVERSITY QUOTA: NATIONAL INTERESTS OR RACIAL EGO?

28.05.2001

The controversy over racial quota of university enrolment took a new turn when Prime Minister and President of UMNO Mahathir Mohamad announced (after an UMNO Supreme Council Meeting) that UMNO would undertake a new survey to ascertain the 'real' ratio of bumiputra to non-bumiputra students taking into account not only local public universities but also oversea universities and local private colleges.

Many were at first uncertain as to the real intent of this latest UMNO move. But it soon became clear when the Minister of Education Musa Mohamad announced a few days later that the application of the racial quota concept was to be expanded beyond the local public universities to encompass all institutions of tertiary education. In other words, UMNO is going to take a head count of all Malaysian tertiary education students (overseas and local, public and private) and classify their racial origin. This is to facilitate the implementation of its policy that for every X numbers of race A students, there must not be more than Y numbers of race B students. In the Malaysian context, it means non-bumiputra students must not exceed a certain percentage (stipulated by UMNO) of bumiputra students, wherever in the world they are and whatever institutions they are in.

From the trends of thoughts expounded by Mahathir and elaborated by Musa Mohamad, these top leaders and UMNO seem to be less concerned at the state of academic progress of Malay students than whether the global total of non-Malay students of higher learning exceed the proportion acceptable to them in relation to Malay students. Neither do they seem disturbed by the set back to our race against the rest of the world in nurturing our brainpower precipitated by barring thousands of high-scoring students (mostly Chinese) from entering local universities arising obviously from the abuse of the racial quota system.

This disturbing trend of development indicates that the Government has gone gravely astray on several key issues.

FIRST ISSUE: What is the purpose of the quota system?

Obvious answer is that it is to assist the bumiputras, who happen to lag in financial and academic capabilities, to gain admission to universities. In this connection, the quota system has already achieved its purpose, as the Ministry of Education had earlier announced that this year's total intake to the local universities fell short to the target of 38,000 by some 7,000 plus students, due to insufficient qualified bumiputra applicants (subsequent retraction to this statement was unconvincing, as the grounds given lack credibility).

So, how would the fact that there are more non-bumiputra than bumiputra students attending local private colleges detract from bumiputra's educational opportunity or even adversely affect their academic progress? If it would not, then why should the Minister of Education be so incensed as to vow to correct this imbalance by declaring the 'policy guideline' of bringing the racial ratio of private colleges to the official quota of 55 to 45 in favour of the bumiputras, 'in line with the Prime Minister' statement that the question of quota should not be restricted to public universities alone?

Similarly, how would large numbers of non-bumiputra students going overseas to pursue their studies be adversely affecting the bumiputra students? If it would not, then why should UMNO be so concerned as to launch a grand survey to take count of the racial composition of oversea Malaysian students?

What is the logic of this UMNO move? Is it motivated by the desire to upgrade the academic level of Malays? Or is it to satiate its racial ego thereby enhancing its political support among the Malays? The answers to these questions are obvious.

It is important to note at this junction that the overwhelming majority of non-bumiputra students studying in local private colleges and overseas universities have been forced to do so due to their non-acceptance to local public universities. Though the official quota is 55 to 45 in favour of the bumiputras, the actual quota of intake to local public universities is well in excess of 75 to 25, as evidenced from the Government MAPEN2 Report which states that in 1999, out of the total university student population of 203,675, the bumiputra to non-bumiputra ratio is 72.7% to 27.3% (though graduate ratio for the same year is 62 to 38).

The meager quota given to the non-bumiputra has forced an exodus of Chinese students to oversea universities through the twinning program provided by the local colleges. Many of these students subsequently found employment oversea, which has been a major source of brain drain to this Country for some years. Should UMNO decide to utilize its grand survey to forcibly further increase the bumiputra intake ratios in local institutions, then there will not only be an increase in such brain drain, but also an increase in brain loss, as many bright non-bumiputras will not have the opportunity to receive any tertiary education at all due to financial constraints (the ratio of government scholarships given to non-bumiputras is even much more meager than that of university intake).

Is UMNO concerned with this brain drain and brain loss? From its latest manoeuvre, UMNO seems to be more interested in racial figures than either brain drain to this Country or the academic progress of the bumiputras.

SECOND ISSUE: In the university quota issue, the Government's job is to allocate national resources, not to interfere with private endeavours. In UMNO's over-eagerness to play the racial cards, it has forgotten that the primary function of the Government is to ensure an efficient and equitable distribution of national resources, and not as a partisan in petty racial squabbles overflowing into private and individual endeavours (such as the running of private colleges or individuals going overseas to receive education). In the case of the university quota system, its duty is simply to ensure that the agreed quota is honestly implemented, keeping in mind all the time that it is an interim policy to help the bumiputra communities to catch up and upgrade their education level. And hence, top priority must be given to uplifting the academic quality of the bumiputras (particularly in science and mathematics), apart from keeping an eye on enrolment statistics.

Has the Ministry of Education identified the main causes of the underperformance of Malays in mathematics and science? What has been done to rectify this shortcoming? Where are the Ministry's annual statistics monitoring the progress or lack of progress of Malay students in these fields as well as in their general academic performance in relation to others? I am skeptical the Ministry has made substantial headway in rectifying this historical academic disadvantage of the Malays.

To make up this deficit in quality, the Ministry has obviously resorted to drastically push up the bumiputra intake to universities well beyond the agreed quota, stealthily and without authority. When the issue exploded following the rejection of 500 non-bumiputra top scorers to local universities, while there were 7000 vacancies unfilled due to the lack of qualified bumiputra applicants, the Ministry scrambled to juggle with figures and statistics to deny that such vacancies existed. In spite of repeated calls to present a detailed breakdown of the university enrolment statistics, the Ministry has failed to do so. The Ministry appears determined to hide the truth.

Into this mess comes UMNO's latest manoeuvre to even the score with non-bumiputras by calling in racial statistics in local colleges and oversea universities. So, what does UMNO propose to do with the new statistics? Stop non-bumiputra from enrolling into local private colleges until the quota of 55 to 45 is complied with in these colleges as suggested by the Minister of Education? Cap the exodus of non-bumiputras from going overseas, to ensure the overall proportion of non-bumiputra students in all tertiary institutions (local and overseas) does not 45% of the Malaysian total? Further increase bumiputra intake in local public universities beyond the current de facto level of approximately 75 to 25 to compensate for the shortfall of bumiputra students in non-local public universities? Or merely utilise the new statistics to justify the present de facto level of 75 to 25 in local universities?

Due to the abundance of local colleges and oversea institutions, any government move to deter any student on racial ground from attending any institution not funded by this Government will be totally unjustifiable. As such move a) exceeds the jurisdiction of the government which is to manage public property, b) infringes the individual's constitutional rights and c) does not enhance the educational opportunity of the bumiputras anyway. In the same vein, the government does not have any justification to use racial statistics in local private colleges or oversea institutions to lessen the admission opportunity of non-bumiputra to local public universities. The only occasion when the Government should interfere with the admission of students to private institutions is when such institutions practice racial discrimination.

THIRd ISSUE: Over-riding objective of National Education Policy to accelerate the development of brainpower.

In all the major master plans presented by the Prime Minister recently, including the Third Outline Perspective Plan (2001 - 2010) and the Eight Malaysia Plan (2001 - 2005), the Government has correctly identified the accelerated acquisition of knowledge as the key to cope with the unprecedented challenges thrown up by the IT revolution and the imminent liberalization of our market through the Asean Free Trade Area and the WTO. In recognition of the fact that the tertiary education participation level of our population lag far behind other competitors, the Government has solemnly pledged through these master plans to give the highest priority and urgency to the development of brainpower and the most effective way of achieving this is to expand and upgrade our tertiary education. While expansion can be achieved by spending more money, upgrading can only be achieved by increasing the proportion of high achievers in our student population. In this connection, the Ministry's rejection of large numbers of non-bumiputra top scorers for admissions to our universities on racial ground is a complete contradiction to the Government's avowed policy to prioritise brainpower development.

The negative UMNO response to this university quota controversy is a clear signal to all that UMNO has not changed from its old mindset formulated decades ago, when racial considerations reign supreme. As UMNO carries this rigid and outdated racist framework over into this new century of IT revolution and globalisation, with no sign of relenting but every sign of intensifying, one cannot help but to conclude that Malaysia is in for a rough ride in the days ahead.

However, from UMNO's point of view, it's own survival may rank highest, and the current university quota controversy may be perceived as another golden opportunity to recoup Malay support which it so badly needs. UMNO may also consider it a good strategy to distract the people's gathering fury over a score of its recent crimes against the Country, namely, the unjust persecution of political opponents by abusing the Internal Security Act, the continuing cruelty on Anwar Ibrahim by depriving him medical treatment of his choice, virtually dooming him to permanent disability, and the spate of massive bailout and buyout of financially sick cronies using public funds, the circumstances of which are so scandalous that they border on breach of public trust.


-Kim Quek-